Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Oct 26, 2011

3 kul







Lokasi : Bilik si anak yang berumur 7 tahun.

Si ibu masuk untuk melihat keadaan puterinya. Tepat jam 9 malam. Masa untuk tidur.

Mama : Dah gosok gigi dah?
Anak : Erm dah mama.
Mama : Ce sini sikit mama nak bau wangi ke tak mulut anak mama ni. Nganga.
Anak : Aaaa..
Mama : kenapa tak bau ubat gigi pun?
Anak : Heee (senyum kambing)
Mama : Haa, gosok gigi kena guna ubat gigi nanti gigi cepat buruk, rosak. Pergi gosok semula.

Si anak berlari-lari anak menuju ke toilet untuk menggosok gigi semula.

Anak : Okay dah maa.
Mama : Bagus-bagus okay meh salam mama. Sebelum tidur along kena buat apa?
Anak : Baca doa tidur, ayatul-Qursi dan 3 kul.
Mama : Tau tak macam mana nak baca?
Anak :  Tahu! Tape biar along baca sendiri.
Mama : Okay okay.

Tiba-tiba mendengar tangisan anak kecilnya yang berumur 9 bulan. Meminta untuk diangkat dari katil di bilik sebelah. Dikendongnya anak kecil itu dengan penuh kasih sayang.

Kemudian mama masuk semula ke bilik anak sulungnya.

Mama : Eh dah habis ke? lajunya baca. Betul ke tidak ni?
Anak : Betullah, doa tidur yang Allahumma bismika ahya wa amutu.
Mama : Ayat Qursi?
Anak : Allahulaa ilaha illallah………….wahuwal aliyyul adzim..
Mama : 3 kul?
Anak : KUL KUL KUL..
Mama : Laaaaa..sapa ajar macam ni niii…
Anak : Hehe (senyum kambing lagi…)



p/s: Ajari anak dari kecil, didiklah mereka mengikut ajaran Islam dan sentiasa meluangkan masa untuk mereka. Anak itu tanggungjawab. Baiknya didikan dari rumah, baiklah jadinya anak itu (insyAllah). Jangan sampai dah besar, terikut-ikut pengaruh tak elok, dah payah nak control.

Mood : rindu mak ayah T.T 

Jul 13, 2011

Dulu kau sikit pun tak hiraukan aku, sekarang bukan main lagi!




Kalau dulu, kau buat kerja senang je kan. Cakap 2-3 patah aku dah boleh terima. Aku ikut. Kau pun hantar pekerja taraf buruh kasar je kat aku, sebab senang sangat nak tackle aku. Bila aku mula berubah, kau pun mula gelabah. Sekarang bukan main kau ambil berat pasal aku, sikit-sikit nak bertempek dekat aku. Siap bos pun turun padang.

Aku cuba untuk menyempurnakan solatku. Bukan setakat melaksanakannya menggunakan anggota. Aku inginkan ia ke dalam jiwa. Namun kini aku merasakan semua generasi kau nak membisik ke telinga aku, nak kacau aku solat. Aku nak kusyuk sehingga ke salam yang terakhir! “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. Ampunkan aku ya Allah.

Seawal waktu solat, azan berkumandang. Aku leka study untuk exam. “Kau study bukannya buat perkara melalaikan. Solat sekejap lagi. Siapkan study kau dulu”. Itu kata-kata kau. Kadang-kadang aku termakan pujukan kau. Padahal aku tahu itu silap. Yang utama tetap utama. Adakah sepatutnya aku tenang sedangkan tanggungjawab aku belum terlaksana? Ampunkan aku ya Allah.

Bila aku terniat nak solat solat sunat, kau mula bisikkan “Kan solat wajib dah buat, dah cukup la tu” “Nak buat pun buat 2 rakaat je, tak payah banyak-banyak”. Semakin lama semakin kurang solat sunatku kerana bisikkan kau. Namun tidak selamanya Allah membiarkan hambaNya di bawa arus kelekaan. Ampunkan aku ya Allah.

