May 15, 2011

NAKBA

Assalamualaikum wbt.

Apa ke bendalah nakba @ nakbah ni ye? Adakah sejenis makanan? Biskut? Kuih muih mahupun dessert? Makanan je kau tahu.

Nakba ini adalah peristiwa yang disambut pada 15 Mei setiap tahun mengingatkan mengenai kemenangan Israel laknatullah merampas, membunuh, mengusir penduduk ISLAM asal di Palestin. Pengistiharan negara haram Israel pada 15 Mei 1948 : Hari Kemerdekaan Israel.

Kenapa kita nak kena ingat dengan hari kemenangan Israel merampas tanah air penduduk ISLAM yakni saudara kita sendiri?

Sudah 63 tahun berlalu. Peristiwa ini adalah juga untuk memperingati perjuangan dan kesengsaraan rakyat Palestin, tidak kira orang muda, kanak-kanak mahupun orang tua. Mereka semua dihalau di negara mereka sendiri. Takut bukan, bagaimana kalau perkara ini terjadi kepada keluarga kita, terjadi sendiri di Malaysia?




Buat apa nak ambil kisah, bukannya negara kita. Tapi lupakah kita mereka adalah saudara kita, saudara sesama Islam. Aku juga, dulu tidak pernah ambil kisah. Tak ambil tahu. Tengok video, youtube, takut dan sedih tapi tidak terkesan. Tengok iklan banner pasal penderitaan mereka tetapi macam tengok dinding kosong. Tak rasa apa-apa. Tapi Alhamdulillah mata hatiku telah dibuka oleh Allah. Syukur kepadaNya.


“Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nampak tak tu? Tak sempurna IMAN kita kalau tak mengasihi saudara kita macam kita sayang kat diri sendiri. Bila cakap saudara bukannya bermaksud adik beradik, sepupu sepapat je, saudara sesama ISLAM pon dikira saudara juga. Jadi dalam menyempurnakan IMAN ni, benda ni sangat penting. Bukan boleh diambil ringan kerana ini berkaitan dengan keimanan kita.


Jom layan lagu yang penuh semangat ni. Ni first time aku terdengar lagu ni pun rasa semangat je. Best.





TAPI!! Bukan setakat dengar lagu, hafal je kita kena buat. Hayati liriknya, semuanya dah jelas apa yang kita boleh buat, apa yang kita boleh sumbangkan pada saudara ISLAM kita di sana.

Palestin akan kembali juga suatu hari nanti. Dunia kini dapat melihat kekejaman sebenar Zionis Israel. Kekuatan ISLAM akan lebih teguh dan mantap dalam memperjuangkan hak umat ISLAM yang sebenar, insyaAllah. Yang haq akan menang dan yang batil akan tewas juga akhirnya.

Untuk lebih lanjut bolehlah ke sini
Ataupun juga ke sini
Ataupun google je lah senang, dunia di hujung jari kot(^_^)





4 comments:

Fadzli Amir said...

Salam...memang sepatutnya kita merasakan apa yg diorg rasakan...bukan sekadar bersimpati, yang paling kurang sekali Doakan mereka...

mira said...

Assalamualaikum...
terima kasih di atas prkongsian. sy pun baru tau info ney.

umat Islam adalah bersaudara :)

teratai said...

'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"...sepatutnya kita bersimpati, semoga mereka dpt kembali negaranya. Sama-sama kita doakan!

ferry said...

+ Sama-sama doakan..Amin