Assalamualaikum wbt
![]() |
| [credit] |
“You look good in hijab”
“Kan cantik tu pakai tudung”
“Kan cantik tu pakai tudung”
“Manisnya kau betudung, ayu je”
“I suka you bertudung. Nampak lagi cantik, seyes!”
“Alhamdulillah sejuk mata memandang”
Frasa-frasa ini sering di komen bila si fulanah mengupload sekeping gambarnya yang cantik bertudung ayu. Perempuan mana yang tak nak kelihatan cantik? Walaupun yang biasa free hair kalau pekena tudung mesti kekal nampak cantik. Takkan bila pakai tudung hilang seri pula kan? Dah siap upload tunggu depan laptop selama 5 minit tunggu komen ataupun jumlah like. Hehe. Dah salah niat ni, pakai tudung untuk apa ye?
Kalau kita tengok ungkapan-ungkapan di atas, semuanya berbentuk pujian dan sebenarnya ada maksud tersirat bila cakap ni. Maknanya, kekalkanlah dalam imej ni. Imej yang sepatutnya sebagai seorang muslimah. Satu doa. Bukan omongan kosong semata-mata. Tak rasa ke macam tu? Ni bukan setakat pujian nak minta belanja ais kacang tepi jalan. Aku selalu rasa macam ni. Takkan kita nak kata direct kan “baguslah bertudung, tak macam dulu dedah sana sini, berdosa!haram! Baru gaya orang Islam! Kalau tak dulu jahil!!”. Gedegang!Maunya orang tu bengang ye dak? Kata-kata tu kena jaga, biar berhikmah. Jadi bila berhikmah, faham-fahamlah ye ini bukan setakat pujian biasa.
Kita cakap berkias tapi maksudnya mendalam. Harapnya di kau faham wahai teman. Sayang tengok teman-teman seperjuangan buat aurat ni perkara mudah. Macam boleh cuba-cuba buat main-main. Sekejap pakai tudung sekejap tak. Bukan nak kata akulah paling baik auratnya terjaga, sedangkan diri ini masih banyak yang perlu diperbaiki. Ini cuma apa yang aku rasa. Kita kena faham. Tuntutan menjaga aurat bukan perkara yang boleh di ambil mudah.
![]() |
| [credit] |
Lagi-lagi baru ni Ramadhan, tengok adalah juga yang berjinak-jinak untuk memakai tudung. Gambar di FB dah ayu bertutup litup. Nak tahu apa sebenarnya yang aku rasa? Rasa excited, happy kalau boleh nak bagi seguni tudung kat you all. Supportive la katakan. Hikhik. Tu yang bila komen puji you cantik, hensem dan ayu. Lagi-lagi lelaki yang suka puji lebih-lebih ni. Biasalah pantang tengok perempuan cun, lagi-lagi dah bertudung rasa semakin layak untuk dibuat calon isteri. Tak gitu?
Tapi alih-alih masa raya rambut you dah perm balik. Angin tiup-tiup rambut terbang. Tudung pun terbang sekali ke sayang? Alah sayangnya. Sekarang rasa kecewa menyelubungi diri. Aku yang tengok ni kecewa, mungkin sebab berharap tak tentu pasal eh? Hehe. Aku yang manusia biasa boleh kecewa apetah lagu tuhan yang satu yang mencipta kita tu. Allah pasti lagi sedih dan kecewa kalau beginilah sikap manusia yang diciptakanNya dengan penuh teliti dan penuh rasa kasih tetapi ini balasan kita tanda terima kasih dan bersyukur? Adakah ini tandanya kita taat kepada perintah Allah?
