Showing posts with label solat tiang agama. Show all posts
Showing posts with label solat tiang agama. Show all posts

Aug 26, 2011

Solat berdendangkan bunyi disko

Assalamualaikum wbt

Duduk negara orang yang majoritinya bukan penduduk Islam inilah yang terpaksa aku lalui. Mana mungkin ini di negara sendiri, silap-silap boleh kena pelekong dengan helmet kalau ada yang tak reti bahasa memekik memasang muzik dengan kuat, mengganggu orang di sekeliling.

Tahun ni Alhamdulillah banyak jemputan iftar beramai-ramai aku hadiri. Makanan yang disediakan tak yah cakaplah memang gempak, sebab semua makanan aku tak pernah makan. Huhu. Bertempatkan sebuah café yang dialih segala meja kerusi, diganti dengan lembaran-lembaran kain untuk menjadi tempat sujud kami, di situlah kisah bermula.

Pinjam kejap gambo ni.

Café yang terletak di tingkat paling atas (tingkat 6 – aku tak naik guna tangga, guna lift laaa.huhu), yang bawahnya (tingkat 4 & 5 tak silap aku) terletaknya sebuah bar/club untuk pelajar di situ mungkin? Ini adalah bangunan universiti ye, BANGUNAN YANG TERDAPAT DI DALAM SEBUAH UNIVERSITI DI SINI.

Tengah feeling bacaan imam yang lunak merdu dalam solat Isyak tak sedarlah bunyi muzik dari bar tu. Berhenti je suara imam, bunyi lain masuk ke telinga. Apa aku salah dengar ke? Rancak semacam. Astagfirullah baru aku teringat bawah ni bar. Begitu berbezanya keadaan sekarang, satu keadaan di mana manusia sedang khusyuk melaksanakan perintah Allah manakala lagi satu keadaan di mana kucar kacirnya aqidah manusia sedang berseronok tak ingat tuhan.

Dah selesa solat terawih yang aku cuba sedaya upaya untuk fokus, aku dan housemates pun nak balik rumah. Haa guna tangga ni tau, guna tangga! Haha senang la sebab turun bukannya naik. Turun punya turun bau tak yah cakap la. Bau macam yis tu, lagi kuat. Masam uweekk uweekkk. Itu lah bau arak. Busuk pening rasa nak muntah. Tahan je lah. Jadi cepat-cepat aku turun dan akhirnya balik ke rumah dengan jayanya.

Setiap orang pengalamannya mesti lain-lain. Banyak pengajaran yang boleh di ambil dari apa yang kita hadapi seharian. Kalau di Malaysia, nikmat kemudahan tempat solat (masjid / surau) itu sering dipandang sebelah mata. Yela dah mudah dapat selang beberapa kilometer mesti ada. Tu pun masih ada yang tak nak solat, padahal masa tu dah berdiri depan masjid/surau/musolla. Tak perlu susah-susah nak kena sewa tempat yang lokasinya pula tak berapa nak strategik. Tarbiah sebenarnya, tarbiah supaya diri lebih tekun dan sabar dalam melaksanakan perintah Allah. Tak adalah mudah putus asa, guna alasan: sini tak ada tempat solat la, skip je laa solat, darurat ni. Pehhhh suka hati kau je.



Akhir kata, dah nak habis Ramadan dah capai ke sesuatu yang baru dalam hidup? Apa yang kita dapat sepanjang sebulan ni? Rasa mudah nak solat diawal waktu? Kekalkan. Rasa dah semakin lancar mengaji? Teruskan. Keinginan untk terus menutup aurat membuak-buak? Realisasikan. Dapat baju raya baru? Eeehhhhh?





May 26, 2011

Solat : Seberapa PENTING kepada kita sebenarnya?


