Mar 21, 2012

Jadikan syaitan sebesar lalat!

Assalamualaikum wbt.





Kita tahu syaitan musuh kita selamanya. Kadang-kadang bila marah, kita tersasar menyebut “syaitan betul”, “jahanam kau syaitan”, “celaka syaitan ni!”. Konon nak marah syaitan yang menyebabkan kecelakaan yang menimpa kita. 

Tapi tahukah kita situasi itu amatlah tidak digalakkan di dalam Islam? Walaupun kita tengah mengeji syaitan, makhluk yang kita rasa layak untuk kita berkata demikian. Kan?kan? Rasa macam layak je dikutuk2. Ehem, betul ke tindakan ni?

Woahhh benarkah tak boleh mengutuk syaitan? Ehm! [Lalat bersuara!]
Diriwayatkan dari Abu Malih. Ada seseorang bercerita kepada Abu Malih. Ia berkata: "Saya pernah naik Unta bersama Rasulullah s.a.w. Kemudian Unta beliau terpeleset, tanpa sedar saya berkata, تَعِسَ الشَّيْطَانُ "Celakalah syaitan." Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
 لَا تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولُ بِقُوَّتِي وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ "Jangan kamu katakan "celaka Syaitan", sebab jika kamu katakan itu badan syaitan akan semakin membesar sehingga sebesar rumah seraya berkata, ‘dengan kekuatanku (aku menggelincirkan dia.’ Tetapi katakanlah, ‘Dengan menyebut nama Allah’ (Bismillah). Bila kamu berkata demikian, maka badan syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat." (HR. Ahmad, Abu Dawud, al-Nasai, al-Thabrani, al-Baihaqi, dan al-Hakim. Dishahihkan oleh Syekh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, beliau berkata, "Shahihul Isnad", no.3128, 3129.)

Sewaktu kita berkata celaka syaitan, seolah-olah kita mengiktiraf dengan kuasa syaitanlah sesuatu musibah tu terjadi. Padahal siapakan yang benar-benar berkuasa yang mengawal segalanya? Allah, bukan? Maka kembalilah semula kepada Allah dengan menyebut nama Allah. Ingat kembali kepadaNya yang menurunkan setiap sesuatu kejadian kepada kita dengan hikmah yang tersembunyi.

Rasulullah s.a.w.  juga pernah berpesan secara khusus agar tidak mencaci syaitan ketika terjadi musibah, لاَ تَسُبُّوْا الشَّيْطَانَ وَ تَعَوَّذُوْا بِاللهِ مِنْ شَرِّهِ "Janganlah kalian mencaci maki syaitan, sebaliknya berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya." (HR. al-Dailami, Tammaam dalam Fawa'idnya dan yang lainnya, sebagaimana yang terdapat dalam Shahihah milik Al-Albani no. 2422)

So, lepas ni nak kalau geram ke, nak marah ke, sila kawal. Jangan ingat dengan memarahi, mengutuk atau mengeji syaitan adalah perbuatan terbaik untuk melampiaskan perasaan. Istigfar banyak-banyak dan jangan bagi peluang untuk syaitan jadi sebesar rumah! Silap-silap jadi banglo 3 tingkat dengan kolam renang bagai. Dah besar-besar lagi senang syaitan nak mencurahkan api kemarahan kepada kita. So bila rasa hati lain macam nak marah, cepat-cepat padamkan. Mohon pada Allah. Biar jadi sekecil lalat dan akhirnya kita hempap dengan setimpal kesabaran yang menggunung! InsyaAllah.







Mar 13, 2012

Rumah baru dunia baru!

Assalamualaikum wbt.


