Feb 28, 2015

Kerana cinta itu di dalam hati



“Hi girl, you are not in your country, do you still wear headscarf?”, sambil menunjukkan jari telunjuknya kea rah tudungku.

“Yes, why not? I do not wear scarf because my country told me to do so. I’m a muslim, wherever I go”

“Yess..I got it. It is because religion is not based on where you are. I admire your passion towards your religion. The way you believe, the way you practice. Wherever you are, you are still the same. You seem so proud who you are. It is beautiful because it comes from your heart. And a strong love comes from here”, sambil dia menuding jari ke arah dadanya dan mengangguk-angguk. Panjang lebar pula dia memberi keterangan tanpa dipinta.

“Yes, I do love my religion, I love my God. I am so thankful that I am born as a muslim”
____________________________________________________________________________

Berlalunya perbualan bersama seorang lelaki kulit putih lewat 70-an yang mengaku dirinya kristian tetapi tidak mengamalkan sepenuhnya agamanya. Di bumi kanggaroo,  penduduk tempatan amat mudah mesra tidak mengenal usia dan bangsa.

Tercampaknya aku di bumi asing yang agama rasminya bukan agama Islam telah membuatkan aku  mengenali Islam dengan lebih mendalam lagi. Membuatkan aku lebih mencintai agama ini tanpa aku sedari. Contohnya seperti perbualan dengan pakcik di atas, siapa pernah terfikir apa yang dia perkatakan itu. Kerana adanya cinta itulah, terpancarlah ia melalui perbuatan kita. Dan cinta itu, bukan boleh dibuat-buat kerana ia lahir dari dalam hati.

Tapi bak kata orang, cinta mana boleh dipaksa. Tanpa kefahaman, memang kita seolah-olah dipaksa. Yelah, buat sesuatu tapi tak paham. Hati nak rela pun payah. Macam kecil-kecil dulu, kita solat tapi sebab kena suruh dengan mak ayah kan? Siap ada satu fasa tipu-tipu solat (okay maybe korang baik, tak lalui fasa ni. Haha).


Walaubagaimanapun, cinta itu boleh dipupuk. Berilah anak-anakmu kefahaman, kenalkan dia kepada penciptaNya, kita solat ini kerana Allah. Pupuklah cinta kepada penciptaNya, barulah dia solat, puasa dengan senang kerana dia tahu tujuannya. Samalah bila kita nak berubah, mula-mula memang kena paksa diri, lawan nafsu hantu tu, perbanyakkan usaha mengenali Allah supaya menerbitkan cinta hakiki itu, insyaAllah dengan mudah perubahan itu akan terlaksana. Apa-apa pun yang penting ialah cinta kepada pencipta dahulu, baru urusan yang lainnya akan dipermudahkan.

Pupuklah cinta, jangan ditutup pintu hati. Jika bukan kepada pencipta, siapa lagi diharapkan cinta abadi ini?

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)


pssst lamanya sungguhhh lama tak mencoret di sini >.< huehuehue.

Apr 30, 2014

Susahnya nak tegur kawan!

“Dah kau kenapa nak tegur-tegur akuuuuuuu?! Baik sangatlah tuuuuu…”, jerit Limah dengan lantang.

Haaa tak ke payah kalau nak tegur kawan, lepas tu mula sebulan tak bertegur sapa, lunch dinner sorang-sorang. Makan nasi pun tak habiss. So, kebiasaannya ramai memilih untuk diam dari membuka mulut untuk menegur kesalahan si kawan.

Tapiiii.. kalau kita memang betul sayang kawan, tegurlah, tapi kena pandai-pandailah demi nak jaga persahabatan. Biasalah manusia ni ego setinggi gunung, walaupun dah berkawan bertahun tapi bila bab tegur memang panas je rasa. Susah tau, ni kena masuk bab berlapang dada plak, kang panjang pulak jadinya.

Mungkin kalau masa keluar dengan kawan, nampak bajunya mendedahkan lengan, kita buat-buat tarik lengan baju dia dan cakap, “terdedah tangan ni, aurattt. Hihii”, buatlah gaya macam santai-santai gitu, jangan gi bagi lecture plak. Kebanyakan dari kita tahu je apa itu aurat, tapi kadang-kadang macam lupa kan. Dan tegur jangan dikhalayak ramai, saja cakap kuat-kuat bagi satu floor dengar. Isk. Manusia ni akan rasa lebih dihargai kalau tegur senyap-senyap personal gitu, jaga air mukanya.

Kalau kawan free hair, ajaklah gi kedai tudung konon kita nak gi beli tudung. Pasti akan ada kawan yg kata “tudung ni cantik”, kita jawablah, “hang pakai mesti cantik jugokkk. Hehee. Nak? Aku belanjaaa”, haaa dalam hati, “habisss duit akuuuu”. Hahaaa. Apa salahnya mana tau lepas ni dia start bertudung kan.

