Jan 7, 2011

Jom membaca dan memahami al-Quran!

Assalamualaikum wbt~

Eh..eh..manusia semua, anda semua berapa kali sehari pegang al-Quran? Kalau pegang je tapi tak baca, baik tak payah juga kan. Berapa kali baca dalam sehari? Dalam seminggu? Dalam sebulan? Baca blog boleh pula berpuluh jam, tapi baca al-Quran 10 minit pun dah payah rasanya. Ish. Ish. Ish. Nasib baik baca la juga 10 minit dari setahun baca sekali je.



Allah dah turunkan panduan yang lengkap selengkapnya untuk kita, tapi kenapa kita abaikan? Kita ni yang perasan sibuk, selalu guna alasan ni untuk meninggalkan perbuatan yang di suruh Allah ni. Berfacebook, berblogging, berjogging sempat pula kan. Bukannya ambil masa sejam nak habiskan sehelai mukasurat, sekejap je pun. Tak salah luangkan masa dengan al-Quran kerana ia dapat menenangkan hati manusia yang sememangnya gundah gulana sepanjang masa, mesti adanya terfikirkan masalah itu ini. Kan? Kan?

Tak reti baca Quran?
Dah apa susah, belajar lah. Malu sebab dah besar baru nak belajar?? Kau malu dengan manusia, dengan Allah tak malu pula. Allah itu yang menjadikan kita hidup di dunia ini, bukannya manusia lain. Dan bila baca tu ikutlah tajwidnya, jangan main langgar suka hati kau jek. Berdosa tahu? Bila ikut tajwid, baru la sedap bunyi dan makhrajnya.

al-Quran dari En. Google

Alang-alang kalau dah baca tu, selaklah tafsir/terjemahan sekali. Fahami apa maksud ayat yang kita baca. Ni tak terus tutup Quran cepat-cepat, dan terus on laptop. Ish ish ish. Masa tengah solat dan baca Quran pun tak kusyuk duk fikir laptop nak on je keje. Apa nak jadi weh! 

Kalau rasa banyak sangat pula nak baca Quran lagi, nak faham makna lagi, mula-mula kau baca lah ayat Quran tu satu mukasurat je, tak pun separuh jadilah. Boleh baca maksudnya lepas tu. Baca macam tu tiap-tiap hari, jadi jangan perasan diri terlalu sibuk. Nanti, tambah la lagi bilangan mukasuratnya ikut kemampuan kau. Ni la aku buat kat diri aku. Aku hanya manusia biasa. Hihi.

Banyak kelebihan kita boleh dapat kalau baca dan memahami al-Quran ni. Ni yang aku rasa sepanjang hidup aku bersama al-Quran:

1. Rasa tenang je masa baca walaupun bacaan tak sesedap mana. Tapi rasa nak improve la untuk baca lebih baik. Masa baca rasa tak diganggu pun pemikiran oleh syaitan laknatullah.

2. Kisah dalam al-Quran dapat dijadikan iktibar untuk aku yang memang manusia biasa banyak buat salah dan silap.

3. Dapat membersihkan hati yang dah sememangnya kotor dengan segala jenis sifat jahiliyah.

4. Mudah nak buat (baca je kot) tapi pahala dapat banyak, macam-macam jenis ganjaran pula tu!

Ni yang aku dapat masa melawat sini.

Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah : 

1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan (haa utama tu kena la buat!)

2. Pahala membaca satu huruf daripada Quran (menurut Ibn Majah digandakan 400x, Ibn Al-Jauzi digandakan 700x) (banyak tuh pahala, tak tergoda ke?)

3. Balasan satu huruf yg dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan pokok di syurga (baru satu huruf, kalau dah khatam banyak kali tak terkira lah ganjarannya)

4. Mengikut Ibnu Abbas r.a pembaca Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus (baca la weh! semua ni ganjaran yang tak ternilai nilainya)

5. Selamat dari api neraka - mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat (haa kalau nak main api sampai rentung tak payah baca la kan.kan)

6. Pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela (kalau tak baca, tak ada pembela la kita yang sememangna banyak buat salah ni)


7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga (taw tape! Sapa taknak tu memang _______ la)

8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat (baca surah 3 kul dan ayat Qursi, insyaAllah tak adalah benda nak kacau kau ke dan minta pada Allah supaya dipermudahkan bangun subuh J)

9. Pembaca akan dimasukkan dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin (taknak join sekali ke?)

10. Menjadi cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit (siapa la taknak ni)

11. Jika di baca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu. (rumah pun boleh berseri, jadi bacalah Quran kat rumah anda supaya dilindungi)

12. Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat. (kalau ramai-ramai dalam rumah tu, tadarus la. Tak selalu pun sekali sekala J)

13. Pembaca yang mahir dan baik bacaan, diutamakan menjadi imam solat (aku nak laki aku nanti ada keupayaan ni. hee. jadi imam kepadaku. chewah3~)

14. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran quran (ingat! Jadi manusia bukan mengejar dunia, tetapi bersedia di dunia untuk menghadapi akhirat)

15. Mempelajari satu ayat lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat (kan senang tu tapi ganjarannya memang berganda-ganda J)

Haaa manusia sekalian, ni saham untuk di alam lagi satu. Korang taknak ke pahala banyak-banyak? Ke dah banyak sangat pahala tu? Cukup ke nak menjamin syurga? Mari kita membaca al-Quran ramai-ramai J


11 comments:

HonEyBuNNy said...

terima ksh ats entry ne...suka..

Ⓜⓐⓗⓕⓤⓩⓐⓗ Ⓗⓤⓢⓝⓐ Ⓩⓤⓛⓚⓘⓕⓛⓘ said...

Salam. Terbaeklah!

TERJEMAHAN AL-QURAN

ferry said...

terima kasih merah atas nasihat ini..mama dah sihat?

little cart00n said...

thumbs up utk entry ni! :)

efa said...

yeah terbaik ni..suka..

Anonymous said...

kalu rase jeles ke ape ke yang tak best elok jugak baca Quran,tenang semule.ye dak

MERAH said...

HONEYBUNNY : same2.hehe :)
MAHFUZAH HUSNA : SALAM!thnks :)
FERRY : same2 amik dan amalkan :) alhamdulillah da shat :)
LITTLE CARTOON : THANKS :)
EFA : hehe suke jgakkk :)
ANONYMOUS : INSYAaLLAH :)

matahari said...

gud info.. sejuk hati bila baca entry ni.. thanx..

MERAH said...

alhamdulillah :)
bkn bce entry je,Quran pon kne bace.hehe :)

Alin said...

alhamdulillah..

jika dulu..mungkin bln posa jek bc quran tp stlh mdpt hidayah..tiap2 bc quran kecuali bendera jepun..

MERAH said...

alhamdulillah,kalau Allah da bg ptunjuk tu jgn sia-sia kan :)