Bila aku berniat nak puasa sunat, kau buat aku terfikir yang hari ni aku nak study. Perut tak boleh lapar nanti tak boleh nak study. Hari ni banyak kelas nanti penat. “Ah! Kalau bulan Ramadhan macam aku tak perlu study, tak perlu pergi kelas”. Ampunkan aku ya Allah.

Aku ingin menjaga penampilanku. Kalau dulu setakat tutup apa yang patut sudah memadai, kini aku rasa perlu lebih lagi. Aku juga perempuan, mencintai kecantikan dan fesyen mengikut peredaran zaman. Malaysia panas. Nak pakai skin socks / inner pon kadang-kadang fikir 5-6 kali. Fikir-fikir NERAKA LAGI PANAS.  Jika pakai tudung singkat sikit kau mula memujuk “tapelah tutup lagi tu takkan nak tukar dah lewat” “ Orang lain ramai lagi yang singkat”. Tapi bila kena tiup angin selak2 la oi. Itulah silapnya. Membandingkan diri dengan yang kurang dari kita. Sepatutnya perbandingan harus dilakukan dengan mereka yang lebih baik berbanding diri ini. Ampunkan aku ya Allah.

Dari kecil diajar mengaji. Jika dulu mengaji macam Chipsmore, hari ni mengaji 2 hari tak. Sebab tak mengerti. Sekarang Alhamdulillah setiap hari. Namun kadang-kadang ada halangan yang menyebabkan aku  tidak sempat melakukannya pada waktu kebiasaan. Pelbagai alasan pula timbul “Kau penat & mengantuk, berehatlah. Kau kan dah selalu mengaji”. Padahal kalau taknak sangat pun baca sehelai muka surat pun jadi. Bukannya suruh habiskan satu al-Quran. Ampunkan aku ya Allah.

Dulu aku hanya tahu buku kecil itu mengandungi bacaan al-Mathurat. Kini baru aku diberi pendedahan apakah ia dan apakah gunanya. Mula-mula mendekatkan diri dengannya, aku bagaikan berperang dengan diri sendiri. “Kenapa panjang sangat,tak boleh pendekkan ke?” “Malaslah nak kena baca panjang-panjang” “Kenapa kena baca 3 kali?”. Namun ada yang memberitahuku Mathurat paling pendek adalah Mathurat Sughra yakni bacaannya tetap 3 kali. Alhamdulillah mulutku kini fasih menyebutnya. Aku semakin merasa keindahannya. Syukur ya Allah.

Niat nak bangun Qiam dah ada. Study dan online sampai tengah malam. Berfacebook sampai lupa diri. Sebelum tidur terfikir pula nak bangun ke tidak. Kau sengaja membisikkan “dah tidur lewat tak payah lah bangun awal-awal. Esok lusa tahun depan boleh”. Aku tertidur sehinggakan subuh aku juga terbabas. Ampunkan aku ya Allah.

Bila tengok couple dapat hadiah romantik-romantik gitu, rasa best je mereka. Kau pun mula membisikkan kepada aku “Itulah best ada pakwe ni. Sekarang kan ada Couple Islamik. Tak adalah salah di sisi Islam. Pandai jaga diri tapelah”. Secara halus kau membuatkan yang haram menjadi halal mengikut cara kau! Tidak mengapa, Allah lebih romantik pada aku, dia sentiasa ada walaupun aku kadang-kadang tersasar mengikut kau. Dia kembali menyedarkan aku. Ampunkan aku ya Allah.

Bila aku nak sedekah je kau kata macam ni kat aku “haa bagi banyak sikit, boleh tunjuk kat makcik tudung kelip-kelip sebelah sana”. Bila duit kertas RM50 je ada duit syiling pula bertimbun kau bisikkkan kepada aku “malulah bagi duit syiling nanti orang nampak macam kau pula kedekut. Bagi je duit kertas tu”. Aku pun terfikit-fikir, cis aku diperbodohkan kau. Keikhlasan hilang ke mana? Astagfirullahalazim. Ampunkan aku ya Allah.

