Feb 25, 2012

Mana tudung mama?



Kali ini mereka akan bercuti di Pulau Mutiara.
Plan bercuti setelah dua beradik ini balik bercuti selama 3 minggu.
Satu keluarga bahagia. Abah, mama, Amira dan adik.
Jika Allah mengizinkan.

Mama menarik luggagenya yang separuh terisi.
Amira menawarkan untuk membantunya namun mama mengatakan tidak perlu.
Mereka menunggu di lobi hotel sementara abah check in.
Sebuah apartment berbilik dua bakal didiami untuk 3 hari.

Sesudah sampainya di bilik, Amira melontarkan tubuhnya di atas katil.
Adiknya melihat sambil tersenyum lalu bergegas memunggah bag.
Dikeluarkan baju dan tudung untuk digantung. Takut kedut barangkali.

“Sekarang sudah jam 2. Usai solat kita bergerak untuk makan tengahari. Jangan bermalas-malas. Nanti lambat”, abah melontarkan suara.

“Baik bah”, Amira dan adik menjerit serentak.

“Eh jom solat dik” ajak Amira.
“Boleh, asalkan akak jadi imam. Hehe.” Adik menyahut.
 Mereka solat dan mengungkap doa.
Semoga doa mereka dikabulkan Allah. Amin.

“Akak, plan kita on kan?”
“Yaa, janganlah kuat-kuat. Nanti ada yang mendengarnya”
“Oppss.heee”

“Plan apa ni kalian berdua? Ada je nak mengenakan orang ye” Abah mencelah.
“Eh tak ada apa-apalah abah. Cepatlah. Dah hampir jam tiga sekarang. Mira lapar ni”
“Tunggu mama kamu bersiap. Tahu-tahulah mama kamu”

“Ya Allah, mana scarf mama ni? Dari tadi mama cari tak jumpa” rungutan mama kedengaran.
“Laa mana kamu letak? Patutlah tadi abah nampak kamu tercari-carikan sesuatu. Ingatkan  mencari saya hilang”
“Tak lawaklah bah, scarf mama yang lain dalam luggage pun tak ada!”

Scarf.
Mana hilangnya scarf Silk Italy dipakainya tadi?
Scarf biasanya di ikat dibawah dagu.
Usai sampai tadi mama tanggalkan ikatan.
Disuruhnya adik gantung di ampaian di tepi tingkap itu.
Siapa yang membuka tingkap ini?!

“Mungkin ditiup angin. Adik hanya menyelitnya pada hanger ini. Maaf”
“Bukan salahmu anakku. Memang mama biasa menyelitnya begitu juga”
“Tidak sangka ia boleh terbang di bawa angin lalu”
“Abah yang membuka tingkap itu. Tapi tidak sangka pula jadi begini”

Amira meneliti jam di tangan. Sudah jam 3.15.
Menunggu masa untuk mencadangkan idea bernasnya.

“Ma, Mira dan adik kan ada tudung. Pakai dulu untuk sementara” cadang Amira.
“Tapi tudung kamu….” bidas mama lembut.

Mereka masuk ke dalam bilik dua beradik itu.
Seolah-olah berlumba, dua-dua ingin menawarkan tudung kepada mama tersayang.

Amira mengeluarkan 3 helai tudung. Tudung petak.
Merah jambu, hijau nyaman dan biru air.
Semua bidang 60.

Adik juga mengeluarkan 3 helai tudung.Tudung petak juga.
Hitam arang, kelabu asap dan merah hati.
Bidang lebih kecil sedikit. 55.

“Tak ada tudung instant ke? Mama tak reti pakai tudung macam ni”
Instant?” Tanya dua beradik serentak.
“Tudung saut. Tudung indon. Tudung ekin pun bolehlah”

“Oh ada! Adik ada bawa sehelai. Warna coklat”
Kebetulan sedondon dengan baju mama.
Mungkin ini ‘jodoh’ tudungnya menggantikan yang hilang.

Dikeluarkan adik tudung instantnya.
Sempat dibelek oleh adik. Saiz XL terselit di celah jahitan. Ditutupnya.

“Oh! Besar juga tudung ini. Hmm..”
“Cubalah mama pakai dulu. Pasti cantik. Cepatlah” ujar adik excited.

Mama menyarung tudung itu.
Dia tahu waktu sudah lambat.
Kasihan anak-anak dan suami.
Tetapi dugaan apakah kini.
Dia berperang dengan dirinya.

Amira meletakkan pin di kedua-dua bahu mamanya.
Disingkatkan sedikit baru di pin pada bahu. Membentuk scallop berlayer sedikit.
Untuk menyesuaikan diri mamanya dengan tudung itu.
Tapi masih menutup dada. Kerana itu matlamatnya.

Kemas. Mama melihat pada cermin dan merasa tenang.
Itukah aku?

“Haa cantik juga awak pakai macam tu. Sekali sekala tukar style” abah menyokong tanpa sedar.
“Betul mama, jomlah adik dah lapar perut macam konsert rockstar dah”

“Yela tu cantik. Tapi mama rasa labuh semacam. Nanti panas” bicara mama.
Mungkin masih tersisa rasa ego.

Mira dan adik menarik tangan mamanya keluar dari bilik.
_____________________________________________________________________________________________________

Seminggu setelah pulang dari Pulau Mutiara.
Mereka masih keluarga bahagia.
Mungkin bertambah bahagia.
Berkat dari doa dan doa.

