Jul 19, 2011

Nak cantik pun salah ke?

Assalamualaikum wbt.

Nak tanya...

  • Baju ketat dan jarang cantik ke? Cantiklah nampak susuk badan? Bila ketat orang kata seksi. Bila jarang nampak warna pakaian dalam yang dipakai. Eh kau pakai tudung pulak tu! Wow seksinyaaaa. Rasa perkataan ‘seksi’ tu macam pujian pulak kan? Suka la tu?? Kalau orang laki memang la suka tengok perempuan seksi-seksi ni, korang rasa tu boleh up-kan confident level ke? Pelik. Murahnya cara nak naikkan self-esteem. Tapi kalau perempuan yang tak suka lelaki pandang-pandang tu kata mata keRANJANG, yang kau pi pakai gitu apa pasai? Macam dah tak ada rasa malu je. Tutup molek lebih secure kan J

  • Seluar / leggings nampak bentuk kaki cantik ke? Yang ni sangat aku pelik lah. Tights / Leggings tu bukan seluar, tahu tak sayang? Omputih pakai sibuk nak ikut juga. Tak ada identiti ke? Boleh plak pakai kat luar lepas tu baju pulak singkat, nampak la bentuk vontot dan kaki yang sepatutnya ditutup rapi. Tak rasa malu ke?

“I tak pakai leggings lah. Ni seluar kott, tak nampak ke??”

A’ah tak nampaklah macam seluar sebab ketatnya serupa jak macam leggings. Lagi ketat lagi hot eh? Neraka pon ‘hot’ jugak! Jangan lupa tu. Baju pula singkat tergantung. Bila duduk terserlah apa yang tak patut. Lebih baik berbelanja lebih sikit beli seluar baju besar-besar (size kecik murah sikit harga. Yeke?) dari pi tambah dosa diri sendiri dan juga orang lain yang mata tengah gatal-gatal tu. Pulak tu Malaysia panas kot, beli pakaian besar-besar senang masuk angin, baru sejuk & nyaman.

  • Selendang setakat tutup rambut depan tapi rambut panjang kat belakang terjulur cantik ke? Material buat shawl pulak jarang. Nampak rambut, leher segala. Ingatlah wahai teman apa tujuan kita pakai tudung. Ni kewajipan yang Allah perintahkan. Dah alang-alang nak nampak cantik bershawl biar ikut syariat juga. Kalau tak sia-sia lah. Tutup apa yang wajib. Rambut, leher dan dada. Tapi ramai pula yang bertudung tak tutup pula dada. Macam mana kalau usaha kita bertudung tu tak sempurna. Diterima ke tidak oleh Allah?
Tu diaa pengakuan ikhlas en anon. eh tapi bukan perempuan je tau kena jaga dari api neraka. Lelaki pun jaga pandanganlah!

“Yang penting pakai lah juga dari yang tidak pakai terus. Kalau nak tutup semua dah tak lawalah labuh semacam. Ingat aku ustazah ke??”

Tudung labuh je ustazah la?? Ustazah je tudung labuh laa??! Hmm jangan guna alasan “atleast I dah pakai tudung” sebab perintah Allah adalah tudung kepala tutup sehingga ke dada. Kalau setakat cover rambut, tu belum sempurna lagi. Lagi satu kalau nak compare diri kita, biar dengan yang lebih baik, bukan yang lebih kurang. Bukannya tak boleh usaha. Nak ke tak je, kalau nak buat, jangan bagi alasan.

Berani ke bagi alasan depan Allah nanti?
  • Nak mekap pun salah ke? Sekarang style kot calit-calit eyeliner, eyeshadow, mascara & gincu merah. Berlambak tutorial untuk mekap. Senang je nak dapat.

“Tak up-to-date la kau. Mekap je pun bukannya apa.”

Dah sapa kata salah? Sapa kata tak boleh buat? BOLEH!! Tapi hanya di depan suami. Bukan untuk tontonan umum. Tanya je lah diri semua untuk apa kita nak cantik beria mekap warna warni atas muka?