“Eh kau ni dah lewat tak nak pergi solat asar dulu ke? Dah nak masuk maghrib dah ni”
“Ehh nantilah. Aku tengah syok layan cerita korea ni. Ohh pakwe hensem!”
“Habis tu kau nak solat Asar masa azan Maghrib ke?”
“Nantilah aku buat, tak pun aku qada’ je. Kau tak payah lah sibuk-sibuk.”
“Kau ni mana boleh suka hati kau je nak solat macam tu!”
“Kau ni kenapa??!! Sekarang ni orang tak solat ke solat ke sama je. Orang tak solat pun boleh berjaya, malahan lebih berjaya lagi dari orang yang solat.”
“Memanglah tu adalah ujian buat mereka, dan juga buat kau dan aku. Allah bagi kesenangan dulu. Berjaya di dunia, kau ingat di akhirat pun berjaya ke?”
“Ahhh kau ni!! Bising ahh”
_______________________________________________________

Assalamualaikum wbt

Rasa-rasanya berapa ramai yang rasa solat tak penting? Tak perlu pun dalam kehidupan ni? Buat apa nak solat-solat ni? Dulu masa belajar kat sekolah, solat tu salah satu dari rukun ISLAM, iaitu solat 5 waktu : Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Kalau tak solat maknanya tak lengkaplah rukun ISLAM dan ISLAM kah kita? Tapi kan dalam IC dah tulis ISLAM??!! Kan???!Tak gitu?Islam atas IC.



Kita tahu yang kita WAJIB untuk solat, solat ini telah disyariatkan kepada kita untuk kita laksanakan. WAJIB untuk melaksanakan kesemua 5 kali = 17 rakaat sehari. Kalau dah tahu benda tu wajib kenapa adanya timbul isu di bawah :

Situasi 1 : Mall/ Shopping complex, tak bawa kain telekung dari rumah jadikan itu alasan untuk tidak solat dan berjalan dalam mall dengan happynya, lupa yang tanggungjawab kita kepada TUAN kita belum terlaksana.

Situasi 2 : Mall/shopping complex, ada kain sembahyang disediakan di dalam surau tetapi berbau hapak (biasa la tu) jadi tak nak guna jadi terus tak solat.

Sepatutnya masa keluar dari rumah tu, dah pakai pakaian yang kita boleh terus bawa sembahyang dengan kata lain menutup aurat SEPENUHNYA. Bukan setakat membalut aurat nanti nak bawa ke solat pun tak lepas. Laki perempuan sama je, pakai pakaian yang boleh terus bawa untuk solat. Untuk perempuan maknanya:



·         tudung tu labuh TUTUP DADA dan tidak jarang

·         baju labuh TUTUP bontot tapi tolonglah bukannya yang ketat (biar yang kembang-kembang sikit)
·         berlengan panjang yang juga tidak ketat
·         seluar janganlah pula pakai legging kan? Berkain lagi baik (tapi bukan satin yang ketat!)
·         Oh lagi satu stokin kaki jangan lupa J



Aurat perempuan ni lagi susah nak jaga berbanding lelaki. Sebab tulah kena jaga betul-betul.

Ni pun tuntutan menutup aurat yang sebenar, kalau dah macam ni tak payah dah susah-susah guna alasan tak ada kain telekung ke kain berbau macam ikan masin ke. Syarat sah solat bukannya kena pakai kain telekung yang berwarna putih bersulam bunga warna merah jambu. Jadi kalau kita dah tutup aurat tu dah boleh dah nak solat. Kita biasanya pakai kain telekung kalau nak solat sebab kalau macam ni lebih terjaga auratnya, tapi bukan bermakna tak ada kain sembahyang tak payah/tak boleh solat.

Jom!!


Situasi 3 : Pergi padang, jatuh dan seluar terkena selut tanah / habuk. Ewww KOTOR!! Jadikan ini alasan untuk tinggalkan solat. “Seluar kotor la bang jatuh tadi” “Tu bukan najis pun, lupa ke?”

Selut tanah, pasir, habuk ataupun seangkatan dengannya bukannya tergolong dalam najis yang meyebabkan solat kita tidak sah pon. Yang kau sibuk bagi alasan yang kelihatan tidak berpendidikan begini kenapa? Hmm. Cek balik apa syarat sah solat. Apakah definisi najis yang membatalkan solat.

