Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Jul 11, 2012

Daging bakar pedas bermadu


Assalamualaikum wbt


Pejam celik pejam celik siapa sangka dah  masuk bulan Julai dah pun. Winter break pun dah seminggu lebih berlalu. Last sekali aku post entry pun masa 31 March. Maknanya dah 3 bulan lebih blog ditinggalkan bersawang berhabuk. Rasa macam baru semalam post. Haha tipu, okay sem ni tak sempat betul-betul nak mengadap berblogging kerana ‘pertempuran’ sengit yang terpaksa aku lalui. Ingat konon bolehlah update satu dua entries sebulan tapi bayang pun tak ada. Oh ada je alasan!


Habisnya final exam sem ni rasa sangat lega dan tenang. Bukan maknanya yakin boleh dapat result dengan cemerlangnya tapi insyaAllah itu yang terbaik yang mampu diberi. Hanya kepada Allah jua aku bergantung untuk keputusan akhirnya. Jika baik, maka bersyukurlah. Jika tidak, maka bersyukurlah juga. Setiap itu direncanakan ada hikmahnya.

Untuk mukadimah pengembalian ke alam blog ni, nak share satu resepi untuk orang yang nak makanan sihat, mudah, cepat dan enak. Eceh puji makanan sendiri. Hahha.  Terciptanya resepi ni atas dasar terlalu busy untuk menghadapi masa terlalu lama di dapur. Konon jimat masa, sebab nak focus study ni, padahal….hanya tuan badan yang tahu. Hee. So, kalau orang-orang yang suka kerja express sangat sesuailah buat menu ni. Tak perlu nak tumis-tumis minyak merecik bagai. Haaa. Jom jom.


Bahan-bahan

400gm daging (5-6 orang makan)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar serbuk cili/cili boh (nak pedas letak banyak)
Secubit garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu


Cara-cara

1.    Rebus daging dengan api perlahan-sederhana selama 30-45 minit. Angkat tapis. Potong.
2.    Gaul dengan kesemua bahan.
3.    Perap selama >30 minit (lagi lama lagi sedap)
4.    Alas aluminium foil di atas tray pembakar. Susun daging perap.
5.    Bakar pada suhu 180o C selama 20-30 minit.
6.    Balik-balikkan daging supaya masak dengan rata.
7.    Nak dekat masak tuang sikit madu atas daging dan ratakan. Biar dalam oven selama 5 minit.
8.    Hidang & makan.





Kalau tak nak rebus pun mungkin boleh tapi akan mengambil masa untuk bakar. So rebus pun bukan payah, just letak air+daging atas dapur. Air rebusan jangan buang sebab boleh buat sup yang boleh dimakan bersama dengan daging ni. Masa ni aku buat nasi jagung dan lobak untuk digandingkan bersama daging bakar ni. Nasi putih biasa pun layan je.




Feb 13, 2012

Puding durian belanda

Assalamualaikum wbt

Siapa suka durian belanda? Aku! Durian belanda ni banyak khasiat dan yang paling significant adalah ia dapat merawat/menghindar penyakit barah/cancer & banyak lagi penyakit lain. Sejauh mana kebenarannya wallahulam. Tapi pastinya apa yang Allah ciptakan itu tidaklah sia-sia, kan? Butiran lanjut bolehlah di google sebab kali ni aku hanya nak berkongsi satu resepi puding menggunakan durian belanda.


Nilah rupanya durian belanda/soursop ouhh.sedap!


Biasa orang buat sorbet/ice-cream/iced-blended dengan durian belanda ni. Tapi kali ni aku nak try kelainan sikit. Puding dicipta dan rasanya boleh tahan. Gunakan buah yang dah masak ranum, isinya lembek-lembek. Rasanya yang masam-masam manis menyegarkan anak tekak saat pudding yang nyaman lalu di alur tekak. Cewahhh. Haha. Tak percaya cubalah! Sejauh mana khasiat buah ni kekal setelah masak aku pun tak pasti. Tapi untuk menghindar khasiat mati (ada ke istilah ni?hentam), letakkan buah akhir sekali setelah api dipadamkan.

Kalau nak dibandingkan durian dan durian belanda, aku lagi suka durian belanda (bukan lagi suka, masalahnya memang aku tak makan durian. Haha). Orang kata rugilah tak makan durian tapi, kita manusia ada pelbagai jenis dan perbezaan itu bukan sesuatu yang luar biasa, maka raikanlah perbezaan J

Jom-jom resepinya!


