Dec 16, 2011

Kawan aku dan kawan kau berbeza?





First group
, anggun bertutup litup tetapi ada yang memanggil mereka kolot. Come on lah, sekarang shawl selendang & tudung macam-macam style, cuma tak tutup dada je. Tapi kepala kan dah bertutup! Janganlah jadi kolot sangat. Bertudung labuh, ada yang bertudung bulat dan ada yang bertudung petak bidak 60. Siapa kata golongan ini tidak pandai mengikut arus fesyen? Pashmina juga dililit tapi labuh menutup dada. Tebal dan tidak jarang, bukannya payah pun nak mengikut syariat Islam kan?


[...]

Second group, hot & modern gitu. Islam. Hellooo ni Islam moden alaf 21 lah. Takkan nak jadi ISLAM kuno pakai baju tak ada style langsung! Baju muat-muat, angin tak lepas masuk. Rambut warna coklat perasan minah salleh. Bergurau senda bertepuk tampar dengan yang bukan muhrim. Ehhh ada juga yang bertudung, tapi tu bukan tudung Cuma sarung rambut kot sebab hanya tutup rambut, dada tetap tertayang. Kain pula terbelah sampai ke lutut. Hot dan modern, lupa pula. Datang pasangan yang baru, bersalaman sesama mereka. Begitu mudah tangan bertukar tangan menyentuh yang haram. Ya, haram.

_______________________________________________________________

Group ANGGUN merasakan Group HOT sangat moden, cantik dan ada kelassss gitu jika nak dibandingkan dengan mereka. Rendah diri menyelubungi diri yang sememangnya rendah.

“Diorang hot, vogue sapalah aku nak kawan dengan mereka. SEGAN. Diorang pun mesti tak teringinnya nak kawan dengan aku. Nampak pun macam sombong je,” detik seseorang dari kumpulan ANGGUN.

”Rasa tak setaraf je nak join group yang menjadi pujaan ramai macam tu. Nanti orang pandang aku semacam pula, tak sedar diri tak cun melecun nak berjalan seiring dengan gadis-gadis hot,” Detikan kedua tercetus.


Tidak kurang ada juga yang berfikiran begini.
“Teruk gila mereka ni dah tak boleh diselamatkan dah, ya Allah! Teruk gila perangai pakai legging, dengan laki pun selamba badak je. Ish ish ish. Aku ni berganda lagi baik tutup litup. Huh,” dia berlalu sambil memandang jelik kepada mereka. Opssss rasanya ayat last tu dah menunjukkan keRIAKan! Hati-hati ya dengan kata-kata walaupun di dalam hati.

[...]
_________________________________________________________________

Group HOT pula merasakan Group ANGGUN sangat baik jika nak banding dengan mereka. Mestilah tak layak nak kawan dengan mereka yang banyak cacat cela ni. Ada juga yang memandang dengan pandangan menyampah, ego & meluat. Yela dah rasa diri bagus sangat. ‘Akulah paling cantik! Paling hot di mata manusia’ (di mata Allah macam mana?)

“Kita ni baju tak cukup kain (eh sedar pulak), malulah I nak bergaul dengan mereka,” luah si gadis.

“Erm, kita dengan mereka berfikir tak samalah, diorang tu kolot! Payah nak bergaul lah,” bentak si dara.

“Diorang ni, tau ke pasal dunia selain dari pasal agama je? Susah lah nak bergaul nanti sikit-sikit kena berleter hukum itu hukum ini. LECEH,” hentam si 'cantik'.

Kewujudan dua kumpulan yang berbeza dari segala segi

Dua-dua takut, segan, malu dan apa-apa tah lagi untuk approach each other sebab terlalu banyak berfikir pelbagai kemungkinan sehingga meluaskan lagi jurang perbezaan itu. Kau dengan dunia kau dan aku dengan dunia aku. Habis tu siapa yang nak rapatkan kalau bukan kita sendiri? Takkan nak tunggu aku??!! Ehhhh. Hehe.

Kalau kita sentiasa dalam suasana yang sama, bersama orang yang sama, tak berkembanglah. Cubalah bergaul dengan semua orang, bukannya bermaksud kena jadi kawan baik tidur sekatil baling-baling bantal tetapi binalah hubungan, paling tak pun kat FB bertanya khabar. Kalau jumpa buat selamba mengukir senyuman dan bertegur sapa. Kadang-kadang kalau tunggu orang lain yang mula dulu pun payah, sebab dua-dua salah faham kononnya pihak yang sebelah sana sombong. Padahal dua-dua teragak-agak!

Jadilah asalkan kita dapat meluaskan jaringan persahabatan. Kawan dengan semua orang, cuba untuk tidak meletakkan had dan batas, kecuali dengan lelaki. Ini dilarang sama sekali untuk di apply hubungan sesama lelaki dan wanita, kerana hubungan jenis ini memerlukan bukan saja had dan batas, tetapi dinding yang tinggi lagi kukuh!

