Feb 28, 2015

Kerana cinta itu di dalam hati



“Hi girl, you are not in your country, do you still wear headscarf?”, sambil menunjukkan jari telunjuknya kea rah tudungku.

“Yes, why not? I do not wear scarf because my country told me to do so. I’m a muslim, wherever I go”

“Yess..I got it. It is because religion is not based on where you are. I admire your passion towards your religion. The way you believe, the way you practice. Wherever you are, you are still the same. You seem so proud who you are. It is beautiful because it comes from your heart. And a strong love comes from here”, sambil dia menuding jari ke arah dadanya dan mengangguk-angguk. Panjang lebar pula dia memberi keterangan tanpa dipinta.

“Yes, I do love my religion, I love my God. I am so thankful that I am born as a muslim”
____________________________________________________________________________

Berlalunya perbualan bersama seorang lelaki kulit putih lewat 70-an yang mengaku dirinya kristian tetapi tidak mengamalkan sepenuhnya agamanya. Di bumi kanggaroo,  penduduk tempatan amat mudah mesra tidak mengenal usia dan bangsa.

Tercampaknya aku di bumi asing yang agama rasminya bukan agama Islam telah membuatkan aku  mengenali Islam dengan lebih mendalam lagi. Membuatkan aku lebih mencintai agama ini tanpa aku sedari. Contohnya seperti perbualan dengan pakcik di atas, siapa pernah terfikir apa yang dia perkatakan itu. Kerana adanya cinta itulah, terpancarlah ia melalui perbuatan kita. Dan cinta itu, bukan boleh dibuat-buat kerana ia lahir dari dalam hati.

Tapi bak kata orang, cinta mana boleh dipaksa. Tanpa kefahaman, memang kita seolah-olah dipaksa. Yelah, buat sesuatu tapi tak paham. Hati nak rela pun payah. Macam kecil-kecil dulu, kita solat tapi sebab kena suruh dengan mak ayah kan? Siap ada satu fasa tipu-tipu solat (okay maybe korang baik, tak lalui fasa ni. Haha).


Walaubagaimanapun, cinta itu boleh dipupuk. Berilah anak-anakmu kefahaman, kenalkan dia kepada penciptaNya, kita solat ini kerana Allah. Pupuklah cinta kepada penciptaNya, barulah dia solat, puasa dengan senang kerana dia tahu tujuannya. Samalah bila kita nak berubah, mula-mula memang kena paksa diri, lawan nafsu hantu tu, perbanyakkan usaha mengenali Allah supaya menerbitkan cinta hakiki itu, insyaAllah dengan mudah perubahan itu akan terlaksana. Apa-apa pun yang penting ialah cinta kepada pencipta dahulu, baru urusan yang lainnya akan dipermudahkan.

Pupuklah cinta, jangan ditutup pintu hati. Jika bukan kepada pencipta, siapa lagi diharapkan cinta abadi ini?

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)


pssst lamanya sungguhhh lama tak mencoret di sini >.< huehuehue.

No comments: