Aug 18, 2011

Kempunan ikan singgang & sambal belacan

Assalamualaikum wbt

Biasalah duduk jauh dari negara, rumah dan keluarga, makanan yang simple yang biasa orang tak pandang pun aku boleh mengada nak makan. Nak juga makan sambal belacan yang pedas-pedas gilerrrr tu bersama kuah singgang masam-masam tuuu. Ohh sedap benor dengan nasi panas lembek-lembek skit. Jadi petang selasa tu (maklumlah hari selasa je aku kena masak, hari lain orang lain) aku try la nak pi cari lengkuas nak letak dalam ikan singgang tu.

Tapi sebab BI aku ni ntah pape aku kena cari dulu apa lengkuas dalam ENGLISH. Mana tahu nanti jumpa lengkuas pun boleh confuse rupanya dengan halia ke kan. Haha. Walaupun jauh beza. Ok dah google, lengkuas dikenali sebagai GALANGAL. (Kalau nak tahu camni la aku bila nak beli rempah-rempah kat sini, kena google dalam BI dulu. Hahaha)

Rumah depan WOOLWORTHS senang kerja jalan 45 saat dah sampai kat bahagian sayur mayur. Cari punya cari takda pun. Halia banyaklah setimbun. Aku pun balik tanpa lengkuas. Nak tak nak aku masak juga ikan singgang tanpa lengkuas. Huhu. Nasib baik rasa masam dia ok dah. Boleh la makan cuma rasanya kurang kick dan penuh dengan kekurangan T.T

Nasib baik juga sebab dapat hasilkan sambal belacan meletup yang jadi penyelamat. Pedas yang molek-molek. Huhu. Campur pula makan dengan sayur kacang panjang goreng hati ayam kering cukup la untuk membuatkan perut gembira selepas berbuka. Alhamdulillah for this food ya Allah J




Ikan singgang mudah tanpa lengkuas

Bahan-bahan
Seekor ikan - aku guna salmon trout je, tu je yang paling murah. Bersihkan.
4-5 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - potong dadu
Halia - 1 inci, tapi sebab aku guna minced ginger, letak lebih kurang 1 sudu besar
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil asam jawa - gaul & larutkan dalam setengah mangkuk air
4-5 keping asam keping - aku suka masam tu letak 5, nak kurang masam letak je la 3
1 sudu kecil serbuk kunyit - nak molek letak kunyit hidup tu.
3-4 cawan air - ikutlah nak kuah banyak ke tak
Cili padi - ikut suka nak pedas letak banyak
Garam
Gula

Cara-cara
1. Letak semua bahan ke dalam kuali kecuali ikan.
2. Bila dah mendidih letakkan ikan dan perasakan secukupnya dengan garam gula.
3. Agak-agak dah empuk ikan tutup api (5-10 minit).
4. Hidang dan ambil gambar makan.



Princess of the day


1 comment:

teratai said...

salam..

ohh agak berbeza ikan singgang ni sbb letak halia n serai,mungkin boleh cuba buat!