Bahan-bahan
1 mangkuk isi durian belanda
1 cawan susu pekat manis
5 gm serbuk agar-agar
5 cawan air

Cara-cara
1. Kisar sampai hancur isi durian belanda (jadi puree). Ketepikan.
2. Masukkan serbuk agar-agar dan air ke dalam satu bekas. Letak atas api dan kacau hingga larut.
3. Masukkan susu pekat dan kacau sehingga mendidih. Tutup api setelah mendidih
4. Masukkan puree durian belanda. Kacau rata.
5. Tuang ke dalam acuan. Sejukkan & hidang.


Gambar puding durian belanda sebelum disejukkan (:




Dec 24, 2011

Bubur Jagung Lemak Manis







Haaa seketul-seketul jagung. Haha.

Siapa suka jagung? Kami sekeluarga amat suka jagung. Aku ni pun suka jagung. Kalau kat Adelaide, akulah sorang gi beli jagung setokol lepas tu rebus dan sapu butter. Berangan makan macam kat pasar malam tu haa. Haha. Ni dah balik cuti, ada jagung pi buat bubur jagung lemak-lemak gemuk manis untuk seisi keluarga. Tapi ni aku pi perisikan jagung tu kasar sangat. Sepatutnya lebih halus, tak adalah nampak jagung sebiji-sebiji macam ni. Ikut selera masing-masing la ye.

Bahan-bahan
5 tongkol jagung - ambil isi (hiris)
1 cawan santan
1 cawan susu cair
½ mangkuk gula melaka - tambah jika suka manis
2 helai daun pandan - simpul
Secubit garam

Cara-cara
1. Rebus isi jagung dengan air untuk 10 minit.
2. Masukkan bahan-bahan lain, sentiasa kacau dan masak sehingga mendidih.
3. Hidang ketika sejuk untuk nikmat yang lebih kaw. Hehe.




Dec 22, 2011

Apam Belang Coklat Strawberi






Assalamualaikum wbt.

Presenting. apam belang sebelum dikukus :)

Mood : gembira melihat warna-warna ceria. 

Tengok apam yang aku buat untuk pertama kalinya ni, cantik takkkkkkk? Hihi, sedikit bahagia di situ sebab akhirnya berjaya buat apam belang-belang setelah sekian lama memendam rasa. Mula-mula tengok apam cun ni dalam blog KakIta, masa tu kat Adelaide lagi. Nak try buat puas aku cari ovelet tak ada. Jadi terbantutlah usaha nak buat apam belang ni. Last-last tunggu cuti balik ke Malaysia barulah boleh buat. Tapi memang tak boleh nak tandinglah kak masam manis ni. 

Seronok duk melayer apam ni. Suka warna dia. Buat ni pun sambil mak memerhati. Dia pun excited sekali tengok warna-warnanya. Aku lagilah excitednya kan tengok warna-warna kegemaran ni. Hehe.



Moh la tengok bahan dan cara-caranya yang mudah je, cuma perlu sabar duk menceduk warna demi warna. Nak hasil menawan, kenalah sabar, ye dak?

Bahan-bahan

4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
200 ml santan kotak + 50 ml air
1 sudu teh baking powder
Strawberi emulco
Coklat emulco
Pewarna merah

Cara-cara

1.    Pukul telur,gula dan ovelet sampai gebu.
2.    Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
3.    Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
4.    Bahagi kepada 3/4 warna yang disukai  dan kacau rata adunan dengan warna (emulco+pewarna).
5.    Tuangkan ke dalam bekas yang telah dileser dengan mentega dan di tabur tepung. Tuang selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit atau sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

Apam belang mendapat simbahan 'nur'. Hehe.


Dec 15, 2011

Kuey Teow Ladna Ala Thai






Assalamualaikum wbt.

Lama rasanya tak kongsi resepi. Biasanya makan kuah kuey teow ladna macam ni, masa belajar kat INTEC dulu. Lokasinya di Ole-ole kedai orang Patani kalau tak silap. Tapi menu masa tu, kuey teow kungfu dan telur yang digoreng bersama kuey teow tu sangat sedap sebab ala rangup-rangup gitu. Makan pula dengan kuah masam-masam pedas. Memang lain dari yang lainlah rasanya. Jadi kali ni cuba masak kuey teow ladna cara ni dan rasanya sangat memuaskan hati.


