Jul 20, 2011

Drama Tahajjud Cinta Mempersendakan Islam?

Assalamualaikum wbt

Tajuknya sahaja dah gaya macam ala-ala cerita islamik Indonesia yang meletop (KCB laaa) tu kan. Hehe. Aku suka cerita yang bentuknya serupa ini. Pelakon hebat-hebat dah. Tapi sayangnya cerita ni baru episod 2 dah mencetuskan kontroversi. Siap dah ada PAGE di FB. Ada beberapa page lain juga. Nak tahu cari sendiri. Mungkin ada yang tak rasa ni sebagai satu isu tapi sebenarnya yang sedar ni kenalah beritahu supaya yang tak sedar itu mejadi sedar dan peka.



Nak buat cerita macam ni tak kaji dulu ke macam mana sepatutnya suasana Islamik yang ingin di tonjolkan? Ke tak cukup research? Manusia tak sempurna, buat juga silap? Ni sebagai alasan? Jangan ambil mudah kerana ni semua boleh timbulkan salah faham dan juga fitnah. Si penulis skrip, pengarah (Erma Fatima) mahupun pelakon sepatutnya lebih SENSITIF mengenai apa Islam yang sebenarnya ajar. Bukannya campur aduk antara kedua-dua unsur hak & batil. Contoh tak baik kepada masyarakat terutama anak muda.

Jiwa orang yang beriman itu peka dan sensitif.

Seseorang itu berniqab untuk memelihara wajahnya dari menjadi perhatian lelaki yakni dia tahu akan kepentingan menjaga aurat. Nak jaga maruahnya yang tidak ternilai sebagai seorang wanita muslimah. Namun sayangnya dalam cerita ni, niqab tu dah molek dah tapi kaki pula tak berstokin sedangkan yang kaki tu lagi wajib untuk ditutup jika nak dibandingkan dengan muka.

Tanpa segan silu menyatakan ucapan cinta macam tu cerita cinta biasa-biasa pula aku tengok. Macam tak tahu je istilah zina hati segala. Siap boleh buka purdah yang perempuan tu pakai. Tak sesuai dengan keadaan islamik yang dipertontonkan. Orang boleh fikir bukan-bukan. Tanggapan yang salah mengenai Islam mahupun perempuan yang berpurdah. Sedangkan keadaaan majoriti di sana tidaklah seperti ini. Jangan kau tiru camni ek. 

Dalam ISLAM mana boleh bercampur lelaki perempuan, boleh pula pergi bercuti bersama, berdua-duaan dengan lelaki ajnabi walaupun bukan ditempat gelap dan terasing sebab tetap boleh timbulkan fitnah. Batas pergaulan tidak terjaga dan walaupun pegang tangan yang berlapik, sebenarnya tak boleh (ni bukannya kes darurat). ISLAM atas dasar apa ni?

Ni ke cara ISLAMIK yang nak disampaikan? Boleh rosak pemikiran masyarakat kalau faham beginilah sepatutnya ISLAM. Ni bukannya muslimah sebenar sebab walaupun perempuan tu berniqab segala tetapi lelaki dengan mudahnya datang ke rumah, ikhtilat pun entah ke mana sedangkan aku rasa kalau pelajar di MIDDLE EAST sana nuh (bukan kat ME sahajalah mana-mana pun sebenarnya) sangat menitikberatkan soal ikhtilat lagi-lagi muslimah yang berniqab (muslimah sebenar pun sgt jaga). Ni telah mencemarkan imej mereka selaku muslimah yang menjaga maruah.

Dah bagus dah tunjuk nak perjuangkan ISLAM jadi ‘amirah’ & 'khalifah' segala tetapi pasal ikhtilat pun tak jaga. Panaslah juga tengok cerita begini rupa. Do more research please. Kalau begini ceritanya lebih baik watak perempuan tidak dibuat sebagai perempuan berniqab/berpurdah. Mencemarkan sahaja. Boleh timbul salah faham mereka ni pun serupa macam perempuan biasa-biasa sedangkan pilihan untuk berniqab tu menunjukkan mereka sangat mentaati syariat Allah. Tahu hukum hakam. Tahu apa itu ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Bukannya begini rupa. Seolah-olah yang memakai niqab dalam cerita ni tak tahu hukum. Ni ke gaya manusia yang menerima sentuhan tarbiah? Manusia yang berubah setelah mendapat hidayah?

Lagi satu, jangan meratapi melampau-lampau orang yang telah pergi. Sedih memang sedih tetapi terima takdir yang ditentukan oleh ALLAH. Jangan menyalahkan diri. Jangan over-over. Cinta kepada manusia jangan melebihi cinta pada Sang Pencipta. Ambil pengajaran ni. Mana cinta kita terhadap Allah? Watak yang dibawa sebagai muslimah tahu agama ada ke pula menangis menjerit terlolong di depan lelaki ajnabi. Perlu ke? Ni ke akhlak sebagai wanita muslimah? Tidak.

Dalam ISLAM ni bukannya tidak boleh bercinta cumanya tak adalah rupanya macam ni. Bercinta macam tak tahu agama. Kita sebagai ISLAM kan ada caranya nak bercinta iaitu melalui perkahwinan, jika belum sampai masanya maka simpankan sahaja di dalam hati. Dah sampai masa terus ke keluarga atau guna orang tengah tak perlu kata nak pi pinanglah nak itu inilah. Rasa cinta itu anugerah Ilahi cuma perlu dipagari dengan iman dan bukannya nafsu.

