Oct 17, 2011

Setia kepada SYUKUR itu payah




Perut lapar dah mula buat konsert. Aku berjalan laju menuju ke dapur untuk makan. Nasi diceduk dan kulihat ayat masak kicap dan cili padi. 5-6 kali telan air liur, ambil nasi dan lauk terus makan. 




Tengah makan tiba-tiba…




“alaa kepak ayam je hari ni. Tak puas la makan”

“tu lah biasa ayam peha yang besar tu puas sikit. Lauk pula sedap ni”

“kalau kat Malaysia ni, 2-3 ketul ayam pun boleh makan”

Tiba-tiba lagi..










“kalau kau kena campak kat Palestin ke Afrika ke, agak-agaknya kulit kepak ayam tu, kau rasa kau dapat tak?”







kepak ke tak kepak ke still rezeki. BERSYUKURLAH.
_____________________________________________________

Biasa dah dengar BERSYUKUR dengan apa yang ada. Nasihat kat orang pun dah pandai. Kat mulut melekat dah perkataan syukur. Tapi nak mengekalkan rasa bersyukur dalam amalan seharian kita tu yang sukar. Kesetiaan kepada ucapan kita sendiri itu yang payah. Ya, aku tahu kita memang tak sengaja. Tak terniat untuk menyalahkan takdir. Mulut dan hati ini terlalu pantas meluahkan rasa.

Ingatlah kita kepada mereka yang kurang bernasib baik. Bandingkan diri mereka dengan kita, baru kau tahu apa ertinya bersyukur dengan apa yang ada.

Bukannya bandingkan diri dengan mereka yang lebih baik lepas tu mengadu “kenapalah dia ada tu tapi aku tak ada. Ya Allah Kau tidak adil, apa salah aku…!”. Jangan. Jangan sekali-kali macam ni. Kufur nikmat.

"Kalau macam ni kan bagus.."
"Kalau buat macam tu kan mesti dapat lagi banyak.."
"Kalau itu..."
"Kalau ini..."


Ucapan KALAU ini membuka amalan syaitan! Hati-hati wahai teman. Jagalah tutur katamu.

Melihat orang yang lebih dari kita, kita rasa kenapa kita tidak seperti itu. Merasakan dunia ini tidak adil. Tuhan itu tidak saksama. Walaupun hanya detikan hati kecil. Walaupun bukan di mulut. Kita membandingkan semua yang ada di sekeliling kita sehingga terlupa apa nikmat yang kita ada. Walaupun kecil nikmat itu, ia tetap suatu anugerah untuk kita dari pencipta kita yang satu. Jangan kita lupa hakikat itu. Hargailah ia sebelum terlambat.

Ucap syukur tu jangan di mulut saja, biar melekat di hati dan dilaksanakan di dalam amalan kita.

Peringatan buat aku dan kau.

Ia mungkin payah, tetapi bukan mustahil.

Sama-sama muhasabah diri.








7 comments:

teratai said...

biasalah tu sifat manusia ,memang x pernah puas dgn apa yg ada....sbb itu kena tengok ke bawah juga,jgn asyik pandang atas je!

tp kesianlah pulak....asyik makan kepak ayam je,tak pe,balik nanti makan puas2 ayam ye.....:)

permata ku said...

mereka xkan pernah puas selagi mereka xrasa sendri apa sebenarnya nilai sentiasa bersyukur

Cik Rose Cute said...

betul tue...kalau kat sana mesti tak dapat huhuhu...Thanks singgah my Blog ya....

Cik Rose Cute said...

Follow sini jugak...

http://hairuliza-anakku.blogspot.com/

Solihin Zubir said...

tak salah kalau kita nk bandingkan diri kita dgn org yg lebih hebat...
tp jadikan sbgai motivasi utk turut hebat mcm dia.. bkn mempertikai knapa dia lebih hebat.. ye dop.. heheh..

sirap merah said...

hurm, btol2..
kne syukur pd yg ade..
tp, tak lupa berusaha untuk lebih baek :)

-Incek Fik- said...

Suka dengan ayat " kalau kau kena campak kat Palestin ke Afrika ke, agak-agaknya kulit kepak ayam tu, kau rasa kau dapat tak? "



*sapa yang tak terasa pedasnya, boleh terjun sungai sekarang~