Dec 21, 2011

Jatuh Cinta Si Enti Enta






Mula-mula enti enta,
Kemudian awak saya,
Kemuncaknya abang-ayang, manja-manja.

Ia bukan sekadar panggilan di bibir mungil,
Tapi akan turun ke hati jadi cair macam jus cocktail,
Kemudian turun yang bawah memanggil-manggil.

Sekarang zaman sudah moden.
Iblis juga sudah moden.
Syaitan sudah tak guna taktik lama,
Perangkap keluar dating atau pegang tangan,
Tapi guna perangkap FB dan balas mesej / calling2
Dengan handset yang skrin luar tulisan Allah 
Tapi dalamnya ‘masyaAllah’.

Mungkin alasannya “saya kejut dia subuh saja”.
Atau “saya selalu bagi nasihat agama pada tunang saya”.
Alasannya,
Mesej Islamic,
FB Islamic,
Handset Islamic,
Skype Islamic,
Twitter Islamic,
Semua jadi 'ISLAMIC'.

Alasan lagi, “sebelum mesej saya siap bagi salam dengan lafaz penuh, ASSALAMUALAIKUM lagi”.
Hehe, apa nak hairan, syaitan pernah direct bicara dengan Tuhan.
Jadi jangan bangga dan rasa selamat dengan topeng islamik tapi penuh polemik.

Waktu cakap, sebut ukhuwwah islamiah, waktu mesej tulis “muah muah”.
Waktu cakap , “apa yang boleh ana bantu?”, waktu mesej taip, “I love you”.

Jangan ingat iman dah power,
Sebab iblis lagi SENIOR.

Iblis tak pilih bulu nak menangguk,
0rang awam tunduk,
Ustaz ustazah pun kemaruk.
Habis semua hiruk-pikuk.

JADI, HATI-HATI DENGAN PERTUNANGAN, HATI-HATI DENGAN CINTA SEBELUM KAHWIN.

p/s : Jatuh hati takpe sebab ianya fitrah, tapi kena pandai kawal HATI agar IMAN yang memagari hati,  bukannya NAFSU.

[...]

Credit to : Islam Iman Ihsan & AkuIslam.com

ps : Gubahan ayat untuk kesesuaian hati penulis. Hehe.


16 comments:

Cik Jingga said...

menarik ayat2 nya nie.. ^^

Ain Zulaikha said...

manusia ada akal kan, so boleh kawal semuanya menggunakan akal, kalau tak leh kawal itu bermakna mereka tiada akal..

Coretan Hati said...

Betul tu, dan sangat hebat penulisan ini. :)

teratai said...

zaman moden approach pun moden,
fb,twitter, u tube semua orang pun ada,
jadi jangan diguna hanya untuk suka-suka,
sebab akibatnya padah jadinya,
boleh menjadi riak dan mengundang dosa,
natijahnya juga buruk padahnya,
maruah diri dan keluarga juga tergadai,
jadi gunakan akal sebelum bertindak,
supaya 'terlajak perahu boleh diundur,jangan jadi 'terlajak kata buruk padahnya','terlajak uploud tanggung akibatnya'!!

SimplySeoul said...

What an amazing words dear. Saya mentafsirnya sebagai suatu yang penuh message dalam nada menasihat dan mungkin sindirin. Love it.

k e y r i said...

love this entry :)

Paris Lipton said...

mesej yg baik la awk....^^

Syuk Ry said...

nice post..

c'axoera said...

guna akal sebaik mungkin :)


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/www-13-wednesday-worst-word.html

Solihin Zubir said...

bercinta tak salah.. cara menunaikan cinta tu yg boleh jd berdosa..

jgn dekati zina.. =)

reenapple said...

yaa... aku setuju dengan ini..hehe.

Miss Xyz said...

skong entri ni 101%! hehe ^^

Aida Omar said...

bestnye entry nie.. saya setuju 101% kebenaran entry nie.

fiey zara malaiqa said...

bagus entry nih :)
follow sini #811
jom tolong saye menang galaxy note kat sini: http://mommyakmal.blogspot.com/2011/12/gila-smart-phone-give-away.html

SeputihSalju said...

slm kenal.. sy suker entry ni... zaman sekarang ni macam2 dugaan & godaan utk menyesatkan kita..huhuhu

btw sy follow sini :-)

princessrayha~^_^ said...

nice