Ada yang kata pelakon tak sesuai sebab di luar langsung tidak menggayakan ciri-ciri wanita muslimah. Dah namanya berlakonkan memang begitulah jadinya. Tak boleh nak salahkan mereka sebab ni lakonan semata. Tapi sangatlah bagus kalau mereka betul-betul menjiwai watak dan akhirnya berubah sama. Doakanlah. 

Tudung ce tutup dada lagi manis & comel :)

Oh satu yang aku rasa best nya sebab dengar kata Fazura dah mula bertudung setelah berlakon dalam cerita ni. Betul ke tidak? Selama mana bertahan? Aku harap sampai bila-bila insyaAllah dan semoga ramai lagi yang akan jadi macam ni. Tapi dah alang-alang bertudung tu biar sempurna kan? Pergaulan pun kena juga jaga  & sesungguhnya berubahlah dengan hati yang ikhlas supaya sentiasa dapat merasa kemanisannya.

Ps 1: Bukan nak kritik suka-suka. Risau dan takut tengok mentaliti macam ni boleh pengaruh masyarakat. Adik-adik aku tu. Adik-adik kau juga. Pengaruh TV/cerita/drama bukannya kecil, jadilah lebih sensitif J

Ps 2 : Dah sedap-sedap kritik kutuk segala jangan kau ikut jadi macam ni pulak! Yang salah jadikan sempadan. Kalau dah memang salah betulkan diri J

Ps 3 : Janganlah kata berpurdah tu tak semestinya sempurna, ada je kot yang macam ni. Tapi setahu aku seorang wanita muslimah (tak kisahlah berpurdah ke tak) & lelaki yang kuat agamanya tak akan menonjolkan perilaku sebegini rupa kalau betul-betul faham apa itu ISLAM.

Ps 4 : Kita tengok lepas ni mungkin tak macam ni dah kot dramanya. Mula-mula je kontroversi sket lepas tu OK kot? Entahlah aku memang berharap dia OK la kan. Hehe.

Ps 5 : Niqab bukan fesyen (Banyak noo ps nye)




20 comments:

Qaseh dalia adelia said...

qaseh first tengok citer ni xde feel ..tak boleh nak merasai ,,,

MERAH said...

QASEH : tulah dah excited nak tgk cite, alih2 rasa macam lain macam je crite ni.ape ntah pengarah nk cube sampai kan T.T

apek poyo said...

patut la den takdo perasaan nak tgk cito nih..
rupo eh ado udang di sebalik mee

TYNTHA LANA said...

merah..lana tak dapat nak komen, coz lana sendiri pun tak nyempat lgi tgk citer ni..huuu

Cik Ecah said...

LG SUKER TGK NUR KASIH...
PERNAH TGK TP XBAPE NK LYN...

cik kiwi's said...

ye...sangatttt!!!!!. seolah olah mempersendakan~

Aku Afzal said...

haah la..sama je mcm filem lain :( out!!

Atiqah Abdullah said...

tah da tgk episod 1 je.
terus menyampah.ade ke pegi travel 2 pasang?xde yg dah kawin pulak tu.kat mesir ni,klu nak jln2 mmg kne ade lelaki teman..tapi bilangan laki xleh lebih dari perempuan.sama pun xleh.kecuali ada yg dah kawin.

teratai said...

mmg x cukup research tu...bukan senang nak buat cerita blandaskan Islam. Ini bukan perkara tangkap muat,kena buat research betul2 spatutnya baru boleh siarkan kat tv!

aliah amirah said...

tak bagus untuk dicontohi..so jgn tgok cerita nie :)

laskar pelangi said...

tula,ada jugak dengar pasal drama tu yang dikritik macam2..pelangi tak plak tgk drama tu.nanti nak try tgk jugak lah

KimiCnoL said...

naseb baek xtengok cite nie..haha
(follow)

entry spontan??

amir aizat said...

konsep cerita ni mcm putar balik jer, pelik pon ad gak.tah la, xbest lah tgk tahajjud cinta ni

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

setuju kata2 awk merah..
mase tgk ep2 mmg pelik sgt..boleh pulak pegang2 tgn even pakai sarung tgn kan..mane boleh..
org kafir tgk..ishh..mesti die kata..betul ke ni..dorg pun mesti konfius..

sedih la tgk cite ni...baik tgk ayat2 cinta indon punye tuu T_T

Diana @ bilakukatacinta said...

mesej tak sampai ke hati..tak seperti menonton ayat2 cinta...dan ketika cinta bertasbih... even mereka semua pelakon (yg diluar tidak menutup aurat) tetapi dalam filem...adegan dan perilaku mereka sesuai dengan imej mereka

C i k P i p i T e m b a m said...

huhu yeke ? tgok episod yg first je . yg kdua xtgok sgt . mula2 je kot saje nk bg kontrovrsi , haha

Hana teen top said...

owh yaka? aku nur kasih pun aku tak berapa nak tgk..tapi dgr2 memang sedig..yg nie plak aku langsung tak tau...KOSONG...tapi klu betul mcm tue memang tak elok la crita nie dtayngkn

Love hurt aeNnn said...

betul betul betul.. :)

Nightroad said...

drama cinta islamik ni mmg saya x layan sgt..

sbb niat buat cerita nk berdakwah, tp perlaksanaannya salah...

LolipOp cOmel said...

sha tgk part yang erman manan ckp cam marah2 kat fauziah ghOuz tu. . .kat situ sha dah rasa cam. .pelik2 je.. . .huhuhuhuhu. . .

IKLAN DIA DAH MMG CANTIK. . .tapi isi cerita dia tu. .ermm??nape camtu eh?. .