Jan 8, 2011

Yeay! dah ada mak kat rumah :)

Assalamualaikum.

Tak sempat nak update lagi pasal kepulangan mak aku dari hospital. Pagi semalam, dia dah dibenarkan pulang oleh doktor setelah keadaan dia makin pulih. Tu pun petang baru balik lepas macam-macam masalah timbul masa nak check out tu. Harap je hospital swasta tapi kerjanya slow gilos. Tensen sekejap. Huhu.

Yeay! Mak da sihat :)

Tapi papepon bersyukur mak aku akhirnya kembali sihat walaupun bukan baik sepenuhnya. Ambil masa sebulan juga kut nak pulih sepenuhnya. Ni semua gara-gara nyamuk aedes sengal menggigit mak aku. Jangan pandang rendah pada nyamuk sekor ni. Padahal selama ni aku sendiri pun tak ambil kisah pasal makhluk kecik ni. Tapi rupa-rupanya besar impak dia. Jangan kau pandang pada saiznya yang kecil, tapi....
Penyakit ni sampai sekarang tiada penawarnya. Tapi ada je pun sebenarnya petua-petua nak merawat denggi ni cuma mungkin belum dikaji sepenuhnya, sebab tu tak ada ubat? Hehe tak tahulah, mungkin aku boleh cipta ubatnya nanti. Haha. Sila berangan semua.

Ni Aedes cik Google
Baiklah, syukur semuanya berjalan dengan baik. Seperti kata Allah, semua penyakit ada ubatnya kecuali mati. Jadi yakinlah dengan janji Allah dan percaya juga bahawa Allah yang menyembuhkan, bukannya ubat itu mahupun doktor anda




4 comments:

ferry said...

bagus la dah sihat..sy dulu kena denggi kna than 4 5 hari..huhuhu

z.u.n.a.i.d.a said...

wah, sukernya hati kan, xpyh nk risau2 lagi..

tu la dear, akak pon xpenah nk care sal makhluk kecik tu tp kalo dh terkena..!@#$

moga dijauhkan!

MERAH said...

FERRY : ohh samelah ngan mak kne thn 5 hari jgak.pnah kne jgak rupenyerr.ehhe

KAK ZUE : taw tapeee,mestila risauuu.hehe.insyaAllah xkne la tuu. haa :)

BUNGA said...

Alhamdulillah.. lega hati bila tgok mak sihat kan.. mudah2an emak makin kuat dan jgn lupa suh mak mkn ubat yer :)