Haaaa gitulah yg sepatutnya. 2-2 ada tanggungjawab demi keamanan sejagat.


Bab couple pula, kalau dia keluar, tanya biasa buat apa. Gi mana. “Korang ni nak kahwin bila? Tak baik tau berdua jee. Nanti dah kahwin mulalah boring dah asyik berkepit, tak gituuuu”. Mula-mula tunjuk concern (tapi kita memang kena tau perkembangan kawan baru boleh nak tolong nasihat sebagainya). Lepas tu, nasihat sikit-sikit. Nak banyak-banyak pun boleh kalau kawan jenis terima. Manusia ni, biasa suka couple sebab rasa ada orang sayang dan hargai dia, tapi kalau dia betul-betul sayang dan takut kepada Allah, dia tak ada masa nak couple-couple ni. Ini semua dunia, cinta dusta! Gituuuw. 

So bawalah dia kepada Allah. Ajak solat sekali, ngaji, mathurat dan sebagainya.

Tapi tu lah, keadaan bukan senang jadi gini, ia tak semudah disangka. Sangat sukar nak menjalankan amar makruf nahi mungkar kepada sahabat kita sendiri, takut hatinya terluka terguris atau apa-apa lagi lah kan. Tapiiii..jangan lupa kita boleh doakan kepada sahabat kita.

Salah satu doa yang cepat dikabulkan adalah doa kepada saudara-saudara kita tanpa pengetahuannya. Abu Darda' menceritakan bahwasanya Rasulullah bersabda, ''Tidaklah seorang Muslim berdoa untuk saudaranya yang tidak di hadapannya, maka malaikat yang ditugaskan kepadanya berkata, 'Amin'. Dan, bagimu seperti yang kau doakan.'' (HR Muslim)



So banyak-banyaklah doa kalau nak tegur tak reti. Yelah kita boleh tegur sikit-sikit, kalau selalu kang jadi lain plak. InsyaAllah kalau sahabat kita ambil teguran secara positif dan dia willing to change, Allah akan permudahkan urusan dia. Yang penting dia nak ke tidak. Kalau tak nak, kita tegurlah beribu kali, apa pun tak jalannnn.


***************************************************************


Tapi kadang-kadang, kita terlalu takut dan bayangkan dialog yg atas tu, terus tak jadi tegur. Padahal, bila tegur, Limah tak memekik pun. Malah menitiskan air mata syahdu, ada sahabat yang sanggup menegurnya demi nak ke syurga bersama-sama. Tskkk.


Sep 11, 2013

Saya malu nak pakai tudung, lagi-lagi tudung labuh

“Saya bukan tak nak bertudung, tapi kita sekarang di negara yang rare orang pakai tudung, kita ikut situasi, berubah mengikut keadaan. Kalau tak orang akan pandang serong kepada saya. Susah untuk saya meneruskan hidup jika terus berkeras untuk bertudung”

“Saya rasa lebih berkeyakinan bila tidak memakai tudung. Rasa cam kekok dan segan bila memakai tudung. Kerja saya banyak deal dengan orang-orang yang bukan Islam atau kebanyakkan yang Islam adalah yang biasa-biasa saja. Bertudung ni dikira pelik. You get what I mean right? So… I prefer macam ni”

“Saya nak pakai tudung ke tidak ke, menutup aurat ke tidak ke, itu hak saya!”

“Tudung labuh ni nampak macam kuno. Zaman sekarang zaman moden, yang cantik-cantik ni banyak yang singkat. Nak buat macam manaaaa…Ok lah atleast saya bertudung”

“Tudung labuh? Labuh mana kau nak? Tutup dada? Hmm..susahlah. Aku tak biasa. Tak pernah ada antara kami yang pakai tudung labuh-labuh tutup dada ni. Nanti diejek, sakit hati tau?okay lah ni atleast bertudung”

“Susah lah nak bertudung. Mama I pun kadang-kadang bertudung kadang-kadang tak. Dulu I pakai tudung pun sebab dekat sekolah kena pakai. Sekarang kalau I pakai apa pula kata mama. Peliklah. Nak jaga hati mama juga, nanti dia terasa”

Ini antara alasan-alasan yang kita pernah dengar daripada mereka yang sukar atau tidak sudi untuk bertudung dengan sempurna. Belum disentuh lagi bab aurat yang lain. Mari kita kupas isu tudung ini dengan lebih mendalam. Menggunakan ayat cinta dari Allah. Tak perlu kita pergi jauh-jauh cari bahan lain, Allah dah ada pesanNya untuk kita.

Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

1.       Kena rasa yang ayat ini ditujukan kepada kita wanita gadis perempuan yg beragama Islam. Tak mahukah kita tergolong dalam ‘wanita yang beriman’ itu? Walaupun masih belum sempurna kekuatan imannya, saya tetap mahu rasa ayat ini untuk saya! Jika tidak siapa lagi? Rugi. Rugi.
2.       Seperti yang telah diajar di sekolah, aurat wanita dengan lelaki yang bukan muhrim hanyalah telapak tangan dan muka. So yang lain itu wajib di cover. Simple math I think? (sepatutnya tiada siapa ambil PAI di sekolah tidak tahu mengenai ini. Malulah jika tidak tahu. Lagi malulah jika tahu tapi tidak mengamalkannya. tsk. tsk)
3.      Tudung wajiblah labuh sehingga menutup dada. Tidak dikira sempurna pemakaian tudungnya andai ia singkat menampakkan yg tidak perlu.

Pemakaian tudung yg betul (labuh, tidak jarang, tidak melekat, sanggul tidak tinggi & pakaian yang menutup auratnya) dapat menjamin kesejukan mata yang memandang, keselesaan pemakainya dan juga pelihatnya. Yang paling penting, dia telah menunaikan hak Allah dalam menyuruhnya menutup aurat dengan sebaiknya. Tidak inginkah kita menjadi begitu? Allah redha, tidak mahukah kamu? Rugi. Rugi.

If all the people are pleased with you but Allah is not, what have you gained?
If Allah is pleased with you but no one else is, what have you lost?”
[Imam Ahmad Ibn Hanbal rahimahullah]

Tsk.
Termenung jap.

Btw, orang perempuan kan memang suka tengok cermin, so jangan tengok cermin secara sia-sia. Demi tidak mensia-siakan perbuatan itu, tengoklah untuk meraih redha Ilahi. Boleh praktikkan before keluar rumah, duk depan cermin sambil baca doa tgk cermin tu, tengok diri kita dan fikirkan, “apa yang aku pakai ni, Allah bagi ke tidak, longgar ke ketat ke labuh ke jarang ke”. Judgelah guna cermin tu. Dan jangan lupa ucapkan Subhanallah indahnya ciptaanMu (hihi) & Alhamdulillah, kau jadikanlah aku wanita muslimah, lindungilah aku dari godaan syaitan.

Bukannya duk depan cermin, “cantik dan vogue nya aku, mesti orang jeles tengok ni. Wallah gituu. Cun dah. Mesti ramai orang puji. Wiwiwi”

Kepada yang beralasan:
“tidak bertudung tidak menjamin baik akhlaknya”
“tidak bertudung bukan bermaksud saya tidak solat puasa etc”
“badan saya hak saya, ikut sukalah saya nak tutup apa”

Jangan kita terlalu ego dengan alasan-alasan ini. Setiap suruhan Allah tu bukan pilihan suka hati kita nak ambil yang mana satu. Setiap daripadanya adalah wajib. Jangan bercakap tentang hak kita. Tiada satu pun di dunia ini adalah kepunyaan kita secara mutlak. Kalau Allah nak tarik, sekelip mata je. Jangan bercakap tentang hak, sedangkan hak Allah pun tidak kita tunaikan.Siapa lagi besar? Kita atau Allah? Hamba atau pencipta? Bila kita malu nak praktikkan Islam kerana manusia sekeliling, apakah tahap ketaatan kita kepada Allah pada waktu itu? Sedih. Sedih T.T



Sila fikir jika di Malaysia yang dengan mudahnya untuk mengamalkan Islam pun kita masih mensia-siakan peluang itu, tidak bersyukurkah kita? Isk. Ada ke yang membaling botol kaca kepada wanita bertudung? Tiada. Tapi jika ke luar negara yang ada manusia anti-Islam, terbang melayangkah tudung kita? Tidak, pastilah tidak! Banggalah kamu kerana ini secara tidak langsung kamu telah menunjukkan kepada masyarakat luar, inilah Islam. Kami wakil-wakil membawa nama Islam, dekatilah kami, kenalilah agama kami, Islam yg mulia. Waaahh, tak gitu? Untung. Rugilah mereka yang malu kepada manusia, sedangkan tidak pula malu kepada Allah penciptaNya.


Pesan buat sahabat-sahabat semua, lebih utama kepada diri ini sendiri. Carilah kekuatan daripada Allah. Mohonlah doa daripadaNya agar dipermudahkan perubahan itu. Penuhilah hak-hak Allah, pasti kehidupan kita lebih diberkatiNya. Tiada guna kerana ego kita, kita abaikan pencipta kita.