Aug 2, 2011

Jangan mencarut & melucah bila menegur!

Assalamualaikum wbt.

Benda ni dah lama aku perasan. Masyarakat kita ni bagus, ramai yang prihatin dan ambil berat. Terutamanya kalau ada benda yang bercanggah dengan agama. Kalau ada isu-isu sensitif pasal ayat Quran/ hukum hakam yang dipermainkan terus ada golongan-golongan muda yang geram, marah. Memang nak pertahankan agama habis-habisan. Bagus. Tapi yang paling aku tak sukanya penggunaan kata-kata kesat duk memaki hamun orang yang buat silap tu. Yang kau mencarut tu elok sangat ke?

[Sumber]


Aku memang tak berkenanlah teguran cara ni. Laki ada perempuan pun ada. Kalau perempuan memang aku 'kagum' la. Macam mana boleh dengan bangganya duk mencarut melucah. Ish. Tapi biasa lakilah yang terer bab-bab mencarut ni. No offense okay. Hehe. Bajet macam dialah betul sekali, dia je lah sorang panglima yang tengah bermati-matian pertahankan Islam. Dah banyak kali aku terjumpa orang duk mencarut perkataan yang tak elok konon sangat marah la ni sebab cemarkan agama Islam. Guna kata-kata kesat. Kata-kata lucah. Tak faham kenapa kata lucah jadi pilihan???! Alih-alih aku lagi geram kat orang yang nak menegur ni. Sedar tak perbuatan anda tu sendiri pun telah cemarkan Islam? Ada ke Islam ajar macam ni caranya untuk menegur orang? Tidak.

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Ha dalam al-Quran Allah dah ajar macam mana nak hadapi situasi ni yakni dengan hikmah, elok & baik. SABARlah wahai teman. Jangan nak tunjuk marah. Jangan nak tunjuk bengang. Kontrol, walaupun kadang-kadang mulut tu senang je nak tersasul. Dah tengah marah kan. Aku pun (eh aku tak ada perkataan yang over-over ni okay. Hehe :P). Kita sama-sama sabar ye. Jangan jadikan habit bila marah je nak mengamuk keluarkan kata-kata kesat/lucah. Its very not nice. Kalau tak nanti kau juga yang akan secara tidak langsung menunjukkan rendah & kesatnya bahasa orang Islam tu. Itu ke Islam? Tidak.



Depan laptop: Bengang tengok kes makcik yang duk mengejek pasal Islam, Allah & Quran secara melampau-lampau. Ni antara perbualan 2 orang pengomen konon nak tegur makcik tu. 

Man : Nata** Bab* makcik ni mempermainkan ISLAM. Lahan** betul baik kau gi mam*** je!! (yang lucah fikir sendiri la ye. Tak sanggup tulis J) Kau kan tahu buat macam ni jadi syirik, memang setan la kau ni!! Jangan cemarkan agama Islam yang suci ni!! Aku jumpa kau memang....
Lah : Islam tu agama yang suci?
Man : Yelah kau ni tanya tak Islam ke?
Lah : Aku tanya takut kau yang salah tulis. Dah kata suci tapi gaya kau nak tegur makcik ni macam kau pula bukan Islam.
Man : Apa kau cakap ni? Kau pun lagi sorang banga*** juga!
Lah : Dah cara kau nak tegur makcik ni tak ada pun Allah ajar. Islam bukan macam ni. Bahasa tu sikit pun tak SUCI. Aku yang baca rasa loya anak tekak aku. Dahlah kita doakan je makcik ni sedar dan kembali ke pangkal jalan, InsyaAllah.
Man : Err yelaaa...


Yang pandai ‘tegur’ orang ni kenalah juga berani terima teguran orang lain. Ni orang tegur cara dia tu salah pastu tak nak mengaku kesalahan. Duk bergaduh kat situ pula. Dah rasa besar sangat ke? Sempurna ke kita ni? Kalau tegur cara yang salah, silap-silap teguran tu tak dapat diterima dan tak ada faedah yang dapat. Tegur cara baik kerana itu dapat mengetuk pintu hati untuk si salah laku memikirkan balik apa yang dikata. Memberi dan menerima, semoga teguran yang kita dapat, dapat memberi perubahan baik dalam diri.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan” (Imam Hasan Al-Basri)

Ps : Sebenornye aku memang tak berkenan dengan orang mencarut ni. Terutamanya yang lucah ntah pape tu. Tak kiralah korang gurau-gurau atau kononnya tu standard sesama kawan, nampak macam TAK BERTAMADUN. Semurah & sekotor tu ke bahasa orang Islam?


Ps 2 : Apa-apa pun nak tegur biar elok-elok. Jangan main serang. Kalau aku pun susah nak terima yang jenis macam ni. Sama-samalah kita improve diri, InsyaAllah :)




9 comments:

teratai said...

tegur biarlah berhemah baru nasihat diterima org lain

Muhammad Burn said...

Salam. Lama tak menjengah ke sini. Apa yang saya perhatikan, Melayu Islam kita selalu risau pasal orang lain. contoh: Orang tak puasa, ramai la yang maki hamun. orang tak sembahyang, ramai la yang mengeji. kenapa perlu sibuk hal orang lain??? ya, betul. selemah2 iman, ialah dgn membenci. Dan sebaiknya ialah menegur! Tetapi ada caranya untuk menegur. Pastikan cara kita tu betul. Macam yang anda katakan, tegur bukan dgn cara mencarut! dan yang paling penting, betulkan diri sendiri sebelum betulkan kesalahan orang lain.

POSH76 said...

me too tak suka....cuba cakap elok2

Azuan said...

sokong!!

Qaseh dalia adelia said...

betul tu , marah kalau islam di hina tapi cara kita yg menghina org lain , mencemarkan islam

MERAH said...

TERATAI : betul tu, tegur pun kena jaga hati orang barulah teguran tu dterima :)

MUHAMMAD BURN : salam.tak salah sebenarnya nak menyibuk hal orang lain ni.tu maknanya kita prhatin, kita tak nak orang sekeliling trus dlm keadaan yg salah.tetapi itulah nk tegur ke apa biar kena cara dan yang penting teguran tu kita amalkan kat diri sendiri dulu.Apa-apapun kita hidup dalam bermasayrakat kalau semua xleh sikit kena tegur susah la.

MERAH said...

POSH76 : hehe tu la.kata2 yg baik lagi senang nak diterima kan :)

AZUAN : :)

QASEH : tulah ambil iktibar jaga mulut tu dari memalukan Islam secara tak sengaja :)

Azham Vosovic said...

betul...teguran mestilah scara baik....

Anonymous said...

Selemah-lemah iman, adalah mendoakan dalam hati bukannya dengan membenci. Sekadar perbetul kalau dirasakan salah saya minta maaf.