Feb 14, 2012

Kakak, couple tu haram ke?

Hasil ‘pena’ istimewa dari seorang kakak kepada adik-adik yang disayangi. Adik-adik sesaudara seagama seakidah.

Adik : 20-- tahun. Perempuan.
Kakak : 20++ tahun. Perempuan la.


Pesanan : penulisan ni agak (SANGAT sebenarnya!) panjang, tetapi hayatilah setiap bait kata-katanya untuk mendapat impak yang maksimum! ^__^


_______________________________________________________________________________ 

Adik : Akak oh akak, dik nak tanya ni. Harap akak tak kisah.
Kakak : Tanya je apa-apa pun boleh. Apa dia?

Adik : Couple tu boleh ke tidak? Nape ada orang kata tak boleh siap kata HARAM lagi. Tapi adik tengok ramai je orang duk couple sekarang ni. Walaupun ada yang kata tak couple tapi sort of 'kawan baik'. Jadi boleh ke tidak? Adik confuse.

Kakak : Adik rasa boleh ke tidak?
Adik : Manalah adik tahu sebab tu adik tanya. Sebab kawan-kawan adik ramai yang couple. Kakak & abang senior kat sekolah pun ramai yang couple adik tengok. Diorang cam happy je. Asyik berkepit je lepas sekolah. Pergi lepak kedai makan sama-sama. Ada yang berpegangan tangan lagi.

Kakak : Oh yeke. Bila lelaki dan perempuan berkepit mesti duduk rapat-rapat kan?
Adik : Aah yela. Dah nama couple mestilah rapat. Cepatlah akak HARAM ke tidak?

Kakak : Kenapa adik nak tahu sangat ni? Ada orang ajak adik couple ke?
Adik : Haaaa?! Akak jawab la dulu soalan adik.

Kakak : Erm..nanti akak akan jawab. Sebelum tu nak tanya, adik ada ke teringin nak bercouple bercinta ni? Cakap jujur dengan akak.
Adik : Ehhhh. Ada pula akak serang adik dengan soalan macam ni. Haha. Okaylah, teringin tu kadang-kadang adalah juga sebab tengok kawan bercinta dapat hadiah macam-macam. Lepas tu rasa special sebab ada orang yang caring pasal kita. Bila merajuk ada orang pujuk bagi bunga la teddy la, romantik gitu. Tapi kalau tengok kawan yang gaduh dengan couple, tak adalah rasa teringin pula. Haha.

Kakak : Hahaaaa nak couple yang happy memanjang la eh? Kalau tak couple tak ada orang care pasal kita ke? Mak ayah? Kakak?!! Kawan-kawan ramai lagi yang care pasal kita tau. Ok mai sini akak nak terang, kita sebagai manusia ada naluri yang Allah anugerahkan supaya kita jaga sebaiknya.. Rasa sayang dan ingin disayangi itu adalah naluri yang akak cakapkan ni. Normal untuk seseorang tu rasa ‘wahh bestnya ada orang sayang’, ‘seronoknya bila dapat hadiah itu ini’, ‘bestnya ada pakwe caring & romantic macam tu’. Ia adalah fitrah, kita sukakan perkara yang menyentuh hati macam ni. Namun,  kita harus pagari naluri itu dengan iman supaya apa tindak tanduk kita selepas itu tidak mencemarkan anugerah Allah ini. Faham tak?

Adik : Errr macam agak kompleks di situ. Boleh tolong digestkan? Heee.

Kakak : Fitrah menyukai apa yang adik suka tu tak salah. Dah namanya fitrah, memang Allah jadikan begitu. Naluri ingin mengasihi atau dikasihi seseorang adalah normal. Tak salah di sisi agama. Tapi yang silap adalah bila naluri itu tidak disalurkan ke jalan yang betul. Bila tiadanya iman di dalam dada, manusia lebih mudah menurut hawa nafsu. Naluri yang suci pada awalnya akan bertukar menjadi jelik (huduh sehuduh-huduhnya), kerana naluri itu tercalit dengan dosa dan noda. Akan ada adegan yang diharamkan di sisi agama contohnya berpegangan tangan, berpelukan dan sewaktu dengannya kerana naluri tersebut telah DIKAWAL oleh HAWA NAFSU. Haaa akak nak tanya, laki dengan perempuan pegang tangan boleh tak?

Adik : mana boleh! HARAM bersentuhan dengan yang bukan mahram.
Kakak : ya, pandai adik akak ni. Ni akak kongsikan satu hadis…

Dari Ma’qil bin Yasaar r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kalian dengan alat jahit dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi).

