Sep 20, 2011

Orang bagi signal tu, faham-fahamlah




Assalamualaikum wbt


[credit]


You look good in hijab
“Kan cantik tu pakai tudung”
“Manisnya kau betudung, ayu je”
“I suka you bertudung. Nampak lagi cantik, seyes!”
“Alhamdulillah sejuk mata memandang”


Frasa-frasa ini sering di komen bila si fulanah mengupload sekeping gambarnya yang cantik bertudung ayu. Perempuan mana yang tak nak kelihatan cantik? Walaupun yang biasa free hair kalau pekena tudung mesti kekal nampak cantik. Takkan bila pakai tudung hilang seri pula kan? Dah siap upload tunggu depan laptop selama 5 minit tunggu komen ataupun jumlah like. Hehe. Dah salah niat ni, pakai tudung untuk apa ye?

Kalau kita tengok ungkapan-ungkapan di atas, semuanya berbentuk pujian dan sebenarnya ada maksud tersirat bila cakap ni. Maknanya, kekalkanlah dalam imej ni. Imej yang sepatutnya sebagai seorang muslimah. Satu doa. Bukan omongan kosong semata-mata. Tak rasa ke macam tu? Ni bukan setakat pujian nak minta belanja ais kacang tepi jalan. Aku selalu rasa macam ni. Takkan kita nak kata direct kan “baguslah bertudung, tak macam dulu dedah sana sini, berdosa!haram! Baru gaya orang Islam! Kalau tak dulu jahil!!”. Gedegang!Maunya orang tu bengang ye dak? Kata-kata tu kena jaga, biar berhikmah. Jadi bila berhikmah, faham-fahamlah ye ini bukan setakat pujian biasa.

Kita cakap berkias tapi maksudnya mendalam. Harapnya di kau faham wahai teman. Sayang tengok teman-teman seperjuangan buat aurat ni perkara mudah. Macam boleh cuba-cuba buat main-main. Sekejap pakai tudung sekejap tak. Bukan nak kata akulah paling baik auratnya terjaga, sedangkan diri ini masih banyak yang perlu diperbaiki. Ini cuma apa yang aku rasa. Kita kena faham. Tuntutan menjaga aurat bukan perkara yang boleh di ambil mudah.

[credit]


Lagi-lagi baru ni Ramadhan, tengok adalah juga yang berjinak-jinak untuk memakai tudung. Gambar di FB dah ayu bertutup litup. Nak tahu apa sebenarnya yang aku rasa? Rasa excited, happy kalau boleh nak bagi seguni tudung kat you all. Supportive la katakan. Hikhik. Tu yang bila komen puji you cantik, hensem dan ayu. Lagi-lagi lelaki yang suka puji lebih-lebih ni. Biasalah pantang tengok perempuan cun, lagi-lagi dah bertudung rasa semakin layak untuk dibuat calon isteri. Tak gitu?

Tapi alih-alih masa raya rambut you dah perm balik. Angin tiup-tiup rambut terbang. Tudung pun terbang sekali ke sayang? Alah sayangnya. Sekarang rasa kecewa menyelubungi diri. Aku yang tengok ni kecewa, mungkin sebab berharap tak tentu pasal eh? Hehe. Aku yang manusia biasa boleh kecewa apetah lagu tuhan yang satu yang mencipta kita tu. Allah pasti lagi sedih dan kecewa kalau beginilah sikap manusia yang diciptakanNya dengan penuh teliti dan penuh rasa kasih tetapi ini balasan kita tanda terima kasih dan bersyukur? Adakah ini tandanya kita taat kepada perintah Allah?


Tapi siapa aku ni nak kecewa sedangkan kau dan kau sedang bangga melepaskan rambut terbang sepoi-sepoi bahasa. Tak rasa bersalah ke? Bersalah pada Allah? Sungguh sayang rasanya. Hilang terus rasa nak hormat tu. Apa kau expect aku tak ada perasaan ke bila tengok kau buat macam ni? Yelah aurat kau bukan aurat aku kan. (eh emo plakkk.heee). Sorry to say, mestilah pandangan aku terhadap golongan ini dah jadi lain sikit. Tapi aku cuba untuk tidak menjudge dan emosi. Hanya doa yang mampu aku panjatkan agar kau sedar ini semuanya salah. Hanya DOA yang mampu aku pinta...

Apa tujuan pakai tudung semasa Ramadhan sebenarnya? “Menghormati bulan Ramadhan, kan bulan yang mulia”. Hormat bulan je? Allah tak payah hormat, boleh langgar perintahNya sesuka hati bila dah habis Ramadhan? Mana lagi besar sekarang ni? Duhh. Musykil.