Aku ada mata. Kadang-kadang terlihat sesuatu yang kurang manis di mata. Perempuan yang terdedah auratnya. Pasangan yang tidak segan memadu kasih dikhalayak ramai. Mulut kekadang tersasul mengecam orang. Mengutuk. Mengeji. Mengumpat. Kau berbisik-bisik padaku “teruknya orang tu..” “Teruknya dia itu..” “Teruknya dia ini..”. Lupakah aku bahawa kau juga yang menyebabkan mereka jadi begitu. Lupakah aku juga pernah buat silap. Jangan mudah merasakan diri paling baik. Teguran itu perlu namun kutukan jangan. Aku juga insan hina dina. Ampunkan aku ya Allah.

Hiburan semakin mudah meresap ke dalam jiwa muda mudi. Lagu, drama & reality shows mendesak aku merasa keindahan yang sementara. Kau membisikkan “Rancangan ni bagus boleh release tensen” “lagu ni best kalau kau tak tahu lagu ni malu lah”. Bisikan kau membuatkan aku terleka. Astagfirullahalazim! Jangan biarkan hiburan dunia melupakan aku dari mengingati Engkau ya Allah. Ampunkan aku ya Allah.

Terdengar lagu-lagu cinta cintun kepada manusia, mat salleh menjerit-jerit & lady gaga segala tiba-tiba mulut pun terikut sekali. Padahal lagu tu pasal ketuhanan dia, pasal iluminati dia. Aku pula selak menyanyi. Selak terikut. Kau katakan padaku lagu tu seronok. Kau bisik-bisikkan sedapnya suara aku. Sedangkan aku semakin lama semakin lupa untuk memujiMu. Ampunkan aku ya Allah.

Bila aku kekadang menganiayai diri aku sendiri, melampaui batas yang Penciptaku tetapkan, kau memujuk diri ku supaya jangan bersedih. Jangan hiraukan perasaan rasa bersalahku. Aku dikaburi kau! Sedangkan yang selayaknya aku lakukan adalah kembali kepadaNya. Merintih meminta diampunkan segala dosa. Bukannya termakan pujuk rayu kau. Maafkan aku ya Allah.




Kau tahu seorang Islam itu ada tanggungjawab yang perlu dia laksanakan. Kau membiarkan dia melaksanakannya. Namun pada masa yang sama kau membiarkan perkara jahiliyah juga meresap ke dalam jiwa kami. Kau membuatkan keadaan ini seolah-olah sebati dan tiada salahnya.

Tapi ingatlah, Islam dan jahiliyah tiada titik pertembungan antara kedua-duanya.
Jika Islam, maka masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan.
Jika Islam, maka cara hidup haruslah berlandaskan syariat ditetapkan oleh Allah. Segala-galanya.

Sesungguhnya walaupun kau telah berjanji untuk menyesatkan manusia sehingga ke akhir hayat, aku juga berjanji untuk terus memerangimu sedaya upayaku. Aku tahu ia sukar. Bantulah aku ya Allah. Aku perlukan Mu ya Rabb untuk membimbingku ke akhir hayatku.



Jul 11, 2011

MERAH sesat dalam hutan!