Faham tak? Rasulullah kata dari lelaki pegang perempuan yang tak halal contohnya kawan/girlfriend tu, lebih baik kepalanya kena cucuk dengan besi. Ouuch! Mesti sakit gila kan? Maknanya bahana pegang yang bukan mahram lebih dasyat dari tu! Tapi orang sekarang tak faham. Atau buat-buat tak faham sebab tak pernah rasa kena tusuk dengan besi tu.

Adik : Dah kena tusuk sekali baru reti kot. Huish sakitlah. Ngeri. Tapi biasa lakilah gatal-gatal nak pegang kan.

Kakak : Tak juga. Biasa kalau dah couple tu bukan suka sama suka ke?Kalau sorang dari couple tu sedar apa dia buat salah, dia patut nasihat kat pasangan dia tu. Kalau degil tak nak dengar bukankah lebih baik tinggalkan saja lelaki/perempuan seperti itu. Samalah bila kita berkawan. Tak ada guna ada pasangan/kawan yang hanya mengheret kita ke neraka. Dan lagi satu, bila kita couple kita membuka peluang yang besar kepada syaitan untuk menguasai diri kita.

Adik : Haa macam mana tu? Kiranya kita menyerah diri kepada syaitanlah?

Kakak : Tak adalah menyerah diri 100% kot. Dalam al-Quran, Allah melarang kita mendekati apa-apa perbuatan yang boleh menjurus kita ke arah zina kan?

Firman Allah:ولا تقربواالزناانه كان فاحشة وساء سبيلا“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk” (surah Isra' ayat 32)

Adik : Aah adik selalu dengar ayat tu. So kenapanya?

Kakak : Ayat tu melarang kita mendekati zina. Bukannya melarang perbuatan zina itu sendiri. Larangan mendekati zina tu lebih kuat jika nak dibandingkan dengan zina. Ini kerana benda yang kita anggap kecil-kecil seperti keluar berduaan, berpegangan, apa-apa saja yang dilakukan berduaan (call, sms, skype etc) akhirnya boleh menjurus kepada zina. Jika nak menghalang result yang tidak baik pastilah permulaanya harus di kawal. Benda yang kita anggap kecil-kecil seperti inilah yang kita kena jaga. So, bila bercouple kita bagi peluang yang sangat besar kepada syaitan untuk menghasut kita melakukan perbuatan-perbuatan yang menghampiri zina ni. Ingat, kita manusia dan tak kebal dek hasutan syaitan. Sebab kalau betul-betul kebal tak adanya duk bercouple sana sini.

Adik : Tapi kan akak, kalau tak rapat-rapat dan tak pegang tangan bolehlah couple?

Kakak : Syaitan nak menyesatkan manusia boleh guna banyak cara. Mungkin ada pasangan yang nak couple tapi tetapkan syarat supaya tidak bersentuhan. Konon couple Islamik. Tapi selama mana boleh bertahan? Syaitan duk menghasut. Hawa nafsu susah nak jaga lagi-lagi dengan hasutan syaitan. Nanti dipujuk diri, tape pegang tangan je pun. Bukan pegang tempat lain. Lepas tu lama sikit tape pegang pipi je pun. Tape itu, tape ini. Last-last semua benda dah kena pegang, apa yang tinggal? Kita bukan kebal tak lut dek hasutan syaitan dik. Mula-mula bolehlah tetapkan syarat jumpa duduk jarak sikit, tak ada yang bersentuhan. Tapi lama-lama, percayalah kalau tak bina benteng iman dalam diri, jarak 1 cm pun tadek.

Adik : Oh kalau ada iman bolehlah couple?

Kakak : Hah? What??? Siapa yang mengaku diri sudah cukup beriman tu? Dia beriman kepada siapa? Kalau beriman sepenuhnya kepada Allah, dia akan takut melakukan sesuatu yang akan membuatkan Allah murka. Jadi tak ada orang yang beriman, rasa dia beriman dan rasa layak untuk bercouple, kerana dia tahu betapa lemahnya seorang manusia itu jika dia membiarkan dirinya dikuasai syaitan. Kalau dah rasa cukup beriman layak nak couple tu, dia beriman kat syaitan la kot. Heheee.

Adik : Hahahaa. Tu namanya sesat! Tak takut Allah ke? Tapi kenapa laa couple nak kena pegang-pegang tangan semua tu? Best sangat ke? Tak malu ke buat dosa terang-terangan? Macam bangga pun ada kadang-kadang bila tengok. 

