Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Sep 17, 2011

Bersyukurlah bila boleh lagi beraya dengan aman





Assalamualaikum Wbt



Konon hari raya dengan effect snow sikitttt.
Dah 2 minggu lebih kita menyambut syawal dan dengan itu juga dah 3 minggu lebih aku mengabaikan blog aku ni. Anak tiri lah katakan. Huhu. Sebenarnya sebab busy dengan assignments, test dan juga open houseS tak sempatlah nak update blog. Serius tak ada masa terluang pun nak type ‘blogger’. Raya tahun ni rasa sungguh hectic dan akhirnya kini di anugerahkan cuti selama 2 minggu. Berbaloi kan? Dan rasanya memang layak mendapat cuti :D

Tahun ni, tahun kedua beraya jauh dari keluarga. Maknanya ada 2 tahun lagi untuk terus dalam keadaan begini (insyaAllah). Sedih dan syahdu bukan? Pagi raya tak ada beratur dalam barisan (aku tak payah beratur pun sebab anak sulung mesti dapat 1st nya. Haha. Tak pun dapat last sekali T.T) dan bercium-salam sambil tangan menghulur untuk menyambut sampul duit raya bersama mak ayah.  Untuk  beberapa tahun ni aku tak boleh nak join pasukan boria family. Tapi Alhamdulillah, baju raya yang boria tu still dapat cuma aku terpaksa peragakan di dalam lab untuk raya kali ni.

Tahun ni purple. pink purple. Aku perasan ramai kan pakai purple tahun ni? 

Raya tahun ni tak pergi solat raya. Ada lab pukul 9. Sebenarnya sempat je nak pergi tapi tempat tu jauh sikit dan macam-macam alasan akhirnya serumah tak pergi. Bila tengok gambar orang upload di FB mulalah nak rasa resah gelisah, mulalah rasa bestnya pergi ni, ruginya tak pergiiiii!!! Maklumlah mereka buat solat raya open air, tengah padang hijau, cantik warna warni baju masing-masing. Tape tahun depan insyaAllah. Tengah sedapkan hati ni.

Jadi pagi raya tu, aku bangun, mandi, siap-siap terus pergi lab dengan 4 lagi rakan senasib denganku. Memang feeling raya tu tak ada sangatlah, tapi baju raya dan kasut raya tetap aku sarungkan. Haha. Di lab kena dispense ubat aka type sticker untuk di tampal pada kotak ubat pesakit. Tapi ni practical je jadi ubat tu dia buat dalam bentuk portfolio. Tapi aku punya computer masa tu buat hal, bila tekan print dia tak print! Puas aku print benda yang sama 4 kali. Duk merayau-rayau la aku kat situ cari printer yang bertanggungjawab. Tak adaaa!!! Apa lagi aku kacau kawan-kawan aku laaa. Duk bertenggek kat situ. Buat muka kesian, nasib baik jadi. Ada lah mereka-mereka yang bagi can aku guna sekejap. Hehe. Thank you kawan. Sikit je mampu buat but better than tak ada langsung kan??


Duit raya ni, korang ada???

Pengalaman raya di Adelaide sangat berlainan berbanding di Malaysia (tak payah la buat kenyataan ni, semua tahu lah!). Kalau kat sini nak makan sate ke, rendang ke, lemang ke nasi beriyani atau apa-apa saja kena masak sendiri. Mana ada kedai, tempah-tempah ke atau mak nenek nak tolong masak untuk kau. Jadi kat sini memerlukan kekuatan rohani dan fizikal untuk memasak semua benda alah tu. Tak adalah nanti masak sambil dengar takbir air mata menitik-nitik masuk dalam rendang kan. Lemak-lemak masin gitu.

Pedas gila. Salahkan serbuk cili pedas sangat.

