Jan 28, 2011

25 things about me & ME~!


Assalamualaikum wbt.

Wahhh 25 things i have to tell about myself?? *banyaknya*
Benda ini di tag oleh kak ZUE untuk aku jawab. Akan ku cuba sedaya upaya kak. Haha. Mari kita mulakan!

1.       Aku orang Kuala Terengganu tapi kini tinggal di Kuantan, Pahang. Sapa orang kuantan boleh la belanja aku makan ye. Haha.
2.       Sangat suka makan makanan yang sedap-sedap, tak masin & pedas-manis. Umpphh~
3.       Umur dah tua nak masuk doploh satu dah pada Februari ni. Mari teka tarikhnya bila!! Haha. Tuanya rasa tiba-tiba.
4.       Dah makan banyak tapi senang lapar dan senang masuk angin. Lepas tu sakit kepala. Wuu.
5.       Aku suka peluk bantal golek (bolster). Dan suka banyak-banyak bantal atas katil. Rasa tidur lebih lena dan bermakna. Haha.
Ni kompem lena tidur. Cantik lak tu. Hoho. [katil miss Google]

6.       Takdir aku sekarang study Farmasi walaupun dulu masa budak-budak isi kad tanya cita-cita asik tulis doktor kecuali masa Form 5 tiba-tiba tulis “Pharmacist”.

Masih dalam simpanan. Huhu.
7.       Masa study lebih fokus kalau duk dengar lagu. Haha. sebenarnya cara tu je buat aku tak ngantuk dan  tak cepat bosan. Ish. Ish.



8.       Sangat tak-boleh-tahan-asap-dan-bau-rokok & tak suka orang yang merokok. Kalau tengah makan ada orang merokok memang banyak aku duk memaki hamun ketensenan kat situ sambil batuk-batuk. Rasa nak je batuk depan muka mereka.

9.       Aku boleh sabar sekejap je, jadi bila aku sabar hargailah. Aku tak boleh orang mengada-ngada nak uji lagi kesabaran aku, memang kena la ayat pedas aku. Jadi la macam mak nenek. Jadi jangan cabar aku. Hoho.
10.   Aku duk Pahang tapi tak pergi lagi Genting Highlands. Huuwaaaa. Nak pergi!! Bawalah daku ke sana~
11.   Sangat suka naik roller coster terutama duduk depan sekali. Masa dia nak turun tu memang syok la perasaan. Fuhhh. Haha.

Contoh pemandangan kalau duk depan. Best woo. [thanks to cik Google]

12.   Suka cerita korea, tapi cerita yang comel-comel kelakar dan tak serius sangat, ohh lupa. Suka tengok Jang Geun Suk dalam You're Beautiful! Haha.
13.   Suka dressing korea, renda sana sini dan dress comel-comel bersama jaket yang cun-cun. Hoho.
14.   Suka jagung, tak kiralah jagung rebus, jagung manis dalam cup, bubur jagung, mahupun aiskrim jagung. Huuhu.
15.   Pertahankan apa yang diinginkan, tapi bila tak boleh nak dapat sangat suka macam ‘merajuk’ dah taknak benda tu. Tapi sekejap je la, lepas tu keinginan itu datang balik tapi simpan diam-diam. Haha.*plan dalam otak cukup*
16.   Sangat suka masakan masak merah. Tak kiralah ayam, daging, sotong, udang, ikan atau apa-apa aja. Huuhu.
17.   Tak suka diganggu waktu tidur, terus mood jadi tak ok dan rasa nak pelempang je orang yang buat kacau waktu aku tidur. Sabar je lah.


18.   Tak suka makanan yang berasaskan lada hitam. Huhu.
19.   Tertarik dengan benda yang berglitter-glitter merelip sana sini. Cantik! (I appreciate beauty soo much!)
20.   Tak suka betul orang yang pandai cakap tapi tak buat. Tensen aku dengan orang macam ni, rasa nak bagi lecture 10 jam je. Kalau taknak lecture tu janganlah cakap je lebih. Grrrr. 
21.   Tak suka makan antibiotic (sebab besar susah nak telan). Kalau doktor bagi aku biasa takkan makan pun benda tu sebab kalau dah makan kena habiskan, kan? Jadi jangan mulakan. Huhu.
22.   Orang kata aku suka melawan. Aku bukan melawan, tapi pertahankan apa pendapat aku yang aku rasa boleh diterima pakai. Ceewaahh~haha.
23.   Lebih mudah terkesan dihati kalau teguran kat aku dibuat secara lembut dan berhemah. Kasar-kasar nanti takut ada orang kata aku melawan balik. Nak buat macam mana kan? Haha.
24.   Kawan aku suka kata aku selalu fikir positif. Biarlah, dari aku fikir negative nanti jadi fitnah, tak baik pula kan?
25.   Aku biasa cepat hilang ingatan sikit bila orang cerita masalah mereka kat aku, sebab bagi aku dengar masalah tu cukuplah hanya dengar, tak nak nanti kita pula runsing sekali. Susah beb tak jalan kerja gitu. Jadi kadang-kadang senang orang nak luah apa-apa kat aku sebab nanti aku dah lupa. Haha. Tapi bukan lupa terus cuma takdelah aku nak terus fikir.
___________________________________________________