Kakak : Erm nak lebih tepat adik kena tanya orang yang duk buat macam tu. Hehe. Tapi pada pandangan akak, mereka tu semua mungkin rasa di sayangi bila ada orang belai-belai. Pegang sana sini. Yelah macam kita sayang kucing. Rasa nak peluk-peluk penyet-penyet je sepanjang masa kan. Dalam masa yang sama akan ada bisikan syaitan mengatakan saat diperlakukan begitu adalah ‘saat bahagia’. Saat itu adalah ‘saat yang sweet’ dambaan semua manusia. Jadi dia rasa untunglah diperlakukan sebegitu. Sedangkan dia sedang ditipu bulat-bulat oleh syaitan. Perasaan dia sedang dipermainkan oleh musuh padahal dia sendiri tak sedar.  Rasa bahagia lelaki/perempuan tu dia punya mengatasi rasa takut pada dosa. Rasa takut kepada Allah tu tenggelam sedangkan kalau kita fikir betul-betul, Allah lagi sayang kat kita. Kita duk buat dosa macam-macam tapi ada ke Allah tarik nikmat yang Dia kurniakan dalam sekelip mata? Takkan dah tarik baru nak sedar? Sekali buat dosa Allah tarik oksigen. Mati kita. Dosa lagi tarik mak ayah. Takut? Tapi Allah tak buat macam tu, Allah sayang sebab nak bagi kita peluang untuk sedar dan bertaubat.

Adik : Aah betul. Mestilah takut! Adik pun takut juga nak buat dosa contohnya lewatkan solat sebab Allah tu Maha Berkuasa dan adik tak sanggup nak buat sebab nikmat Allah kepada adik tiada tandingannya. Subhanallah, semoga perasaan macam ni tak pudar dari diri adik.

Kakak : InsyaAllah, adik kena jagalah supaya perasaan itu tak pudar, kerana perasaan itu bukti masih ada cebisan iman dalam diri kita. Mohonlah padaNya ditetapkan hati di jalanNya.

Adik : Aaaamiiin. Haaa!.. camne pulak kalau couple tapi tak jumpa. Jadi tak adalah pegang sana sini. Boleh la couple ek akak?

Kakak : amboiiiiii soalan. Ada je idea. Okay macam ni lah. Adik tahu syaitan juga boleh menyerang kita sehingga berlakunya zina hati? Zina hati ni tak memerlukan 2 insan tu berdepan pun. Kalau dah terbayang bukan-bukan dah di kira zina hati. Hubungan yang jauh itu juga dikhuatiri menyebabkan pasangan menbayangi suasana yang bukan-bukan antara satu sama lain. Dah terbayang lepas tu khayal ke lain. Kan dah kata syaitan tu bijak dalam bab nak menyesatkan manusia. Jadi janganlah nampak/jadi bodoh di hadapannya dengan rela hati pi serah diri supaya dikawal olehnya. Elok sudah tak berjumpa tapi kalau duk sms, bbm, skype setiap masa sehinggakan setiap saat nak kena lapor pergerakan kita, akak rasa kat situ pun kita dah boleh tengok mana tak betulnya. Dan bila masa nak ingat Allah? Tu pun solat kadang-kadang lambat sebab busy duk gayut telefon. Tak pun solat tak kusyuk sebab teringat kepada si dia. Amalan lain tak payah ceritalah, tepuk dada tanya iman.

Adik : Tapi kenapa ramai je orang duk couple? Siap kata macam-macam kalau orang tu tak pernah couple. Kolotlah. Kunolah. Tak lakulah. Ketinggalan zamanlah sebab sekarang zaman maju, couple tu normal. Tension tau kena hadapi orang-orang macam ni.

Kakak : Itulah orang sekarang menentukan kuno dan kolot melalui perlakuan dosa. Kalau orang tu bersih dari dosa kira kolot la eh? Baru akak tahu. Heheheee. Tape dik, atleast usaha kita ada nilai di sisi Allah kerana pengakhirannya Allah yang menentukan di mana kita samada syurga atau neraka. We have to please Allah not people. Biarlah orang nak kata kita ketinggalan zaman, asalkan kita tak tergolong dalam umat akhir zaman yang lupa kepada suruhan dan larangan Allah. Doalah terhadap orang disekeliling kita agar mereka kembali ke jalanNya.

