Showing posts with label nukilan hati. Show all posts
Showing posts with label nukilan hati. Show all posts

Jul 20, 2013

Boikotlah, tapi jangan membazir!

“Weh Leman apehal kau pegi buang semua milo nescafe biskut makanan sume ni? Semua ni dah tak elok ke?”

“Dah kata ni semua produk yahudi, kau tak Nampak ke NESTLE besar-besar ni? Piraaahh dekat facebook bukan main tulis status ‘boikot yahudi habis-habisan’, habis McDonald sume kau list kan, tibe-tibe nak kecoh kat sini plak bila aku buang. Kata boikot, BOIKOT la ni!”

“Lahhh aku suruh boikot tapi aku tak kata pun gi selongkar satu rumah and buang segala benda yg berkaitan yahudi ni. Kau buat macam ni jadi membazir. Kau tau membazir tu amalan siapa? Amalan SYAITOOOON”

“Dah tu boleh la guna semua-semua ni lagi? Tapi cam rasa bersalah je bila nak guna tu?”

“Bagus la rasa bersalah, tapi kalau membazir pun patut rasa bersalah juga. Jangan diikut amalan syaitan. Yang aku kata boikot ni, kalau benda tu tak dibeli lagi, jangan lah dibeli”

“Oooh aah kan, macam logik juga. Tak terfikir pulak aku kalau buang tu jadi membazir. Punyalah semangat ni nak boikot”

“Tahnye siap marah aku. Sabor je laaaaa…”

“Huuhu sorry la beb, kata darah orang muda tengah membara. Heee. Tapi aku rasa susah juga nak betul-betul boikot. Macam produk NESTLE tu macam-macam jenis. Kadang-kadang tu kita tak sedar pun tu produk nestle, terbeli juga. Dan tak kurang juga kebanyakan produk-produk ni enak dimakan begitu saja! Susah wehhh nak ganti dengan benda lain. Tak sedappppp”

“Kau nak sukat ikut sedap ke tak ke? Kalau betul paham, fikir saudara-saudara muslim kita kat serata dunia ni, yang paling sedap pun kau tak lalu tau. Kalau masih berat hati, kena cek balik tuu. Lak tu tak matinya kita tak guna barangan buatan yahudi laknat tu”

“Yela kan..Usaha mungkin nampak kecil, tetapi kekuatan ekonomi itulah yg selama ini menyumbang kepada kekuatan yahudi itu. Tengoklah sendiri betapa banyak syarikat yg femes-femes yang barangnya kita guna hari-hari. Isk!”

 Dapatkan updated companies yg perlu diboikot, sebab ada certain-certain companies yg dah tarik diri dari menyumbang kepada yahudi ni. Ayuh main peranan!


"Hmm..produk tempatan kan ada, masa ni lah nak support sumber ekonomi orang muslim sendiri. Kata ekonomi sumber kekuatan, sumbang-sumbangkan lah yeee..mai beli dadih buatan aku ni haaaa..

"Errrrr..sedap ke? Huhuuuu"

************************************************************
So, lepas ni kalau nak shopping, cek-cek laaa. Biar orang kata ‘berianya nak boikot bagai’, sebab mana tau usaha kita ada nilai yg tinggi di sisi Allah. Paling tak, jimat duit dari beli barang-barang ni.heeee J


Feb 25, 2012

Mana tudung mama?



Kali ini mereka akan bercuti di Pulau Mutiara.
Plan bercuti setelah dua beradik ini balik bercuti selama 3 minggu.
Satu keluarga bahagia. Abah, mama, Amira dan adik.
Jika Allah mengizinkan.

Mama menarik luggagenya yang separuh terisi.
Amira menawarkan untuk membantunya namun mama mengatakan tidak perlu.
Mereka menunggu di lobi hotel sementara abah check in.
Sebuah apartment berbilik dua bakal didiami untuk 3 hari.

Sesudah sampainya di bilik, Amira melontarkan tubuhnya di atas katil.
Adiknya melihat sambil tersenyum lalu bergegas memunggah bag.
Dikeluarkan baju dan tudung untuk digantung. Takut kedut barangkali.

“Sekarang sudah jam 2. Usai solat kita bergerak untuk makan tengahari. Jangan bermalas-malas. Nanti lambat”, abah melontarkan suara.

“Baik bah”, Amira dan adik menjerit serentak.

“Eh jom solat dik” ajak Amira.
“Boleh, asalkan akak jadi imam. Hehe.” Adik menyahut.
 Mereka solat dan mengungkap doa.
Semoga doa mereka dikabulkan Allah. Amin.

