Selalu dengar mi bandung Muar kan. Oleh sebab aku duduk kat Kuantan, jadi mi bandung aku buat ni Mi Bandung Kuantan. Oh banyaknya repitisi perkataan Mi Bandung. Ikutilah resepinya kalau nak tahu:
oh itu dia mi bandung. |
Bahan-bahan (ni untuk 6 orang makan):
Mi kuning 2 paket
Udang (ikut la nak berapa ekor)
Sotong (ni pun sama macam udang)
Bebola ikan (ikut suka juga)
1 biji lobak (potong panjang)
Kubis bunga
Sawi
Tomato sebiji belah 4
4 ulas bawang putih
3 sudu besar bawang kisar
3 sudu besar cili kisar (kalau taknak pedas kurangkan ye)
Sos tomato
Sos cili
Tepung jagung + air
Garam
Gula
Minyak
Cara-cara:
1. Bersihkan udang dan rebus udang bersama 1 liter air untuk diambil air rebusannya. Udang jangan dicabut kulit dan kepala masa rebus. Boleh buang kulit dan kepalanya setelah direbus. Tu pun kalau rajin. Macam dalam kes aku atas permintaan adik aku yang pemalas jadi aku tunaikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kisar sehingga garing. Bukan hangus ya, jadi guna api sederhana sahaja.
3. Tumis cili kisar sehingga garing juga.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato (agak-agak sendiri banyak mana – rasalah kalau nak tahu)
5. Masukkan air rebusan udang.
6. Letak sayur-mayur dan fishball.
7. Letak udang dan sotong. Jangan masak seafood lama-lama nanti keras.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ingat jangan letak banyak-banyak sebab ada garam & gula tersembunyi dalam sos-sos yang diletak.
9. Nak pekatkan kuah letak air bancuhan bersama tepung jagung.
10. Kacau-kacau dan ceduk bersama mi kuning.
p/s: Mi Kuning tu rendam dengan air panas untuk seminit dua kemudian celur. Aku buat 3 kali kalau boleh nak basuh sampai jadi putih mi tu. Haha.
10 comments:
emmm.....mesti sedap ni.....nak sikit...hehehe
pergghhh...menjilat dahi tu...
haha.sile2 masak sendiri.
wahh..nampak sedap..resipi keluarga ke ni?
hihi.ni resepi campak dan siap.hoho.
whoa...sedapnya!!yummy~!!
mmm..blog ni buat perut jadi lapar.mi bandung berasal dari Bandung ke?
errr tak tahulah pulak asal dari mane.hik3~
nyum nyum
mesti sedap kan ?
i da follow
sudi-sudi la follow i ya =)
Post a Comment