Dec 21, 2010

Bertudung Biarlah Betul! Bukannya Macam Tu!

Assalamualaikum..

Aku tak tahulah nak cakap macam mana sekarang ni. Aku rasa sekarang dah semakin ramai perempuan yang pakai tudung, sebab fashion tudung dah macam-macam jenis. Ada tudung awning lah, tudung warna 3 lapis lah, 4 lapis & berlapis-lapis, selendang pusing 10 kali lah, tudung bawal, tudung kelip-kelip sana sini, sampai aku pun rambang mata nak pilih mana satu. Tahniah dan Alhamdulillah kepada yang berubah dari nampak rambut ke dah tak nampak rambut. Ni untuk pakai tudung yang tak jaranglah.

Tapi sayangnya, ada pula sekarang trend meninggikan sanggul kepala dan juga trend pin kan tudung smpai nampak bentuk leher. Kan dah jadi berdosa tu? Tahukah sebenarnya HARAM pakai tudung sanggul tinggi-tinggi macam ni? Kalau dah tahu tu, kenapa buat dek je?

Ni ha hadith pasal ni:

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).


Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

"Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.

Apa tujuan nak pakai tinggi-tinggi macam tu? Untuk kecantikan? Mungkin lah kot? Yeke? Untuk menarik perhatian orang lain? Kalau lelaki tertarik kan berdosa tu. Sekarang ni siap ada jual sanggul tipu semata-mata untuk diguna oleh sirambut pendek. Kan da jadi penipuan di situ. Kita pakai tudung nak tutup rambut kita ni panjang mana. Nak jaga aurat supaya tak terdedah. Ni kalau dah sanggul tinggi-tinggi apa kejadahnya?
Kita nak masuk syurga, kena buat cara nak masuk syurga. Kau nak benda tu, kena lah usaha dapatkan benda tu. Allah kata buat, kita buat. Allah larang, janganlah buat. Memang susah, ingat nak dapat benda best senang ke?

Kelik untuk tumbesaran :) Thanks En. Google.


Ni lagi satu, pakai tudung macam biarawati @ sister di gereja. Mungkin ramai yang tak perasan, trend pin tudung nampak leher tu sama macam cara mereka. Bila dah pin tudung tu macam tu, ia akan menampakkan bentuk leher kita secara kita sengaja buat! Maka dengan itu HARAM lah hukumnya. Kenapa pin tudung tu? Supaya kemas? Tapi kenapa tercekik je leher tu? Kalau nak kemas, pin je kat kiri dan kanan supaya tudung tak jatuh lari merata-rata, kan molek gitu J



Aku tahu isu ni dah lama, tapi masih ramai yang macam tak tahu. Atau benda ni semua tak sampai kepada mereka? Tak tahu kita yang tahulah kena bagi tahu. Atau mereka tak kisah masuk neraka asalkan cantik di dunia? Oh tidak!

Haa nak berfashion tak salah, Cuma biarlah mengikut syariat. Nak lilit ke, pusing ke, letak 10 pin ke, asalkan biarlah labuh menutup dada dan tidak jarang.

p/s: Ingatan untuk aku juga, sebab bila aku tengok orang pakai tudung sanggul tinggi aku tengok cam best pulak sebab tudung tuh terangkat dan bergoyang - goyang. Cam syok jek beralun-alun. Tapi fikir-fikir balik apalah tujuan pakai camtu. Ni aku perempuan dah tertarik, apetah lagi lelaki yang memang kerjanya suka tengok perempuan. Kan? Huhu. Tak tengok tu bagus sangatlah J


13 comments:

rATu kEBaYA said...

tudung sekarang dah macam trend pulak.. bukan berniat nak tutup aurat tapi cuma nak nampak cantik je...

MERAH said...

tuh la.syariat Islam dilupakan sbb pakai tdung bkn stkat ttup rmbut je.
trend2 yg ptt dihapuskan :)

teratai said...

Salam,

terima kasih sebab mengingatkan sesama kita...harap2 adalah yg tersedar bila dah baca post ni!

MERAH said...

hehe yang boleh share baik kte share. insyaAllah :)

z.u.n.a.i.d.a said...

nice topic..tp tu la skang dh xleh nk ckp pe kn bab2 ni..sendiri mau ingat..hehehehe..sesama la kita ingat mengingatkan sesama kita ek..

MERAH said...

betol tuu.saling mengingati tu bagus.atles da btaw.ape tindakan ikot dri sendiri la :)

z.u.n.a.i.d.a said...

hehehehe..btol2..tp tu la zue sendiri pon xder ler bebeno menutup auratnyer,,yerr la pakai tudung tp gitu la..hehehehehe

skang pon bnyk org kuokan ni la xboleh,,haram la pakai sanggul tinggi..zue xder la sanggul tgi..xsuka coz napak xcantik tgk org pakai..hehehehehe..tp ader haritu zue ader bc sal ni kt blog pengacara tv9 tu pe namernyer..dia kater xharam plak..

so moral of the story yakin la pd diri sendiri kn..ke merah rs cmaner..

MERAH said...

hehe yela.MERAH pon masih duk perbaiki diri ni.nak kate dah ckup sempurna xdok la.haa.
MERAH rs tgk atas tujuan la kenape kite pakai macam tu.
sbb kalau dah trus trg nk trk phatian org len da jadi xblh laa.buat ape nk buat g2 kalau mate org len duk tgk je lg2 laki kan.hihi :)

nanakimie said...

bt0i2x....macam2 fesyen tdg skg neh....shawl bagai..yg pntng aurat tuh kna jga..kan3x..:)

MERAH said...

yup2 taw tape!nk berpesen tuh bia kena ikot syariat.kalau x, xd gune laa.hehe :)

Annie said...

Tengs post info ni. Memang fesyen tudung mcm2 rupa skrg ni. Kena bijak memilihla mana yang sesuai.

MERAH said...

welcome :)
benda taw kne la share.hihi~

mia kaftiya said...

kalo yg sanggul tinggi melangit tu kite memng tak stuju lah. tp kalo yg pin kat leher tu kekadang terbuat jgak. heheh.. *malu*

tapi kalo buat pun x ketat sgt plus dah kurgkan sbb mak gn kakak kte pun selalu tegur ble org len buat macm tu. huhuhuuuu..