“Akak, plan kita on kan?”
“Yaa, janganlah kuat-kuat. Nanti ada yang mendengarnya”
“Oppss.heee”

“Plan apa ni kalian berdua? Ada je nak mengenakan orang ye” Abah mencelah.
“Eh tak ada apa-apalah abah. Cepatlah. Dah hampir jam tiga sekarang. Mira lapar ni”
“Tunggu mama kamu bersiap. Tahu-tahulah mama kamu”

“Ya Allah, mana scarf mama ni? Dari tadi mama cari tak jumpa” rungutan mama kedengaran.
“Laa mana kamu letak? Patutlah tadi abah nampak kamu tercari-carikan sesuatu. Ingatkan  mencari saya hilang”
“Tak lawaklah bah, scarf mama yang lain dalam luggage pun tak ada!”

Scarf.
Mana hilangnya scarf Silk Italy dipakainya tadi?
Scarf biasanya di ikat dibawah dagu.
Usai sampai tadi mama tanggalkan ikatan.
Disuruhnya adik gantung di ampaian di tepi tingkap itu.
Siapa yang membuka tingkap ini?!

“Mungkin ditiup angin. Adik hanya menyelitnya pada hanger ini. Maaf”
“Bukan salahmu anakku. Memang mama biasa menyelitnya begitu juga”
“Tidak sangka ia boleh terbang di bawa angin lalu”
“Abah yang membuka tingkap itu. Tapi tidak sangka pula jadi begini”

Amira meneliti jam di tangan. Sudah jam 3.15.
Menunggu masa untuk mencadangkan idea bernasnya.

“Ma, Mira dan adik kan ada tudung. Pakai dulu untuk sementara” cadang Amira.
“Tapi tudung kamu….” bidas mama lembut.

Mereka masuk ke dalam bilik dua beradik itu.
Seolah-olah berlumba, dua-dua ingin menawarkan tudung kepada mama tersayang.

Amira mengeluarkan 3 helai tudung. Tudung petak.
Merah jambu, hijau nyaman dan biru air.
Semua bidang 60.

Adik juga mengeluarkan 3 helai tudung.Tudung petak juga.
Hitam arang, kelabu asap dan merah hati.
Bidang lebih kecil sedikit. 55.

“Tak ada tudung instant ke? Mama tak reti pakai tudung macam ni”
Instant?” Tanya dua beradik serentak.
“Tudung saut. Tudung indon. Tudung ekin pun bolehlah”

“Oh ada! Adik ada bawa sehelai. Warna coklat”
Kebetulan sedondon dengan baju mama.
Mungkin ini ‘jodoh’ tudungnya menggantikan yang hilang.

Dikeluarkan adik tudung instantnya.
Sempat dibelek oleh adik. Saiz XL terselit di celah jahitan. Ditutupnya.

“Oh! Besar juga tudung ini. Hmm..”
“Cubalah mama pakai dulu. Pasti cantik. Cepatlah” ujar adik excited.

Mama menyarung tudung itu.
Dia tahu waktu sudah lambat.
Kasihan anak-anak dan suami.
Tetapi dugaan apakah kini.
Dia berperang dengan dirinya.

Amira meletakkan pin di kedua-dua bahu mamanya.
Disingkatkan sedikit baru di pin pada bahu. Membentuk scallop berlayer sedikit.
Untuk menyesuaikan diri mamanya dengan tudung itu.
Tapi masih menutup dada. Kerana itu matlamatnya.

Kemas. Mama melihat pada cermin dan merasa tenang.
Itukah aku?

“Haa cantik juga awak pakai macam tu. Sekali sekala tukar style” abah menyokong tanpa sedar.
“Betul mama, jomlah adik dah lapar perut macam konsert rockstar dah”

“Yela tu cantik. Tapi mama rasa labuh semacam. Nanti panas” bicara mama.
Mungkin masih tersisa rasa ego.

Mira dan adik menarik tangan mamanya keluar dari bilik.
_____________________________________________________________________________________________________

Seminggu setelah pulang dari Pulau Mutiara.
Mereka masih keluarga bahagia.
Mungkin bertambah bahagia.
Berkat dari doa dan doa.

“Ma, Mira dan adik nak keluar shoppinglah. Beli barang bawa balik”
“Mama ikut sekali ye? Nanti bila lagi nak shopping dengan kamu berdua”
“Haa kalau mama ikut kena belanjalah. Hehehe”
“Boleh aja mama bayar, guna duit korang ye. Cepat bersiap”

Mama menuruni tangga berhati-hati.
Tudung instant milik adik tersaut kemas di kepala mama.