Situasi 4 : Pergi concert/social event yang mula pukul 8 malam, pukul 5 petang dah kena bertenggek disana, kalau nak tinggalkan untuk solat maghrib nanti susah nak masuk semula jadi lebih baik tinggalkan solat maghrib.

Pergi concert ni pun dah salah, bartambah salahnya bila sanggup pula kita meninggalkan solat demi perkara yang melaghakan ni. Kalau dah pergi concert tu ada ke duduk diam sopan-sopan? Lain la konsert Maher Zain kot.Bangga ke bila dapat melompat terkinja-terkinja? Laki perempuan bercampur aduk, tertepuk terpegang sana sini dan pastinya tak ada benda baik pon dapat dari benda macam ni. Boleh tambah iman ke? TIDAK! Tetapi sanggup pula meninggalkan solat demi perkara sia-sia ini.

Situasi 5 : Dinner mula pukul 8 malam juga. Nak solat maghrib mana sempat, nak kena cop meja kerusi segala, mekap-mekap lagi dah 2 jam, “ish susah, nanti je i qada’ solat”.

Sesuka hati je nak qada-qada. Nanti kalau tiba-tiba on the way balik kau accident dan umur tak panjang macam mana? Kan dah tak sempat nak qada solat tu. Macam mana nak mengadap ALLAH? Menyesal kemudian tak ada guna.



Nasihat : Sebelum keluar rumah pun lebih solat dahulu walaupun keluar hanya sebentar.

Say NO to this!! - gambar Cik google

Situasi 6: Berada di tempat yang tak ada surau/masjid/bilik solat. Nak solat tengah-tengah jalan malu lah dengan orang lalu lalang. Nanti orang kata macam-macam pelik sangat.

Ehh dengan ALLAH tak malu ke? Orang ISLAM yang tak solat tu lagi pelik mengaku ISLAM tapi tak solat. Hurm. Dengan Allah lah kita sepatutnya paling malu. Dialah pencipta kita yang bila-bila masa saja boleh ambil nyawa kita. Dialah yang paling patut kita takuti dan taatilah semua perintahnya untuk kebahagian kita dunia dan juga akhirat. Dialah juga tuan kita yang sangat sayangkan kita. Buktinya? Terlalu banyak nikmat kurniaanNya di dunia ini walaupun kita ni layak ke untuk menerima segalanya?



Penting ke tak solat ni?

Kalau kita benar-benar rasa bahawa solat itu PENTING, kita tidak akan terfikir pun untuk meninggalkannya walaupun hanya SEKALI. Rasa bersalah akan menyelubungi hati. MASALAH kalau kita tidak rasa seperti ini jika meninggalkan solat dengan sengaja. Ini bermakna solat kita selama ini tidak memberi kesan kepada kita, IMAN kita.

Walaupun sekali je tinggal, ni bukan alasan. Allah dah terlalu sayangkan kita. Dia dah kurangkan menjadi 5 kali je sehari. Rasul kita juga sayangkan kita, Baginda tahu kita ni tak mampunya kalau nak buat lebih dari 5 kali sehari. Kita je yang tidak menghargai semua ini. Apa yang Allah suruh bukannya susah untuk kita lakukan. Lakukan solat dengan ISTIQAMAH, sentiasa melaksanakan dengan IKHLAS (mungkin mula-mula kena paksakan diri tetapi tetapkan hati untuk lakukannya demi ALLAH, insyaAllah akan dipermudahkan) dan cuba sedaya upaya melawan nafsu dan godaan syaitan (kerana musuh utama kita dalam mengerjakan ibadah terhadap Allah adalah SYAITAN!)

