Assalamualaikum wbt.
Seketika dulu,
Kau kekurangan kain membalutmu,
Kau kekurangan kain membalutmu,
Kau terlupa alas tudungmu,
Kau mementingkan susuk tubuhmu.
Tidak malukah kamu?
Sedetik dulu,
Kau belum bersedia,
Kau kata belum mendapat hidayahNya,
Kau sayang untuk meninggalkannya.
Tahukah ruginya kamu?
Tibanya kini,
Kau ingin berubah!YA!BERUBAH!
Kau mengikuti arus peredaran semasa,
Kau seronok dalam menggayakannya,
Tapi, adakah ini syariat ISLAM yang sebenarnya?
Apakah kau mengikutinya?
Saatnya kini,
Kau kata kau sudah semakin ISLAM,
Kau sudah bertudung berselendang,
Bukankah ini yang ISLAM mahu?
Tapi kau mendedahkan dadamu!
Tapi kau meninggikan sanggulmu!
Tapi kau memakai seluar yang ketat!
Tapi kau memakai baju yang sendat!
Tapi kau berbaju yang jarang!
Tapi kau mendedahkan lenganmu!!
Dimanakah rasa MALU itu pergi meninggalkan kau?
______________________________
Masalah pasal malu ni nampaknya dah makin parah kerana semakin ramai yang hilang rasa ni. Tengoklah sendiri di luar sana, yang paling sayang dan terkilannya adalah jika mereka dari golongan yang bertudung.
Sepatutnya orang kata, kalau dah bertudung tu, harap-harap segalanya baiklah. Memang tudung tu tidak menjamin hati seseorang itu baik, tetapi paling tidaknya penampilannya nampak lebih manis, lebih sopan.
Shawl sekarang dah macam jenis, macam rupa dah. Style pakai pun dah berevolusi dari hari ke hari sampai penuh video dekat youtube pasal cara nak belit tudung. Tapi sayangnya, tak ada satu pun yang ajar cara pakai shawl yang tutup kepala dan dada sekali (dengan sempurna)!! Lupa ke weh dada tu pun kena tutup juga?
Kenapa kena tutup dada ni?
“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)
Ini ayat daripada al-Quran. Dah terang lagi nyata ayat ni menyatakan tuntutan agama supaya kita melabuhkan tudung sehingga menutup bahagian dada.
Dada tu, kalau tak dijaga menjadi tumpuan mata-mata yang meliar (lelaki la senang cakap). Mereka ni bukannya senang nak menundukkan pandangan kalau kita sendiri yang duk tayang sana sini. Janganlah berbangga dapat tayang sana sini. Sepatutnya ada rasa malu, kerana itu adalah satu benda yang kita patut jaga dan lindungi dari mata-mata yang penuh niat jahat itu.
Bukannya dengan selamba pakai selendang singkat-singkat supaya boleh belit sanggul tinggi.
Bukannya sibuk nak ikut artis itu ini pakai shawl terselak sana sini.
Bukannya berbangga dah tutup rambut tetapi lupa nak tutup dada!
Bukannya dengan selamba pakai selendang singkat-singkat supaya boleh belit sanggul tinggi.
Bukannya sibuk nak ikut artis itu ini pakai shawl terselak sana sini.
Bukannya berbangga dah tutup rambut tetapi lupa nak tutup dada!
Tak ada guna pakai tudung kalau macam ni, sebab dada tu lebih mengiurkan dari rambut. Suka ke korang lelaki duk cuci mata? Suka ke? Ceh. DOSA. HARAM.
Jadi nak salahkan siapa? Tukang reka selendang? Tukang jual shawl murah? Tukang upload video belit tudung? Kalau kata oklah ni pakai juga tudung dari tak pakai terus. Aku cadangkan, cek balik diri tu. Muhasabah diri. Marilah kita sama-sama fikir, apa yang kita nak sebenarnya. Perubahan demi ALLAH ataupun demi kepuasan diri sendiri? Ganjaran di akhirat kelak ataupun keseronokkan di dunia semata?
Tepuk dada tanya IMAN.
Lupakah kita MALU juga sebahagian dari cabang IMAN?
MALULAH PADA TUHAN DENGAN SEBENAR-BENAR MALU.
"we are what we wear"
Benarkah ini? Kan?
p/s : cukuplah kali ni sentuh pasal tudung je. Mari perbaiki diri!
p/s : cukuplah kali ni sentuh pasal tudung je. Mari perbaiki diri!




