Jan 26, 2012

T-shirt muslimah itu seksi

Assalamualaikum wbt

Bertemu sekali lagi membincangkan soal aurat perempuan. Aiseh, aurat perempuan ni susah betul nak jaga kan? Kenapa??..

Err cantik juga design gini 0_o


Ini kerana kita golongan yang sentiasa menjadi tumpuan dan kita juga golongan yang sangat istimewa dan berharga, jadi kalau dah benda bernilai takkan nak kena tayang suka hati kan? Nanti dah tak ada value. Tak special, jadi biasa-biasa saja. Sedangkan batu permata beribu-riban pun ditayangkan dalam bekas kaca, inikan kita sebagai seorang wanita/gadis/remaja/kanak-kanak yang membawa nama Islam. Itulah mengapa muslimah yang sejati, pemakaiannya tidak menimbulkan fitnah, bahkan menenangkan sesiapa yang melihatnya.

[credit]

T-shirt muslimah semakin banyak!

Kini, lambakan pelbagai jenis t-shirt muslimah memudahkan lagi misi untuk membentuk peribadi muslimah. Ya, memang pakaian bukan segalanya. Tetapi pakaian yang sopan dapat mengawal kita dari melakukan perbuatan yang tidak sopan. Malulah nak buat perkara bukan-bukan, kecualilah memang dah niat berpakaian sopan kerana nak mengaburi mata orang sekeliling.

Tetapi...seksi??

Baju muslimah kadang-kala belum cukup menutup badan dengan sempurna. Labuhnya sudah memadai tetapi potongannya yang straight cut juga perlu diambil kira. Ini boleh menampakkan bentuk badan terutamanya di bahagian pinggul, dan apa yang kita nak pakaian itu bukan sahaja labuh tetapi tidak jarang dan tidak menampakkan bentuk badan. 

Bagi golongan yang agak berisi, situasi ini lebih ketara dan apabila si pemakainya berjalan, lenggok pinggulnya boleh dikatakan jelas kelihatan dan ini yang dikhuatiri boleh menghilangkan nilai pakaian itu sebagai t-shirt muslimah. Potongan baju yang sedikit kembang di bahagian pinggul lebih elok untuk dipakai kerana ianya lebih longgar. Tetapi bukan bermaksud yang kurus jika memakai pakaian ketat itu dibenarkan.

Ukurlah baju di badan sendiri, tetapi ukurlah dengan neraca Allah, bukan mengikut kesedapan pandangan kita. Kerana boleh jadi pandangan kita dikaburi oleh tusukan iblis.

T-shirt muslimah straight cut bukannya tak boleh pakai terus, tetapi belilah saiznya yang lebih besar sedikit supaya di bahagian pinggul menjadi besar. Selesa untuk dipakai dan orang yang terlihat pun selesa. Tak mengundang dosa dan fitnah.

Nanti orang tahu saya pakai saiz XXXL. Malu.

Inikah yang dirisaukan?Tidak risau jika memakai sesuatu yang ketat boleh mengundang dosa dan fitnah kepada agama ISLAM? Malu itu tersalah letak. Pakai ketat-ketat lagi memalukan. Nampak segala bahagian yang tak patut nampak. Sepatutnya rasa berbesar hati beli baju besar-besar sebab kita sanggup beli baju besar demi memelihara sesempurna mungkin aurat kita. Pelihara aurat maknanya kita menjaga nama baik Islam. Wahh, hebat bukan? Pula tu, yang tahu hanyalah si penjual baju dan kita sendiri. Size tag bukannya nampak pun bila kita pakai!

Bukankah ini hal kecil saja? Atleast baju dah labuh!

Siapa yang merasakan hal ini kecil, rasanya dia belum mencuba untuk menjaga batasan aurat dengan sebaiknya. Bukan nak berkata sayalah yang paling menutup aurat! Tidak! Saya terpanggil untuk menulis mengenai ini kerana rasa tanggungjawab sesama manusia, sesama perempuan dan sesama Islam untuk mengingatkan satu sama lain. Bagi pandangan orang lain mungkin ini bukan perkara yang perlu diungkit, tetapi jika niat hanya untuk melabuhkan pakaian tanpa pertimbangkan kelonggaran pakaian tersebut, ianya tidak berguna. 

Ketat itu juga jenayah yang menyumbang kepada keseksian dan seksi bukanlah kata adjektif yang baik untuk kita wanita muslimah.

Wallahualam.



6 comments:

nasha sanza said...

hehe..entry yang best! suka2! akan dijadika ingatan untuk saya!=)

Aretikz said...

T-shirt ni yang bahaya sikit.. ada aura2 yg menarik mata.. hehe.. kalau ketat la.. ahakz.. ^_^

Ummu Nuha said...

salam ziarah..setuju dengan tuan punya blog :)

teratai said...

blouse waka-waka rasanya sesuai dgn konsep pakaian muslimah, betul tak?tapi kena longgarlah supaya x nampak susuk badan!namun perut buncit tu x dapatlah nak disembunyikan,he,he...

Badrina Ibtisam said...

Betul-betul!! Suka entry ni!! :)

najwa's said...

betul2, tambah2 kat bontot. grr~