Dec 22, 2011

Apam Belang Coklat Strawberi






Assalamualaikum wbt.

Presenting. apam belang sebelum dikukus :)

Mood : gembira melihat warna-warna ceria. 

Tengok apam yang aku buat untuk pertama kalinya ni, cantik takkkkkkk? Hihi, sedikit bahagia di situ sebab akhirnya berjaya buat apam belang-belang setelah sekian lama memendam rasa. Mula-mula tengok apam cun ni dalam blog KakIta, masa tu kat Adelaide lagi. Nak try buat puas aku cari ovelet tak ada. Jadi terbantutlah usaha nak buat apam belang ni. Last-last tunggu cuti balik ke Malaysia barulah boleh buat. Tapi memang tak boleh nak tandinglah kak masam manis ni. 

Seronok duk melayer apam ni. Suka warna dia. Buat ni pun sambil mak memerhati. Dia pun excited sekali tengok warna-warnanya. Aku lagilah excitednya kan tengok warna-warna kegemaran ni. Hehe.



Moh la tengok bahan dan cara-caranya yang mudah je, cuma perlu sabar duk menceduk warna demi warna. Nak hasil menawan, kenalah sabar, ye dak?

Bahan-bahan

4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
200 ml santan kotak + 50 ml air
1 sudu teh baking powder
Strawberi emulco
Coklat emulco
Pewarna merah

Cara-cara

1.    Pukul telur,gula dan ovelet sampai gebu.
2.    Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
3.    Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
4.    Bahagi kepada 3/4 warna yang disukai  dan kacau rata adunan dengan warna (emulco+pewarna).
5.    Tuangkan ke dalam bekas yang telah dileser dengan mentega dan di tabur tepung. Tuang selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit atau sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

Apam belang mendapat simbahan 'nur'. Hehe.


9 comments:

Qamarul Abdullah said...

aduh...terliur pulak tengok kek tu. huhuhu

teratai said...

sedaplah along, nanti buat lagi ye:)

izyantyPersonalTaste said...

suka tengok kaler2 ceria tu he3...

Nur Aischa said...

sedapnyaaaa dah la tgh lapar ni T.T nanti nak cuba buat lah..

LydSunshine said...

Dpt simbahan nur? hahaha... mungkin sebab org yg buat tu beriman. :) Sedap tak rasanya?

miraa japri said...

aku nak try r buat kek cantek ney....

Model Baju Murah said...

info2 bermanfat thanks yahh

shinju said...

cantik la kek ni...nmpk gebu...
tbe2 rasa lapar plak..hehehe...
insyallah nk try..share resepi ye..

shinju said...

cantik la kek ni...nmpk gebu...
tbe2 rasa lapar plak..hehehe...
insyallah nk try..share resepi ye..