Assalamualaikum wbt!
Biasa kan kita dengar ungkapan seperti di bawah:
· “Mintak-mintak penjual kedai kat hujung sana jual baju ni murah sikit”
· “Harap-harap cikgu tengah happy masa tanda kertas aku dan bagi aku markah tinggi”
· “Mintak-mintaklah lecturer tak buat soalan susah sangat”
· “Aku harap lecturer tak reject la topic aku kali ni”
· “Aku harap parents aku bagi aku pergi bercuti kat langkawi dengan kawan-kawan”
· “Aku harap mak aku tak marah aku sebab hilangkan duit yang dia bagi tu”
· “Harap-harap sihatlah aku lepas makan ubat mahal ni”
· “Aku harap dia maafkan aku”
· Apa-apa ajelah yang sesuai
Ungkapan ni biasa kita tuturkan tanpa kita sedari. Mungkin bukan niat kita untuk bersandar pada seseorang namun itulah yang telah kita maksudkan melalui ucapan-ucapan tersebut.
Mungkin kita beranggapan bahawa perkara ini hanyalah perkara kecil, tak ada salahya bertutur sedemikian. Tapi ingatlah, mukmin yang sebenar wajib mengesakan Allah dalam doa, tawakal dan harapan dalam apa jua urusan yang hanya mampu dilaksanakan oleh Allah.
Tukarlah ‘dia’, ‘lecturer’, 'parents’, ‘ubat’ ataupun sesiapa sahaja kepada tuhan kita yang satu iaitu ALLAH s.w.t.!
Kita jangan lupa, walaupun kita duk mengharap kat manusia, tetapi yang sebenarnya pegang hati manusia-manusia ni adalah Allah.
“Harap Allah lembutkan hati (sesiapa sahaja yang korang hajatkan)”
Kita kadang-kadang lupa siapa yang tentukan semua ni.Pengharapan kita tersalah tempat.Pergantungan kita tersilap hitung& mulut tersasul berharap kepada yang tidak berhak.
Walaupun kita tahu Allah yang pegang hati-hati ni, tapi tu bukan bermaksud kita tak payah berusaha apa-apa dan tunggu je bulan jatuh ke riba. Takkan mungkin terjadi kerana Allah dah kata,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah keadaan diri mereka sendiri” (13:11)
Contoh 1 : Sakit
Kita tahu yang menyembuhkan kita adalah Allah. Ketentuan Allah yang menjadikan kita sama ada kita sihat atau terus sakit. Tapi apa usaha kita? Buat dek je? Kita makan ubat ikut waktu, dapatkan rehat secukupnya dan berdoa kepadaNya! Jadi bukannya bila sakit tak payah makan ubat, tak payah usaha nak sihat sebab Allah yang tentukan. Tapi jangan pula bila makan ubat tu berharap ada yang ajaib pada ubat tu. Yang ajaib hanya Allah je yang boleh bagi J
Sedapnya ubat cik Google (: |
Contoh 2 : Exam
Exam memang susah. Ada ke yang senang? Tapi kalau kita tak usaha belajar, buat nota mind map segala tak tidur siang malam ada ke nak dapat A+ ataupun paling mudah untuk pass course tu? Lainlah kalau dah otak genius, datang lecture je dah boleh ingat segala (usaha lah juga tu ada datang lecture). Dah penat-penat usaha, kita serahkan semuanya pada Allah (bismillahi tawakkaltu 'alallah), berharap pada Allah agar result nanti OK, bukannya berharap pada lecturer tu bagi markah baik punya.
Sebab tu mula-mula sekali kita cuba & berusaha, kemudian berserah & bertawakkal kepada Allah dan akhirnya berdoa, berharap, meminta dan bergantung sepenuhnya kepada Allah bukannya pada orang/manusia lain. Percayalah, apa jua keputusannya nanti adalah terbaik buat kita dan mendidik diri kita untuk menerima dan redha dengan ketentuanNya.
(benda cliche dah berjuta kali orang cakap "usaha, tawakal dan berdoa" resepi kejayaan, tetapi ni nak cakap lagi. Bosan lah??! Tak ada point lain ke? Memang tak ada sebab kalau betul-betul manusia seluruh alam dah buat macam ni tak akan adanya kes down tak tentu hala, jadi gila, bunuh diri, terjun bangunan etc etc. Fikir-fikirkan lah ye, apa kita tahu tu kita praktikkan ke tak sebenarnya)
Kita bila berharap, carilah Allah
Kita bila kesusahan, mintalah padaNya
Kita bila bersedih, mengadulah kepadaNya
Dekatkan diri kita kepadaNya
Barulah Dia akan sentiasa bersama kita!
Ha ingat ni, jangan buat-buat lupa :
11 comments:
hehehe... ayat yg kat ats tu mang common2 semua penah ckp.. =)
btw, kuasa Allah tu yg menentukan segalanya.
thnks m'bwa zie k'entry nie~ suke entry nie sangat3..betul ape yang d'katakan 2.. wink3 >_<
tq yaa..tq 4 sharing..=)
kalu sudi komen la n3 ifa nie..
tq ye..
http://tiefazatie.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html
nice entry :)
Nice entri dear..
betul tu..kita selalu sangat mengharap pada manusia.. :)
Suka entry ni!
thanks ingatkan..hehe
betul2... kadang2 kita terleka
thanks entry ini baik :),
*" “Aku harap parents aku bagi aku pergi bercuti kat langkawi dengan kawan-kawan”,ye memang parents saya dah benarkan pun.
hehe..memang pernah ada ckp camni!!hihihi..dan pernah juga tau hal ni..=)
mohon share...
Post a Comment