Ok dah. (malas nak cari gambar dah)Penat perah otak nak tulis apa benda kat sini. Haha. Tak da benda spesel pon pasal aku ni.Ok.

Oh lupa plak kena tag 25 orang lagi untuk buat benda sama macam aku buat ni. Ramai jugak tu. Huu. Haaa. Buat ye jangan malas-malas. Kalau dah pernah buat, just drop ur link here (kat komen lerr). Kalau tak ada masa, buat la slow-slow okeh! Dah siap tinggalkan link di ruang komen. Thanks!

:: Ayung :: Cahaya Cinta Ilahi :: Cazari :: Cik Bahulu Oren :: CT ::
:: Cunnda :: Echah Mashuri :: Efa :: Encik Blogger ::
:: Ezzaty :: Fara Feroza :: Ferry :: Gadis :: Hani ::
:: Iliwoot :: Jujue :: Miss Neeya :: Namia :: Nas ::
:: Nelly :: Princess Momoy :: Sengat :: Teratai :: Ujana :: Zaty ::


Phewww. Penat juga weh nak tag 25 orang. Ni memang bertuah betul la. Haha. Dah. Sekian.




17 comments:

nAs; The best in ME said...

tengs dear tagged Mira.

insyaAllah t Mira jOin k ^^.

ferry said...

thanks merah sebab tag..tapi dah pernah buat dah :)

ferry said...

http://www.sayapmalam.com/2010/11/kene-tag-lagi.html

fara feroza said...

hye merah...jap lagi farah buat ek...skrg ade bos ...haha...thanks tag farah k..:)

nelly said...

maceh ..

=)

dah pernah buat
=)

teratai said...

salam merah,

tqvm tag....tengoklah kalu ada masa boleh buat, kalau x sempat tu jgn marah ye.....

:: noremy anak rahmat :: said...

folo & BW...

mehla jenguk belog ai..

slaam kenal!(^_^)

Encik Blogger said...

alrite... kjp lg sayer buat

.::: Princess MOMOY :::. said...

oh..thx my dear
momoy dah pernah jawab tag nih
tapi nanti momoy add nama u dalam received tag tu boleh?
Peristiwa itu masih menhantui diriku...

ATTENTION Kawan-kawan: Blogger Ini DIKEHENDAKI

Ezatty said...

thx tag . kjapp lgy zaty buad , ayyoyoo . bnyk btuyy lhaa :) .

miss_neeya said...

thx yaww..akan buat insyaallah :)

Cazari said...

babe..

thanks tag me..
me dh pernah wat benda ni..
kat sini..
jemput baca..

http://uvacazari.blogspot.com/2010/11/25-random-things-facts-or-goals-about.html

tp thanks again sbb ingt kt me dan tag me.. :)

~wani~ said...

Thanks TAG Ujana..hehe..ok.. da siap daa..:)

http://ujanaraudhah.blogspot.com/2011/01/25-things-about-me.html

z.u.n.a.i.d.a said...

wah dah siap penyer..cikgu dtg nak mengecek ni..hehehehe..okeh LULUS! jenuh kan nk peroh otok ni.. bnyk gk per=an kita yek! hehehehehehe

selamat berkenalan yer adik MERAH!

cunndaa said...

tq tag cunndaa, insyaALLAH, i'll join.. ngeee

fara feroza said...

haha..merah..farah dah buat...yeyeeee..jom

http://sayasukatulis2.blogspot.com/2011/02/25-perkara-terbaik-dan-busuk2-manja.html

MERAH said...

fuhh ramai yg dah wat upenye.tape2.yg bru buat tu akan di cek.hehe :)