Adik : Erm okay nampak gayanya akak nak cakap couple ni macam tak boleh la eh tak kiralah apa keadaan pun?
Kakak : Buat apa nak couple bila apa yang Allah syariatkan adalah berganda lebih indah?

Adik : Apa dia?
Kakak : Perkahwinan. Couple tu budaya barat. Budaya orang yang tiada iman di dalam hatinya. Budaya orang yang tidak bergelar Islam, bukan seorang Muslim. Allah dah turunkan guideline yang lengkap kepada kita mengenai hubungan dua jantina kenapa nak juga ikut amalan budaya lain? Ada orang kata tak relevan sekarang nak guna cara ni sebab takkan tak kenal orang tu terus nak berkahwin.

Macam cover buku la plak aku nengoknye.


Adik : Haaa tulah adik baru nak tanya. Haha. Pandai akak teka soalan. Boleh ke akak? Camne tu nak kahwin terus tak kenal pun?

Kakak : Dah siapa kata kita tak boleh berkenalan dulu dengan bakal pasangan? Boleh. Tapi bukan dengan cara bercouple, berdua-duaan. Kita boleh kenal bakal pasangan melalui family/adik-beradiknya. Kawan-kawan. Sekarang ni tengok Facebook pun boleh. Dunia serba moden gunakan kemudahan yang ada sebaiknya. Jika ingin berdepan sendiri dengan bakal pasangan tu, ajaklah sekali orang ketiga supaya jadi peneman. Takut nanti syaitan jadi orang ketiga harulah dunia. Tapi bukannya dengan dibawa keluar menonton wayang, main bowling. Benda tu semua lagha, takut terjebak ke kancah maksiat. Sesi taaruf (berkenalan) diadakan betul-betul untuk menyelami isi hati kedua-dua belah pihak. Tanya apa yang perlu dan jawab apa yang perlu. Jangan dileretkan hubungan sehingga sms/email/skype di kemudian hari. Apa yang perlu saja diutamakan.

Adik : Macam bosan je hubungan macam tu. Haha. Macam hubungan yang terhad. Betul ke ni akak?

Kakak : Lahh betullah. Suka hati dia kata bosan. Sebab macam bosan mula-mula ni lah lepas dah kahwin jadi best tau. Dah kahwin baru nak pegang-pegang tangan, suap-suap makan, cubit-cubit pipi dan buat semua benda bersama barulah dikata ‘sweet & romantic’. Dan halal juga. Nikmat yang hanya orang yang dah kahwin je rasa. Nak buat apa-apa pun tak dosa sebab hubungan dah jadi halal. Kalau orang yang sakan bercinta sebelum nikah tu, nanti bila dah kahwin kuranglah benda special nak dibuat bersama. Sebab masa bercinta dulu dah sakan berhubungan. Lama-lama jadi bosan dan mulalah masalah dalam rumahtangga. Perkahwinan jadi hambar dan boleh kita lihat sekarang penceraian berlambak-lambak. Oleh itu, permulaan yang baik, insyaAllah menjamin pengakhiran yang baik.

Adik : Aah kalau bercinta lepas kahwin tu memang lagi sweet. Malu-malu lagi. Muka blushing-blushing. Awww that’s so sweet. Adik nak bercinta lepas kahwin laa. Heee. Tapi mana kita nak tahu pasangan yang kita tak berapa nak kenal tu baik ke jahat ke sesuai tak dengan kita? Dah kahwin baru tahu sesuatu yang tak best pasal dia, haa camne?

Kakak : Kita ada Allah yang boleh bantu kita. Pernah dengar pasal istikharah?
Adik : Haa pernah! Ooo minta petunjuk dari Allah nak tahu jika dia benar-benar jodoh sesuai dengan kita?

Kakak : Yes, that’s right my dear. Doa padaNya. Istikharah ni diamalkan bukan saja dalam urusan jodoh. Apa-apa situasi yang memerlukan kita untuk membuat keputusan. Hatta nak beli kereta pun boleh istikharah supaya kita yakin apa jua keputusan yang kita buat adalah terbaik untuk kita kelak. Ini kerana bila kita istikharah, kita meminta petunjuk dari Allah. Apabila sampainya petunjuk melalui gerak hati/naluri/mimpi, kita kenalah yakin ini semua adalah pertolongan dari Allah dan sudah pasti ada kebaikan di sebalik keputusan yang dibuat. Even kalau kita ada tersuka seseorang dan nak ikat hubungan yang sah dengannya, lebih baik untuk kita istikharah dahulu. Indah kan bila semua pergantungan kita berpusat hanya kepadaNya?

