Sep 17, 2011

Bersyukurlah bila boleh lagi beraya dengan aman





Assalamualaikum Wbt



Konon hari raya dengan effect snow sikitttt.
Dah 2 minggu lebih kita menyambut syawal dan dengan itu juga dah 3 minggu lebih aku mengabaikan blog aku ni. Anak tiri lah katakan. Huhu. Sebenarnya sebab busy dengan assignments, test dan juga open houseS tak sempatlah nak update blog. Serius tak ada masa terluang pun nak type ‘blogger’. Raya tahun ni rasa sungguh hectic dan akhirnya kini di anugerahkan cuti selama 2 minggu. Berbaloi kan? Dan rasanya memang layak mendapat cuti :D

Tahun ni, tahun kedua beraya jauh dari keluarga. Maknanya ada 2 tahun lagi untuk terus dalam keadaan begini (insyaAllah). Sedih dan syahdu bukan? Pagi raya tak ada beratur dalam barisan (aku tak payah beratur pun sebab anak sulung mesti dapat 1st nya. Haha. Tak pun dapat last sekali T.T) dan bercium-salam sambil tangan menghulur untuk menyambut sampul duit raya bersama mak ayah.  Untuk  beberapa tahun ni aku tak boleh nak join pasukan boria family. Tapi Alhamdulillah, baju raya yang boria tu still dapat cuma aku terpaksa peragakan di dalam lab untuk raya kali ni.

Tahun ni purple. pink purple. Aku perasan ramai kan pakai purple tahun ni? 

Raya tahun ni tak pergi solat raya. Ada lab pukul 9. Sebenarnya sempat je nak pergi tapi tempat tu jauh sikit dan macam-macam alasan akhirnya serumah tak pergi. Bila tengok gambar orang upload di FB mulalah nak rasa resah gelisah, mulalah rasa bestnya pergi ni, ruginya tak pergiiiii!!! Maklumlah mereka buat solat raya open air, tengah padang hijau, cantik warna warni baju masing-masing. Tape tahun depan insyaAllah. Tengah sedapkan hati ni.

Jadi pagi raya tu, aku bangun, mandi, siap-siap terus pergi lab dengan 4 lagi rakan senasib denganku. Memang feeling raya tu tak ada sangatlah, tapi baju raya dan kasut raya tetap aku sarungkan. Haha. Di lab kena dispense ubat aka type sticker untuk di tampal pada kotak ubat pesakit. Tapi ni practical je jadi ubat tu dia buat dalam bentuk portfolio. Tapi aku punya computer masa tu buat hal, bila tekan print dia tak print! Puas aku print benda yang sama 4 kali. Duk merayau-rayau la aku kat situ cari printer yang bertanggungjawab. Tak adaaa!!! Apa lagi aku kacau kawan-kawan aku laaa. Duk bertenggek kat situ. Buat muka kesian, nasib baik jadi. Ada lah mereka-mereka yang bagi can aku guna sekejap. Hehe. Thank you kawan. Sikit je mampu buat but better than tak ada langsung kan??


Duit raya ni, korang ada???

Pengalaman raya di Adelaide sangat berlainan berbanding di Malaysia (tak payah la buat kenyataan ni, semua tahu lah!). Kalau kat sini nak makan sate ke, rendang ke, lemang ke nasi beriyani atau apa-apa saja kena masak sendiri. Mana ada kedai, tempah-tempah ke atau mak nenek nak tolong masak untuk kau. Jadi kat sini memerlukan kekuatan rohani dan fizikal untuk memasak semua benda alah tu. Tak adalah nanti masak sambil dengar takbir air mata menitik-nitik masuk dalam rendang kan. Lemak-lemak masin gitu.

Pedas gila. Salahkan serbuk cili pedas sangat.

Lagi satu yang korang di Malaysia takkan rasa adalah beraya sambil pergi kelas. Lagi mantap kalau ada exam. Tapi tu semua dugaan dan ujian Allah bagi. Ni pun pengalaman yang bukan semua orang boleh rasa. Memanglah bila fikir, siapa nak belajar masa nak raya tapi bila  difikirkan balik, siapa je yang ada pengalaman ni? Tak semua dan yang ada tu hanya yang terpilih sahaja. Jadi bersyukurlah kerana di beri peluang oleh Allah untuk merasai kelainan ini. Nanti dah tua boleh cerita kat anak-anak. Bangga kejap boleh jawab exam dengan jayanya masa raya. Lagi satu, it was far more better than Palestinian Muslims. Jadi bersyukurlah kita!!

Kita yang dah semakin tua ni, sampul duit raya boleh sentuh pun hanya masa kita tolong isi duit untuk parents je. Pergi rumah orang pun akan dapat tapi sebenarnya tuan rumah mintak tolong passkan kepada adik-adik. Jadi beruntunglah kalau kita yang dah tua ni muka tak matang, ketinggian tak cukup beratur sama-sama, orang hulur je sampul. Tips lagi satu tak perlu lah pakai mekap tebal-tebal ye dak? Budak-budak tak pakai mekap. Sekali kau salah mekap, muka akan nampak tua bebenor. Hihi.

Tapi berdasarkan survey-survey yang aku buat di FB dan juga blog-blog manusia lain, pendapatan raya still ada tapi berkurangan je. But you know what, it was better than satu sen pun tak dapat tau! Sini dah confirm mana ada orang nak bagi. Buat muka tak malu minta dengan housemates pun mereka buat dek je. 