Tapi siapa aku ni nak kecewa sedangkan kau dan kau sedang bangga melepaskan rambut terbang sepoi-sepoi bahasa. Tak rasa bersalah ke? Bersalah pada Allah? Sungguh sayang rasanya. Hilang terus rasa nak hormat tu. Apa kau expect aku tak ada perasaan ke bila tengok kau buat macam ni? Yelah aurat kau bukan aurat aku kan. (eh emo plakkk.heee). Sorry to say, mestilah pandangan aku terhadap golongan ini dah jadi lain sikit. Tapi aku cuba untuk tidak menjudge dan emosi. Hanya doa yang mampu aku panjatkan agar kau sedar ini semuanya salah. Hanya DOA yang mampu aku pinta...
Tapi siapa aku ni nak kecewa sedangkan kau dan kau sedang bangga melepaskan rambut terbang sepoi-sepoi bahasa. Tak rasa bersalah ke? Bersalah pada Allah? Sungguh sayang rasanya. Hilang terus rasa nak hormat tu. Apa kau expect aku tak ada perasaan ke bila tengok kau buat macam ni? Yelah aurat kau bukan aurat aku kan. (eh emo plakkk.heee). Sorry to say, mestilah pandangan aku terhadap golongan ini dah jadi lain sikit. Tapi aku cuba untuk tidak menjudge dan emosi. Hanya doa yang mampu aku panjatkan agar kau sedar ini semuanya salah. Hanya DOA yang mampu aku pinta...
Apa tujuan pakai tudung semasa Ramadhan sebenarnya? “Menghormati bulan Ramadhan, kan bulan yang mulia”. Hormat bulan je? Allah tak payah hormat, boleh langgar perintahNya sesuka hati bila dah habis Ramadhan? Mana lagi besar sekarang ni? Duhh. Musykil.
Jadi bila dah mula berjinak untuk bertudung dan ada yang memuji cantik tu, ambillah serius untuk melakukan perubahan ni. Itu adalah sejenis signal gelombang-gelombang perubahan ke arah kebaikan. Petunjuk Allah datang dalam pelbagai cara. Keinginan yang terbuku di hati itu juga petunjuk. So, jangan disia-siakan sebab takut hidayah Allah ni tak singgah lama. Pujian tu boleh dijadikan support. Supaya kita lebih kuat dalam melaksanakan perubahan. Tapi ingat, jangan nak pakai tudung untuk mendapat pujian, nanti tak lekat. Kena ikhlas kerana Allah taala. Nak ke tak je sekarang ni.
Walaupun kena buat ikhlas kerana Allah taala, bukan bermaksud bila rasa tak ikhlas nak buat, tak payah buat lagi maknanya. Benda ni bukan boleh tunggu ikut hati kau, AURAT ADALAH HAK ALLAH. Bukannya hak kita untuk menentukan bila kita sepatutnya bertudung dsb. Penuhi tuntutan sedaya upaya yang kita mampu. Mula-mula paksakan diri, buat-buat ikhlas (istikhlas) nanti dengan izin Allah ikhlas itu dapat dicapai. Lagi satu, jangan lupa DOA , DOA & DOA!
Eh lupa pula, selain daripada pujian yang sejuk hati membacanya, ada juga kan yang bila baca rasa nak pelekong senduk besi kat si pengomen tu. Contohnya :
“Eh kau ni dah alim ke sekarang? Hahahahahaha”
“Labuhnya tudung kau……………………….”
“ni mesti sekejap je ni bertahan.”
Peh panas je bila baca. Gelak tu tak ingat dunia. Orang macam nilah merosakkan kawan. Bukannya nak mendoakan benda baik tapi gelak dan cakap macam ni pula. Ini lagilah kalau yang memang jenis aurat tak jaga, sosial tak ingat akhirat. Takkan nak support kawan yang nak berubah kan? Korang-korang yang pernah rasa macam ni, tolonglah abaikan je komen macam ni. Saja nak menjatuhkan semangat. Sesungguhnya bila nak cari kawan/teman, carilah yang boleh mengingatkan kita kepada Allah. Bukannya spesies macam ni. Pemilihan kawan sebagai teman susah senang tu penting, bukan sembarangan. Okay dah.