Adik : Emm betul betul betul! Pulak tu kita kena yakin kan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Kalau kita usaha jadi baik, jaga hubungan dengan Allah pasti Allah tunaikan janjiNya itu kan?

Kakak : Haa firman Allah dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”. Ya, ini janji Allah. Nak Allah tunaikan janji, kita kena jadi baik dululah. Kalau setakat nak cinta yang boleh bersuka ria di dunia, rugilah sebab melalui cinta ni jika tidak tersalah mengorak langkah boleh mengajak kita ke syurga abadi di sana. Sebab tu cinta ni satu perasaan yang besar tanggungjawabnya, bukan setakat seronok-seronok peluk sana peluk sini.

Adik : Hehe itulah nampak sangat sekarang orang sakan bercinta seronok buat macam tu. Jadi macam trend dan cam tak malu je duk bertempek. Kekadang tengok perempuan dah bertudung litup comel molek dah tapi pegang-pegang laki, pastu biar laki peluk-peluk. Ewwwww geli pula fikir!

Kakak : Diorang dah kahwin kot?
Adik : Kahwin apanya! Senior adik sekolah lagi. Orang yang tengok pula malu.

Kakak : Ouh. Okay. Tapi nak mengelakkan kita mengutuk orang tu tanpa sengaja, kita kena bersangka baik tau. Takut apa yang kita kata menjadi fitnah. Tapi ni boleh apply untuk orang yang kita tak kenal jelah kan. Hehhe. Macam ni lah. Tudung tu hanya luaran. Fizikal je. Kalau kita baik di luar tapi hati tu tak diusahakan untuk dibersihkan jadilah macam tu. Hati yang sangat kotor je tidak terkesan dengan ayat-ayat Allah. Tak ada ruang nak isi ayat Allah sebagai pedoman dan penanda aras buat kita. Kalau hati kita bersih, apa yang Allah larang kita akan sangat takut nak buat. Jadi kalau kita duk buat benda yang Allah larang, rasa susah ilmu Allah nak serap melekat dalam hati, maknanya ada something wrong lah dengan hati kita. So hati adik akak ni bersih ke tidak?

Adik : Haaa? Mana adik nak tahu?

Kakak : Adik takut tak nak buat dosa? Rasa bersalah tak?

Adik : Mestilah! Tadikan adik ada cakap. Sekarang lepas dengar akak bebel terangkan lagi rasa nak tinggalkan larangan Allah dan buat semua yang Allah suruh supaya Allah happy dengan adik. Barulah adik rasa Allah dekat dengan adik.

Kakak : Goood! Cinta yang pertama kita kena capai adalah cinta kepada Allah. Cinta kepada Allah perlulah mengatasi semua rasa cinta dan sayang terhadap manusia lain termasuklah ibubapa. Bila kita cinta Allah, kita akan merasa kemanisan iman. Orang kata kemanisan iman tu bahagianya tiada sempadan. Kalah rasa 'bahagia'  bila bercinta dengan manusia tau! Yela Allah takkan pernah buat kita kecewa denganNya. Tak teringin ke kita nak merasainya? So, sebelum nak sibuk-sibuk bercinta dengan manusia cek dulu diri kita sedalam mana cinta kita kepada Allah dan Rasul. Lepas tu baru fikir pasal kahwin. Bukan pasal couple. Hehe.

Adik : Okay! Waaahh now I have a different perspective about everything. Rasa macam bersemangat je. Hee.

Kakak : Bersemangat pasal apa? Nak kahwin dah ke? Hihik.

Adik : No! akak dululah. Hehe. Adik rasa benih-benih cinta dalam hati adik. Rasa nak meraih cinta dari Allah swt yang Maha Agung. Teringin nak rasa bahagia tanpa sempadan yang akak cakapkan tu.

Kakak : Alhamdulillah! Sama-samalah kita usaha dalam meraih cintaNya. Couple dengan Allah adalah sebaik-baik couple! Hehe. Couple dengan manusia hanya mengundang dosa dan kemurkaan Allah. Buatlah pilihan bijak yang boleh mempengaruhi saham kita di dunia dan akhirat. 

Jom coupleee dengan A.L.L.A.H!

