Sep 11, 2013

Saya malu nak pakai tudung, lagi-lagi tudung labuh

“Saya bukan tak nak bertudung, tapi kita sekarang di negara yang rare orang pakai tudung, kita ikut situasi, berubah mengikut keadaan. Kalau tak orang akan pandang serong kepada saya. Susah untuk saya meneruskan hidup jika terus berkeras untuk bertudung”

“Saya rasa lebih berkeyakinan bila tidak memakai tudung. Rasa cam kekok dan segan bila memakai tudung. Kerja saya banyak deal dengan orang-orang yang bukan Islam atau kebanyakkan yang Islam adalah yang biasa-biasa saja. Bertudung ni dikira pelik. You get what I mean right? So… I prefer macam ni”

“Saya nak pakai tudung ke tidak ke, menutup aurat ke tidak ke, itu hak saya!”

“Tudung labuh ni nampak macam kuno. Zaman sekarang zaman moden, yang cantik-cantik ni banyak yang singkat. Nak buat macam manaaaa…Ok lah atleast saya bertudung”

“Tudung labuh? Labuh mana kau nak? Tutup dada? Hmm..susahlah. Aku tak biasa. Tak pernah ada antara kami yang pakai tudung labuh-labuh tutup dada ni. Nanti diejek, sakit hati tau?okay lah ni atleast bertudung”

“Susah lah nak bertudung. Mama I pun kadang-kadang bertudung kadang-kadang tak. Dulu I pakai tudung pun sebab dekat sekolah kena pakai. Sekarang kalau I pakai apa pula kata mama. Peliklah. Nak jaga hati mama juga, nanti dia terasa”

Ini antara alasan-alasan yang kita pernah dengar daripada mereka yang sukar atau tidak sudi untuk bertudung dengan sempurna. Belum disentuh lagi bab aurat yang lain. Mari kita kupas isu tudung ini dengan lebih mendalam. Menggunakan ayat cinta dari Allah. Tak perlu kita pergi jauh-jauh cari bahan lain, Allah dah ada pesanNya untuk kita.

Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

1.       Kena rasa yang ayat ini ditujukan kepada kita wanita gadis perempuan yg beragama Islam. Tak mahukah kita tergolong dalam ‘wanita yang beriman’ itu? Walaupun masih belum sempurna kekuatan imannya, saya tetap mahu rasa ayat ini untuk saya! Jika tidak siapa lagi? Rugi. Rugi.
2.       Seperti yang telah diajar di sekolah, aurat wanita dengan lelaki yang bukan muhrim hanyalah telapak tangan dan muka. So yang lain itu wajib di cover. Simple math I think? (sepatutnya tiada siapa ambil PAI di sekolah tidak tahu mengenai ini. Malulah jika tidak tahu. Lagi malulah jika tahu tapi tidak mengamalkannya. tsk. tsk)
3.      Tudung wajiblah labuh sehingga menutup dada. Tidak dikira sempurna pemakaian tudungnya andai ia singkat menampakkan yg tidak perlu.

Pemakaian tudung yg betul (labuh, tidak jarang, tidak melekat, sanggul tidak tinggi & pakaian yang menutup auratnya) dapat menjamin kesejukan mata yang memandang, keselesaan pemakainya dan juga pelihatnya. Yang paling penting, dia telah menunaikan hak Allah dalam menyuruhnya menutup aurat dengan sebaiknya. Tidak inginkah kita menjadi begitu? Allah redha, tidak mahukah kamu? Rugi. Rugi.

If all the people are pleased with you but Allah is not, what have you gained?
If Allah is pleased with you but no one else is, what have you lost?”
[Imam Ahmad Ibn Hanbal rahimahullah]

Tsk.
Termenung jap.

Btw, orang perempuan kan memang suka tengok cermin, so jangan tengok cermin secara sia-sia. Demi tidak mensia-siakan perbuatan itu, tengoklah untuk meraih redha Ilahi. Boleh praktikkan before keluar rumah, duk depan cermin sambil baca doa tgk cermin tu, tengok diri kita dan fikirkan, “apa yang aku pakai ni, Allah bagi ke tidak, longgar ke ketat ke labuh ke jarang ke”. Judgelah guna cermin tu. Dan jangan lupa ucapkan Subhanallah indahnya ciptaanMu (hihi) & Alhamdulillah, kau jadikanlah aku wanita muslimah, lindungilah aku dari godaan syaitan.

Bukannya duk depan cermin, “cantik dan vogue nya aku, mesti orang jeles tengok ni. Wallah gituu. Cun dah. Mesti ramai orang puji. Wiwiwi”

Kepada yang beralasan:
“tidak bertudung tidak menjamin baik akhlaknya”
“tidak bertudung bukan bermaksud saya tidak solat puasa etc”
“badan saya hak saya, ikut sukalah saya nak tutup apa”

Jangan kita terlalu ego dengan alasan-alasan ini. Setiap suruhan Allah tu bukan pilihan suka hati kita nak ambil yang mana satu. Setiap daripadanya adalah wajib. Jangan bercakap tentang hak kita. Tiada satu pun di dunia ini adalah kepunyaan kita secara mutlak. Kalau Allah nak tarik, sekelip mata je. Jangan bercakap tentang hak, sedangkan hak Allah pun tidak kita tunaikan.Siapa lagi besar? Kita atau Allah? Hamba atau pencipta? Bila kita malu nak praktikkan Islam kerana manusia sekeliling, apakah tahap ketaatan kita kepada Allah pada waktu itu? Sedih. Sedih T.T



Sila fikir jika di Malaysia yang dengan mudahnya untuk mengamalkan Islam pun kita masih mensia-siakan peluang itu, tidak bersyukurkah kita? Isk. Ada ke yang membaling botol kaca kepada wanita bertudung? Tiada. Tapi jika ke luar negara yang ada manusia anti-Islam, terbang melayangkah tudung kita? Tidak, pastilah tidak! Banggalah kamu kerana ini secara tidak langsung kamu telah menunjukkan kepada masyarakat luar, inilah Islam. Kami wakil-wakil membawa nama Islam, dekatilah kami, kenalilah agama kami, Islam yg mulia. Waaahh, tak gitu? Untung. Rugilah mereka yang malu kepada manusia, sedangkan tidak pula malu kepada Allah penciptaNya.


Pesan buat sahabat-sahabat semua, lebih utama kepada diri ini sendiri. Carilah kekuatan daripada Allah. Mohonlah doa daripadaNya agar dipermudahkan perubahan itu. Penuhilah hak-hak Allah, pasti kehidupan kita lebih diberkatiNya. Tiada guna kerana ego kita, kita abaikan pencipta kita. 



4 comments:

ejulz said...

semoga kita semua sntiasa dipeliharaNya.. insyaallah..

singgah sini sambil klik iklan.. :)

Aisha Ali said...

assalamualaikum.. terima kasih atas nasihat2 di atas. kata2 yang menaikkan semangat saya untuk terus istiqomah memakai tudung labuh. in shaa Allah, doakan saya.. :)

marinahunny said...

Terima kasih. Sentiasa berusaha utk berubah ke arah yg lebh baik. Insyaallah..

MERAH said...

Ejulz: insyaAllah, amin. TQ!

Isha Nur Shisha: Waalaikumussalam, alhamdulillah, semoga kita sama2 istiqomah yaaa.

Marinahunny: sama-sama, sekadar berkongsi untuk peringatan bersama.semoga kita dalam lindunganNya.