Jan 17, 2012

Boyfriend





Lokasi : Pusat beli belah

Ati : Eh teacher, lama tak jumpa! Lupa pula, Assalamualaikum. Hehe.
TC Ita : Waalaikumussalam. Eh kamu Ati, teacher ingatkan siapalah. Dah besar ye kamu sekarang.
Ati : Ha yela, sayalah. Hehe yelah dah 4 tahun tak jumpa. Umur saya pun dah nak masuk 21 tahun.
TC Ita : Belajar ke dah kerja dah?
Ati : Saya belajar lagi. Baru nak masuk tahun dua, architecture.
TC Ita : Haa sekarang cuti ke?
Ati : Aah cuti midsem sebulan.
TC Ita : Habis tu buat apa?
Ati : Tak buat apa pun, macam ni lah, keluar jalan-jalan. Keluar dengan member-member. Kawan-kawan.
TC Ita : Oh keluar dengan boyfriend la tu kan. 
Ati : Eh tak ada boyfriendlah teacher.
TC Ita : Haa dah tu pakwe eh? Hehehe.
Ati : Tadelahhh teacherrrrr!
TC Ita : Eleh kamu, takkan tade sorang kot. Ni cantik mesti adanya.
Ati : Haaa?! Erm..hehe..(gelak je mampu sambil mengawal hati)





Lokasi : Ruang tamu rumah Teacher Ita

TC Ita : Bang pas saya surat khabar tu, nak baca.
Mr Azman : Haa nah paper nya.
TC Ita : Ya Allah bang, apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni. Dahlah berzina, dapat anak baru lahir dibakarnya hidup-hidup.
Mr Azman : Erm, tu budaknya umur berapa? 
TC Ita : Budak ni baru 20 tahun. 2-2 tengah belajar lagi. Dalam paper ni cakap, anak tu hasil hubungan dengan kekasihnya yang berumur 21 tahun. Ya Allah, muda-muda lagi diorang ni.

Mr Azman : Itulah budak-budak sekarang kalau bercinta dah advance. Sampai peringkat dapat anak terus. Ni agaknya tak ada didikan agama, dan mesti belajar pun entah ke mana.
TC Ita : Tak juga bang, kes ni, dua-dua pelajar di sebuah universiti tempatan. Agamanya tak tahulah saya.

Mr Azman : Yelah kan, banyak kes sekarang ni. Pernah juga saya dengar kes kena tangkap basah tetapi tengok-tengok yang kena cekup tu bakal bergelar ustaz ustazah. Syaitan tak mengenal status sekarang ni. Lagi kuat agamanya, lagi kuat godaan. Yang lemah agamanya, lagi mudah dikerjakan.
TC Ita : Takut pula saya bila fikir. Anak-anak kita tu lebih baik tak payah berboyfriend bergirlfriend sana sini (sambil teringat apa yang dikatakannya kepada Ati)

Mr Azman : Haa itu pun merisaukan saya. Tapelah, biar mereka berkawan, asalkan kita sentiasa tahu siapa kawan mereka dan selagi tidak terbabas rentak pergaulannya, saya takkan masuk campur lagi. Doalah supaya mereka membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
TC Ita : Yelah bang. Amin ya Rabbalalamin.






8 comments:

Gadis Pantai Timur said...

aku pun xde boyfreind..tapi x kisah..

Lady Emilya said...

sy pon tkde boypren,
bukan tkde tp tk memerlukan lgsg di zaman sekolah ni huhu ^^

agung said...

like this,,n follow back

agung said...

like this n follow back.......

cik bulan said...

xde bopren ni xsalah pon kan..:)

biarlah org xcaye pon..kite simpan utk bakal suami lbih baik..teheeeeeeeeee~

aiseh..ni aku nk start bermadah ni..ekekeke...

btw..dalam my house..boleh kate semua xberporen ..ajaib kan..huihuihui..:')

shinju said...

mmg susah org nk percya kalau awal 20-an ni x da BF...
mummy shinju dulu pn tak percya ank die xda BF..hihi

MERAH said...

GADIS PANTAI TIMUR : bukan keperluan & bukan wajib, mmg xperlu kisah :D

LADY EMILYN : yeee, boipren ni xperlu, tp bukan di zaman sekolah je, sampai bila2 sbb dalam ISLAM tak ada istilah kapel2 boipren2 niii :)

AGUNG : thank you, smoga bermanfaat!

CIK BULAN : sangat tak salah, sebab ada boipren tu yg salah!heheee.tauu tapee, stuju ngn cik bulan.ptt berbangga tau sebab skang org duk berbangga wat dosaa.tak faham..tak fahamm.hehe :)

SHINJU : hehee tulah bila benda ni jadi kebiasaan dalam masyarakat.

Anonymous said...

Mr Z
wahai gadis sekalian..
nanti sampai la masanya nak ade bf..
jangan mengeluh....
tu tandanya tidak redha dgn ketentuanNya...