Nanti terkena tempias  'bau busuk'

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Ya, hadis ini menyuruh kita mencari sahabat seperti ’penjual minyak wangi’. Tidak dinafikan kepentingannya untuk kita berada di samping sahabat yang mengingatkan kita kepada Allah. Kita ni bukannya kuat ada shield tak lut dek ancaman dunia, so kita sentiasa perlukan  bimbingan dan peringatan. 

Namun bukanlah bermakna kita terus tinggalkan mereka terkapai-kapai terus leka dalam arus dunia. Siapa lagi yang nak tarik mereka yang jauh hanyut ke tengah lautan dunia jika bukan kita yang telah selamat terdampar di pinggir dunia menghampiri akhirat abadi (mudah-mudahan, insyaAllah!).

Jika seseorang itu sudah berubah kerana tidak mahu terus hanyut, jangan terus tinggalkan kawan yang tak berubah lagi tu. Teruskan perhubungan tetapi pada masa yang sama cari juga kawan yang boleh membimbing kita yang masih lemah. 

Lebihkan sahabat seperti penjual minyak wangi namun jangan diabaikan tukang besi. Biar busuk sedikit dengan harapan yang busuk itu bertukar menjadi wangi!

[...]

Menukar 'bau busuk’ kepada 'bau wangi'

Lumrah manusia jika betul sayangkan seseorang, inginkan yang terbaik buat mereka. Kadang-kadang tengok orang tak kenal pun, tapi sebagai saudara seagama berharap kita semua dalam keadaan yang diredhaiNya. Kalau boleh nak ajak semua orang ke arah kebaikan. Merasai keindahan ISLAM bersama-sama. The more the merrier!

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Ajak, dakwah & berilah peringatan walaupun bukan secara direct. Dan bersabarlah kerana  kita hanya pemberi peringatan dan nasihat tetapi semuanya kembali kepada Allah jua sebagai pemberi Hidayah.

Memang susah nak ajak orang ke arah kebaikan, takkan nak pergi sound direct, "Hoi tu dosa ni dosa, HARAAAAAAM!”, "Weh, kau ni nak masuk NERAKA ke???”, ada juga nanti buat fanpage 'Kami benci  ********’ kat facebook, tak ke haru. 

So, cara paling mudah dan mujarab untuk menarik kawan-kawan, adik-beradik malah sesiapa pun adalah dengan menunjukkan contoh yang baik iaitu menjadi individu muslim yang sejati, berdakwah secara mudah dan moden menggunakan teknologi yakni FB, twitter etc etc dan berdoalah. DOA! Pinta pada Allah. Allah mendengar suara hambaNya kerana Dia mencintai orang yang meminta kepadaNya. Lagi-lagi kita berdoa untuk orang lain. 

Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

Akhir kata, ingatlah, kita dulu pernah melakukan kesilapan. Takkan ada manusia yang sempurna tanpa kesilapan dalam hidupnya. Namun dengan belas dan kasih Allah yang mampu membawa kita keluar dari belenggu dosa dan maksiat. Wallahualam.






8 comments:

alyaclumsy said...

nice entry, apa yg dikatakan tu ada betulnya :D

chicha said...

good sharing...
aku pon kkdg mcm tu jugak ms teenager dulu..hekhek
pengisian nya baik...xmenyentuh mana2 pihak...

LydSunshine said...

Kdg2 cuba juga utk mengajak kepada kebaikan, tp org lain kondem dengan nada, "ckp pasal agama, maca diri sendiri tak pernah buat dosa". Rasa seidh dan m alu pun ada, sebab memang la saya manusia yg tak lari drpd dosa, tapi... ermm... susah lah..

nasha sanza said...

entry paling best saya baca..gambar tu awk punya ke?sorry saya main amik je dari google...boleh jadi panduan nie..

merahitujambu said...

nice entry..=)

kiera'sakura said...

andai kata kita x mampu nk membantu dgn lidah, tangan.. bantulah dengan berdoa.. selemah2 daya usaha.. :)

MERAH said...

ALYACLUMSY : trima kasih, sudi baca.sama2lah kita manfaatkan :)

CHICHA : heee tau tape.pernah berada di keadaan tu, tu yg yg blh tulis macam ni :)

LYDSUNSHINE : ye memang sbb kita ni manusia, bukannya malaikat.silap semua pernah buat, yg membezakan kita adalah nak kembali ke pangkal jalan ataupun tidak :)

NASHA SANZA : eh bukan sy punya pun,hehe.trima kasih eh sudi bace :)

MERAHITUJAMBU : thank youuu ^___^

KIERASAKURA : yup, walaupn selemah2 daya usaha tapi senjata yg paling kuat dalam meminta kepadaNya.

♥CIK SHA♥ said...

betul..islam pun menganjurkan umatnya sentiasa menjalinkan hubungan persahabatan dengan sesiapa saje tanpa mengira siapa dia..yang penting, kita sama-sama berusaha ke arah kebaikan dan tunjukkan teladan yg baik kepada mereka yg masih jauh untuk ke arah itu..