Jan 30, 2011

Kekasih bukan Suami, bukan Tuhan.

Assalamualaikum wbt.

Fuhhh. Siapalah tak pernah bercinta kan. Paling tidak pun mempunyai rasa suka kat seseorang. Kalau suka, pendam, sampai masa, lamar, kahwin pastu baru bercinta tapelah juga kan. Sweet gitu. Tapi rata-ratanya sekarang remaja/kanak-kanak Malaysia semuanya dah bercinta, berkapel, berkepit walaupun umur baru 11-12 tahun. Baligh pun tak lagi. Aku masa tu tak tahu pun apa gunanya lelaki kat dunia ni. Tapi zaman sekarang dah maju, budak kecik yang aku pandang sebelah mata pun rupanya dah ada awek weh. Kalah aku.

Baiklah, memang lumrah manusia ada rasa seronok bila disayangi, dimanja dan ditatang (aku tak nafi). Sesungguhnya rasa yang best ni Allah kurniakan tapi, ini bukan cara yang sepatutnya sebab tu dalam Islam, perhubungan yang HALAL hanyalah selepas berkahwin. Tapi nak juga bercinta sebelum kahwin. Fine. Sampai manusia sekarang tanpa segan dan silu menunjukkan aksi biasa-biasa yang sebenarnya tak patut, contohnya:
  • ·        Berpegang tangan dengan eratnya
  • ·         Berpelukan macam nak melekat terus
  • ·         Bersentuhan sana sini  dengan seronoknya
  • ·         Bercium, bercumbu & berjuih mulut dengan bangganya

Benda-benda ni bila berterusan akan menyumbang kepada kenaikan kes-kes anak luar nikah, kes bayi mati dibunuh dan kes anak gadis masuk pusat pemulihan akhlak. Sebab tu sekarang Malaysia punya kadar kelahiran anak luar nikah yang tinggi (belum campur lagi kes-kes yang tak dilapor) seolah-olah itu bukan suatu masalah besar. Negara maju lah katakan.

Memang perasaan cinta, suka dan sayang itu tak dapat dihalang tapi, gejala bercinta dan berkepit yang mengundang kepada maksiat ini yang SALAH. Bila dah dating tu, macam-macam benda tak senonoh boleh jadi. Si laki nak peluk cium si gadis, si gadis rasa serba salah tapi si laki nak juga, tak pun si laki menggedik merajuk, jadi akhirnya bagi je lah asalkan 2-2 bahagia. Bahagia ke weh?

Sebab kemaksiatan ini tak dibendung, benda-benda ini jadi sebati dengan masyarakat kita. Sehinggakan ada pasangan yang menggunakan alasan untuk berbuat benda tidak senonoh kerana orang lain pun buat. “Relaks lah. Ikut arus peredaran zaman”. Ohh!! Agama telah dicampak ke tepi tanpa disedari.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(Al-Hasyr : 18)

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Hasyr : 19)

(lokasi 1: Taman bunga bawah pondok)
Bf A : Mari baring sebelah abang ni, sayang.
Gf A : Tak maulah abang. Malulah orang ramai ni.
Bf A : Jomlah, tak payah kisah orang lain.
Gf A : Ermm yelaa.

Tengok situasi ni, orang sekarang bukan takutkan Allah, tetapi lebih takut orang tengok? Lupakah kita Allah sedang memerhati. Ya, memang mudah kita melupakan kenyataan itu sehinggakan berani buat sesuatu yang tak patut. (Astagfirullah, ampunkan dosa hamba-hambaMu ya Allah!)

(Lokasi 2 : shopping Mall)
Gf B : Ehh u ni jahatlah (sambil cubit lengan si Bf B)
Bf B : Aduhh u ni sakitlah. Nak kena ni (sambil cuba nak merangkul pinggang si Gf B)
Gf B : Gatal lah u nii!! (tapi biar je tangan tu malah lagi rapat)

Makk aaihhh pantang kalau jumpa pasangan macam ni. Lagi-lagi kalau bertudung litup tapi gatalnya mengalahkan orang dah kahwin. Aku pula yang malu. Sukalah bila si laki tu happy bila berkepit-kepit gini. Demi melihat si pakwe happy jadi biarkan aja. Tuhan dilupakan. Kau bahagia dalam dambaan syaitan.

(Lokasi 3 : tepi pantai)
Bf C : Sayang, gambar u tak pakai tudung hari tu cantik sangat.
Gf C : Ohh thanks. Hehe (malu-malu kambing)
Bf C : I teringin nak tengok real la u tak pakai tudung. Boleh tak?
Gf C : hahh? Mana boleh bi. I kan pakai tudung.
Bf C : Alaa yang boleh lah yang. DEMI I. Please.
Gf C : Ermmm..

Ni mula-mula lagi dah salah. Laki nak gambar free hair, demi sayangkannya jadi bagilah sekeping (gambar paling CUN tu). Lepas tu nak tengok rambut secara live pula. Lepas tu ni.. lepas tu tut..

Laki ni bagi peha nak satu badan. Jadi jangan bagi peluang. Kalau betul-betul sayangkan hubungan dan pasangan, jangan mudah memberi, nasihatkan semua hanya boleh selepas kahwin. MUKTAMAD. Masa bercinta ni lah nak melawan-lawan sikit. Nanti dah kahwin kalau nak masuk syurga kena patuh pada suami kan. Heheh. Jadi, korang yang nak bercinta sangat ni, jagalah diri dari jadi mangsa hasutan syaitan dan desakan nafsu. Payah, memang payah, sebab tu jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu.