Jadi bila dah mula berjinak untuk bertudung dan ada yang memuji cantik tu, ambillah serius untuk melakukan perubahan ni. Itu adalah sejenis signal gelombang-gelombang perubahan ke arah kebaikan. Petunjuk Allah datang dalam pelbagai cara. Keinginan yang terbuku di hati itu juga petunjuk. So, jangan disia-siakan sebab takut hidayah Allah ni tak singgah lama. Pujian tu boleh dijadikan support. Supaya kita lebih kuat dalam melaksanakan perubahan. Tapi ingat, jangan nak pakai tudung untuk mendapat pujian, nanti tak lekat. Kena ikhlas kerana Allah taala. Nak ke tak je sekarang ni.

Walaupun kena buat ikhlas kerana Allah taala, bukan bermaksud bila rasa tak ikhlas nak buat, tak payah buat lagi maknanya. Benda ni bukan boleh tunggu ikut hati kau, AURAT ADALAH HAK ALLAH. Bukannya hak kita untuk menentukan bila kita sepatutnya bertudung dsb. Penuhi tuntutan sedaya upaya yang kita mampu. Mula-mula paksakan diri, buat-buat ikhlas (istikhlas) nanti dengan izin Allah ikhlas itu dapat dicapai. Lagi satu, jangan lupa DOA , DOA & DOA!

Eh lupa pula, selain daripada pujian yang sejuk hati membacanya, ada juga kan yang bila baca rasa nak pelekong senduk besi kat si pengomen tu. Contohnya :


“Eh kau ni dah alim ke sekarang? Hahahahahaha”
“Labuhnya tudung kau……………………….”
“ni mesti sekejap je ni bertahan.”

Peh panas je bila baca. Gelak tu tak ingat dunia. Orang macam nilah merosakkan kawan. Bukannya nak mendoakan benda baik tapi gelak dan cakap macam ni pula. Ini lagilah kalau yang memang jenis aurat tak jaga, sosial tak ingat akhirat. Takkan nak support kawan yang nak berubah kan? Korang-korang yang pernah rasa macam ni, tolonglah abaikan je komen macam ni. Saja nak menjatuhkan semangat. Sesungguhnya bila nak cari kawan/teman, carilah yang boleh mengingatkan kita kepada Allah. Bukannya spesies macam ni. Pemilihan kawan sebagai teman susah senang tu penting, bukan sembarangan. Okay dah.

Wassalam.



26 comments:

Cik Suheela said...

tulah..ada je membe yg suka gelak kan kawan yg berubah ke arah kebaikan..bukan nak support..bahaya kawan begini...

fiQ'Ra said...

lumrah manusia kan... macam2 jenis ;) better amek yg baik, yg kurang baik, tapiskan ~

cik najihah said...

em..kalau nak berubah pun bukan sebab manusie..bia lah hati tu betul2 nak berubah kan..mulut puake ni mmg x bole tutup

teratai said...

teringat satu omelan kawan tempat kerja (bukan Islam),"rasa nak marah tengok kaum wanita yg pakai tudung nampak jambul kat depan,style mak2 datin tu", rasa malu pun ada bila dengar omelan kawan tu sbb seorg bukan Islam boleh sedar itu bukan cara betul menutup aurat dlam Islam:(

Satu lagi omelannya, " pakai tudung style sekarang, atas dada...bukan ke sepatutnya labuh menutup dada",katanya. Malunya bila dengar sbb ramai sekarang pakai begitu!Ikut fesyen,bukan kerana menutup aurat!

Amoychanteks said...

sokong sangat entry cik merah. pakai tudung semata nak hormat bulan ramadhan. sepatut nya pakai tudung sebab taknak langgar hukum Allah. itu lebih baik...

mia kaftiya said...

yeah betul! sgt tak setuju tgk org2 sekeliling yg buat tudung macam benda main2. *yeah sedar diri sndiri pun tak bgus* tp jd pengjran kat sndiri agar jgn buat pakai tudung main-main!. huhu..

Nia|Aznyza Hamzah said...

we learning to improve urself. utk dorg. kte doakan yg tbaik. bnd baik dtg dlm hati sdri.xblh dpksa. hrpnya lbh rmai muslimah ikhlas bertudung lepas ni :)

LydSunshine said...