Suatu hari MERAH sesat masuk dalam hutan yang sangat cantik. Terpegun kejap. Ala-ala fairytale gitu.
Jalan punya jalan terjumpalah padang yang sangat luas. SIAKAP tengah main golf waktu tu. Tapi bola tak masuk-masuk. Siakap tak putus asa.
MERAH toleh kanan ternampak seekor anak singa (ke kucing?) warna biru tengah kenyit mata kat MERAH . Comel tapi gatal. Lepas tu si cub tu wat muka comel macam kucing dalam SHREK. Ok dah tak gatal :P
Toleh kanan pula, eh kiri  ternampak segerombolan PENGUIN dalam cerita madagascar tu. Dengan muka selebet mata  bulat  nak pi serang MERAH. Aku kata dah mereka jahat. Eh jap nape sekor muka macam PINGU?
MERAH lari-lari anak sehinggalah sampai ke kawasan yang rumahnya berupa  CUPCAKES. Pokoknya pun berbuah cupcakes. Air liur meleleh. "Sedap ni tapi tak boleh ambil sesuka hati, nanti kena pelekong ngan senduk besi benjol kepala aku. Kena minta dengan tuan rumah dulu"
Cari punya cari tuan rumah tu tak jumpa. MERAH jalan lagi sehinggalah terjumpa rumah yang ada LOLLIPOP juga. "Hok ni lagi menarik, ada gula-gula. Yummy"

Ketuk rumah yang ada lollipop & cupcakes tu. Ketuk punya ketuk keluarlah sepasang tengkorak yang kreukk krekk bunyi badannya. Terkejut kau. Terdiam membisu. Terus mati selera nak makan. Lariii!!

Lari laju-laju takut pasangan kreukk krekk kejar. Setelah berlari sejauh 40 km nampak kereta Toyota Vios tersadai. Masuk je kereta terus bergerak sendiri. Canggih. Bau dalam kereta pun wangi. I like. Bau baru.











Tiba-tiba ada gaung kat depan.









"Aaaaaa..."




"Aaaaaaaa!! tolongg..."



Gedebuk jatuh atas lantai.








Tulah, tidur tak baca doa tidur. 
Mula mimpi mengarut. Hehe.



Doa sebelum tidur
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Ertinya:Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan aku mati

Baca al-Fatihah & 3 Kul 
al-Ikhlas
al-Falaq
an-Nas

Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh.
Minta dengan Allah juga supaya dipermudahkan bangun solat Subuh. Kalau tak solat subuh kul 8 pagi la jawabnyee. Opss. Hehe :P

Cantik bebenor yang ni. Nak se!! Hikhik.

ps 1: memperkenalkan kek TOPSY TURVY yang senget benget. Cantik. Suka. Ihsan gambar daripada ThePINKcakebox & kek kahwin aku daripada designMEaCAKE.

ps 2: Kisah sesat lam hutan ni rekaan semata. Tiada kena mengena dengan yang membaca mahupun yang menulis. Yang penting jgn lupa baca doa sebelum tidur ye.

ps 3 : jangan lupa basuh kaki/ambil wudhu' & gosok gigi sebelum tidur. Bakteria mulut suka berkerja keras masa kita tengah tidur :)

ps 4: doa-doa/ayat/surah yang di baca jadikan amalan namun letakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah bahawa Dia yang menjaga kita daripada gangguan syaitan. Wallahualam~





Jul 1, 2011

Eh, pengharapan jangan salah tempat!

Assalamualaikum wbt!

Biasa kan kita dengar ungkapan seperti di bawah:

·         “Mintak-mintak penjual kedai kat hujung sana jual baju ni murah sikit”
·         “Harap-harap cikgu tengah happy masa tanda kertas aku dan bagi aku markah tinggi”
·         “Mintak-mintaklah lecturer tak buat soalan susah sangat”
·         “Aku harap lecturer tak reject la topic aku kali ni”
·         “Aku harap parents aku bagi aku pergi bercuti kat langkawi dengan kawan-kawan”
·         “Aku harap mak aku tak marah aku sebab hilangkan duit yang dia bagi tu”
·         “Harap-harap sihatlah aku lepas makan ubat mahal ni”
·         “Aku harap dia maafkan aku”
·         Apa-apa ajelah yang sesuai

Ungkapan ni biasa kita tuturkan tanpa kita sedari. Mungkin bukan niat kita untuk bersandar pada seseorang namun itulah yang telah kita maksudkan melalui ucapan-ucapan tersebut.