Bahan-bahan

2 bungkus kuey teow
5 ulas bawang putih - ketuk
1 inci halia - mayang
5 biji cili padi - belah
3 ekor sotong - potong
15-20 ekor udang
10 biji fishball - belah 2
1 batang fishcake - potong nipis
4 sudu besar sos tiram
6-8 helai daun limau purut
5 biji limau purut (perahan air sahaja)
1 batang lobak
3 batang baby corn
Sedikit bunga kobis
Sebiji tomato
Sawi
Segelas air + 2 sudu besar tepung jagung (larutkan)
6-8 cawan air
Kicap cair
Kicap pekat
Minyak
Garam
Gula

Cara-cara

KUAH
1. Tumis bawang putih, halia dan cili padi bersama sedikit minyak.
2. Masukkan air dan sos tiram. Biarkan 5 minit di atas api besar.
3. Masukkan fishball dan fiskcake
4. Masukkan sayur yang keras dan biarkan untuk 5 minit.
5. Masukkan sayur yang lembut (sawi, tomato), sotong dan udang. Api sederhana besar.
6. Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Masukkan daun limau purut dan perahan limau.Nak masam lagi tambah limau lagi.
8. Masukkan campuran air tepung jagung sehingga kepekatan kuah memuaskan hati.


KUEY TEOW
1. Gaulkan kuey teow dengan sesudu kicap pekat + 2 sudu kicap cair.
2. Goreng bersama suku cawan minyak untuk 5 minit.
3. Angkat dan hiding bersama kuah.

Oct 26, 2011

Nasi Air Sup Halia

Assalamualaikum wbt

Terjadinya resepi nasi air sup halia ni gara-gara teringin sangat anak tekak nak makan sup kat Terengganu (Restoran Sup Rasa Sayang). Kalau kat kedai tu, supnya sangat marvelous, tak rasa sup berempah, cuma air rebusan daging ala-ala sup kemboja (kuyteav). Mana aku tau ni? Aku google je, punyalah nak cari resepi punya pasal. Jadi tembak je la benda ni ala-ala kuyteav tu. Resepi asal dia banyak guna daging haram, jadi aku ubah jadi halal, kita gunalah daging lembu yang enak.

Masak punya masak, bau sup bila halia dan bawang putih tu dah masak, memang sedap. Sup wangi bau dah lebih kurang macam kat restoran tu. Tapi rasanya masih ada sesuatu yang kurang. Ayah aku kata sup camni biasa guna bawang putih jeruk, tapi sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Belum cuba belum tahu. Hehe. Nanti dah cuba baru update.

Apa-apa pun rasa dia dah ikut anak tekak aku dah sebab aku ni tak suka sangat sup yang berempah. Sup ni bila tambah kicap pedas, memang nyumnyum. Heee.


Daging - sedap je kan isi dia seketol-seketol. NYUM!

Ni je main ingredients. Sini halia sebenar mahal jadi guna yang mince jelah ye.


Bahan-bahan (6 orang)

Sup
500 gm daging
7-8 cawan air
5-6 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar - cincang
1 sudu besar halia cincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar lobak asin - racik
Garam
Gula

Bahan Tabur
Daging - hiris nipis
Bawang goreng
Daun sup
Taugeh
Ikan bilis goreng
Kentang potong dadu + garam - goreng
Lobak asin

Sos kicap
2 sudu besar cili boh
Kicap manis
Minyak

Cara-cara 


Nasi
Masak dalam periuk nasi biasa cuma lebihkan air

Sup

1. Rebus kesemua bahan sekali gus untuk membuat sup.
2. Biarkan di atas api sederhana selama 1-2 jam (lagi lama lagi bagus).
3. Perasakan dengan gula dan garam mengikut selera anak tekak.
4. Keluarkan daging. Tapis.
5. Hiris daging nipis-nipis.


Sos Kicap


1. Tumis cili boh dengan minyak hingga garing, bukan hangus.
2. Masukkan kicap ikut keperluan/kesukaan.

Kalau rajin buatlah bergedil, kalau malas jadilah macam aku potong kentang, gaul garam sikit dan goreng.

Tips : untuk nasi air ni, lagi banyak bahan tabur lagi bagus. Penyeri, penyedap rasa.

