Assalamualaikum wbt & haluuu..
Cewahhh pretty girls ke? Hihi. Of course because they are my mom and my sisters. Kalau tak kata cantik nanti maknanya aku sekali tak cantik la kan? Opsss. Hihi. If the gravy does not fall on rice, where else right? (haha suka-suka hati aku je – maklumlah mood post ni ialah suka hati J)
Plan nak keluar dari hari Jumaat lagi, konon nak pergi cari kasut sekolah budak 3 orang tu. Kami yang dah besar ni ikot je lah teman mak dan adik-adik. Masa ni ayah outstation, malam jumaat tu dah eksyen macam-macam kat ayah konon nak gi makan Pizza Hut la, jalan sana sini la. Tup tupnya, esok bangun lambat semua orang sebab berblogging. Ish ish ish. Lepas wat mesyuarat tergempar, kami semua bersetuju untuk keluar hari Sabtu.
Hari Sabtu, 25 Disember 2010
10.00 pagi
Huwarrghh aku baru bangun tidur. Aku jenguk bilik mak. Ingat tidur lagi rupanya kantoi dah aku tengah mengintai. Aku sambung guling-guling lagi atas katil mak. Hihi. Mengantuk lagi. Bersiap-siap nak keluar la weh!
11.20 pagi
Keluar pergi Giant untuk makan. Aku pekena kegemaran aku iaitu mi hotplate yang paling sedap selama pernah aku makan. Kenyang. Alhamdulillah.
12.00 tengahari
Mak parking kereta tepi jalan je nak gi beli kasut untuk budak 3 orang. Aku kena jaga kot-kot ada orang nak keluar dari parking mereka. Jalan busy. Aku takut. Wuuu. Aku pun main undo-undo kereta la sepanjang tu. Huhu.
12.30 tengahari
Pergi Kuantan Parade. Wahhhh aku suka sebab banyak kedai boleh shopping. Haha. Aku ni dah lama dah nak cari tudung scallop siap jahit tapi sampai sudah tak jumpa. Huuu. Tapi aku jumpa kedai kasut yang cantik menarik tertarik. Aku pun beli sepasang sandal. Ohh sukanya. Kedai ni dah boleh ganti kedai kasut Verns di hatiku. Hihi. Cun kot. Namanya Spiffy.
Lepas tu, adik-adik aku nak makan aiskrim mcD. Beratur la kami. Dah sampai turn, order-order pastu masa orang jual tu nak bagi entah macam mana aiskrim cone tergolek terjatuh atas tangan aku. Sejuk tangan aku sekejap. Adik-adik aku jerit macam apa. Aaaaaa!! Padahal tu tangan aku. Cehh. Habis semua orang yang beratur belakang tu gelak. Malu jek. Tapi dapat ganti aiskrim baru. Suka-suka.
kedai kedua - seronok mereka makan aiskrim |
Jalan-jalan lagi. Rupanya kedai Spiffy tu ada 2 buah dekat situ. Satu lagi kat tingkat atas. Mak aku pula duk tengok kasut. Akhirnya satu pasang lagi bertukar tangan. Jadi kami semua dah ada kasut sekolah. Yeay! Kecuali Angah. Hihi. Bersabar la anda ye. Nanti adalah rezeki anda.
2.45 petang
Masuk kereta, start enjin dan pulang ke kediaman kami. Cewahh. Mak tanya nak makan apa malam ni. aku pun dengan suka hati menawarkan nak masak mi bandung. Sebab aku rasa nak makan. Hoho. Jadi pergilah Tunas Manja pi beli barang-barang nak buat mi bandung tu.
3.15 petang
Sampai la ke rumah, dan kami semua cuba mencuba kasut baru. Selok sekejap dan snap-snap photo. Ehh, dah lewat! Zohor tak solat lagi. Dah-dah pergi solat pula. Semua pergilah solat dan panjatkan kesyukuran dengan kurniaan hari ini. Syukur Alhamdulillah.
4 comments:
mentang cuti.. leh le kuar merata2. haha,,,
ni.. saya dah jadi followe yang ke 50.. hihi.. takdak award ke?? hahaha
haha.beselahh cutilah harus diguna sebeknyee.
errr awardd???TAHNIAH dari ku.hahaha.
sori yee cik merah . tadi buat entry pasal header cik merah . so pinjam header kejap . kekeke :)
click sini untuk tengok :)
http://aliahhasanah.blogspot.com/2010/12/banner-diorang-comel.html
ohh da tgk!hehe oke2. :)
Post a Comment