Jan 19, 2012

Jika kejujuran yang kau cari...





Ketika keseorangan
Melihat dunia indah berpasangan
Gembira tak terkata ketika berduaan
Terdetik di hati inginkan teman

Teman untuk berkongsi suka dan duka
Teman untuk menyemai kasih dan cinta
Teman untuk dibawa ke akhirat sana
Dengan harapan setia selamanya

Gembira di riak muka terserlah indah
Tersenyum meleret memanjang tak sudah
Kau leka dalam cinta penuh madah
Tanpa kau sedar kau semakin parah

Makin kau leka dalam cinta ciptaan manusia
Makin kau jauh dari peringatan Tuhan yang Esa
Tetapi bagai disihir rasa bahagia sementara
Kau tidak ingin tersedar dan kembali kepadaNya

Namun tiba-tiba..
Kau menangis membasahi pipi
Kerana bagimu semua lelaki tak jujur!

Kau menjerit melaung amarah
Kerana bagimu semua lelaki tak jujur!

Kau bertukar ragam dan cara
Kerana bagimu semua lelaki tak jujur!

Kau kecewa, geram dan benci
Kau rasa teraniaya dengan hubungan ini
Kerna kau sangka ia cinta dari Ilahi
Namun kau lupa ia permainan duniawi

Kau lupa kepada siapa yang harus kau cari
Ketika kau keseorangan membawa diri
Kepada si Dia yang sentiasa menanti
Untuk kita sematkan kemas di dalam hati

Jika kejujuran yang kau cari
Jujurlah dahulu kepada diri sendiri
Jangan terkena tipu helah duniawi
Dan laksanakan tanggungjawab sesungguh hati

Jika kejujuran yang kau cari
Jujurlah dahulu mencintai Allah sepenuh hati
Sehingga detik terakhir menemui mati
Kau masih tersenyum bahagia menanti cinta yang hakiki 







6 comments:

Atiqah Wadiah said...

cinta yg hakiki adlh cinta pd yg Maha Esa :)

teratai said...

wah bermadah sakan cik merah,
apa yg penting hati jgn marah,
jika kejujuran lelaki x pernah menyerlah,
redha dan pasrah kepada Allah!

Salina said...

carilah calon suami yang betul2 blh bt suami & penuh bertanggungjawab..

http://www.kasihsalina.com/

Cik tikah said...

susah nak cari org jujur :(

yunZatie said...

maksud yg mendalam :)

MERAH said...

ATIQAH WADIAH : betul tu, tapi tulah yg ramai orang lupa ;(

TERATAI : wah berpantun lak dia.hehee.yup2 yakinlah pada Allah!

SALINA : itu sudah tentu, & istikharah jgn lupa, untuk minta petunjuk dariNya :D

CIK TIKAH : tak susah, kalau kita jujur dahulu mencintai Allah.Slpas itu pintalah pada Allah untuk mendapatkan jodoh yg terbaik untuk kita.insyaAllah :)

YUNZATIE : :D