Aug 18, 2011

Kempunan ikan singgang & sambal belacan

Assalamualaikum wbt

Biasalah duduk jauh dari negara, rumah dan keluarga, makanan yang simple yang biasa orang tak pandang pun aku boleh mengada nak makan. Nak juga makan sambal belacan yang pedas-pedas gilerrrr tu bersama kuah singgang masam-masam tuuu. Ohh sedap benor dengan nasi panas lembek-lembek skit. Jadi petang selasa tu (maklumlah hari selasa je aku kena masak, hari lain orang lain) aku try la nak pi cari lengkuas nak letak dalam ikan singgang tu.

Tapi sebab BI aku ni ntah pape aku kena cari dulu apa lengkuas dalam ENGLISH. Mana tahu nanti jumpa lengkuas pun boleh confuse rupanya dengan halia ke kan. Haha. Walaupun jauh beza. Ok dah google, lengkuas dikenali sebagai GALANGAL. (Kalau nak tahu camni la aku bila nak beli rempah-rempah kat sini, kena google dalam BI dulu. Hahaha)

Rumah depan WOOLWORTHS senang kerja jalan 45 saat dah sampai kat bahagian sayur mayur. Cari punya cari takda pun. Halia banyaklah setimbun. Aku pun balik tanpa lengkuas. Nak tak nak aku masak juga ikan singgang tanpa lengkuas. Huhu. Nasib baik rasa masam dia ok dah. Boleh la makan cuma rasanya kurang kick dan penuh dengan kekurangan T.T

Nasib baik juga sebab dapat hasilkan sambal belacan meletup yang jadi penyelamat. Pedas yang molek-molek. Huhu. Campur pula makan dengan sayur kacang panjang goreng hati ayam kering cukup la untuk membuatkan perut gembira selepas berbuka. Alhamdulillah for this food ya Allah J




Ikan singgang mudah tanpa lengkuas

Bahan-bahan
Seekor ikan - aku guna salmon trout je, tu je yang paling murah. Bersihkan.
4-5 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - potong dadu
Halia - 1 inci, tapi sebab aku guna minced ginger, letak lebih kurang 1 sudu besar
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil asam jawa - gaul & larutkan dalam setengah mangkuk air
4-5 keping asam keping - aku suka masam tu letak 5, nak kurang masam letak je la 3
1 sudu kecil serbuk kunyit - nak molek letak kunyit hidup tu.
3-4 cawan air - ikutlah nak kuah banyak ke tak
Cili padi - ikut suka nak pedas letak banyak
Garam
Gula

Cara-cara
1. Letak semua bahan ke dalam kuali kecuali ikan.
2. Bila dah mendidih letakkan ikan dan perasakan secukupnya dengan garam gula.
3. Agak-agak dah empuk ikan tutup api (5-10 minit).
4. Hidang dan ambil gambar makan.



Princess of the day


Jul 6, 2011

Simple Butter Cake

Assalamualaikum wbt.

Resepi yang dah berkurun sebelum didedahkan kepada orang ramai. Aku suka makan kek butter terutama yang kering dan berhabuk sikit tu. Lemak-lemak masin. Uihh sungguh tidak sihat tapi sedap :)

Ni resepi kek mentega yang guna sangat sikit bahan. Senang nak buat tetapi rasa agak moist. Huks.



Bahan-bahan:

250g tepung naik sendiri (kalau tak ada, tepung biasa + 1 sudu baking powder pun boleh)
250g mentega
4 biji telur
180 g gula kaster (Merah guna gula biasa yang di blend.hehe) 
¼ cawan susu UHT

Cara-cara:

1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkah tepung dan susu, pukul hingga sebati.
4. Tuang ke dalam loyang kek yang telah disapu mentega dan tepung.
5. Bakar pada suhu 180oC selama satu jam/sehingga masak.
6. Kepada yang suka kek kerak-kerak kat tepi boleh bakar lebih 20-30 minit.


Haa kek menggerutu sudah. Hihi. Kerak-kerak yang best :) 

Feb 9, 2011

Kuih koci oh koci!

Assalamualaikum wbt.

Ohh benda ni tak ada dalam perancangan aku pun nak masak selama ini. Makan benda ni pun jarang sekali, tetapi sejak dua menjak ni adik-adik aku macam suka je makan benda ni. Aku rasa hari tu sebiji pun rasa macam best je. 

Dari situlah tergedik rasa nak buat benda ni. Alang-alang dah pergi pasar tani hari tu terjumpa pula daun pisang, maka kenalah juga buat benda ni. Tapi kali ni, kuihnya kenyal sedikit. Mungkin terlebih masa mengukus sebab masa tengah kukus tu semua tak ingat pukul berapa start mengukus. Jadi gasak je lah biar mereka lama-lama atas dapur. Haha. 

