Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

Feb 25, 2012

Mana tudung mama?



Kali ini mereka akan bercuti di Pulau Mutiara.
Plan bercuti setelah dua beradik ini balik bercuti selama 3 minggu.
Satu keluarga bahagia. Abah, mama, Amira dan adik.
Jika Allah mengizinkan.

Mama menarik luggagenya yang separuh terisi.
Amira menawarkan untuk membantunya namun mama mengatakan tidak perlu.
Mereka menunggu di lobi hotel sementara abah check in.
Sebuah apartment berbilik dua bakal didiami untuk 3 hari.

Sesudah sampainya di bilik, Amira melontarkan tubuhnya di atas katil.
Adiknya melihat sambil tersenyum lalu bergegas memunggah bag.
Dikeluarkan baju dan tudung untuk digantung. Takut kedut barangkali.

“Sekarang sudah jam 2. Usai solat kita bergerak untuk makan tengahari. Jangan bermalas-malas. Nanti lambat”, abah melontarkan suara.

“Baik bah”, Amira dan adik menjerit serentak.

“Eh jom solat dik” ajak Amira.
“Boleh, asalkan akak jadi imam. Hehe.” Adik menyahut.
 Mereka solat dan mengungkap doa.
Semoga doa mereka dikabulkan Allah. Amin.

“Akak, plan kita on kan?”
“Yaa, janganlah kuat-kuat. Nanti ada yang mendengarnya”
“Oppss.heee”

“Plan apa ni kalian berdua? Ada je nak mengenakan orang ye” Abah mencelah.
“Eh tak ada apa-apalah abah. Cepatlah. Dah hampir jam tiga sekarang. Mira lapar ni”
“Tunggu mama kamu bersiap. Tahu-tahulah mama kamu”

“Ya Allah, mana scarf mama ni? Dari tadi mama cari tak jumpa” rungutan mama kedengaran.
“Laa mana kamu letak? Patutlah tadi abah nampak kamu tercari-carikan sesuatu. Ingatkan  mencari saya hilang”
“Tak lawaklah bah, scarf mama yang lain dalam luggage pun tak ada!”

Scarf.
Mana hilangnya scarf Silk Italy dipakainya tadi?
Scarf biasanya di ikat dibawah dagu.
Usai sampai tadi mama tanggalkan ikatan.
Disuruhnya adik gantung di ampaian di tepi tingkap itu.
Siapa yang membuka tingkap ini?!

“Mungkin ditiup angin. Adik hanya menyelitnya pada hanger ini. Maaf”
“Bukan salahmu anakku. Memang mama biasa menyelitnya begitu juga”
“Tidak sangka ia boleh terbang di bawa angin lalu”
“Abah yang membuka tingkap itu. Tapi tidak sangka pula jadi begini”

Amira meneliti jam di tangan. Sudah jam 3.15.
Menunggu masa untuk mencadangkan idea bernasnya.

“Ma, Mira dan adik kan ada tudung. Pakai dulu untuk sementara” cadang Amira.
“Tapi tudung kamu….” bidas mama lembut.

Mereka masuk ke dalam bilik dua beradik itu.
Seolah-olah berlumba, dua-dua ingin menawarkan tudung kepada mama tersayang.

Amira mengeluarkan 3 helai tudung. Tudung petak.
Merah jambu, hijau nyaman dan biru air.
Semua bidang 60.

Adik juga mengeluarkan 3 helai tudung.Tudung petak juga.
Hitam arang, kelabu asap dan merah hati.
Bidang lebih kecil sedikit. 55.

“Tak ada tudung instant ke? Mama tak reti pakai tudung macam ni”
“Instant?” Tanya dua beradik serentak.
“Tudung saut. Tudung indon. Tudung ekin pun bolehlah”

“Oh ada! Adik ada bawa sehelai. Warna coklat”
Kebetulan sedondon dengan baju mama.
Mungkin ini ‘jodoh’ tudungnya menggantikan yang hilang.

Dikeluarkan adik tudung instantnya.
Sempat dibelek oleh adik. Saiz XL terselit di celah jahitan. Ditutupnya.

“Oh! Besar juga tudung ini. Hmm..”
“Cubalah mama pakai dulu. Pasti cantik. Cepatlah” ujar adik excited.

Mama menyarung tudung itu.
Dia tahu waktu sudah lambat.
Kasihan anak-anak dan suami.
Tetapi dugaan apakah kini.
Dia berperang dengan dirinya.

Amira meletakkan pin di kedua-dua bahu mamanya.
Disingkatkan sedikit baru di pin pada bahu. Membentuk scallop berlayer sedikit.
Untuk menyesuaikan diri mamanya dengan tudung itu.
Tapi masih menutup dada. Kerana itu matlamatnya.

