Dec 23, 2010

Aku berkira ke kau yang tak reti bertanggungjawab???!!

Assalamualaikum wbt & Haluuu..

Warghhh tajuk dah emo. Apa ni emo-emo tak mainlah. Hehe. Cool-cool cik MERAH oi. Tak ada lah nak emo pon saja buat tajuk macam ni. Ni nak cakap sikit pasal benda remeh temeh je pon tapi sebenarnya boleh jadi benda besar. Yeke? Atau aku je yang rasa? Haha apa-apalah.

Situasi 1 : Rumah sewa dengan kawan-kawan. Balik kelas penat aku pergi dapur tengok ada cawan lah, pinggan lah dalam sink. Elok pula hari tu aku bertugas kat dapur. Apa aku patut buat? Basuh je lah atau jerit, “Ni siapa punya pinggan mangkuk reti guna tak reti basuh???!!!! Ingat rumah ni ada orang gaji ke??” Lepas tu aku mula start membebel satu rumah. Kau nak ke macam tu??!! Wahaha macam mak nenek.

Situasi 2 : Rumah sewa dengan kawan-kawan. Aku pergi dapur nak cek makanan untuk disumbat dalam perut. Dalam sink tu molek ada seketul mangkuk dan sekeping sudu. Aku pun tanya kawan aku yang ada kat situ ni siapa punya. Dia kata dia punya. Aku kata, “haa..basuhlah ye” (dengan nada baik punya kot). Dia pula gi balas kat aku, “Nantilah. Biar je dulu dalam tu. nanti aku buatlah. Bla. Bla. Bla”. Wargghh susah ke basuh benda cinonet tu je? Kalau lepas tu kau basuh tape lah juga. Ni berlonggok juga kat situ sampai aku yang tolong basuh. Sakit mata, sakit hati.

Gambar Hiasan saje-saje.


Kalau benda ni jadi kat rumah aku, aku boleh la jerit, “Weh! Siapa punya pinggan ni reti guna tak reti basuh. Kau ingat ada orang gaji ke rumah ni?? Kau ingat kau puteri raja ke??” dan mereka pun mengaku bersalah. Tahu takut. Tak pun bila kat rumah aku macam tak kisah sangat nak basuh pinggan mangkuk dalam sink sebab mereka pun masih kecil lagi. Tapi dari kecil la kena ajar. Kalau tak, mungkin jadi macam situasi kat atas tu.

Aku bukannya apa, sebab semua dah besar, nak kata tak reti basuh pinggan tuh nak kena pelempang free ke? Kalau malas tu lagi lah, baik kau jangan guna pinggan, mangkuk, sudu, garfu, cawan dsb sebab dah malas sangat nak basuh. Ni biar longgok dalam sink. Tak malu ke weh???!!@#%$#%!

Kalau aku tolong basuh nanti bertambah-tambah lagi lah pinggan mangkuk dalam tu. Bukannya aku berkira tak nak tolong tapi aku tak fahamlah manusia jenis ni. Bila aku tegur sikit, mula la kata, “Alaa dah biasa gini. Selalu ada je benda dalam sink” bla bla bla. Weh!! Cuba hayati ayat aku, 

“Kalau semua orang reti bertanggungjawab, maka tak ada lah benda dalam sink tu!”.

Aku makan, aku basuh. Kau makan, kau basuhlah. Aku masak aku basuh. Kau masak, kau basuh lah. Tu pun tak reti ke???!! Harap je buat peraturan, jadual tu pun tak reti nak ikut. Kan aku dah emo-emo ni! Huh! Releks2~

Aku ni pun ikutkan hati malas dah nak tegur manusia yang dah besar gemok p a n j a n g. Kau ingat aku suka ke? Korang pun tak suka kan, jadi janganlah buat benda sengal macam ni. Benda mudah camni pun nak kena tegur. Malulah weh!!

Hish tak faham aku. Reti guna tapi tak reti bertanggungjawab. Wat sakit mata & hati aku tahu! Tak baik tau buat sakit hati orang.



