Jul 13, 2011

Dulu kau sikit pun tak hiraukan aku, sekarang bukan main lagi!




Kalau dulu, kau buat kerja senang je kan. Cakap 2-3 patah aku dah boleh terima. Aku ikut. Kau pun hantar pekerja taraf buruh kasar je kat aku, sebab senang sangat nak tackle aku. Bila aku mula berubah, kau pun mula gelabah. Sekarang bukan main kau ambil berat pasal aku, sikit-sikit nak bertempek dekat aku. Siap bos pun turun padang.

Aku cuba untuk menyempurnakan solatku. Bukan setakat melaksanakannya menggunakan anggota. Aku inginkan ia ke dalam jiwa. Namun kini aku merasakan semua generasi kau nak membisik ke telinga aku, nak kacau aku solat. Aku nak kusyuk sehingga ke salam yang terakhir! “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. Ampunkan aku ya Allah.

Seawal waktu solat, azan berkumandang. Aku leka study untuk exam. “Kau study bukannya buat perkara melalaikan. Solat sekejap lagi. Siapkan study kau dulu”. Itu kata-kata kau. Kadang-kadang aku termakan pujukan kau. Padahal aku tahu itu silap. Yang utama tetap utama. Adakah sepatutnya aku tenang sedangkan tanggungjawab aku belum terlaksana? Ampunkan aku ya Allah.

Bila aku terniat nak solat solat sunat, kau mula bisikkan “Kan solat wajib dah buat, dah cukup la tu” “Nak buat pun buat 2 rakaat je, tak payah banyak-banyak”. Semakin lama semakin kurang solat sunatku kerana bisikkan kau. Namun tidak selamanya Allah membiarkan hambaNya di bawa arus kelekaan. Ampunkan aku ya Allah.

Bila aku berniat nak puasa sunat, kau buat aku terfikir yang hari ni aku nak study. Perut tak boleh lapar nanti tak boleh nak study. Hari ni banyak kelas nanti penat. “Ah! Kalau bulan Ramadhan macam aku tak perlu study, tak perlu pergi kelas”. Ampunkan aku ya Allah.

Aku ingin menjaga penampilanku. Kalau dulu setakat tutup apa yang patut sudah memadai, kini aku rasa perlu lebih lagi. Aku juga perempuan, mencintai kecantikan dan fesyen mengikut peredaran zaman. Malaysia panas. Nak pakai skin socks / inner pon kadang-kadang fikir 5-6 kali. Fikir-fikir NERAKA LAGI PANAS.  Jika pakai tudung singkat sikit kau mula memujuk “tapelah tutup lagi tu takkan nak tukar dah lewat” “ Orang lain ramai lagi yang singkat”. Tapi bila kena tiup angin selak2 la oi. Itulah silapnya. Membandingkan diri dengan yang kurang dari kita. Sepatutnya perbandingan harus dilakukan dengan mereka yang lebih baik berbanding diri ini. Ampunkan aku ya Allah.

Dari kecil diajar mengaji. Jika dulu mengaji macam Chipsmore, hari ni mengaji 2 hari tak. Sebab tak mengerti. Sekarang Alhamdulillah setiap hari. Namun kadang-kadang ada halangan yang menyebabkan aku  tidak sempat melakukannya pada waktu kebiasaan. Pelbagai alasan pula timbul “Kau penat & mengantuk, berehatlah. Kau kan dah selalu mengaji”. Padahal kalau taknak sangat pun baca sehelai muka surat pun jadi. Bukannya suruh habiskan satu al-Quran. Ampunkan aku ya Allah.

Dulu aku hanya tahu buku kecil itu mengandungi bacaan al-Mathurat. Kini baru aku diberi pendedahan apakah ia dan apakah gunanya. Mula-mula mendekatkan diri dengannya, aku bagaikan berperang dengan diri sendiri. “Kenapa panjang sangat,tak boleh pendekkan ke?” “Malaslah nak kena baca panjang-panjang” “Kenapa kena baca 3 kali?”. Namun ada yang memberitahuku Mathurat paling pendek adalah Mathurat Sughra yakni bacaannya tetap 3 kali. Alhamdulillah mulutku kini fasih menyebutnya. Aku semakin merasa keindahannya. Syukur ya Allah.

Niat nak bangun Qiam dah ada. Study dan online sampai tengah malam. Berfacebook sampai lupa diri. Sebelum tidur terfikir pula nak bangun ke tidak. Kau sengaja membisikkan “dah tidur lewat tak payah lah bangun awal-awal. Esok lusa tahun depan boleh”. Aku tertidur sehinggakan subuh aku juga terbabas. Ampunkan aku ya Allah.

Bila tengok couple dapat hadiah romantik-romantik gitu, rasa best je mereka. Kau pun mula membisikkan kepada aku “Itulah best ada pakwe ni. Sekarang kan ada Couple Islamik. Tak adalah salah di sisi Islam. Pandai jaga diri tapelah”. Secara halus kau membuatkan yang haram menjadi halal mengikut cara kau! Tidak mengapa, Allah lebih romantik pada aku, dia sentiasa ada walaupun aku kadang-kadang tersasar mengikut kau. Dia kembali menyedarkan aku. Ampunkan aku ya Allah.