Mungkin kita beranggapan bahawa perkara ini hanyalah perkara kecil, tak ada salahya bertutur sedemikian. Tapi ingatlah, mukmin yang sebenar wajib mengesakan Allah dalam doa, tawakal dan harapan dalam apa jua urusan yang hanya mampu dilaksanakan oleh Allah.


Tukarlah ‘dia’, ‘lecturer’, 'parents’, ‘ubat’ ataupun sesiapa sahaja kepada tuhan kita yang satu iaitu ALLAH s.w.t.!

Kita jangan lupa, walaupun kita duk mengharap kat manusia, tetapi yang sebenarnya pegang hati manusia-manusia ni adalah Allah.

“Harap Allah lembutkan hati (sesiapa sahaja yang korang hajatkan)”


Kita kadang-kadang lupa siapa yang tentukan semua ni. 
Pengharapan kita tersalah tempat. 
Pergantungan kita tersilap hitung 
& mulut tersasul berharap kepada yang tidak berhak.


Walaupun kita tahu Allah yang pegang hati-hati ni, tapi tu bukan bermaksud kita tak payah berusaha apa-apa dan tunggu je bulan jatuh ke riba. Takkan mungkin terjadi kerana Allah dah kata,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah keadaan diri mereka sendiri” (13:11)

Contoh 1 : Sakit
Kita tahu yang menyembuhkan kita adalah Allah. Ketentuan Allah yang menjadikan kita sama ada kita sihat atau terus sakit. Tapi apa usaha kita? Buat dek je? Kita makan ubat ikut waktu, dapatkan rehat secukupnya dan berdoa kepadaNya! Jadi bukannya bila sakit tak payah makan ubat, tak payah usaha nak sihat sebab Allah yang tentukan. Tapi jangan pula bila makan ubat tu berharap ada yang ajaib pada ubat tu. Yang ajaib hanya Allah je yang boleh bagi J

Sedapnya ubat cik Google (:

Contoh 2 : Exam
Exam memang susah. Ada ke yang senang? Tapi kalau kita tak usaha belajar, buat nota mind map segala tak tidur siang malam ada ke nak dapat A+ ataupun paling mudah untuk pass course tu? Lainlah kalau dah otak genius, datang lecture je dah boleh ingat segala (usaha lah juga tu ada datang lecture). Dah penat-penat usaha, kita serahkan semuanya pada Allah (bismillahi tawakkaltu 'alallah), berharap pada Allah agar result nanti OK, bukannya berharap pada lecturer tu bagi markah baik punya.



Sebab tu mula-mula sekali kita cuba & berusaha, kemudian berserah & bertawakkal kepada Allah dan akhirnya berdoa, berharap, meminta dan bergantung sepenuhnya kepada Allah bukannya pada orang/manusia lain. Percayalah, apa jua keputusannya nanti adalah terbaik buat kita dan mendidik diri kita untuk menerima dan redha dengan ketentuanNya

(benda cliche dah berjuta kali orang cakap "usaha, tawakal dan berdoa" resepi kejayaan, tetapi ni nak cakap lagi. Bosan lah??! Tak ada point lain ke? Memang tak ada sebab kalau betul-betul manusia seluruh alam dah buat macam ni tak akan adanya kes down tak tentu hala, jadi gila, bunuh diri, terjun bangunan etc etc. Fikir-fikirkan lah ye, apa kita tahu tu kita praktikkan ke tak sebenarnya)

Kita bila berharap, carilah Allah
Kita bila kesusahan, mintalah padaNya
Kita bila bersedih, mengadulah kepadaNya
Dekatkan diri kita kepadaNya
Barulah Dia akan sentiasa bersama kita!

Ha ingat ni, jangan buat-buat lupa :

Yang pegang hati-hati manusia hanyalah Allah! Oleh itu, berikan sepenuh pengharapan kita hanya kepadaNya.