Cuma kat sini kaya dengan open houses dan kami yang tak reti nak menolak undangan makan free mesti pergi punya. Lagi-lagi dah ada kereta sekarang. Minggu pertama raya almost everyday ada open house dan dalam seminggu tu jugalah duk makan lontong/lodeh dan kuah kacang jeee. Mana-mana mesti ada. Dah masuk minggu kedua barulah ada yang tukar menu sikit contohnya nasi berlauk dan soto nyum nyum.

Allah tak bagi kami merasa duit raya tapi benda lain yang lagi istimewa Dia gantikan. Pengalaman baru dan kemanisan dalam berukhwah. Pagi raya lepas dari lab, keluar dari lab kitorang beraya bermaaf-maafan sesama kami, duk snap-snap picture tergedik-gedik jugalah kan. Biarlah bukan nak tunjuk kat kau pun. Huhu. Gelak sama-sama, susah senang bersama. Buat benda tak malu pun bersama-sama. Ceritanya begini….

Ada orang melayu kat sini buka kedai makan dan 1st day raya kedai dia buat open shop. Kami hanya pernah makan sekali dua je kat situ sebab makanan dia memang ala-ala masakan kami la juganya, masakan Malaysia. So bila news dia buat open shop spread kepada pengetahuan kami, apa lagi muka ni mestilah ada kan? Haha. So dengan muka tebalnya pergi ke kedai tu. Antara guests terawal pula tu. Nasib baik ada juga kawan-kawan yang lain kat situ, jadi tak adalah rasa janggal pun. Hehehe. Makan kenyang-kenyang terus balik rumah, siap sedia untuk ke open house seterusnya. Tapi yang bestnya pemilik kedai ni, beberapa hari lepas tu dia buat open house pula. Yang ni dapat jemputan jadi lagilah wajib pergi kan? Hee.  

Masa ni lah juga ada baru nak kenal orang, contohnya aku yang terjumpa senior sekolah di Kuantan masa pergi beraya di rumah junior. Terusnya dia ajak pergi rumah dia,dia buat open house juga. Lagi satu yang seronok di sini adalah inspect rumah orang. Dah bergi beraya, survey-survey tengok rumah maklumlah rumah omputih ni besar-besar belaka. Biasalah perempuan memang begini ke? Bila lagi kan? Kat Malaysia rumah baru banyak kicik-kicik comel sangat la.



Sekarang dengan rasminya dah start spring break. Seronoknya tak terhingga sebab seminggu sebelum ni pack dengan test, assessments, report dan presentation. Terlepas peluang nak pergi Malaysian Carnival lagi tahun ni, jadi duk stalk FB orang je tengok video dan gambar. Mungkin ada hikmahnya kot tak dapat pergi lagi tahun ni. Apa-apa pun sekarang dah cuti dan aku sangatlah happy. Hehe. Oh tahun ni tak buat open house sebab dah terlalu banyak yang buat. Haha aci tak alasan ni? Ok dah malas nak tulis panjang lebar lagi (cis ni tak cukup panjang ke?),aku berhenti sampai sini. Wassalam.

Cuba kira berapa banyak kali aku type 'open house' untuk entri ni. Punya excitedkan pergi makan free ^_^

Ps 1: rupa-rupanya sticker aku keluar dekat printer kat dlm lab lagi satu. Kesian kan? Haha.
Ps 2 : Selamat Hari Raya Aidilfitri & semoga kita sempat berjumpa lagi Ramadhan akan datang! 



14 comments:

mohdhazlan Dreadlock said...

alhamdullilah...syukur ...

mia kaftiya said...

beraya kat perantauan ke? Alololo siannye dia. hahaha.. *psycho*

p/s ; selamat hari raye. even terlmbt dari raye pertama

→![N.I.N.A]!←™ said...

kalau nina raya je , mesti kena makan pil chi-kit teck aun . haha :)

ciNdhaDahniEa said...

Alhamdulillah.... selamat hari raye! =)

teratai said...

aik mcm mana boleh keluar prink kat lain tu...

seronoknya dia open houses memanjang!tapi sure berat badan x naik nya wp mkn banyak!

rasa2 mcm kenal je baju raya ungu tu...he,he:)

duit raya dah masuk Tabung Haji,byk gok dapat,around 100++

Rara. said...

sadis gila tengok duit raya macam tu. hehe.

selamat hari raya tau, sempat lagi ucap ni rasanya :)

MERAH said...

MOHDHAZLAN : segala puji hanya kpada Allah :D

MERAH said...

MIA KAFTIYA : yup2 huu ni makin sedih org duk psyko2 ni.hehe :P

MERAH said...

NINA : Haha ni mesti kes byk sgt mkn, perut xtahu nak proses mana dlu :P

MERAH said...

CINDHADAHNIEA : selamat hari raya jugaa :)

MERAH said...

TERATAI : haa tu la pasal, mungkin dia salah connect kot tapi mmg jauh lah dia tersesat.erm rasanya xnek sgt kotttt.heee.cantikkann baju raya ungu tu.suke2.duit raya sapa nii?

MERAH said...

RARA : haha mmg sadis kan?nak buat beli eskrim pun tak lepas T.T

oh selamat hari raya jugakkkk :D

IZYAN KAHER said...

duit raya you uniqueeee gila okay . HAHAH ! :)

happy hari raya . raya sebulan is it?? tc there ^^,

teratai said...

duit raya sapa lagi, along punyalah tu..