“Eh mama, tak mau pulang dah ke tudung adik tu? Suka ya?”
“Nanti mama pulangkan. Sekarang scarf coklat mama masih tak jumpa. Tak sesuai nak pakai scarf lain. Jom, cepat”

Amira dan adik singgah di kiosk menjual selendang dan tudung.
Mereka menuju ke bahagian tudung labuh.
Amira ingin membeli tudung berwarna turquoise kemerahjambuan.
Adik juga membeli beberapa helai tudung.
Saja ingin menambah koleksi tudung mereka.
Mama juga kelihatan membelek-belek tudung di situ.

Kedai kasut, baju, bag, semua telah diredah.
Menjinjit bag shopping dibawa.
Mereka pulang dengan senyuman dan muka puas.
Yela, dah namanya perempuan, mungkin begitulah.
______________________________________________________________________________________________________

Tiba di perkarangan airport.
Saat untuk pulang ke bumi kanggaru setelah berminggu bersama keluarga.
Terasa berat tapi perginya bukan tanpa urusan.

“Kamu ni kenapa dari tadi pandang mama? Mama cantik sangat ke?”
“Hahaa mama ni,erm.. mama ada tudung ni ke sebelum ni? Tak pernah nampak pun” Amira melepaskan teka-teki yang terkurung di benak fikiran.

“Ni barulah. Beli masa shopping dengan Mira dan adiklah. Masa kamu berdua ke tandas” balas mama.

“Oh tudung besar macam kami?”

“Eh besar ek? Mama tengok okay je. Lepas pakai tudung adik bagi tu, mama cuba pakai scarf mama biasa pakai. Tak selesa pula”

“Oh yeke, Alhamdulillah!!” laung mereka serentak dan diikuti dua telapak tangan menyapu wajah mulus mereka.

Abah juga tersenyum. Kagum. Bersyukur.

“Ma, bah kami pergi dulu. Jaga diri ya” ucap Amira.
“Eh dia pula pesan kita jaga diri. Budak ni betollah! Mira dan adik belajar elok-elok dan solat jangan tinggal. Jaga diri, nanti dah sampai call ya” Abah menyahut ucapan Amira.

“Mama, adik sedihlah. Tak puas lagi duk ngan mama dan abah” bergenang mata si adik. Biasalah tu.
“Mama pun sedih nanti tinggal berdua je lah dengan abah kamu. Tapi kamu pergi pun tak lama, nanti balik lagi. Jaga diri ya” kata mama sambil memeluk adik. Genangan air mata juga di tahan.

“Ma, ni hadiah untuk mama. Kami belikan. Buka di rumah ya”
“Ya Allah ada hadiah pula untuk mama. Terima kasih anak-anakku”


_____________________________________________________________________________________________________


Di tempat duduknya di dalam kapal terbang, fikiran Amira melayang jauh.
Di ingatnya lagi plan dengan adiknya sebelum mereka menjejakkan kaki di Malaysia 3 minggu lalu.

“Dik, nak tak mama pakai tudung macam kita?”
“Hmmm..macam mana? Kita pernah cadang pada mama, mama kata rimaslah besar-besar. Panas lagi”
“Macam ni... kita sorok semua scarf-scarf mama!”

Cadangan dasarnya hanya begitu.
Tapi idea itu terlaksana sewaktu mereka bercuti sekeluarga. Seolah dipermudahkan.
Untuk membiasakan mama dengan tudung di luar kebiasaannya.
Belum cuba belum tahu, dah cuba nak tinggal pun tak mahu!

Ada terasa ralat kerana seperti menipu mama.
Akan diberitahu akan hal ini kepada mama satu hari nanti.
Namun sangat bersyukur kerana hati mama telah berubah.
Berubah untuk menerima sesuatu yang lebih baik.

Mengalir laju air mata Amira. Syukur. PadaMu ya Allah.








Jan 17, 2012

Boyfriend





Lokasi : Pusat beli belah

Ati : Eh teacher, lama tak jumpa! Lupa pula, Assalamualaikum. Hehe.
TC Ita : Waalaikumussalam. Eh kamu Ati, teacher ingatkan siapalah. Dah besar ye kamu sekarang.
Ati : Ha yela, sayalah. Hehe yelah dah 4 tahun tak jumpa. Umur saya pun dah nak masuk 21 tahun.
TC Ita : Belajar ke dah kerja dah?
Ati : Saya belajar lagi. Baru nak masuk tahun dua, architecture.
TC Ita : Haa sekarang cuti ke?
Ati : Aah cuti midsem sebulan.
TC Ita : Habis tu buat apa?
Ati : Tak buat apa pun, macam ni lah, keluar jalan-jalan. Keluar dengan member-member. Kawan-kawan.
TC Ita : Oh keluar dengan boyfriend la tu kan. 
Ati : Eh tak ada boyfriendlah teacher.
TC Ita : Haa dah tu pakwe eh? Hehehe.
Ati : Tadelahhh teacherrrrr!
TC Ita : Eleh kamu, takkan tade sorang kot. Ni cantik mesti adanya.
Ati : Haaa?! Erm..hehe..(gelak je mampu sambil mengawal hati)