Feb 21, 2011

Doa Jangan Putus

Assalamualaikum wbt.

Tahukah anda semua kuasa yang ada pada doa? Aku rasa ramai dah tahu, ramai juga yang mungkin lupa. Mari kita beringat semula. Apabila kita berdoa kepada Allah, hati kita akan lebih tenang dan juga dapat meningkatkan keimanan kita. 

Bagaimana dengan berdoa dapat meningkatkan keimanan?

Kita berdoa bermakna kita meletakkan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah, kita bergantung kepadaNya sebagai kuasa yang paling besar. Hati kita akan lebih rapat dengan Allah dan kita juga seolah-olah berhubung denganNya. Bila Allah yang menjadi tempat kita bergantung, kita akan lebih mudah untuk menerima ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Redha dan yakinlah sebenarnya Allah akan tetap memakbulkan doamu, cuma masa yang menentukannya.

Allah suka mendengar kita merintih dan mengadu. Ini dibuktikan melalui hadis qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”.

Jadi melalui ayat ini dah terang apabila kita ditimpa sebarang musibah atau apa-apa yang menyebabkan kita rasa down dan tak tentu arah, mengadulah pada Allah, menangislah kepadaNya. Pohon kepadaNya agar ditenangkan jiwa dan dikuatkan iman untuk menghadapi ujianNya. 

Jangan diminta diringankan bebanan, tetapi mintalah iman kita digandakan.

Gambar sewa dari Mr. Google.

Dah selalu doa tapi tak diperkenankan juga? Bersabarlah, kerana itu juga adalah ujian dari Allah. Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita, dan Allah suka bila kita sentiasa berdoa kepadaNya tanpa putus. Bukannya bila kita berdoa sekali terus Allah perkenankan. Ada yang tak dapat di dunia insyaAllah akan diperkenankan di akhirat. Yakinlah dengan Allah kerana disitulah adanya kekuatan.

“Ya Allah, lindungilah aku dari godaan nafsu dan hasutan syaitan dan berikanlah aku kejayaan di dunia & di akhirat.”

Ini doa secara umum. Aku yakin semua nak macam ni kan? Takkan nak berjaya di dunia je tapi ingatlah akhirat tu tujuan kita hidup di dunia ini. Kita ni nak berdoa tidak kiralah di mana dan bila. Namun waktu paling senang nak berdoa ialah pada sesudah solat 5 waktu. Setiap kali lepas solat luangkan sedikit masa kita untuk Allah. Ni tak dah solat terus cepat-cepat nak on laptop. Masa tengah solat pun dah terfikir lepas ni nak on, nak gi blogwalking ke sini, sini dan sini. Ohh tak kusyuk! Syaitan mengganggu dan mereka berjaya. Cubalah untuk kusyuk dalam solat. Usai solat, tadahlah tangan dan berdoa. Pintalah pada Allah.

Waktu paling mustajab untuk berdoa adalah ketika kita sujud. Rasulullah SAW bersabda: “Yang paling hampir di antara seorang hamba dengan Tuhannya iaitu ketika ia sujud, maka banyakkan doa.” (Muslim no.482).

Dah berdoa tu, jangan pula curi-curi sekali sekala je doa. “haaa aku dah doa tadi, Allah dah tahu apa aku nak. Tak payah lah kali ni”. Cepat-cepat simpan sejadah. Tengok tv, main game, handset. Makin lama makin lalai. Syaitan makin senang nak menggoda kita. Kita pun lagi senang tergoda. Sebab tu kalau berdoa, biar berterusan. Biar kita sentiasa di dalam jagaanNya.

Ingatlah, Allah amat suka mendengar rintihan hambaNya. Susah senang sentiasa ingat Allah dahulu. Semasa senang, panjatkan kesyukuran dan semasa susah, mengadulah kepadaNya.