Bila aku nak sedekah je kau kata macam ni kat aku “haa bagi banyak sikit, boleh tunjuk kat makcik tudung kelip-kelip sebelah sana”. Bila duit kertas RM50 je ada duit syiling pula bertimbun kau bisikkkan kepada aku “malulah bagi duit syiling nanti orang nampak macam kau pula kedekut. Bagi je duit kertas tu”. Aku pun terfikit-fikir, cis aku diperbodohkan kau. Keikhlasan hilang ke mana? Astagfirullahalazim. Ampunkan aku ya Allah.

Aku ada mata. Kadang-kadang terlihat sesuatu yang kurang manis di mata. Perempuan yang terdedah auratnya. Pasangan yang tidak segan memadu kasih dikhalayak ramai. Mulut kekadang tersasul mengecam orang. Mengutuk. Mengeji. Mengumpat. Kau berbisik-bisik padaku “teruknya orang tu..” “Teruknya dia itu..” “Teruknya dia ini..”. Lupakah aku bahawa kau juga yang menyebabkan mereka jadi begitu. Lupakah aku juga pernah buat silap. Jangan mudah merasakan diri paling baik. Teguran itu perlu namun kutukan jangan. Aku juga insan hina dina. Ampunkan aku ya Allah.

Hiburan semakin mudah meresap ke dalam jiwa muda mudi. Lagu, drama & reality shows mendesak aku merasa keindahan yang sementara. Kau membisikkan “Rancangan ni bagus boleh release tensen” “lagu ni best kalau kau tak tahu lagu ni malu lah”. Bisikan kau membuatkan aku terleka. Astagfirullahalazim! Jangan biarkan hiburan dunia melupakan aku dari mengingati Engkau ya Allah. Ampunkan aku ya Allah.

Terdengar lagu-lagu cinta cintun kepada manusia, mat salleh menjerit-jerit & lady gaga segala tiba-tiba mulut pun terikut sekali. Padahal lagu tu pasal ketuhanan dia, pasal iluminati dia. Aku pula selak menyanyi. Selak terikut. Kau katakan padaku lagu tu seronok. Kau bisik-bisikkan sedapnya suara aku. Sedangkan aku semakin lama semakin lupa untuk memujiMu. Ampunkan aku ya Allah.

Bila aku kekadang menganiayai diri aku sendiri, melampaui batas yang Penciptaku tetapkan, kau memujuk diri ku supaya jangan bersedih. Jangan hiraukan perasaan rasa bersalahku. Aku dikaburi kau! Sedangkan yang selayaknya aku lakukan adalah kembali kepadaNya. Merintih meminta diampunkan segala dosa. Bukannya termakan pujuk rayu kau. Maafkan aku ya Allah.




Kau tahu seorang Islam itu ada tanggungjawab yang perlu dia laksanakan. Kau membiarkan dia melaksanakannya. Namun pada masa yang sama kau membiarkan perkara jahiliyah juga meresap ke dalam jiwa kami. Kau membuatkan keadaan ini seolah-olah sebati dan tiada salahnya.

Tapi ingatlah, Islam dan jahiliyah tiada titik pertembungan antara kedua-duanya.
Jika Islam, maka masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan.
Jika Islam, maka cara hidup haruslah berlandaskan syariat ditetapkan oleh Allah. Segala-galanya.

Sesungguhnya walaupun kau telah berjanji untuk menyesatkan manusia sehingga ke akhir hayat, aku juga berjanji untuk terus memerangimu sedaya upayaku. Aku tahu ia sukar. Bantulah aku ya Allah. Aku perlukan Mu ya Rabb untuk membimbingku ke akhir hayatku.



14 comments:

aleen aiden said...

dah bace,xtau nak komen ape.kelu kot.hu3

mekaseh. ^_^

pikah yang baik said...

ur post slalu mnyedarkan saya..saya dah menjadikan setan itu GEMOK sebab selalu jamu dia makan

asnizaziz said...

peringatan yg sgt berguna..mari sama2 perbaiki diri:)

syafiqakarim said...

antara sedar atau tidak.
manusia mudah lalai dan termakan
hasutan setan. tak banyak, sikit
pasti ada. sebab tu iman kena kuat,

nice post ;)

syafiqakarim said...
This comment has been removed by the author.
Liana said...

salam, gambar tu comel dan sesuai. and ana enjoyed this post! may Allah reward enti for enti's deeds. =)

Meck said...

good!

MERAH said...

ALEEN AIDEN : hehe ni sekadar peringatan bersama. welcome :)

PIKAH YG BAIK : alhamdulillah, ada juga guna entri ni. Moga2 dpt 'kurus'kan blk la setan tu ye.hehe :)

ASNIZAZIZ : Jom berusaha!

SYAFIQAKARIM : ye btol tu, iman manusia ni turun naik, memang xkan lari dari kena goda dgn syaitan laknatullah.

MERAH said...

LIANA : salam :) Oh terima kasih. semoga dpt memberi manfaat juga kpd enti :D

MECK : thanks :)

Muaz Faris said...

sabar separuh dari iman..!

MERAH said...

oh memang sabar separuh dari iman. Tapi ape ketannye yeee.hehehe.saabr dlm mhadapi godaan syaitan mungkin.

muhamadsufian89 said...

sangat terasa kat diri ni bila baca entri ni. selalu sangat lalai. harap dapat dikuatkan iman ni semoga dapat tahan godaan syaitan ni. :)

.diannorhayati. said...

terbaek :) zuppp terkedu sekejap.

MERAH said...

MUHAMMAD SUFIAN : tulah lalai mst ada.kita jela kena sedar n berusha utk tidak trus brada dlm kelekaan.insyaAllah.

DIANNORHAYATI : TQ & hrap dpt di manfaat kan :D