Di sini aku seolah-olah menyalahkan lelaki je nak semua benda tak senonoh tu kan? Tapi bukan memang betul pun ke? Haha. Nafsu lelaki ni hanya SATU namun yang satu tu hanya kepada SEKS. Ni bukan cakap ikut suka tapi ada ustaz yang pernah cakap masa aku kat Intec dulu. 9 akal diperlukan oleh lelaki untuk mengawal nafsunya yang satu tu. Namun bagi perempuan, 9 nafsu tu mungkin nafsu shopping, makan, tidur, shawl, mekap dan lain-lain fikir sendiri. Jadi walaupun kaum kita hanya ada satu akal, tapi ia harus diguna sebaiknya untuk mengawal 9 nafsu itu.

Ingatlah!!

Kekasih, pakwe, balak & bf anda bukannya suami ataupun tuhan. Kata-kata mereka bukannya semua untuk kita ikuti dan patuhi. Yang baik boleh diambil kira, tetapi yang menjebakkan kita ke neraka tanpa kita sedari haruslah dijauhi. Jadi katakanlah TIDAK bila perlu. Takutkan Allah lebih utama, bukannya takut kehilangan pakwe. Yakinlah janji Allah, iaitu setiap manusia diciptakan berpasangan. Lepas dah kahwin barulah patuh elok-elok dan bahagiakan mereka. Barulah seronok, tak payah nak fikir dosa itu dosa ini.

Kita ni orang perempuan, kalau bukan kita yang jaga diri sendiri, tiada orang lain yang akan jaga diri kita. Nak mengharapkan bf kononnya untuk jaga kita? Belai-belai dan pegang-pegang tanda sayang? Itu semua tipu helah sahaja. Pertahankan diri kita kerana Allah akan menjamin kebahagiaan di dunia & akhirat.  Apa-apa pun kuatkan semangat dan minta pertolongan dan perlindungan Allah. Rasa cinta itu harus dikukuhkan dengan iman, bukannya nafsu. Jadi, solusi terbaik adalah bercintalah selepas perkahwinan, "I know it is sweet because IT WILL BE SWEET, InsyaAllah" ^_^

p/s : peringatan untuk diri sendiri dalam mencari cinta manusia dan mengejar cinta Ilahi. Huhu :)



14 comments:

ch!natsu said...

btol kata kamu..
thanks kerana mengingatkan.. =)

Mahfuzah Husna Zulkifli said...

Salam. Setuju sgt2. Masyarakat dah terbiasa dan pandang sebelah mana. Contoh yg menarik Merah letak di situ. TEPAT! Kadang2 di pantai atau taman, boleh plak couple tu dok berpeluk2 di depan family yg ada nenek, ibu bapa dan kanak2. Tak malu. Sbb tu diorang berani buat.

p/s: Nak kahwin tros la. Tak nak couple2 ni. Kutip dosa wlpun tak pegang2. Klu nak ikat takut dikebas org, bertunang kan ada? =)

Days said...

harusnye bagi peha mintak penampa tu.hishh.absolutely agree wif u.kekasih bukan tuhan..well said.

teratai said...

salam merah,

alhamdulillah...senang hati mak :)

Cinta kpd Allah~nikmatnya manis n berkekalan!

z.u.n.a.i.d.a said...

merah..merah..merah

kenyataanya mmg betul tak dapat disangkal lagi..cuma skang kita kene tanya diri kita sendiri..

tu br couple..even dh kawin skalipon 1st yg kita kene love is GOD!

Unknown said...

merah.. mekasih...

Anonymous said...

entry yg best utk di tatap . terima kasih cik Merah , bole sy pinjam entry ni nt ? ;)

MERAH said...

CH!NATSU : sama2.mmg tu tugas ssma manusia :)

MAHFUZAH : Waalaikumussalam :) haaa taw tape.buat tak tahu jek.tu bila syaitan dah mguasai diri, nafsu pun mbuak2, malu, segan semua dah hilang. ingat Allah apetah lagi.wuuu.
yup2.bercinta pas kawen mmg best!hee.

DAYS : haaa taw tape.mmg bg pnampar trajng trus.laki ni xleh caye sgt.nt dah bagi dibuangnye trus kita ni. jangan2!haa.thanks :)

TERATAI : ALHAMDULILLAH~ moga2 blh jadi lg baik.hee.yup!taw tapeee.cintalah kepada Allah krn itu tidak akan membuatkan kita kecewa.

KAK ZUE : haaa taw tape!Allah is the first priority!

ENCIK BLOGGER : welcome encik.huhu.

DAYA SOOYOUNG H : sama2 cik daya :) boleh2 pinjam.nanti pulangkan blk ye??hehehehe.

DYatie ABakar said...

Salam,

Saya setuju juga. Btw, bagi yang mampu...kahwin lah segera sebab bercinta selepas kahwin lagi indah. lagi bahagia. ;)

Anonymous said...

salam merah
btol2 sangt zaman sekarang kbnyakkan muda mudi mcm tu..mereka tidak thu mnilai apa eri cinta yg sebenarnya,klau la mereka pndi menilai tntu mereka tahu betapa indahnya cinta kepada Maha Pecipta,

Unknown said...

thanks merah ingatkan..bila nak buat post kat sana lagi?

MERAH said...

kat sana?kat mana?

sama2.

twenteen said...

Alhamdulillah terima kasih kerana saling mengingatkan

Eyesha Zaidin said...

sha suka entry ni!