Aku buat benda ni yang syoknya masa duk membalut tu. Jakun kejap orang tak pernah pegang daun pisang. Siap tengok buku teks KH Form 2 untuk cara layurkan daun pisang (adik aku yang tunjuk). Hahaha. 

Yang bestnya aku berjaya buat bentuk piramid yang aku idamkan. Mula-mula piramidnya besar gajah (tak reti lagi nak lipat kiut-kiut). Makin lama makin cun dah piramid tu. Hanya adik aku je nak juga buat bentuk bantal, jadi adalah beberapa bentuk bantal yang di buatnya :)



Bahan-bahan

2 cawan tepung pulut
1 cawan santan
Secubit garam
Daun pisang dilayurkan atas api (potong 12x7cm)
Minyak

1 cawan gula perang
1 sudu besar gula Melaka
2 helai daun pandan
2 cawan kelapa parut kering (pek segera je.huhu)
½ cawan air

Cara-cara

Inti
1. Larutkan gula perang dan gula Melaka bersama air dan daun pandan.
2. Setelah menggelegak masukkan kelapa kering dan biarkan sehingga pekat dan kering.

Kuih
1. Campurkan tepung pulut, santan dan garam. Gaul rata sehingga tak melekit ke tangan.
2. Bentukkan bulat dan kemudian leperkan untuk di isi inti. Kemudian gentelkan dan bungkus ke dalam daun pisang yang disapu minyak.
3. Kukus piramid-piramid kuih koci kedalam pengukus selama 15 minit.




Feb 7, 2011

Oh yeah! The Cream Puff Returns.

Assalamualaikum wbt.

Setelah beberapa kali gagal dalam menghasilkan cream puff yang gebu dan cun, aku rasa sungguh geram selagi tak menjadi seperti yang cubaan kali pertama  membuat Cream Puff ini. Kisah aku bersama si gebu ini ada di sini (TEKAN weh tekan!!)

Baiklah kali ini hasilnya melegakan hati dan sanubariku kerana Cream Puff ku tidak lagi cair meleleh dan setelah masak keras seperti batu. Mereka juga naik dengan kembang kempisnya. Lega. Lega. Alhamdulillah. Sampai 2 adunan terus aku buat kali ni. Hee~



Ini dia resepi ajaib Cream Puff kembang untuk 40++ biji (1 adunan)

Pastry puff


Bahan-bahan 

180 g tepung gandum
290 ml air
120 g mentega
5 biji telur
1 sudu baking powder

Cara-cara

1. Didihkan air dan mentega.
2. Tutup api kemudian gaul tepung gandum bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Biarkan sejuk.
3. Pecahkan telur dan kacau supaya kuning dan putih telur bercampur. Jangan tepuk terlalu lama.
4. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam doh yang telah sejuk tadi. Gaul rata.
5. Masukkan ke dalam piping bag/guna sudu untuk membentuk doh.
6. Renjiskan air pada permukaan puff.
7. Bakar pada suhu 200oc untuk 15 minit. Kemudian turunkan kepada 180oc untuk 15-20 minit.
8. Sejukkan puff.
9. Belah puff dari atas dan sumbatkan inti

Cream / Inti (kastad jagung)

Bahan-bahan

1/4 cawan tepung custard/kastad
1/2 cawan susu segar
3/4 cawan gula
1/2 cawan air
3 sudu besar cream corn (dalam tin) - kalau tak suka tak payah letak

Cara-cara

1. Gaul rata air bersama tepung kastad.
2. Letakkan atas api sederhana.
3. Masukkan gula dan susu.
4. Masukkan cream corn. Gaul rata.

(kalau inti ni agak pekat, tambahlah susu/air)
(kalau inti agak cair, tambah tepung kastad+air)
(nak tahu inti dah pekat ke tak, biarkan sejuk dahulu)



p/s : happy weh mereka naik dengan comel. Haha. Berdebar-debar tunggu depan oven. walaupun ada antara mereka yang tapaknya berlubang sehingga aku tepaksa sumbat dari bawah. Heee~



Jan 29, 2011

Nasi Ayam Simple

Assalamualaikum wbt.