Solat penting? Kalau penting kita sepatutnya :

·         Utamakan solat lebih dari segalanya : masuk waktu terus solat!!
·         Sentiasa menjaga kualiti solat (kusyuk dan memberi kesan kepada iman)
·         Sentiasa dalam pakaian yang menutup aurat (i mean tutup aurat ye bukan balut aurat)
·         Sentiasa bawa kain telekung ke mana-mana sahaja.
·         Kalau tertinggal TANPA sengaja rasa bersalah sangat
·         Tidak akan terfikir pun untuk skip satu waktu solat walau apa jua keadaan
·         Solat walau di mana kau berada
·         Lebih malu & takut kepada ALLAH daripada manusia
·         Sentiasa menjaga kebersihan diri

Fikirlah sendiri mana lagi penting, hal dunia ataupun hal akhirat. Mana lagi penting? ALLAH ke kain sembahyang yang bukannya wajib @ mekap kau yang sememeh @ game tanam pokok lawan zombie @ cerita korea/jepun/anime/americon idol etc etc @ konsert lagha @ apa-apa aje?? Walaupun hanya sekali meninggalkan solat sebenarnya boleh menjejaskan IMAN kita dengan dasyatnya. Iman kita yang sentiasa turun naik jangan dengan mudahnya membiarkan ia turun dengan perbuatan kita yang mencintai keseronokan dunia.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman : “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya”? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain”. (Riwayat At-Tarmizi)


Feb 11, 2011

Usah biarkan PERASAAN itu berlalu pergi.

Assalamualaikum wbt.


Pernahkah korang semua rasa PERASAAN seronoknya dilamun cinta? Bahagianya ketika pasangan mengucapkan kata-kata cinta dan memujimu sehinggakan mulut bau petai pun kata wangi? Perasaan yang didambakan oleh setiap pasangan yang hot bercinta. Madah-madah cinta setiap saat ke udara untuk menyatakan betapa sayang dan kasihnya kepada si dia. I LOVE YOU sampai mati. Memang indah dan manis. Tersangat manis. 

Namun bukan selamanya semanis itu. Tiba-tiba masuk paper ada remaja bunuh diri kerana CINTA. Kerana ditinggalkan KEKASIH. Ohhhh begitu ‘bermakna’ hidup si mati sehingga sanggup berkorban nyawa demi cintanya. Lupakah dia akan Dia yang Esa?

Opppsss. Entri kali ni aku bukan nak cakap pasal PERASAAN – PERASAAN cinta ini yang dah ternyata korang semua lebih tahu dan mahir. Kali ini mengenai PERASAAN kecil dan halus yang mencucuk-cucuk hati kita tanpa kita sedari. Hati ini adalah satu organ yang paling susah nak di jaga. Bukan senang nak tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ni. Luaran kita seolah-olah ikhlas melakukan  sesuatu, namun hanya hati sahaja yang tahu seikhlas mana kelakuan kita.

“Ketahuilah, di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Bila ia baik maka baik pulalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh tubuh. Ketahuilah itu adalah hati.”(HR Bukhari dan Muslim)

PERASAAN yang ingin aku kongsi di sini ialah PERASAAN yang boleh menyucikan hati kita (bukan perasaan cinta sesame manusia tu, silap-silap boleh mehitamlegamkan hati). 

Pernah tak korang rasa bersalah jika terlanggar suruhan Allah? Atau sengaja langgar? Ada seperti suatu bisikan yang buat kita rasa berdosa je dengan kelakuan kita. Benda yang kita tahu asal nya memang salah dan HARAM, tetapi kerana ikutan hawa nafsu kita TERlakukannya. PERASAAN ini seolah-olah desakan untuk berubah, namun ada sesuatu yang menghalang kita.

Situasi 1 : Tak bertudung. Ada rasa untuk menutup kepala ku ini (tutup dada sekali lah!!). Ada terdetik sekali sekala di hati kecil ini. Ahhhh tapelah tunggu bila aku bersedia (bila?bila?bila rambut dah jadi putih?). Tunggu bila hidayah Allah itu sampai kepadaku.

Situasi 2 : Biasa melewat-lewatkan solat. Pernah teringin nak solat awal. Bila masuk waktu, terlupa sudah keinginan itu dan diabaikan terus. Makin lama makin lewat. Tiba-tiba tertinggal solat. Ohh tapelah QADA je.