Masa terus berputar dan tidak sesat pun tertangguh. Rupa-rupanya dah hampir sebulan aku pulang ke bumi Adelaide setelah 3 bulan cuti di Malaysia bersama keluarga tercinta. Tapi baru semalam rasa mengusik adik-adik. Baru semalam rasa menemani mak menjemput adik di sekolah. Baru semalam rasa bergelak tawa bersama ayah tercinta. Baru semalam rasa duduk bersama keluarga di meja makan sambil menikmati indahnya hidup berkeluarga yang penuh kasih sayang. Huuu. RINDU. Ok dah. Nantikan ada yang banjir kat sini. Hihi.
Piring besar punya! Hehe. Dah duduk seminggu lebih baru perasan ada ni ^___^

Secara rasminya juga hampir 2 minggu di rumah baru. Penat memunggah barang still tak settle2 lagi sebab pindah masa kelas dah start. Tulah balik lewat ke Adelaide, cam orang tak sedar diri nak pindah. Sobs. Internet pun tak da, kena tunggu hampir 3 minggu untuk talian internet di sambung. Mati kutu tak tahu nak buat apa duduk rumah ni. Ada hikmah kot, masa ni lah baru nak pegang buku yang bertimbun dibeli tapi dijadikan perhiasan je di atas rak. Hehe. Tapi, internet tak ada memang menyekat kelancaran perjalanan kehidupan zaman sekarang. Hehe. Apa lagi, gunalah quota internet di uni. Setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan. Setiap cubaan itu pasti ada tarbiyah untuk kita. Muhasabah ye, sentiasa bersabar J

Dapur rumah sewa sebelum dipenuhi barang. Cantik je. Sekarang...ishishish! 

Lepas ni semua akan bz, rezeki di rumah ni tuan rumah bagi freezer besarrr punya. Ni stok ayam untuk sebulan lebih untuk 6 orang (total 24 kg). Ayam ayam oh!


Adelaide sekarang masih di zon panas terik. Sepatutnya dah masuk zon sejuk sikit-sikit sebab Autumn bakal mengambil alih. Tetapi Allah jualah yang menentukan segalanya. Sekarang jemur baju tak sampai sejam semua dah kering dan tak boleh jemur lama-lama nanti merosakkan fabrik, luntur koyak etc. Australia ni pun lapisan ozon dah terobek sana sini, so amatlah digalakkan untuk menempek sunscreen yang ada SPF tuu. Aku yang pemalas nak oles sana sini, tetiba jadi rajin sikit demi menjaga kurniaan Allah ini. Ingat, tubuh kita Allah yang kurniakan kesempurnaan, maka jagalah sebaiknya.

Nampak gayanya tahun ni adalah tahun yang sukar kot untuk para bakal farmasi sekalian. Makin banyak tahun makin banyak dengar ura-ura mengenai kesusahan subjek ini. Mari kita beramai-ramai berdoa supaya kita semakin rajin menghadapi buku dan lecture notes. Huhu. Tidak dilupa juga tanggungjawab sebagai seorang Islam dalam menyebarkan kebaikan. Semakin lama kita hidup di dunia, semakin besar tanggungjawab. Ya Allah, jangan biarkan antara kami yang tersangkut, permudahakanlah urusan pembelajaran kami dan juga kuatkanlah kami di atas jalanMu ya Allah. Amin.

Oh tak boleh nak update banyak-banyak kerana kekangan masa dan juga ketiadaan kemudahan internet yang cemerlang di rumah. HEHE. Alasan kukuh punya. InsyaAllah, nanti akan cerita banyak sikit mengenai rumah baru. Hurm, rindu orang Malaysialah! >.<

Wassalam 


 


Feb 25, 2012

Mana tudung mama?



Kali ini mereka akan bercuti di Pulau Mutiara.
Plan bercuti setelah dua beradik ini balik bercuti selama 3 minggu.
Satu keluarga bahagia. Abah, mama, Amira dan adik.
Jika Allah mengizinkan.

Mama menarik luggagenya yang separuh terisi.
Amira menawarkan untuk membantunya namun mama mengatakan tidak perlu.
Mereka menunggu di lobi hotel sementara abah check in.
Sebuah apartment berbilik dua bakal didiami untuk 3 hari.

Sesudah sampainya di bilik, Amira melontarkan tubuhnya di atas katil.
Adiknya melihat sambil tersenyum lalu bergegas memunggah bag.
Dikeluarkan baju dan tudung untuk digantung. Takut kedut barangkali.

“Sekarang sudah jam 2. Usai solat kita bergerak untuk makan tengahari. Jangan bermalas-malas. Nanti lambat”, abah melontarkan suara.

“Baik bah”, Amira dan adik menjerit serentak.

“Eh jom solat dik” ajak Amira.
“Boleh, asalkan akak jadi imam. Hehe.” Adik menyahut.
 Mereka solat dan mengungkap doa.
Semoga doa mereka dikabulkan Allah. Amin.