Hari ni masak nasi ayam je. Resepi ni mudah dan simple je. Jom layan~


Bahan-bahan

Beras (4 pot)
1 ekor ayam (potong)
5-7 cm halia (mayang)
10-12 ulas bawang putih (mayang)
3 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
Limau kasturi
Salad
Tomato
Timun
Kicap cair
Gula
Garam
Air

Cara-cara

Sup
1. Letak air menutupi ayam dalam periuk (air lebih sikit tape)
2. Letak semua halia dan bawang putih.
3. Masak atas dapur sehingga gelegak dan ayam masak.
4. Perasakan dengan garam.
5. Keluarkan ayam.

Nasi
1. Basuh beras seperti biasa.
2. Letak separuh air masak, separuh air rebusan ayam+halia+bawang putih yang di masak untuk sup.
3. Titikkan 2-3 titik pewarna kuning. Gaul rata.
4. Masak nasi.

Sambal lada
Kisar lada besar, cili padi, perahan limau, gula (2 sudu) dan sedikit sup+halia+bawang putih.

Ayam
1. Gaul ayam dengan kicap cair.
2. Goreng.

Sayur
Basuh & potong.

Ohh dah siap! Hehe :)




Jan 25, 2011

Daging Masak Merah

Assalamualaikum wbt.

Ni daging masak merah resepi yang paling senang untuk dimasak sebab tak payah nak tumis apa-apa. Bila tak payah tumis tak payah nak risau bawang dah garing ke? Cili dah masak pecah minyak ke? Haaa. Dah lah senang, sedap pula tu. Ni biasa mak aku yang masak macam ni, dan nenek aku pun biasa masak ayam macam ni. Kira resepi turun temurun lah kan? Haha. Sesuka hati aku je. Haa jom try buat!



Bahan-bahan

½ kg daging
3 sudu besar cili kisar (kalau pedas kurangkan)
3 sudu besar bawang besar kisar
½ sudu besar asam jawa (larutkan dalam setengah mangkuk kecil air)
1 sudu besar gula Melaka
Kicap manis/masin
Perasa (garam gula)
Minyak

Cara-cara

1. Potong daging nipis-nipis
2. Letak daging dan semua bahan dalam kuali kecuali minyak,kicap & perasa.
3. Letak kuali atas dapur api sederhana kecil. Jangan api besar keras la daging tu.
4. Tutup kuali dan biarkan sehingga kuah agak kering.
5. Sambil-sambil tunggu kacau juga ye.
6. Dah agak kering masukkan minyak dan perasakan ikut selera. Tambah 1 sudu kicap.
7. Tunggu dalam 5 minit kemudian tutup api.
8. Hidangkan bersama nasi panas.

p/s : kalau suka kuah banyak dan cair, tambah air sikit masa kuah dah agak kering tu. Lepas tu tambah minyak. Tapi sedap kalau kuah dia ala-ala pekat sikit. Huhu.



Jagung manis lemak-lemak

Assalamualaikum wbt.

Lama dah aku tak update pasal makanan ni. Asyik terperak dalam hp je gambar-gambarnya. Ni punya resepi dah nak dekat 3 bulan aku peram. Hoho. Dah jadi jeruk kot. Benda ni aku buat masa duk Australia dulu, teringin sangat nak makan jagung dalam cup tu. Senang jak pun. Jom kita tengok camna nak buat.



Bahan-bahan : 

Jagung frozen (yang kernel sahaja)
Susu pekat manis
Mentega
Garam

Cara-cara : 

1. Ambil secawan dan kukus jagung tu biar masak. Sambil-sambil tu kacau la dia sikit-sikit.
2. Dah kuning cantik menawan dan berasap-asap bolehlah diangkat/alih.(dalam 15 minit gitu)
3. Letak dalam cawan dan tuang susu manis dalam satu sudu besar je.
4. Letak mentega dalam setengah sudu besar.
5. Kalau mentega kurang masin macam aku punya, tabur la garam sikit.
6. Rasa dan tambah la apa yang kurang (susu manis atau mentega)
7. Makan masa panas-panas. Nyum-nyum.

Dec 28, 2010

Mi Bandung Kuantan

Selalu dengar mi bandung Muar kan. Oleh sebab aku duduk kat Kuantan, jadi mi bandung aku buat ni Mi Bandung Kuantan. Oh banyaknya repitisi perkataan Mi Bandung. Ikutilah resepinya kalau nak tahu:

oh itu dia mi bandung. 


Bahan-bahan (ni untuk 6 orang makan):

Mi kuning 2 paket
Udang (ikut la nak berapa ekor)
Sotong (ni pun sama macam udang)
Bebola ikan (ikut suka juga)
1 biji lobak (potong panjang)
Kubis bunga
Sawi
Tomato sebiji belah 4 
4 ulas bawang putih
3 sudu besar bawang kisar
3 sudu besar cili kisar (kalau taknak pedas kurangkan ye)
Sos tomato
Sos cili
Tepung jagung + air
Garam
Gula
Minyak

Cara-cara:
1.    Bersihkan udang dan rebus udang bersama 1 liter air untuk diambil air rebusannya. Udang jangan dicabut kulit dan kepala masa rebus. Boleh buang kulit dan kepalanya setelah direbus. Tu pun kalau rajin. Macam dalam kes aku atas permintaan adik aku yang pemalas jadi aku tunaikan.
2.    Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kisar sehingga garing. Bukan hangus ya, jadi guna api sederhana sahaja.
3.    Tumis cili kisar sehingga garing juga.
4.    Masukkan sos cili dan sos tomato (agak-agak sendiri banyak mana – rasalah kalau nak tahu)
5.    Masukkan air rebusan udang.
6.    Letak sayur-mayur dan fishball.
7.    Letak udang dan sotong. Jangan masak seafood lama-lama nanti keras.
8.    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ingat jangan letak banyak-banyak sebab ada garam & gula tersembunyi dalam sos-sos yang diletak.
9.    Nak pekatkan kuah letak air bancuhan bersama tepung jagung.
10. Kacau-kacau dan ceduk bersama mi kuning.

p/s: Mi Kuning tu rendam dengan air panas untuk seminit dua kemudian celur. Aku buat 3 kali kalau boleh nak basuh sampai jadi putih mi tu. Haha.

Dec 15, 2010

Resepi Sotong Masak Merah


Ni favorite aku. Kalau kena dengan nasi putih panas-panas lembek sket tu memang mantap laa. Resepi ni dari mak aku yang tercinta. Mari kita layan~

Bahan-bahan
Sotong 5-6 ekor (potong bulat)
3 sudu besar bawang besar (kisar)
3 sudu besar cili boh
Setengah mangkuk air asam jawa
Gula Melaka
Gula
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Potong dan bersihkan sotong.
2. Letakkan kesemua bahan kecuali minyak ke dalam kuali.
3. Letakkan kuali bersama bahan-bahan di atas dapur menggunakan api sederhana. Tutup kuali.
4. Setelah kuah agak kering dan pekat, kacau dan masukkkan minyak. Kacau dan biar sebentar.
5. Hidang dan MAKAN J



Dec 9, 2010

Sotong Goreng Kunyit



Bahan-bahan
Sotong 5-6 ekor (potong panjang)
1 biji bawang besar (mayang)
3 ulas bawang putih (mayang)
3 biji cili padi (belah)
1 sudu besar sos tiram
Serbuk kunyit
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Gaul sotong yang telah siap dipotong dengan garam dan kunyit.
2. Goreng sotong menggunakan api sederhana besar.
3. Angkat sotong dan ketepikan.
4. Panaskan kuali dan tumis bawang putih dan cili padi sehingga garing
5. Masukkan bawang besar dan sos tiram
6. Masukkan sotong yang telah siap digoreng. Biarkan beberapa minit.
7. SIAP! Hidang & MAKAN masa masih panas.

Oct 30, 2010

Resepi Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan:
3 cawan nasi putih
isi ayam (potong kecil)
seikat kangkung
lobak(potong panjang2)
1 sudu besar bilis*
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 sudu kecil belacan*
5 biji cili padi*(lagi banyak lagi ummpp)
2 sudu kecil cili boh/serbuk cili
1 sudu besar sos tiram
kicap pekat manis cap kipas udang
sedikit air
garam
gula
minyak

Cara-cara:
1. Bahan-bahan yang betanda * dikisar,
2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan serbuk cili. Tumis sehingga cili garing. Tambah sedikit air.
4. Masukkan ayam dan lobak. Tambah air jika terlalu kering.
5. Masukkan garam, gula dan sos tiram.
6. Masukkan kangkung dan biarkan sebentar.
7. Akhir sekali masukkan nasi putih dan kicap sebelum nasi goreng digaul.
8. Biarkan di atas api sebentar sebelum ditutup. Hidang kan bersama ikan bilis goreng.