Situasi 3 : Aku tidak solat. Ada keinginan untuk solat. Tapi tak reti. Aku rasa seperti sesat (memang pun). Ehh tapi..keluarga aku pun tak solat. Jadi tape lah kan? Nanti-nantilah fikir.

Situasi 4 : Keluar dengan kekasih hati. Si lelaki pegang tangan aku. Aku serba salah. Balik rumah perasaan bersalah menerjah-nerjah. Tensen gila. Abaikan je lah nanti hilanglah perasaan ni. Pegang tangan je pon (%!@!!*&%#!!!)

Situasi 5 : Aku buat kerja HARAM. Haih. Sampai bila aku nak macam ni. Berdosa rasa tapi apekan dayaaa (aku muda lagi tapi nak cepat kaya)....

Baiklah, kalau nak senarai contoh sampai bila-bila tak sudah. Keadaanya secara general adalah kita buat dosa dan apa kita rasa selepas itu. Kita manusia memang banyak buat silap. Aku sendiri selalu menghadapi situasi ini (ampunkan aku, bimbinglah aku ya Allah). Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah swt untuk merasa nikmat PERASAAN ini.



Getaran dan detikan di hati untuk perubahan itu sebenarnya janganlah diabaikan. Hanya bisikan syaitan yang mengatakan untuk tunggu dahulu (tunggu sampai bila?kalau esok kau mati camne?), tak payah buatlah dan macam-macam lagi halangan lain. Tidak cukupkah dengan PERASAAN yang Allah tiupkan secara halus itu untuk kita hargai? Jangan jadikan alasan Hidayah Allah tak sampai-sampai lagi kalau kau sendiri tidak hargai PERASAAN itu.

Sesungguhnya iman seseorang itu tidak dapat diwarisi. Ada ke ayah yang alim pasti akan mendapat anak yang cukup lengkap ilmu agamanya? InsyaAllah boleh, dengan didikan agama yang sempurna. Namun, jika dari keluarga yang ilmu agamanya pun cukup-cukup untuk pass exam, adakah bermakna sampai disitu sahaja ilmu yang perlu kau dalami? Mak tak pakai tudung, jadi itu adalah halangan untuk si anak bertudung? Ayah tak solat jadi semua satu rumah tak payah solat. Itu semua point-point yang syaitan guna untuk menghentikan usaha mulia manusia. Jadi sila abaikan bisikan itu sekeras-kerasnya.

Bila seseorang tu buat dosa, terbit suatu rasa bersalah dan kemurungan kerana fikir "aku telah buat dosa", itu bermaksud masih ada cebisan iman dalam diri. Jadi sebab itu tak boleh diabaikan rasa bersalah itu, takut hilang terus iman tu. Ada paham? Kehadiran bisikan untuk tingkatkan semula IMAN itu jangan sesekali diabaikan. Iman kan turun naik. Masa dia tengah turun kerana kita buat dosa tu lah kita mula rasa bersalah, berdosa, jijik, hina dan seangkatan dengannya. Oleh itu, apabila kita tidak abaikan PERASAAN itu, kita akan cuba berubah mengikit kehendak PERASAAN agar keimanan kita dapat ditingkatkan lagi, InsyaAllah. Kalau diabaikan maka makin turunlah ia sehingga mungkin mencapai 0 (tak ada iman dah!!)

Ohhh tak nak jadi seperti ini!

Jika ada perkara yang kita rasa WAJIB untuk kita tinggalkan, jadi jangan berlengah lagi. PERASAAN untuk berubah itu haruslah dihargai. Jangan sampai Allah tarik semula perasaan itu maka dalam kesesatanlah selama-lamanya. PERASAAN ini adalah anugerah dan petunjuk dari Allah untuk hambaNya. Sucikan hati dengan pembacaan al-Quran kerana dari situlah dapat membuatkan hati tenang (seriously!).