“Ma, Mira dan adik nak keluar shoppinglah. Beli barang bawa balik”
“Mama ikut sekali ye? Nanti bila lagi nak shopping dengan kamu berdua”
“Haa kalau mama ikut kena belanjalah. Hehehe”
“Boleh aja mama bayar, guna duit korang ye. Cepat bersiap”

Mama menuruni tangga berhati-hati.
Tudung instant milik adik tersaut kemas di kepala mama.

“Eh mama, tak mau pulang dah ke tudung adik tu? Suka ya?”
“Nanti mama pulangkan. Sekarang scarf coklat mama masih tak jumpa. Tak sesuai nak pakai scarf lain. Jom, cepat”

Amira dan adik singgah di kiosk menjual selendang dan tudung.
Mereka menuju ke bahagian tudung labuh.
Amira ingin membeli tudung berwarna turquoise kemerahjambuan.
Adik juga membeli beberapa helai tudung.
Saja ingin menambah koleksi tudung mereka.
Mama juga kelihatan membelek-belek tudung di situ.

Kedai kasut, baju, bag, semua telah diredah.
Menjinjit bag shopping dibawa.
Mereka pulang dengan senyuman dan muka puas.
Yela, dah namanya perempuan, mungkin begitulah.
______________________________________________________________________________________________________

Tiba di perkarangan airport.
Saat untuk pulang ke bumi kanggaru setelah berminggu bersama keluarga.
Terasa berat tapi perginya bukan tanpa urusan.

“Kamu ni kenapa dari tadi pandang mama? Mama cantik sangat ke?”
“Hahaa mama ni,erm.. mama ada tudung ni ke sebelum ni? Tak pernah nampak pun” Amira melepaskan teka-teki yang terkurung di benak fikiran.

“Ni barulah. Beli masa shopping dengan Mira dan adiklah. Masa kamu berdua ke tandas” balas mama.

“Oh tudung besar macam kami?”

“Eh besar ek? Mama tengok okay je. Lepas pakai tudung adik bagi tu, mama cuba pakai scarf mama biasa pakai. Tak selesa pula”

“Oh yeke, Alhamdulillah!!” laung mereka serentak dan diikuti dua telapak tangan menyapu wajah mulus mereka.

Abah juga tersenyum. Kagum. Bersyukur.

“Ma, bah kami pergi dulu. Jaga diri ya” ucap Amira.
“Eh dia pula pesan kita jaga diri. Budak ni betollah! Mira dan adik belajar elok-elok dan solat jangan tinggal. Jaga diri, nanti dah sampai call ya” Abah menyahut ucapan Amira.

“Mama, adik sedihlah. Tak puas lagi duk ngan mama dan abah” bergenang mata si adik. Biasalah tu.
“Mama pun sedih nanti tinggal berdua je lah dengan abah kamu. Tapi kamu pergi pun tak lama, nanti balik lagi. Jaga diri ya” kata mama sambil memeluk adik. Genangan air mata juga di tahan.

“Ma, ni hadiah untuk mama. Kami belikan. Buka di rumah ya”
“Ya Allah ada hadiah pula untuk mama. Terima kasih anak-anakku”


_____________________________________________________________________________________________________


Di tempat duduknya di dalam kapal terbang, fikiran Amira melayang jauh.
Di ingatnya lagi plan dengan adiknya sebelum mereka menjejakkan kaki di Malaysia 3 minggu lalu.

“Dik, nak tak mama pakai tudung macam kita?”
“Hmmm..macam mana? Kita pernah cadang pada mama, mama kata rimaslah besar-besar. Panas lagi”
“Macam ni... kita sorok semua scarf-scarf mama!”

Cadangan dasarnya hanya begitu.
Tapi idea itu terlaksana sewaktu mereka bercuti sekeluarga. Seolah dipermudahkan.
Untuk membiasakan mama dengan tudung di luar kebiasaannya.
Belum cuba belum tahu, dah cuba nak tinggal pun tak mahu!

Ada terasa ralat kerana seperti menipu mama.
Akan diberitahu akan hal ini kepada mama satu hari nanti.
Namun sangat bersyukur kerana hati mama telah berubah.
Berubah untuk menerima sesuatu yang lebih baik.

Mengalir laju air mata Amira. Syukur. PadaMu ya Allah.








11 comments:

teratai said...

Alhamdulillah dpt anak2 solehah sebagai 'penyedar'...n tempat 'rujukan',almaklum bukan semuanya ibu bapa tahu segalanya! Teguran secara halus, pasti diterima ibu bapa:)

rimbunhijau said...

moga ALLAH redha :)

Fazreen Misbae said...

suka entri ni... :)

Aisyah Ahmad said...

alhamdulilah.bertudng sahaja kalo tak tutup dada sama tak pakai kan?insya allah berubah ke arah itu.

Ckin Kembaq said...

alhamdulillah.. ^_^

merahitujambu said...

ALHAMDULILAH...

۞ pemburu syahid ۞ said...

nice entry... ana folo sini , insyaALLAH

pengemis Cinta~ said...

besttttt sangat..;)

Umi Nazrah said...

chantek nya brooch! beli katna?

MERAH said...

tq!hehe..tak ingat dah la kat mana, dah lama sangat beli tu :)

SuFi Haraki said...

Bestnya.....sedih je baca....tegur ken aberhikmah, indahnya jika buat ikut cara Islam...: Entry Terbaru : Sesuci Persahabatan