Jan 25, 2011

Daging Masak Merah

Assalamualaikum wbt.

Ni daging masak merah resepi yang paling senang untuk dimasak sebab tak payah nak tumis apa-apa. Bila tak payah tumis tak payah nak risau bawang dah garing ke? Cili dah masak pecah minyak ke? Haaa. Dah lah senang, sedap pula tu. Ni biasa mak aku yang masak macam ni, dan nenek aku pun biasa masak ayam macam ni. Kira resepi turun temurun lah kan? Haha. Sesuka hati aku je. Haa jom try buat!



Bahan-bahan

½ kg daging
3 sudu besar cili kisar (kalau pedas kurangkan)
3 sudu besar bawang besar kisar
½ sudu besar asam jawa (larutkan dalam setengah mangkuk kecil air)
1 sudu besar gula Melaka
Kicap manis/masin
Perasa (garam gula)
Minyak

Cara-cara

1. Potong daging nipis-nipis
2. Letak daging dan semua bahan dalam kuali kecuali minyak,kicap & perasa.
3. Letak kuali atas dapur api sederhana kecil. Jangan api besar keras la daging tu.
4. Tutup kuali dan biarkan sehingga kuah agak kering.
5. Sambil-sambil tunggu kacau juga ye.
6. Dah agak kering masukkan minyak dan perasakan ikut selera. Tambah 1 sudu kicap.
7. Tunggu dalam 5 minit kemudian tutup api.
8. Hidangkan bersama nasi panas.

p/s : kalau suka kuah banyak dan cair, tambah air sikit masa kuah dah agak kering tu. Lepas tu tambah minyak. Tapi sedap kalau kuah dia ala-ala pekat sikit. Huhu.



10 comments:

Encik Blogger said...

daging masak merah satoo!

z.u.n.a.i.d.a said...

me pon nak order gak la..nanti courier k..akak send adress jap g..hehehehehe

Hafriz el-Muhammady said...

bleh try bt sdiri nih...hihi

echah mashuri said...

perghhh..layann ah.:)

ferry said...

merah masak sendiri ke? tapi rupa dia macam rendang

MERAH said...

ENCIK BLOGGER : huwaaa ingat kedai apa?haha.da abis!abissss.huhu.

KAK ZUE : fuhhh courier gituu.takot nanti tukang pos tu yg makan naye kak.haha.

HAFRIZ EL-MUHAMMADY : haa cube jgn xcube.sng kottt.hihik.

ECHAH MASHURI : layan2.heheh :)

FERRY : yeekkk laaa.sng2 gini buleh la masak.haha.xd laa.warne dy merah cun melecun.almaklumlah lighting dok kena jadilah gelap.hihi.

pak long said...

salam...
nanti nak cuba resepi ni...

cik bahulu oren said...

nnt nk try la..ehehe

teratai said...

wahh..daging masak merah memang sedap sampai jilat jari ooo..

miss_neeya said...

sedapnye..
tapi nape kaler die xnampak merah :)