Dec 30, 2010

Stylish Blogger Award

Assalamualaikum wbt & haluuu..


Terkejut aku pagi semalam masa tengok blog sebab kat chatbox kak zue beri tahu ada award di berikan kepadaku. Stylish Blogger Award gitu. Apa yang stylenya blog aku tak tahu la. Hihi. Lagi berbunga hati sebab ni first time dapat award. Haha. Dah dapat award ni macam artis plak kena interview. Mari kita tengok apa benda soalannya.

1) Thanks to the sender of the award and linked this entry to the sender.
Thanks to kak Zue kerana mengewardkan award ini kepadaku walaupun blogku ini tidaklah stylist mane. Hoho. Terima kasih daun keladi, lain kali paham-paham sendiri. Hik3~

2. Share 8 facts about yourself.
Apa?? Nak lapan?? Satu pun susah aku nak fikir. Err. Aku hanya manusia biasa. Wuu. Aku try laa.

Aku suka merah dan putih. Haha. Aku rasa semua tahu tu. Segala yang dalam range warna merah sangat aku suka.

Aku tak suka makan ubat tapi kenyataannya aku sedang belajar untuk berurusan dengan ubat sekarang.

Kononnya dulu aku nak rahsiakan kewujudan blog ini dari family aku, namun akhirnya terkantoi. Wuu.

Aku sangat suka Jang Geun Suk dalam You’re Beautiful. Haha. Masa aku tengah down ke apa, pasang earphone dan on cerita ni lam laptop. Hik. Teruk betul -.-

Aku suka kumpul kasut bermacam jenis. Tapi pakainya yang leper juga jadi pilihan. Huhu.

Aku suka dressing macam Korean. Ropol sana sini dan skirt sana sini. So cute! Haha.

Aku tak suka air yang campur-campur. Teh o ais, teh o ais sahaja. Limau ais, limau ais sahaja. Tak suka teh o ais limau. Hoho. Begitu juga sirap limau. Nonono! 




3. Give this award to the other bloggers who deserve it.

Baiklah ni aku rasa blog mereka pon style gitu iaitu : eirra, merah, teratai, adam & missyaniabdullah.
Sekian, terima kasih. hihi :)

3 comments:

Mahfuzah Husna Zulkifli said...

Adakah daku sedang bermimpi? Tolong tampar ckit? Keh3... Hoho.. stylishous ke sy punya blog?
TQ MERAH darling. LIKE ^^

Anonymous said...

MERAH!!
trimas...tenkiu ye..
tapi..stylish ke eirra punya blog??
??!!#@$$??
rasenyer x pon..hehe~
ade award untuk kamoo..
jom ambil darl!:DD
tengxx sekali agyh~

Puan Besar Shag Yahaya said...

Fuyoh! Tahniah ;)

Oh ya. Thanks a zillion sebab kasi pendapat semalam pasal UiTM dgn UniKL tu. Shag dah ada keputusan. Harap yang betul!

Aku dah berkeputusan