Tahniah kepada siapa yang berjaya menghabiskannya. Aku sendiri terkejut kenapalah panjang sangat aku tulis ni. Haha. Maknanya banyak yang aku ingin perkatakan kepada adik-adik/rakan-rakan tersayang. Selagi masalah ini bernanah dalam masyarakat kita, selagi itu isu ini tak akan berhenti begitu saja. Sama-samalah kita memperingati satu sama lain.




18 comments:

xxx said...

Phew, sangat panjang, tapi sangat berinformasi ! thank you for sharing :)

nur said...

pnjang sgt tpi mmg best..
betul2 haram.. xlayk bercinta pon lgi ...
cintakn Allah pun berlum bersungguh2.. :)

Cik Suriz said...

too long but a lot of info .:) keep a good work

Razif Mokji said...

panjang betul entri ni ... tapi bagus

norlieharumaini said...

bagusnya sketsa...

Pendamba Mawar said...

gigih PM baca nice story.cara penyampaian pun tak bosan...:) nice2 suka.....

LYNNgrapher said...

Entry ni bgus dan bgi pgjran utk saya

LYNNgrapher said...

Tapi kan awak,,ade cikgu saya ckp klu kita cpl utk bljr,,or x ckp benda merepek2 and x lupa tugas trhdp Allah,,x haram,,blh explain x?

SeseDaP RaSa said...

best2 :-)

NiaLidia. said...

setujuuuu sangat. good entry :) even panjang pun hati meronta2 nak habiskan. have a lott of good info thanks :)

Fendy said...

adik: couple tu istilah je...xde haram pon..yg haram perbuatan maksiat..paham...heheh

MERAH said...

XXX : mmg panjang, dri sendiri pun terkejut >.< welcome :)

NUR : hehee.cintakan Allah dgn bsungguh2 dulu baru cinta yang dianugerahkan terasa bnilai dan blh di bawa ke syurga, mudah2an :)

CIK SURIZ : thank you :D

RAZIF MOKJI : ye ye mmg panjang :D tq!

NORLIEHARUMAINI : oh.hehe tq!

PENDAMBA MAWAR : smoga beroleh manfaat! :)

LYNNgrapher : alhamdulillah, sama2 lah kita mabil iktibar. untuk soalan tu, bg sy bila dah nm nya couple, melibatkan 2 hati yg berlainan jantina.sng terpengaruh. Walaupun alasannya utk study, tp dikhuatiri blh terjerumus ke kancah yg kita tak ingini. spt dalam post sy ni, tdapat rmai manusia cuba utk mhalalkan hub yang nyatanya salah. Plak tu slama mana kita blh jamin kita takkan ckp mrepek2, pergaulan kita sntiasa tjaga. syaitan itu sntiasa brusaha untuk mnyesatkan hambaNya. So kita haruslah brusaha untuk menjauhkan dri dari dihasut.Perkara yg hy membuka peluang kpd syaitan utk menguasai dri kita bg sy adalah lebih baik untuk kita elakkan.

Fazreen Misbae said...

habis baca jugak..ringkas dari segi tajuk cerita..tapi, padat dalam penerangannya... :)

Hanif Idrus said...

tajuk penerangan yang panjang tapi best kerana entri yang ditulis amat jelas dan santai ..
Saya pun dapat belajar..Thanks

LYNNgrapher said...

thanks yew cik merah :),,ouh kiranya ape yg dikatakan oleh guru saya tu dianggap nyalahi agam jugaklah ea??

MERAH said...

Sama-sama, sy hanya menyampaikan pandangan dan kefahaman sy.tak adalah sy nak kata apa yg guru Lynn cakap tu semuanya menyalahi agama.kita kalau setakat berkawan biasa cthnya dalam kelas dan masih menjaga batasan syarak, rasanya itu tidak salah. Cuma perhubungan antara lelaki dan perempuan itu senang melencong ke lain, jadi adalah lebih baik berhati-hati dan kena pandai menjaga diri agar tidak termasuk ke dalam kancah maksiat. Wallahualam :)

Anonymous said...

Mr. Z

sangat berguna ini entri..

Unknown said...

panjaaang tapi banyak pengajaran..saaangat suke ^^

ni first time saye komen kat sini..selama ni jadi stalker je..hehe~ so nak buat pengakuan sikit..saye suke SEMUA entry cik MERAH.. i would like to say thanxs for sharing those great entries..such an inspiration for me to be a better muslimah..insyaAllah~
semoga Allah kekalkan perubahan ini dan dapat meraih cintaNYA yang Agung..Ameen ;)

Thanx again MERAH ;)
All The Best on Your Study
-sincerely from your silent follower (^,^)