Lokasi : Ruang tamu rumah Teacher Ita

TC Ita : Bang pas saya surat khabar tu, nak baca.
Mr Azman : Haa nah paper nya.
TC Ita : Ya Allah bang, apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni. Dahlah berzina, dapat anak baru lahir dibakarnya hidup-hidup.
Mr Azman : Erm, tu budaknya umur berapa? 
TC Ita : Budak ni baru 20 tahun. 2-2 tengah belajar lagi. Dalam paper ni cakap, anak tu hasil hubungan dengan kekasihnya yang berumur 21 tahun. Ya Allah, muda-muda lagi diorang ni.

Mr Azman : Itulah budak-budak sekarang kalau bercinta dah advance. Sampai peringkat dapat anak terus. Ni agaknya tak ada didikan agama, dan mesti belajar pun entah ke mana.
TC Ita : Tak juga bang, kes ni, dua-dua pelajar di sebuah universiti tempatan. Agamanya tak tahulah saya.

Mr Azman : Yelah kan, banyak kes sekarang ni. Pernah juga saya dengar kes kena tangkap basah tetapi tengok-tengok yang kena cekup tu bakal bergelar ustaz ustazah. Syaitan tak mengenal status sekarang ni. Lagi kuat agamanya, lagi kuat godaan. Yang lemah agamanya, lagi mudah dikerjakan.
TC Ita : Takut pula saya bila fikir. Anak-anak kita tu lebih baik tak payah berboyfriend bergirlfriend sana sini (sambil teringat apa yang dikatakannya kepada Ati)

Mr Azman : Haa itu pun merisaukan saya. Tapelah, biar mereka berkawan, asalkan kita sentiasa tahu siapa kawan mereka dan selagi tidak terbabas rentak pergaulannya, saya takkan masuk campur lagi. Doalah supaya mereka membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
TC Ita : Yelah bang. Amin ya Rabbalalamin.






Jan 11, 2012

Seluar dalam kain





Lokasi : Pasar malam

Ila : Eh hai Lia lama tak nampak kau. Kerja mana sekarang ni?
Lia : Yela baru semalam aku balik Kuantan ni haa. Aku kerja kat Shah Alam.

Ila : Oh patutlah. Eh cantiknya kau punya baju jubah. Manik penuh.
Lia : Hahha, kau pun apa kurangnya, dengan kebaya bagai. Tudung lilit-lilit lagi tu. Dari mana ni?

Ila : Baru je balik kerja. Saja melawa sekali sekala.
Lia : Oh okay-okay. Jumpa lagilah ye.





Ila : Haa yela. Ehhh jap aku ada something nak tanya. Dalam kain kau tu, macam seluar tidur je? Polkadot pink hitam. Kan? Hehe.
Lia : Alamak, nampak ke?

Ila : Nampaklah bila kau jalan. Itulah tadi aku duk tengok-tengok, ingatkan siapa, rupanya kau.
Lia : Erm tu lah nak buat macam mana, aku nak pakai yang betul-betul kat dalam punya tapi tadi cari kat rumah tak jumpa.



Ila : Haha tak payah lah pakai dari ni kantoi terus seluar tidur.
Lia : Takdelah, kang tak pakai pape nampak kaki aku. Dari nampak aurat, lebih baiklah nampak seluar tidur, ye tak? Nampak aurat HARAM, seluar tidur takdelah haram kan.



Ila : Err, yela. Eh tapelah aku pergi dululah ye. Panas pula rasa, nak balik cepat skit ni.
Lia : Haa tulah aku pun dah nak balik ni. Jumpa lagi, insyaAllah. Assalamualaikum.
Ila : Waalaikumussalam.

Ila berlalu mendahului Lia. Namun di selekoh, Lia terpandang sekujur kaki terkeluar dari belahan kain kebaya Cik Ila. Opss, dia ada terlepas cakap ke?