Kemas. Mama melihat pada cermin dan merasa tenang.
Itukah aku?

“Haa cantik juga awak pakai macam tu. Sekali sekala tukar style” abah menyokong tanpa sedar.
“Betul mama, jomlah adik dah lapar perut macam konsert rockstar dah”

“Yela tu cantik. Tapi mama rasa labuh semacam. Nanti panas” bicara mama.
Mungkin masih tersisa rasa ego.

Mira dan adik menarik tangan mamanya keluar dari bilik.
_____________________________________________________________________________________________________

Seminggu setelah pulang dari Pulau Mutiara.
Mereka masih keluarga bahagia.
Mungkin bertambah bahagia.
Berkat dari doa dan doa.

“Ma, Mira dan adik nak keluar shoppinglah. Beli barang bawa balik”
“Mama ikut sekali ye? Nanti bila lagi nak shopping dengan kamu berdua”
“Haa kalau mama ikut kena belanjalah. Hehehe”
“Boleh aja mama bayar, guna duit korang ye. Cepat bersiap”

Mama menuruni tangga berhati-hati.
Tudung instant milik adik tersaut kemas di kepala mama.

“Eh mama, tak mau pulang dah ke tudung adik tu? Suka ya?”
“Nanti mama pulangkan. Sekarang scarf coklat mama masih tak jumpa. Tak sesuai nak pakai scarf lain. Jom, cepat”

Amira dan adik singgah di kiosk menjual selendang dan tudung.
Mereka menuju ke bahagian tudung labuh.
Amira ingin membeli tudung berwarna turquoise kemerahjambuan.
Adik juga membeli beberapa helai tudung.
Saja ingin menambah koleksi tudung mereka.
Mama juga kelihatan membelek-belek tudung di situ.

Kedai kasut, baju, bag, semua telah diredah.
Menjinjit bag shopping dibawa.
Mereka pulang dengan senyuman dan muka puas.
Yela, dah namanya perempuan, mungkin begitulah.
______________________________________________________________________________________________________

Tiba di perkarangan airport.
Saat untuk pulang ke bumi kanggaru setelah berminggu bersama keluarga.
Terasa berat tapi perginya bukan tanpa urusan.

“Kamu ni kenapa dari tadi pandang mama? Mama cantik sangat ke?”
“Hahaa mama ni,erm.. mama ada tudung ni ke sebelum ni? Tak pernah nampak pun” Amira melepaskan teka-teki yang terkurung di benak fikiran.

“Ni barulah. Beli masa shopping dengan Mira dan adiklah. Masa kamu berdua ke tandas” balas mama.

“Oh tudung besar macam kami?”

“Eh besar ek? Mama tengok okay je. Lepas pakai tudung adik bagi tu, mama cuba pakai scarf mama biasa pakai. Tak selesa pula”

“Oh yeke, Alhamdulillah!!” laung mereka serentak dan diikuti dua telapak tangan menyapu wajah mulus mereka.

Abah juga tersenyum. Kagum. Bersyukur.

“Ma, bah kami pergi dulu. Jaga diri ya” ucap Amira.
“Eh dia pula pesan kita jaga diri. Budak ni betollah! Mira dan adik belajar elok-elok dan solat jangan tinggal. Jaga diri, nanti dah sampai call ya” Abah menyahut ucapan Amira.

“Mama, adik sedihlah. Tak puas lagi duk ngan mama dan abah” bergenang mata si adik. Biasalah tu.
“Mama pun sedih nanti tinggal berdua je lah dengan abah kamu. Tapi kamu pergi pun tak lama, nanti balik lagi. Jaga diri ya” kata mama sambil memeluk adik. Genangan air mata juga di tahan.

“Ma, ni hadiah untuk mama. Kami belikan. Buka di rumah ya”
“Ya Allah ada hadiah pula untuk mama. Terima kasih anak-anakku”


_____________________________________________________________________________________________________


Di tempat duduknya di dalam kapal terbang, fikiran Amira melayang jauh.
Di ingatnya lagi plan dengan adiknya sebelum mereka menjejakkan kaki di Malaysia 3 minggu lalu.

“Dik, nak tak mama pakai tudung macam kita?”
“Hmmm..macam mana? Kita pernah cadang pada mama, mama kata rimaslah besar-besar. Panas lagi”
“Macam ni... kita sorok semua scarf-scarf mama!”