Tekadlah dengan perubahan dan bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Mohon perlindungan dengan Allah (doa tu paling berguna walau apa jua urusan). InsyaAllah dari situ kita dapat merasai kemanisan iman yang tiada tandingannya walaupun dengan PERASAAN cinta sesama manusia yang begitu kita agungkan (ish ish ish). Sekian.




Oct 29, 2010

SOLAT ITU TIANG AGAMA: Peringatan dah lapuk...cuma tak pernah di ambil peduli..

Assalamaualaikum..


Semua mesti rata-rata pernah dengar ungkapan ini.."Solat itu tiang agama"..
Tapi siapalah yang benar-benar memahami maksud ini atau sekadar dengar sahaja.
Dah mengaku diri tu Islam, dalam IC pon tulis agama Islam, tapi solat ambil ringan.

Solat dah nak habis waktu tapi masih boleh buat kerja lain: tengok movie, dengar lagu, layan facebook, makan, chatting etc,(ish.ish.aku pon gini kadang-kadang.Astagfirullah..)
Hari ni pergi majlis @ konsert @ apa-apalah yang mula pukul 8 malam.
Tak sempat nak solat ni kena pergi awal. Jadi tinggal je lah solat. Sekali je pon.(sekali je pon??!!!)
Ada yang tak solat terus.

Dari En Google kpd pembaca semua.
Tahukah semua solat ini WAJIB?
Setiap waktu solat itu wajib. 
Tidak ada sekali pon boleh ditinggalkan tanpa sebab tertentu.

Laaa dah tahu ke??...
tapi kenapa buat seolah-olah tak wajib?
Malulah kita kalau macam ni la jadi. Malulah dengan Allah.
Malulah kita kepada Allah dengan sebenar-benar malu.

Kenapa solat itu tiang agama?
Sesungguhnya solat itu pendinding kita dari perkara-perkara keji.
Sesungguhnya solat itu mencegah kita dari perkara yang munkar.
Sesungguhnya solat itu mendamaikan hati yang kekeliruan.
Sesungguhnya solat itu boleh menambah kekuatan luar dan dalam diri kita.
Sesungguhnya solat itu anak kunci kepada segala kebaikan.
Jadi janganlah kita sendiri yang meruntuhkan tiang agama Islam itu :)

Hahh..semua benda baik-baik je dapat kalau solat.
Jadi tiada sebab untuk ditinggalkan. 

5 kali solat je pon sehari.Allah tak suruh banyak-banyak. 5 kali je pon dalam masa 24 jam tu. Satu waktu solat amik masa dalam 10 minit je pon. 5 kali baru 50 minit. Tak sampai sejam pon tahu?

Ape??susah jugak nak solat?rasa malas?susah nak bangun kalau subuh?solat tu tak cool?aku tak biasa buat?

Ni semua hasutan syaitan.Dah tahu syaitan itu wujud,Dah memang keje mereka menghasut manusia.
Jadi janganlah kita senang-senang je kalah dengan syaitan ni.

Lawan syaitan tu yang selama ni fikir kita ni terlalu bodoh kerana senang untuk dikalahkan.
Kawal nafsu kita sebaiknya. Segala jenis nafsu tak kiralah malas ke apa. Tu nafsu kita, kita kawallah.
Ni yang wajib kita laksanakan. Yang tak biasa tu, WAJIB la belajar. dah kata ni wajib kan!huhh..

Memang susah nak lawan sebab benda yang baik itu memang akan dihalang oleh syaitan sekuat-kuatnya. Tapi bila kita mula mendisiplinkan diri kita, kita akan rasa kemanisannya di situ. 

Kemanisan dalam usaha mencari redhaNya.

Apa-apa pon jika masih rasa susah untuk berbuat sesuatu yang baik (ni kes dihasut syaitan paling tak reti putus asa), berdoa lah pada Allah. Mohon dipermudahkan segala urusan. Mohon dilindungi dari godaan syaitan dan nafsu.

p/s: yang 5 tu wajib, banyak masa free solat-solat sunat pon banyak boleh buat :)