“Akak, plan kita on kan?”
“Yaa, janganlah kuat-kuat. Nanti ada yang mendengarnya”
“Oppss.heee”

“Plan apa ni korang berdua? Ada je nak mengenakan orang ye” Abah mencelah.
“Eh tak ada apa-apalah abah. Cepatlah. Dah hampir jam tiga sekarang. Mira lapar ni”
“Tunggu mama kamu bersiap. Tahu-tahulah mama kamu”

“Ya Allah, mana scarf mama ni? Dari tadi mama cari tak jumpa” rungutan mama kedengaran.
“Laa mana kamu letak? Patutlah tadi abah nampak kamu tercari-carikan sesuatu. Ingatkan  mencari saya hilang”
“Tak lawaklah bah, scarf mama yang lain dalam luggage pun tak ada!”

Scarf.
Mana hilangnya scarf Silk Italy dipakainya tadi?
Scarf biasanya di ikat dibawah dagu.
Usai sampai tadi mama tanggalkan ikatan.
Disuruhnya adik gantung di ampaian di tepi tingkap itu.
Siapa yang membuka tingkap ini?!

“Mungkin ditiup angin. Adik hanya menyelitnya pada hanger ini. Maaf”
“Bukan salahmu anakku. Memang mama biasa menyelitnya begitu juga”
“Tidak sangka ia boleh terbang di bawa angin lalu”
“Abah yang membuka tingkap itu. Tapi tidak sangka pula jadi begini”

Amira meneliti jam di tangan. Sudah jam 3.15.
Menunggu masa untuk mencadangkan idea bernasnya.

“Ma, Mira dan adik kan ada tudung. Pakai dulu untuk sementara” cadang Amira.
“Tapi tudung kamu….” bidas mama lembut.

Mereka masuk ke dalam bilik dua beradik itu.
Seolah-olah berlumba, dua-dua ingin menawarkan tudung kepada mama tersayang.

Amira mengeluarkan 3 helai tudung. Tudung petak.
Merah jambu, hijau nyaman dan biru air.
Semua bidang 60.

Adik juga mengeluarkan 3 helai tudung.Tudung petak juga.
Hitam arang, kelabu asap dan merah hati.
Bidang lebih kecil sedikit. 55.

“Tak ada tudung instant ke? Mama tak reti pakai tudung macam ni”
Instant?” Tanya dua beradik serentak.
“Tudung saut. Tudung indon. Tudung ekin pun bolehlah”

“Oh ada! Adik ada bawa sehelai. Warna coklat”
Kebetulan sedondon dengan baju mama.
Mungkin ini ‘jodoh’ tudungnya menggantikan yang hilang.

Dikeluarkan adik tudung instantnya.
Sempat dibelek oleh adik. Saiz XL terselit di celah jahitan. Ditutupnya.

“Oh! Besar juga tudung ini. Hmm..”
“Cubalah mama pakai dulu. Pasti cantik. Cepatlah” ujar adik excited.

Mama menyarung tudung itu.
Dia tahu waktu sudah lambat.
Kasihan anak-anak dan suami.
Tetapi dugaan apakah kini.
Dia berperang dengan dirinya.

Amira meletakkan pin di kedua-dua bahu mamanya.
Disingkatkan sedikit baru di pin pada bahu. Membentuk scallop berlayer sedikit.
Untuk menyesuaikan diri mamanya dengan tudung itu.
Tapi masih menutup dada. Kerana itu matlamatnya.

Kemas. Mama melihat pada cermin dan merasa tenang.
Itukah aku?

“Haa cantik juga awak pakai macam tu. Sekali sekala tukar style” abah menyokong tanpa sedar.
“Betul mama, jomlah adik dah lapar perut macam konsert rockstar dah”

“Yela tu cantik. Tapi mama rasa labuh semacam. Nanti panas” bicara mama.
Mungkin masih tersisa rasa ego.

Mira dan adik menarik tangan mamanya keluar dari bilik.
_____________________________________________________________________________________________________

Seminggu setelah pulang dari Pulau Mutiara.
Mereka masih keluarga bahagia.
Mungkin bertambah bahagia.
Berkat dari doa dan doa.