Cadangan dasarnya hanya begitu.
Tapi idea itu terlaksana sewaktu mereka bercuti sekeluarga. Seolah dipermudahkan.
Untuk membiasakan mama dengan tudung di luar kebiasaannya.
Belum cuba belum tahu, dah cuba nak tinggal pun tak mahu!

Ada terasa ralat kerana seperti menipu mama.
Akan diberitahu akan hal ini kepada mama satu hari nanti.
Namun sangat bersyukur kerana hati mama telah berubah.
Berubah untuk menerima sesuatu yang lebih baik.

Mengalir laju air mata Amira. Syukur. PadaMu ya Allah.








Apr 1, 2011

Kau ni tak MALU ke?

Assalamualaikum wbt.




Seketika dulu,
Kau kekurangan kain membalutmu,
Kau terlupa alas tudungmu,
Kau mementingkan susuk tubuhmu.
Tidak malukah kamu?

Sedetik dulu,
Kau belum bersedia,
Kau kata belum mendapat hidayahNya,
Kau sayang untuk meninggalkannya.
Tahukah ruginya kamu?

Tibanya kini,
Kau ingin berubah!YA!BERUBAH!
Kau mengikuti arus peredaran semasa,
Kau seronok dalam menggayakannya,
Tapi, adakah ini syariat ISLAM yang sebenarnya?
Apakah kau mengikutinya?

Saatnya kini,
Kau kata kau sudah semakin ISLAM,
Kau sudah bertudung berselendang,
Bukankah ini yang ISLAM mahu?

Tapi kau mendedahkan dadamu!
Tapi kau meninggikan sanggulmu!
Tapi kau memakai seluar yang ketat!
Tapi kau memakai baju yang sendat!
Tapi kau berbaju yang jarang!
Tapi kau mendedahkan lenganmu!!

Dimanakah rasa MALU itu pergi meninggalkan kau?

______________________________



Masalah pasal malu ni nampaknya dah makin parah kerana semakin ramai yang hilang rasa ni. Tengoklah sendiri di luar sana, yang paling sayang dan terkilannya adalah jika mereka dari golongan yang bertudung. 


Sepatutnya orang kata, kalau dah bertudung tu, harap-harap segalanya baiklah. Memang tudung tu tidak menjamin hati seseorang itu baik, tetapi paling tidaknya penampilannya nampak lebih manis, lebih sopan.

Shawl sekarang dah macam jenis, macam rupa dah. Style pakai pun dah berevolusi dari hari ke hari sampai penuh video dekat youtube pasal cara nak belit tudung. Tapi sayangnya, tak ada satu pun yang ajar cara pakai shawl yang tutup kepala dan dada sekali (dengan sempurna)!! Lupa ke weh dada tu pun kena tutup juga? 

Kenapa kena tutup dada ni? 

“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Ini ayat daripada al-Quran. Dah terang lagi nyata ayat ni menyatakan tuntutan agama supaya kita melabuhkan tudung sehingga menutup bahagian dada.

Dada tu, kalau tak dijaga menjadi tumpuan mata-mata yang meliar (lelaki la senang cakap). Mereka ni bukannya senang nak menundukkan pandangan kalau kita sendiri yang duk tayang sana sini. Janganlah berbangga dapat tayang sana sini. Sepatutnya ada rasa malu, kerana itu adalah satu benda yang kita patut jaga dan lindungi dari mata-mata yang penuh niat jahat itu. 


Bukannya dengan selamba pakai selendang singkat-singkat supaya boleh belit sanggul tinggi.
Bukannya sibuk nak ikut artis itu ini pakai shawl terselak sana sini.
Bukannya berbangga dah tutup rambut tetapi lupa nak tutup dada!

Tak ada guna pakai tudung kalau macam ni, sebab dada tu lebih mengiurkan dari rambut. Suka ke korang lelaki duk cuci mata? Suka ke? Ceh. DOSA. HARAM.    

Jadi nak salahkan siapa? Tukang reka selendang? Tukang jual shawl murah? Tukang upload video belit tudung?  Kalau kata oklah ni pakai juga tudung dari tak pakai terus. Aku cadangkan, cek balik diri tu. Muhasabah diri. Marilah kita sama-sama fikir, apa yang kita nak sebenarnya. Perubahan demi ALLAH ataupun demi kepuasan diri sendiri? Ganjaran di akhirat kelak ataupun keseronokkan di dunia semata?

Tepuk dada tanya IMAN.

Lupakah kita MALU juga sebahagian dari cabang IMAN? 

MALULAH PADA TUHAN DENGAN SEBENAR-BENAR MALU.


"we are what we wear"
Benarkah ini? Kan?


p/s : cukuplah kali ni sentuh pasal tudung je. Mari perbaiki diri!