Apr 29, 2011

Kembara AuScape! 2011 di Adelaide

Assalamualaikum wbt

Cuti Autumn/ Easter aku selama 2 minggu 2 hari dah habis dengan macam-macam perkara yang terjadi. Seperti biasa, perkara yang aku rancang untuk cuti kali ni mestilah tak terlaksana pun dan aku penuhi dengan benda-benda yang Alhamdulillah berguna juga. Walaupun tak keseluruhannya dengan perkara yang baik, terselitlah juga perkara lagha seperti movie, korea dan korea. Hehe. Konon masa cuti nak buat mind map untuk study aku terbengkalai begitu sahaja. Sekarang kena curi-curi masa untuk buat benda alah ni. Masa cuti konon nak update blog pon tidak kesampaian (T.T)

Cuti autumn tahun ni 2 program aku ikut. Tak macam last year aku duk termenung je dalam rumah selama cuti tu. Penat tapi seronok banyak benda dapat. Ilmu bekalan di akhirat kelak, InsyaAllah.

AuScape! 2011 (16-19 May 2011)

4 hari yang dipenuhi jalan-jalan yang tak pernah pergi lagi (mestilah kalau tak buat apa pergi lagi) sebelum ni dan tempatnya agak jauh ke ceruk (Barossa Valley) dan juga pengisian bermakna mengenai sejarah Islam. Melalui ni jugalah aku kenal junior-junior yang selama ni aku tak kenal (ceh mana nak kenal kalau duk lam rumah je keje). Kami berkonvoi seramai 46 orang (24 sisters + 22 brothers) dan dalam kereta aku semua budak rumah aku. Heee. Ni la antara tempat-tempat yang aku nak highlight :

·         Whispering Wall
-            Sangat kagum dengan tempat ni, Subhanallah sangat cantik.
-            Ia adalah sebuah empangan air yang luas dan panjang tapi boleh berjalan atas jambatan dari hujung sini ke hujung sana.
-            Sepanjang jambatan tu boleh tengok sebelah air dan sebelah lagi kawasan yang memang kering, dalam tak ada air langsung cuma pokok-pokok (kagum, kagum, suka!)
-            Namanya whispering wall kerana orang dari hujung sana boleh dengar apa yang orang hujung sini kata. Tak payah jerit-jerit derrr.
-            Jadi waktu tu adalah upacara berbalas pantun sesama sendiri. Hehe.


Rupa Whispering Wall dari jauh.
Laluan dari sebelah sini ke sebelah sana. Seronok tengok sebelah air yang dalam dan sebelah gaung yang dalam :D
Whisper at this end and listen to someone whisper to you from the other. It's Magical!

·         Monash Adventure Park
-            Ni macam taman permainan yang orang B E S A R dan tua boleh main sekali satu family dengan bahagianya berlari ke sana sini.
-            Buaian, gelongsor panjang, titian lintas, main ceduk-ceduk pasir dan panjat sana sini.
-            Tak lupa juga ada kawasan maze yang sangatlah boleh buat orang takut kalau masuk sorang-sorang. Takut sesat. Hehe.


Gambar Google je sebab masa ni lupa nak bawa keluar kamera dari kereta. Huhu.

macam tinggi kan? Tapi tak adalah tinggi pon. Gambar ni berilusi jeeeee...Tapi best jalan goyang ramai-ramai. Huhu :)

Yang ni nasib baik masuk ramai-ramai kalau tak menangislah aku.


·         Herbig Family Tree
-            Pokok yang sangat besar yang dulu pernah jadi rumah orang.
-            Ada sejarah pasal pokok ni, tapi tahu-tahu lah aku ni suka masuk ambil gambar je jadi lupa nak baca. Haha.
-            Sapa-sapa yang suka panjat-panjat boleh la panjat pokok besar ni.




Ni antara tempat yang best, ada juga tempat lain seperti Lake Bonney, kedai Chocolate Homemade (yang HALAL) dan ladang anggur sapa-sapa entah yang mereka singgah masa perjalanan. Kat situ ambil gambar je lebih maklumlah musim anggur pun dah habis. Anggur kat situ semua dah jadi kismis. Kecut.



Travel sana sini pada hari pertama dan kedua sahaja selepas tu kitorang spend masa di Roonka Scout Camp. Banyak pengisian, input, ilmu dan perkongsian bersama sepanjang meluangkan masa di kem yang air paipnya warna kuning dan berbau! Itu paling tak tahan tapi tempat tu sebenarnya seronok sebab aktiviti seperti flying fox, berkanu (canoeing) etc ada ditawarkan.

Melalui program ni, bolehlah juga aku sedar pasal kedudukan ISLAM sebenarnya. Apa yang aku belajar selama ini, tapi tak merasainya dengan hati yang tulus. Naik semangat sepanjang program tu dan harapkan semangat ini bukan terputus di sini sahaja. InsyaAllah.

p/s : Aku dikejutkan dengan berita Kibak kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu, sehari selepas pulang dari AuScape! Sebelum ni kibak dah sakit-sakit juga punca dari serangan strok. Masa aku balik Disember tu pun kibak dah macam lemah sangat, makan pun telur dan susu je. Nasib baik sempat jumpa. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Yang pergi tetap akan pergi dan yang hidup tetap perlu meneruskan kehidupan dengan sebaik-baiknya. Al-Fatihah.



8 comments:

Syuxer said...

bestnya dapat merasai pengalaman di luar negara..awak adalah seorang insan yang sungguh bertuah

MERAH said...

hehe.rezeki.bersyukur sgt krn diberi peluang.alhamdulillah :)

teratai said...

jels;jeles...pulok! tapi turut gembira sbb along dpt menimba pengalaman menyeronokkan ini.Ada peluang merantau negara orang jangan dilepaskan sbb peluang x dpt sokmo!

AlFatihah untuk kibak.

MERAH said...

hehe jangan laa jelesss nanti datang la sini blh jln2.hee :D

pRiNCe said...

nice entry...lme prince tak blogwalking ni...:)
lepas ni boleh la prince singgah blog ni selalu..:)

naim said...
This comment has been removed by the author.
naim said...

bertuah cik merah dpt merasai pergi ke tempat2 yg menarik sebegini ye.. :)

btw, ini ade beberapa entri mengenai tmpat menarik, mane tahu cik merah sempat pergi kesini pula ^_^

http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/10-tempat-yang-sangat-terasing/#axzz1MEQVZZTE

MERAH said...

PRINCE : thanks.haa singgahlah selalu :)

NAIM : alhamdulillah, rezeki Allah bagi.hehe.dah jengukdah tgk tempat2 yg sgt manakjubkan tu :D