“Barulah ada lelaki nak ke aku. Aku ni dari dulu single” 
(Tak kemanalah kalau lelaki tu pilih atas dasar rupa semata)
“Saja untuk kepuasan diri sendiri” 
(Tapi bila orang puji cantiknya, cunnya, comelnya mesti rasa sangat happy kan? Maka makin bertambah-tambah keinginan untuk terus menempek bedak warna warni ke muka).

Puas la tu? Suka la tu? Benti kejap, duduk sebentar dan munasabah. Fikir balik apa SEBENARNYA tujuan kita nak cantik-cantik ni? Betul ke untuk kepuasan diri? Kalau ye, mekap je dalam bilik dan tengok sendiri depan cermin jangan pi sebar merata ke dalam internet (Facebook, Blog, Lookbook, Youtube etc). Hati-hati juga dengan pujian kerana itu boleh membawa kepada kehancuran. Kemusnahan iman dan juga kehilangan rasa malu.

Ado ko pakai hok gini?buang tebiat apa?
  • Contact lens bagi mata nampak macam Barbie doll cantik ke? Fikir kejap, tak cukup indah ke ciptaan Allah? Tak bersyukur ke kita? Macam-macam warna dan bentuk contact lens yang ada dalam pasaran sekarang. Mudah sangat nak dapat. Tapi tahu tak kalau pakai untuk tujuan kecantikan adalah dilarang? Memakai kanta sentuh berwarna untuk kecantikan hukumnya adalah bertabarruj. Maka sendiri fahamlah kan? Hukumnya rujuk je sini.

Amik kau macam-macam warna ado. Panjang boleh sapu lantai.
  • Bulu mata palsu melentik kaku tu cantik ke? Nampak sangat fake. Yela mana boleh tandingi ciptaan Allah. Tapi sekarang semakin menjadi-jadi budaya menepek fake eyelashes untuk kelihatan lebih cantik. Tapi tahu tak hukumnya HARAM sebab ada unsur penipuan dan tujuan untuk kelihatan cantik. Ni pun dikira bertabarruj juga. Hukum ni wujud berdasarkan kaedah qias hukum di bawah :

Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)

Fuhh menangis nak pakai yang ni. haha.
  • Pakai kasut 5 inci jalan terjongkang jongket cantik ke? Rasa banggalah bila dapat berjalan dengan voguenya bersama high heels merah menyala yang kononnya cun tu? Eh hati-hati rasa bangga dan megah tu dapat rosakkan iman J. Kesihatan pun boleh rosak. Kasut pulak bunyi ‘kletang-kletuk’ bila turun tangga. Kan dah tertarik perhatian orang. Kalau lelaki yang tertarik lagi bahaya tuu. Tak ke macam tu? Jaga-jaga dengan pandangan lelaki. Besederhanalah dan jangan lupa niat kita menentukan segalanya.



Biasalah wanita punya naluri nak kelihatan cantik. Dihadapan lelaki mahupun sesama perempuan (taknak kalah nak nampak cantik belaka). Bersederhana dalam penampilan bukannya tak cantik. Menutup keseluruhan aurat bukannya tak cantik. Lagi sejuk mata memandang ada. Hati tenang, nafsu pun duduk diam.  



“…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti  orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”.
 (al-Ahzab : 33)
Sekarang semua dah didedahkan dengan istilah Tabarruj yakni mendedahkan kecantikan / berhias berlebih-lebihan . Menjadi model dan meletakkan berjuta lemon gambar syok sendiri mekap tebal 5 inci di dalam internet tanpa rasa segan. Tahu kan hukumnya HARAM? Yang Allah dah larang kenapa nak buat juga? Hidup kat dunia ni nak puaskan hati diri sendiri ke Allah? Nak dapat keredhaan Dia ke tidak? Nak dapat SYURGA ke tidak? Nak, buat cara nak.


Diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW baginda bersabda yang bermaksud: “Permisalan wanita yang berhias untuk selain suaminya, adalah bagaikan kegelapan pada hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.”