“Ma, Mira dan adik nak keluar shoppinglah. Beli barang bawa balik”
“Mama ikut sekali ye? Nanti bila lagi nak shopping dengan kamu berdua”
“Haa kalau mama ikut kena belanjalah. Hehehe”
“Boleh aja mama bayar, guna duit korang ye. Cepat bersiap”

Mama menuruni tangga berhati-hati.
Tudung instant milik adik tersaut kemas di kepala mama.

“Eh mama, tak mau pulang dah ke tudung adik tu? Suka ya?”
“Nanti mama pulangkan. Sekarang scarf coklat mama masih tak jumpa. Tak sesuai nak pakai scarf lain. Jom, cepat”

Amira dan adik singgah di kiosk menjual selendang dan tudung.
Mereka menuju ke bahagian tudung labuh.
Amira ingin membeli tudung berwarna turquoise kemerahjambuan.
Adik juga membeli beberapa helai tudung.
Saja ingin menambah koleksi tudung mereka.
Mama juga kelihatan membelek-belek tudung di situ.

Kedai kasut, baju, bag, semua telah diredah.
Menjinjit bag shopping dibawa.
Mereka pulang dengan senyuman dan muka puas.
Yela, dah namanya perempuan, mungkin begitulah.
______________________________________________________________________________________________________

Tiba di perkarangan airport.
Saat untuk pulang ke bumi kanggaru setelah berminggu bersama keluarga.
Terasa berat tapi perginya bukan tanpa urusan.

“Kamu ni kenapa dari tadi pandang mama? Mama cantik sangat ke?”
“Hahaa mama ni,erm.. mama ada tudung ni ke sebelum ni? Tak pernah nampak pun” Amira melepaskan teka-teki yang terkurung di benak fikiran.

“Ni barulah. Beli masa shopping dengan Mira dan adiklah. Masa kamu berdua ke tandas” balas mama.

“Oh tudung besar macam kami?”

“Eh besar ek? Mama tengok okay je. Lepas pakai tudung adik bagi tu, mama cuba pakai scarf mama biasa pakai. Tak selesa pula”

“Oh yeke, Alhamdulillah!!” laung mereka serentak dan diikuti dua telapak tangan menyapu wajah mulus mereka.

Abah juga tersenyum. Kagum. Bersyukur.

“Ma, bah kami pergi dulu. Jaga diri ya” ucap Amira.
“Eh dia pula pesan kita jaga diri. Budak ni betollah! Mira dan adik belajar elok-elok dan solat jangan tinggal. Jaga diri, nanti dah sampai call ya” Abah menyahut ucapan Amira.

“Mama, adik sedihlah. Tak puas lagi duk ngan mama dan abah” bergenang mata si adik. Biasalah tu.
“Mama pun sedih nanti tinggal berdua je lah dengan abah kamu. Tapi kamu pergi pun tak lama, nanti balik lagi. Jaga diri ya” kata mama sambil memeluk adik. Genangan air mata juga di tahan.

“Ma, ni hadiah untuk mama. Kami belikan. Buka di rumah ya”
“Ya Allah ada hadiah pula untuk mama. Terima kasih anak-anakku”


_____________________________________________________________________________________________________


Di tempat duduknya di dalam kapal terbang, fikiran Amira melayang jauh.
Di ingatnya lagi plan dengan adiknya sebelum mereka menjejakkan kaki di Malaysia 3 minggu lalu.

“Dik, nak tak mama pakai tudung macam kita?”
“Hmmm..macam mana? Kita pernah cadang pada mama, mama kata rimaslah besar-besar. Panas lagi”
“Macam ni... kita sorok semua scarf-scarf mama!”

Cadangan dasarnya hanya begitu.
Tapi idea itu terlaksana sewaktu mereka bercuti sekeluarga. Seolah dipermudahkan.
Untuk membiasakan mama dengan tudung di luar kebiasaannya.
Belum cuba belum tahu, dah cuba nak tinggal pun tak mahu!

Ada terasa jahat kerana seperti menipu mama.
Akan diberitahu akan hal ini kepada mama satu hari nanti.
Namun sangat bersyukur kerana hati mama telah berubah.
Berubah untuk menerima sesuatu yang lebih baik.

Mengalir laju air mata Amira. Syukur. PadaMu ya Allah.