Aug 19, 2011

Untungnya jadi lelaki di bulan Ramadan

Assalamualaikum wbt

Hari ni dah masuk 19 Ramadhan. Lebih kurang 11 hari lagi tinggal!!! Jadi apa sepatutnya kita rasa? Happy ke sebab dah nak habis jadi dah nak raya, boleh shopping baju raya banyak-banyak. Lepas ni tak payah dah nak kena tahan lapar dahaga segala ni? Gitu keee?

Wuuu lepas ni dah habis la musim orang berkejar-kejar buat amal kebaikan dan amal ibadah. Makin kurang la manusia gi masjid ye dok? Bakpe la gituu. Orang semangat gi time awal Ramadan dan pagi raya tu. Solat fardu yang WAJIB tu kan lagi molek wat kat masjid. Bukannya masa bukan bulan Ramadan masjid tu tukar jadi muzium pameran. Haa jadi janganlah usaha semasa bulan puasa terhenti bila bulan puasa habis ye.



Cakap pasal bulan puasa ni, sedia maklumlah ibadah yang boleh dibuat oleh seorang lelaki itu ternyata lebih baik dan sempurna jika nak di banding dengan perempuan. Itupun kalau si lelaki tu betul-betul hargai peluang ini yang hanya datang selama sebulan sahaja. Bukannya nak kata ibadah kita orang perempuan tak baik dan tidak sempurna. Cumanya kita ni sedia maklumlah ada certain-certain masa tak boleh puasa kan ye dak. Happy ke bila tak boleh puasa tuu? Teeeeeettt jawab sendiri.

Bila tibanya masa tu, nak puasa tak boleh, nak solat pun tak boleh, pegang Quran pun tak boleh, mengaji apatah lagi. Masa orang semua pergi solat Terawih di masjid, kita yang tak boleh pergi ni tetiba rasa sunyi. Padahal sebelum ni tak pernah pula rasa sunyi tinggal rumah sorang-sorang. Hehe. Lainlah kalau ada geng kurang sikit rasa kesunyian di situ :D

Pengisian rohani pada waktu begini juga agak merosot, yelah biasanya masa solat tu lah baru ingat nak berdoa, masa mengaji tu lah baru reti nak membaca terjemahan/tafsir. Rasa hidup lebih bermakna bila buat perkara tu semua. Cehh cakap macam tak buat pape je kan. Kehkeh.

Ok lah sebenarnya kesalahan diri sendiri yang tak nak usaha bagi makanan rohani kepada diri sendiri. Memang masa ni kurang ibadah-ibadah besar yang kita boleh buat. Tapi doa kan bila-bila masa pun boleh buat. Quran tu pula, kita hanya mampu dengar recitationnya. Cubalah dengar KORAN BY HEART, Quran recitation by Nabiollah, sejuk perut yang mendengarnya. Hee :D

Tapi memanglah keadaannya tak sama masa kita boleh puasa dan solat. Masa 'hari itu' rasa tak sabar-sabar nak habis. Macam rindu rasa nak solat. Hehe. Sebenarnya masa bulan Ramadan nilah kalau boleh hari yang diperuntukkan untuk ‘hari itu’ dipendekkan dan kalau boleh sedikit yang mungkin. Kalau tak jenuh nak kena ganti! Ibadah dan pahala untuk dikumpul semasa bulan puasa pun semakin sedikit! Ah tak acilah lelaki!! Boleh puasa penuh. 

Ni belum kira kalau kes perempuan yang ‘hari itu’ sampai berbelas-belas hari dan jatuh pada hujung Ramadan. Masa hujung Ramadan tulah kalau boleh nak double triple (lepas triple ape ye?)kan amalan ibadah dan pengabdian kita sepenuhnya kepada Allah. Mana tau kot-kot terkena pada malam Lailatul Qadar kan untung tu. Haa tapi janganlah anggap bila tibanya ‘hari itu’, tiada apa kita boleh buat.

Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagia kamu atas sebahagian yang lain. [Kerana] bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia Nya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (4:32)
Surat cinta dari Allah saat hati merasa cemburu terhadap kaum adam.


Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga
Wah tak terjaugkau dek akal ganjarannya!




Rasanya untunglah perempuan yang rajin dan suka memasak. Dah masak tu jangan masuk perut sendiri je. Pas-pas lah kat aku jugak orang lain terutamanya yang berpuasa. Lebih-lebih lagi orang yang benar-benar menjaga puasa dan ibadahnya yang lain. Mudah-mudahan pahala orang tersebut kita boleh dapat sekali. Best kan? OK semua pi belajar memasak sekarang! Err tak payah yang dasyat-dasyat macam nasi beriyani ke apa, simple-simple kuih muih mahupun agar-agar pun boleh asalkan ikhlas nak bagi untuk orang berbuka puasa.

Apa yang Allah ciptakan dan apa yang Allah jadikan dah terbaik buat kita walaupun kadang-kadang rasa tak puas hati ye dak? Setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya. Jadi yakinlah dengan Allah dan jangan mudah rasa putus asa dengan ketentuan Allah. Mudah je nak dapat pahala kalau kita perempuan ni tak boleh berpuasa. Nikmat pahala tu mudah-mudahan boleh dapat, tapi yang kurangnya hanyalah rasa kemanisan iman ketika beribadah tu. Masa duk sujud dalam solat duk ingat Allah, feeling dia lain tau. Haa orang yang rasa ni je yang akan faham perasaan ni, jadi aku rasa lelaki tak faham kot apa rasanya ni. Korang mana nak ada hari special yang Allah bagi cuti. Huhu.

Sebagai lelaki hargailah peluang yang perempuan tak dapat ni. Korang kalau sia-siakan memang rugilah sangat-sangat, sedangkan kita perempuan-perempuan ni nak sangat puasa penuh seperti korang tau.


Maksimakan amalan di bulan yang mulia ni. Perempuan laki sama je. Gunakan Ramadan ni sebagai titik tolak kepada perubahan yang lebih baik. Bukannya cakap “aku harapkan Ramadan kali ni lebih baik dari sebelum ni” tapi kau tak buat apa-apa. Duk diam je. Tak jadi la gitu.

Gandakan amalan sunat & sedekah, tinggalkan perkara-perkara lagha & perkataan tak senonoh, tinggalkan awek-awek, mula berkepit dengan al-Quran, singgah selalu ke masjid & mudah-mudahan Ramadan tahun ni betul-betul dapat meninggalkan kenangan manis buat kita semua. InsyaAllah.


10 comments:

~RizaL~ said...

tp yg sedih ckit ramai nya laki tak puasa tanpa sebab apa2..
padahal puasa separuh hari je..
haish.. =="

jom singgah =>
Berat kew Ringan Blog nie..??

Anonymous said...

Assalamualaikum cik merah.

nice sharing lah..;) moh sama-sama memasak bila xleh buat kerja lain..hehe;)

Unknown said...

hehe lelaki pon ade tak 'hari' tak pose?hehe tue la cepat la habes 'hari' tue..huhu nnt kene ganti bnyk hr =)

teratai said...

walaupun kita org pompuan x dpt pose penuh tp pahala tetap dpt jika buat kebaikan, sedekah n bzikir spjg masa x leh pose tu...

Qaseh Dalia said...

tahu xpe .. tapi semua tu ada sebab

eita said...

kadang2 tu ramai jugak lelaki yang tak hargai kelebihan tu....

aliza said...

lelaki bijak auta je.. ppn buat time boleh time x boleh x pa.. bukan lama noo x bolehnya.. llki asyik ada alasan je, gastrik arr,.. x sahur aar, lupe niat arr.. terkorek idung aarrr.. kisah adik2 akak aarr sumer llki kan..

Unknown said...

nice lah entry ni!

CikTeddyCorner said...

Allah mnciptakan sesuatu itu penuh berhikmah..

AimiiiLove said...

entry terhebakk! hee

best lah.mmg lah jd llaki,tak pyah nk kne ganti pose mcm girl,tp tulah beza antra lelaki ngan ppuan.msing2 ad klbihan dan klmhan sndrik. :)