Dec 8, 2011

Salah ke muslimah bershawl?



Assalamualaikum wbt.


Baca soalan ni, apa yang bermain di benak fikiran anda wahai pembaca (eh ada ke baca blog aku ni?). Ok lah aku rasa terpanggil untuk menjawab soalan ini selepas perasan ada orang cari pasal ni dan akhirnya tersesat ke blog ni. Mesti tak jumpa jawapannya kan. Hee.



Pada pendapat aku, tak salah pun perempuan nak pakai shawl ke apa ke asalkan bila kita tengok depan cermin, apa yang kita pakai tu menutup aurat dan mengikut syariat Islam secara sempurna ataupun tidak. Apa yang kita pakai tu buat kita rasa yakin yang kita dah tutup aurat dengan elok. Boleh ke solat dalam keadaan tu? Kalau yakin itu dah sempurna, insyaAllah kita dah cuba yang terbaik untuk menjadi seorang muslimah yang menjaga batasan aurat sekaligus memelihara maruah sebagai seorang wanita.

Tapi jangan pula ada yang dah terang-terang baju ketat, seluar sendat, tudung singkat tergantung lagi dah yakin tu dah tutup aurat dengan sempurna. Ni kes over-confident ni!

Senang cerita, apa yang kita guna untuk menutup kepala wajiblah

1. Tidak jarang.

2. Labuh menutup dada.

3. Sanggul kepala yang tidak tinggi.

4. Bau tidak hapak, busuk & masam (eh?)

5. Tidak melampau-lampau tudung / aksesori sampai terbeliak mata menengoknya.

Nak bershawl, cuba cari pashmina yang terlebih lebar dan panjangnya sebab bila lilit nanti boleh menutup dada dan juga bahagian belakang. Panas? Memanglah panas dah siapa suruh kau gatal sangat nak melilit. Huhu.

Apa-apa pun yang penting niat, kalau pakai sebab nak cantik orang puji, sebab nak tarik perhatian lebih baik pakai tudung saji je la ye. Niat biar betul baru yang lain semua jadi betul. Biasalah perempuan semuanya nak nampak cantik, aku faham. Tapi sebelum penyakit nak nampak cantik melarat, kawallah dengan cebisan iman yang tersisa dalam diri kita.

Wallahualam.





7 comments:

LydSunshine said...

Dik, cantik tak tudung saji akak ni? Yg ni fesyen pat segi punya. Hehehe.

LydSunshine said...

Dik, cantik tak tudung saji akak ni? Yg ni fesyen pat segi punya. Hehehe.

najihahfara said...

x salah..tapi asalkan mengikut syarak

Che Cha said...

hehe nak gak tgk awak pakai tudung saji camnerrrr :p


sebab kebanyakan yg pakai shawl tu kecil kecilan ajer shawlnyerrrr dan nipis! tula, kalau nk bershawl, biarlah yg bebetul besar leh cover body sume. tapi malaysia kan panas, jgnla pakai pashminaaaa gituu

MERAH said...

LYDSUNSHINE : kak, comelll noo tudung asji akak ye.hihi.lepas ke pakai kat pale tu?haa

CIK NAJIHAH : Tau tapeee :D

MZ AISYA : Haha, nt jadi trend kang susah plak :P

itulah nye, fesyen dicipta tak mengikut syariat Islam.susah2.

haka said...

syukran :)

Miszcahye said...

pakai shawl biar ikut syariat
dan yang penting jgn berlebihan
bertabarruj

kita kan nak cari redha Allah :)