Bagus entry ni. Tahniah cik merah sebab berani sound direct perkara menutup aurat ni. kalau diikutkan, saya selalu terlintas nak buat entry yg seumpamanya, tapi takde kekuatan sbb saya tau org yg baca blog saya adalah kawan2 dan ahli keluarga yg tak bertudung. Lagi satu, trend skrg juga bertudung hanya tutup rambut. Tapi baju ketat, tudung singkat, seluar ketat. Jadi, tak berguna juga.

ika said...

betol2, tp lumrah manusia :) tapi setiap oran perlu ade kesedaran jugak kan. hehehe, nice one :)

hafizudin said...

ramadhan.
saya bagi dua kes.kawan saya.
1.dah bertudung.tapi belum cukup "lengkap" tutup auratnya.
akhir ramadhan.
auratnya lebih sempurna.
2. tak bertudung. tapi mahu bertudung.
akhir ramadhan.
masih nampak untaian rambut di
gambarnya.tak tahu mana silap.
syukur dengan kes pertama.
bimbang dengan kes kedua.
bimbang kita tiada lagi ramadhan seterusnya.

MERAH said...

CIK SUHEELA : memang ade je yg gitu, jadi kena cari kawan baru lah, yg blh mbantuu utk berubah :)


FIQ'RA : yup lumrah mungkin, tapi kita ada pilihan. jadi pilihlah yg tbaik dunia & akhirat.


CIK NAJIHAH : manusia tu blh jadi tukang support, nanti lama2 doa lah supaya jadi ikhlas, yg pntg nak ke tak.tapi sebenarnya utk menuruti perintah Allah ni, kita bkn blh pilih masa nak buat bila.dah awjib maknanya tiada persoalan di situ sepatutnya.hehe doa je la supaya suatu hari nanti mulut puaka blh di tutup :D

TERATAI : malunyaaaa.orang bukan Islam pun tahu Islam macam mana, tapi orang kita sendiri tak tahu malu.susah la kan sebab sume nak guna alasan kubur sendiri-sendiri :(

MERAH said...

AMOYCHANTEKS : thankss ya sudi bca :)

MIA KAFTIYA : jom sama-sama perbaiki diri ke arah lebih baik! :D

NIA : InsyaAllah :)

LYDSUNSHINE : tq, sudi bacaaa.ni lah apa yg terbuku di hati.memang sedih sangat tgk kawan2 sume.tapi tu lah, kesedaran tu kurang tu remaja jadi macam ni.teruskan mencari kekuatan sebab kita sayangkan merekalah kita kena tegur dan nasihat.sama2 lah terus istiqamah dan jadi muslimah sebenar :)

MERAH said...

IKA : tu lah, tapi sekarang ni kesedaran dah macam-macam cara disebarkan tapi cam tak jalan pun.kena cari alternatif baru agaknyee :P

HAFIZUDIN : untuk kes satu tu, alhamdulilah.teruskan support, elakkan sindiran sebab perempuan ni lembut hatinya, kena sindir skit mulalah gelabah.untuk kes dua tu, memang bimbang, nilah kawan yg diperlukan, bimbang dengan keadaan kawan yg x terjamin keadaannya.berDOAlah.

Cik Peanut said...

ramai yang memuji kalau yang berubah kearah kejahatan, contoh bukak tudung, ramai jer komen. tapi, kalau berubah ke arah kebaikkan, ada lah sorang dua yang komen.

cik mun said...

btol2..nice sharing^^
mun pun tgh betulkan diri mun yg xbrape btol ni..

MERAH said...

CIK PEANUT : ha tu betul jgak, dyorang lupa kot dengan cara pujian tu seakan2 berstongkol sekali.haa bahayaa tu bersubahat menyokong dosa.isk.

MERAH said...

CIK MUN : thanks ye sudi bacaaa.hehe samelah kitaa jom2 teruskan usaha :D

Umie Artoqiemie said...

sindiran dari pujian namanya tuh :D

budakijaupendek said...

suka entry ni (:

khaliFah_maahad said...

bertudunglah kerana Allah~

syakey said...

sungguh, pompuan yang tak pakai tudung, bila pakai mmg cantik aje. sebenarnya semua yg pakai tudung pun cantik. :)

missSenget said...

moga diri ni sentiasa di beri kekuatan untuk menutup lebih sempurna..

Solihin Zubir said...

paling sakit hati bila tgok kwn2 si fulanah tu komen, " weyh.. ko dh jd ustazah ke yg pkai tudung ni?"

what? tudung hnya utk ustazah kah? adeyhh..

umUMRA said...

Pakai lah tudung dengan niat untuk menutup aurat dan mendapat keredhaan dr Allah bukan untuk mendapat pujian dan sekadar mengikut trend...

Nice entry..thanx..:)

Qaseh dalia adelia said...

betul..
setiap pujian punya makna agar dia terus kekalkan bukan hanya untuk berfesyen ..

Sofea dean said...

Apapun niat bertudung kene ikhlas kann . i ada kawan yg mula2 nak bertudung , tp tak lama bukak balik . i yg frust mcm apa , tp bila pikir balik . kita takboleh nak paksa kan , bia keihlasan dia tu dtg sdri . subhanallah