Tak kisah lah kat rumah ke kat mana korang berada, benda mudah macam ni tak sepatutnya jadi masalah. Kang aku kata mak korang tak ajar benda ni kat rumah ke, korang marah pula libatkan mak bapak korang. Kat rumah pun jangan buat hal macam ni, pandai guna pandai la bereskan dia. Basuh, cuci, lapkan dan simpan balik kalau lagi rajin. Benda ni tak kisah untuk laki ke perempuan. Da kalau kau lelaki tak boleh ke basuh pinggan??? Takkan benda ni nak harapkan mak, adik, kakak korang je. 

Kalau ada orang gaji pun, praktis-praktis juga basuh pinggan takut nanti kejutan budaya pula bila kena basuh pinggan sendiri. Manalah tahu kan. Huhu.

 Tujuan aku post benda ni bukan nak kutuk siapa-siapa. Jadikan ni sebagai nasihat untuk manusia-manusia di luar sana. Harap maklum. Siapa terasa tu, maknanya adalah salah silap dia buat kan, jadi janganlah buat lagi. Chills~ hihi


p/s: pergi cek sink tengok clear ke tak. Huhu.


14 comments:

Adam Haiqal said...

adam pun benc bila sink tu penuh dan kita pula jadi KULI diorg!
tu kdg2 adam hempaskn je brg2 dlm sink tuh
pastu baru nk fhm memasing:)

ieMa ackLes said...

relax erk jgn mare2..
bese la dok umah sewa...
mcm2 perangai...

lain kali perli pedas2 skt..
hikhik

MERAH said...

ADAM: wah3 ganas tu hempas barg. nt kang pecah plak.hihi.hati2 mghempas.

IEMA: dah puas cakap dah.lagu tuu jgk.kang tegur lebih2 ad plak perang nt.susah woo.

aRuL aSh.. said...

btl2!
sokong sgt!

btw follow u~

apak cikidong said...

tu biase la.. bg masa kat derang clean, kalo tak jalan gak, mmg patut sergah lah! hihihiih

MERAH said...

ARUL ASH: taw tape!oke i will follow u insyaAllah :)

APAK CIKIDONG: xptt jd kebiasaan. kalau bg ms jawabnye penuh pinggan smpai ke lantai.huhu. takkan pinggan seketul pon perlukan masa?ye dak?hihi :)

eirra said...

huk99..beselah tuh cik MERAH oitt!!
duk umah sewa..bnyk dugaannyer...sekali sekala jadi cuci mangkuk jap!bilew dah naik tanduk kat kepala..huh!muka berupa singa..kah3

duan lang said...

ahahaha...sabo la merah...banyak orang banyak ragam...

teratai said...

salam merah,

sebenornya bab2 basuh pinggan mangkuk ini mak bapak kena ajar dr kecik, bak kata pepatah melentur buluh biar dr rebung, bila dah jadi buluh tu susah nak dibentuk!

Hrp2 merah kat rumah rajin lah basuh pinggan mangkuk ye...:)

MERAH said...

EIRRA: tuh laa.tkut jgak kang kua tanduk. maklumlah MERAH mnusia biasee jee. xle sabo slalu.hoho.

DUAN LANG: sabo je.kdg2 je geram ble tgk sink ad brg.hehe.

TERATAI: haaa betoi2 ni buluh dah keras campak kat dinding pun xjd ape.ssh woo.errr MERAH rajin bsh pinggan MERAH je laa.haha

ferry said...

adui..terasa ni

MERAH said...

FERRY : wahh terase maknenye orang tu da ngaku salah la kan.haha.relek2 jgn trase lebih2.hihi:)

Aretikz said...

Benda besa masa aku praktikal.. hehe.. memang kalau dibiar.. sampai berminggu.. lepas tu amek cawan pinggan baru.. haha..

MERAH said...

ARETIKZ: haha.kne blatih btggjawab sket kalau x asik kne beli pggn baru laa.huhu