Dec 23, 2011

Jam loceng






Lokasi - Café de Makmur

Ami : Weh esok exam pukul berapa?
Mia : Pukul 9 pagi.
Ami : Oh pagi ke exam, ala ni aku lemah ni nak bangun pagi-pagi. Sekarang pula aku ‘cuti’.
Mia : Haa kau jangan buat hal lak, tidur tak sedar sudah lah. Hari tu exam dah macam tu, terbabas tidur. Nasib baik lecturer kita tu kasi can. Tapi dia dah pesan sekali tu je kan?
Ami : Ha itulah. Ala housemates aku pun rasanya tak ada kelas esok pagi, mana dia nak kejut akunya. Eh kau tolonglah kejutkan aku. Call eh?
Mia : Oh sorry Ami, aku kredit pun takda. Hehe. Pandai-pandailah kau ek.
Ami : Erm yela.

Lokasi : Bilik tidur Ami

Ami mengambil handsetnya dan kunci alarm. Bukan satu yang di set tapi 3 alarm. Setiap satu berbeza 5 minit waktu sebelumnya. Mana tahu terlebih tidur. Dia mahu bangun awal.

Exam, penting! Set alarm banyak-banyak.


Lokasi : Luar dewan peperiksaan

Mia : Eh Ami, awalnya kau datang. Macam mana boleh terkejut bangun tidur ni?
Ami : Hmm aku set 5 alarm, mau gila ke aku tak bangun. Bising gila! Haha. 5 Alarm. Kau adaaaa?
Mia : Haha cayalah kau. Nak bangun exam punya pasal. Bagus-bagus.

_________________________________________________________________________________

Lokasi : Rumah Sewa Ima dan Ami

Ima : Weh kau solat apa ni? Subuh? Dah pukul 9.20 pagi ni.
Ami : Aku tak terkejutlah bangun Subuh pagi tadi. Biasanya kan kau kejut tapi ni kau tak boleh pula, tu yang aku terbabas tu. Hehe.
Ima : Tu lah kau duk mengharap kat aku je. Kau tak set alarm ke?
Ami : Heh. Set. Tapi tu lah aku cam dengar tak dengar je tadi. Leka tertidur semula. Hee.
Ima : Berapa banyak kau set alarm?
Ami : Satu je la, khas untuk bangun Subuh. Haaaa.
Ima : Hmm, set lah 5 ke 6 ke! Tunjuklah sikit yang kau tu sungguh-sungguh nak bangun Subuh, sama macam sungguh-sungguh kau tak nak terlepas perkara yang PENTING!
Ami : Err yela (T_T)

atleast ada set alarm Subuh :P




Oct 26, 2011

3 kul







Lokasi : Bilik si anak yang berumur 7 tahun.

Si ibu masuk untuk melihat keadaan puterinya. Tepat jam 9 malam. Masa untuk tidur.

Mama : Dah gosok gigi dah?
Anak : Erm dah mama.
Mama : Ce sini sikit mama nak bau wangi ke tak mulut anak mama ni. Nganga.
Anak : Aaaa..
Mama : kenapa tak bau ubat gigi pun?
Anak : Heee (senyum kambing)
Mama : Haa, gosok gigi kena guna ubat gigi nanti gigi cepat buruk, rosak. Pergi gosok semula.

Si anak berlari-lari anak menuju ke toilet untuk menggosok gigi semula.

Anak : Okay dah maa.
Mama : Bagus-bagus okay meh salam mama. Sebelum tidur along kena buat apa?
Anak : Baca doa tidur, ayatul-Qursi dan 3 kul.
Mama : Tau tak macam mana nak baca?
Anak :  Tahu! Tape biar along baca sendiri.
Mama : Okay okay.

Tiba-tiba mendengar tangisan anak kecilnya yang berumur 9 bulan. Meminta untuk diangkat dari katil di bilik sebelah. Dikendongnya anak kecil itu dengan penuh kasih sayang.

Kemudian mama masuk semula ke bilik anak sulungnya.

Mama : Eh dah habis ke? lajunya baca. Betul ke tidak ni?
Anak : Betullah, doa tidur yang Allahumma bismika ahya wa amutu.
Mama : Ayat Qursi?
Anak : Allahulaa ilaha illallah………….wahuwal aliyyul adzim..
Mama : 3 kul?
Anak : KUL KUL KUL..
Mama : Laaaaa..sapa ajar macam ni niii…
Anak : Hehe (senyum kambing lagi…)



p/s: Ajari anak dari kecil, didiklah mereka mengikut ajaran Islam dan sentiasa meluangkan masa untuk mereka. Anak itu tanggungjawab. Baiknya didikan dari rumah, baiklah jadinya anak itu (insyAllah). Jangan sampai dah besar, terikut-ikut pengaruh tak elok, dah payah nak control.

Mood : rindu mak ayah T.T