Aug 12, 2011

Pesta Ibadah : Better Late than Never!

Assalamualaikum wbt

Dah seminggu lebih kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat ni (sebenarnya dari minggu awal puasa dah type ni tapi tak reti-reti nak publish. Huhu). Dah masuk fasa keampunan dah kita ye. Berapa banyak dah kita laburkan masa dan tenaga supaya diri kita diampunkan dari dosa-dosa silam? Cukup dah ke?

Menarik comel! :D
Kenapa ye bila bulan ni je semua kata bulan yang berkat lah, bulan untuk buat amal ibadat la. Bulan untuk tutup aurat laa. Opsss. Hehe.

Bulan lain tak boleh beramal ibadat ke? Bulan lain boleh la buat jahat? Bulan lain boleh la letak gambar tak tutup aurat di FB?

Bukan macam tu. Jadi apa kelebihannya bulan Ramadhan ni?

Jom teliti hadis-hadis dan ayat-ayat di bawah ni.

Nabi SAW bersabda, “Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan di ampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

"Telah datang padamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka sambutlah kedatangannya. Telah datang bulan siyam(bulan puasa) membawa segala keberkatan, maka alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HR Ath Thabrani)

"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Oleh demikian sesiapa yang melihat anak bulan maka hendaklah ia berpuasa, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka hendaklah ia menggantikannya sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (al-Baqarah : 185)


Bulan Ramadhan ni lah Quran Kareem yang suci diturunkan kepada seluruh manusia sebagai panduan. Diajarnya kita bagaimana untuk berpuasa. Bagaimana untuk beribadah dengan tertib. Hukum hakam kehidupan. Lembaran-lembaran ayat yang setiap ayat itu sepatutnya dijadikan panduan dan teladan kepada kita.

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.

Ni antara kelebihan bulan Ramadhan yang kita boleh lihat mengapa bila start je bulan ni orang berlumba-lumba melakukan ibadah dan amal kebaikan. Macam pesta (bukan pesta jualan baju raya ye), semua orang nak participate dan meraikannya kan? Takkan kita tak nak terlibat sekali ye dak?

Bila kita puasa ni apa kita dapat?

Pernah fikir tak apa kita dapat? Memanglah suruhan Allah tapi takkan kita tak terfikir apa yang kita nak capai, takkan setakat puasa, tahan diri dan lapar je? Dapat pahala? Ya, jika kita ikhlas melakukannya.

Di penghujung bulan puasa, orang yang benar-benar melakukan puasa dan ibadah hanya kerana Allah taala, insyaAllah dapat mencapai keTAQWAan kepada Allah swt.

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. (al-Baqarah : 183)
Allah seru panggil kita "wahai orang-orang yang beriman", tak tersentak ke dalam hati adakah itu kita? Tak sedar ke Allah tengah nak cakap dengan kita ni cumanya melalui al-Quran. Surat-surat CINTA dari Allah swt yang sering kita abaikan. 

Sayyid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai takwa. Takwa itulah yang bersemarak dalam hati ketika mengerjakan fardu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredaan-Nya.

Pssstt TAQWA ni camne ye senang kata?

Taqwa itu ialah rasa takut kepada Allah, takut nak buat salah & dosa, taat dan patuh kepada perintahNya dengan seikhlas hati. Takut yang bukan takut tak tentu hala tu. Rasa sayang dan cinta dalam hati. Dia tu pemilik nyawa kita, Dia tu selayaknya kita memohon apa pun, tanpa Dia terkapai-kapailah kita. Sentiasa mengingatiNya dalam apa jua keadaan. Apa-apa kita nak buat kita fikir sama ada perbuatan itu akan memurkai Dia ataupun tidak. Kita cuba sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan kita sebagai seorang muslim.

Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".

Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".

Nak capai ketaqwaan bukan setakat dengan puasa tahan lapar dan dahaga sahaja. Ia perlu dipenuhi dengan amal ibadah yang mantap dan solid. Antara yang boleh kita lakukan sepanjang bulan puasa ni adalah (bulan lain pun boleh sebenarnya J):

·         Perbanyakkan mengaji al-Quran. Khatam lagi bagus. Tipsnya di  setiap waktu solat paling kurang 4 mukasurat insyaAllah boleh khatam. Tetapi kalau perempuan bajet-bajet la juga ye takut-takut tak boleh puasa pula. Hehe. Kena baca lebih sikit laaaa.
·         Tadabbur ayat Quran. Fahami maksud cuba hayati apa yang nak disampaikan. Refleks balik kepada diri kita dan kehidupan seharian.
·         Baca kisah Rasulullah contohnya Perang Badar.
·         Mendampingi orang-orang soleh. Boleh la diambil ilmu dan diamalkan. Tapi susah nak cari orang soleh? Gi masjid la, duk dalam mall memang la tak jumpa. Hoho. Takpun kalau suka online tu,  rajin-rajinlah baca artikel yang boleh menambah iman, mudah-mudahan senang tergerak hati nak melakukan ibadah.
·         Berzikir memuji Allah tak mengira waktu dan tempat.
·         Perbanyakkan solat sunat : Dhuha, Rawatib, Tahajjud, Hajat, Witir, Taubat etc etc. Yang penting terawih!!!!
·         Sedekah banyak-banyak. Tak kisahlah duit ke tenaga ke mahupun senyuman --> jangan pula kau senyum kambing je sepanjang hari........ J

Checklist jum cek lengkap dak lagi!!!

Banyak ni nak kena buat. 10 hari dah lepas tapi rasa amalan tak cukup bagus je. Dah terlambat ke kalau aku baru nak mula sekarang? Nak khatam Quran mana sempat dah sebab 10 hari terlepas = 200 pages dah, camne nak kejar??? Susahlah sebab cik Merah kasi tips untuk khatam dalam 30 hari (kira lah sendiri weh, tolonglah). Oh Ramadan tahun depan  je la.

Ala ni dah terlepas 10 malam nak terawih. Bukannya boleh terawih penuh pun tahun ni. Kecewa ni sebab dah terlepas tapi…Tapelah tahun depan je kita buat terawih sungguh-sungguh. Tahun ni sekejap pergi sekejap terlentang kekenyangan atas katil.

Ehem ehem. Tahun depan ye? Sempat ke kita nak jumpa Ramadan yang tahun depan tu? Anggaplah ini Ramadan kita yang terakhir dan gunakanlah ia sebaiknya. Wallahu a'lam~


ps 1 : Syaitan tak ada nak hasut-hasut kita masa bulan Ramadan ni, senang la beribadah, tolonglah jangan sia-siakan peluang ni. Tolong lahhhh!
ps 2 : Syaitan takda, NAFSU ada lagi, tolong lah jaga juga ye :D
ps 3 : Jangan lupa bangun sahur walaupun mengantuk mata suku je boleh buka -.-



2 comments:

Qaseh dalia adelia said...

bulan ni bulan istimewa ,,setahun sekali , bulan lain pun kena jadi baik jugak ..tapi bulan ni lah kita boleh byk pahala ...ngeee

feza said...

nice entri..