Feb 3, 2011

Kisah si Cream Puff Manis

Assalamualaikum wbt.

Kali ni aku rasa dah kali ke empat mungkin aku cuba buat Cream Puff ni. Dulu masa mula-mula buat, menjadinya bukan main kembang macam Giant Cream Puff dah jadi. Tapi lepas tu, bila buat tak macam mula-mula buat. Doh untuk pastry tu jadi lembik. Cair. Meleleh. Jadi aku dengan suka hatinya tambah tepung gandum, bajet macam pro tambah sesuka hati. Tapi tak pekat-pekat juga. Bila bakar bukan kemain lagi leper dia. Last-last bila masak serupa biskut! Tapi keras kot boleh benjol kalau baling kat kepala.

Pening aku memikirkan apa sebab jadi macam ni. Kali ketiga buat aku tak tambah tepung suka hati dah. Takut jadi biskut lagi kang. Huhu. Tapi doh dia tetap lembek dengan anggunnya. Tensen. Tensen. Padahal aku rasa aku dah ikut step dia satu persatu. Aku rasa sama je macam aku buat mula-mula dulu (sebenarnya aku tak ingat pun macam mana aku buat masa 1st time tu). Hihi.

Cunnya Cream Puff ni. Jeles. Jeles. :P (CP Cik Google)

Setiap kali terfikir nak buat Cream Puff ni aku jadi trauma kejap. Takut sangat tak jadi. Haha. Paranoid terhadap ketidakjadian Cream Puffku. Tapi aku tak puas hati selagi benda ni tak jadi macam mula-mula dulu. Macam dah buat kajian kenapa doh aku lembek. Jadi akhirnya aku pun pi cari barang-barang nak buat Cream Puff dan bertekad untuk mencubanya LAGI. Nak tahu apa yang jadi? Hahahahaha. Tungguuuu~


4 comments:

etykus said...

haha. gud luck! :P agak2 jadik nanti,kirim la ke blog ety. huahua :D

ferry said...

jadi lempeng kot ;D

teratai said...

hai bila nak masukkan resipinya???

MERAH said...

huhu tahnks yehh ETYKUS. haa dah masuk dah resepi tuuu.yg pntg x jadi lempeng pon!!!