Yang luar cantik, dalam tu dah tentu cantik ke? Cantik luaran tu dapat menjamin kehidupan yang baik di ‘dunia’ sana ke?

Bila rasa nak cantik, nafsu wanita datang merembes-rembes, syaitan berderet kiri kanan kita berhenti sedetik dan fikir : Nak kepuasan diri ke keredhaan Allah?? Pilihan menentukan siapa kita di sisiNya.

“Eh kenapa kau sibuk nak kata itu tak boleh ini tak boleh? Dosa pahala sendiri-sendiri kot”
“Sebab ni soal syurga & neraka. Aku tak nak terheret sekali”

Ps 1 : Nak cantik? Tak salah asalkan tak langgar syariat yang ditetapkan Allah dan bersederhanalah. 
Ps 2 : Kan lebih baik cantik di sisi ALLAH. Ganjarannya pasti. InysaAllah.

20 comments:

kakyongnida said...

cantik2 dihadapan suami je. hehehe

muhamadsufian89 said...

suka perempuan yg simple dan sedap mata memandang je. kadang2 terlalu make up sangat pun jadi tak sedap nak pandang. lebih baik bersederhana je. :)

mimie saienie said...

stuju dgn entri nie bg mimie x salah uptodate yg penting menutup aurat dan menjaga tingkah laku..

fisya sabri said...

da baca...nice en3 dear, love it

myhatiku said...

nice sharing..mekasih :)
thumbsup!

ILA HonEyBuNNy said...

biar xcantik..asalkan cntik budi bahasa n iman penuh d dada...

suka entyr neh...thanks..

Anonymous said...

Assalamualaikum..biar cantik dimata Allah..insyaAllah cantik juga dimata manusia yang berpegang pada imannya..^_~

nona sani said...

hehe..sakit lah pakai kasut tinggi giuth..adeyyhh~
hahaa..well3...
betol..semua benar..
nona pun taklaah pkai labuh2 sgt...
kih3

sekamar rindu said...

salam..

semua org mahu cantik..tapi biarlah berpada2..jangan sampai keterlaluan sehingga langgar hukum hakam agama..

syazana shahar said...

pinjam nk share

MERAH said...

SYAZANA : haa amik laa. ble nk pulang balik?hehe :D

anahiettah afibs said...

bersyukur dgn ciptaannya.. ada hikmah buat kita. Allah sengaja menenggelamkan wajah kita dari pandangan orang agar kita terhindar dari fitnah dan kejahatan.
>kecantikan itu fitnah dunia

tiefazatie said...

nice n3 nie...=)

- said...

i like ;)

MERAH said...

NIDA : betol tuu.tapi tak semua fikir macam ni.lak tu cane yg xd suami lagi.hehe.lagi2 pompan kan mmg suka fesyen ni.

MUHAMAD SUFIAN :Yup, besederhana adalah langkah terbaik.

MIMIE SAIE NIE : yang penting utamakan yang utama :)

KAK LANG & MYHATIKU : Thanks smoga dpt dimanfaatkan :)

MERAH said...

ILA HONEYBUNNY : muka yang cantik pun bukannya kekal kan.hehe.Thanks juga sudi baca :)

PENGEMIS CINTA : InsyaAllah <3 Itulah kecantikan yg sebenar, tiada cacat cela pada imannya.

BABY : hehe tu lah nak cantik punya pasal. lebih baik utamakan keselesaan secara tak langsung dah nampak berkeyakinan dan cantik.heheee.

MERAH said...

SEKAMAR RINDU : Salam :) betul tu, utamakan yg UTAMA.

ANAHIETTAH AFIBS : sebab tu kena jaga elok2, takut menjadi fitnah, Perempuan adalah fitnah terbesar di dunia ini :(

TIEFAZATIE : terima kasih :)

SHALINA : i like it too.hehe :)

hunnyAPIS said...

sy share kat facebook ye..untuk peringatan kat diri dan sahabat yang lain..terma kasih :)

Love hurt aeNnn said...

terima kaseh diatas keperihatinan anda.. :)

| CIKZEK | said...

trima ksih krn mgingatkan diri yg naif ini...:)