Feb 9, 2011

Kuih koci oh koci!

Assalamualaikum wbt.

Ohh benda ni tak ada dalam perancangan aku pun nak masak selama ini. Makan benda ni pun jarang sekali, tetapi sejak dua menjak ni adik-adik aku macam suka je makan benda ni. Aku rasa hari tu sebiji pun rasa macam best je. 

Dari situlah tergedik rasa nak buat benda ni. Alang-alang dah pergi pasar tani hari tu terjumpa pula daun pisang, maka kenalah juga buat benda ni. Tapi kali ni, kuihnya kenyal sedikit. Mungkin terlebih masa mengukus sebab masa tengah kukus tu semua tak ingat pukul berapa start mengukus. Jadi gasak je lah biar mereka lama-lama atas dapur. Haha. 

Aku buat benda ni yang syoknya masa duk membalut tu. Jakun kejap orang tak pernah pegang daun pisang. Siap tengok buku teks KH Form 2 untuk cara layurkan daun pisang (adik aku yang tunjuk). Hahaha. 

Yang bestnya aku berjaya buat bentuk piramid yang aku idamkan. Mula-mula piramidnya besar gajah (tak reti lagi nak lipat kiut-kiut). Makin lama makin cun dah piramid tu. Hanya adik aku je nak juga buat bentuk bantal, jadi adalah beberapa bentuk bantal yang di buatnya :)



Bahan-bahan

2 cawan tepung pulut
1 cawan santan
Secubit garam
Daun pisang dilayurkan atas api (potong 12x7cm)
Minyak

1 cawan gula perang
1 sudu besar gula Melaka
2 helai daun pandan
2 cawan kelapa parut kering (pek segera je.huhu)
½ cawan air

Cara-cara

Inti
1. Larutkan gula perang dan gula Melaka bersama air dan daun pandan.
2. Setelah menggelegak masukkan kelapa kering dan biarkan sehingga pekat dan kering.

Kuih
1. Campurkan tepung pulut, santan dan garam. Gaul rata sehingga tak melekit ke tangan.
2. Bentukkan bulat dan kemudian leperkan untuk di isi inti. Kemudian gentelkan dan bungkus ke dalam daun pisang yang disapu minyak.
3. Kukus piramid-piramid kuih koci kedalam pengukus selama 15 minit.




9 comments:

KUREKURE COMEL said...

mina pernah buat...knape time lepas kukus tu jd lembik ek....stress je buat..
hhehe

! Encik Nakal ! said...

adehh~~~boleh kna kencing manis ni~~hgahaha..hahaa

MERAH said...

KUREKURE COMEL : hehe tak taw la pulaknye.ke kukus skjap sgt tu???haa ce try rsepi ni plak.heee :)

ENCIK NAKAL : makan sebijik boleh lagi tuu.hehe.

:: noremy bte rahmat :: said...

terliur lak tgk kuih koci nie..

mmg sgt suka kuih koci...

z.u.n.a.i.d.a said...

kemahin g budak ni main masak2..hehehehe

merah..dah wat byk2 tu courier lakat aka skit..eee kedekut la merah ni! hehehehehehe

merah ditag lagi http://aderkukisah.blogspot.com/2011/02/1st-ga-pearl-by-moon.html

sesambil dh singah ni klik la mana y ptt..tgn ni selalu gatal jer!

amier azrul alias said...

sdap la plak kuih nih..
adeihh

Tulip said...

suka kuih neh...
nak belajar dgn mak...
tapi mak kata rumit..
so dia malas nak ajar..huhuhu
sedih....

Aqila Safuan said...

wow. jeles tengok org pandai buat kuih ni .

yad'z said...

patutlah laen macam jek tengok.. bentok piramid rupenyer.. hehehe... cube wat bentuk heart ke, tanglung ke... hehehehe