Lagi satu yang korang di Malaysia takkan rasa adalah beraya sambil pergi kelas. Lagi mantap kalau ada exam. Tapi tu semua dugaan dan ujian Allah bagi. Ni pun pengalaman yang bukan semua orang boleh rasa. Memanglah bila fikir, siapa nak belajar masa nak raya tapi bila  difikirkan balik, siapa je yang ada pengalaman ni? Tak semua dan yang ada tu hanya yang terpilih sahaja. Jadi bersyukurlah kerana di beri peluang oleh Allah untuk merasai kelainan ini. Nanti dah tua boleh cerita kat anak-anak. Bangga kejap boleh jawab exam dengan jayanya masa raya. Lagi satu, it was far more better than Palestinian Muslims. Jadi bersyukurlah kita!!

Kita yang dah semakin tua ni, sampul duit raya boleh sentuh pun hanya masa kita tolong isi duit untuk parents je. Pergi rumah orang pun akan dapat tapi sebenarnya tuan rumah mintak tolong passkan kepada adik-adik. Jadi beruntunglah kalau kita yang dah tua ni muka tak matang, ketinggian tak cukup beratur sama-sama, orang hulur je sampul. Tips lagi satu tak perlu lah pakai mekap tebal-tebal ye dak? Budak-budak tak pakai mekap. Sekali kau salah mekap, muka akan nampak tua bebenor. Hihi.

Tapi berdasarkan survey-survey yang aku buat di FB dan juga blog-blog manusia lain, pendapatan raya still ada tapi berkurangan je. But you know what, it was better than satu sen pun tak dapat tau! Sini dah confirm mana ada orang nak bagi. Buat muka tak malu minta dengan housemates pun mereka buat dek je. 

Cuma kat sini kaya dengan open houses dan kami yang tak reti nak menolak undangan makan free mesti pergi punya. Lagi-lagi dah ada kereta sekarang. Minggu pertama raya almost everyday ada open house dan dalam seminggu tu jugalah duk makan lontong/lodeh dan kuah kacang jeee. Mana-mana mesti ada. Dah masuk minggu kedua barulah ada yang tukar menu sikit contohnya nasi berlauk dan soto nyum nyum.

Allah tak bagi kami merasa duit raya tapi benda lain yang lagi istimewa Dia gantikan. Pengalaman baru dan kemanisan dalam berukhwah. Pagi raya lepas dari lab, keluar dari lab kitorang beraya bermaaf-maafan sesama kami, duk snap-snap picture tergedik-gedik jugalah kan. Biarlah bukan nak tunjuk kat kau pun. Huhu. Gelak sama-sama, susah senang bersama. Buat benda tak malu pun bersama-sama. Ceritanya begini….

Ada orang melayu kat sini buka kedai makan dan 1st day raya kedai dia buat open shop. Kami hanya pernah makan sekali dua je kat situ sebab makanan dia memang ala-ala masakan kami la juganya, masakan Malaysia. So bila news dia buat open shop spread kepada pengetahuan kami, apa lagi muka ni mestilah ada kan? Haha. So dengan muka tebalnya pergi ke kedai tu. Antara guests terawal pula tu. Nasib baik ada juga kawan-kawan yang lain kat situ, jadi tak adalah rasa janggal pun. Hehehe. Makan kenyang-kenyang terus balik rumah, siap sedia untuk ke open house seterusnya. Tapi yang bestnya pemilik kedai ni, beberapa hari lepas tu dia buat open house pula. Yang ni dapat jemputan jadi lagilah wajib pergi kan? Hee.  

Masa ni lah juga ada baru nak kenal orang, contohnya aku yang terjumpa senior sekolah di Kuantan masa pergi beraya di rumah junior. Terusnya dia ajak pergi rumah dia,dia buat open house juga. Lagi satu yang seronok di sini adalah inspect rumah orang. Dah bergi beraya, survey-survey tengok rumah maklumlah rumah omputih ni besar-besar belaka. Biasalah perempuan memang begini ke? Bila lagi kan? Kat Malaysia rumah baru banyak kicik-kicik comel sangat la.



Sekarang dengan rasminya dah start spring break. Seronoknya tak terhingga sebab seminggu sebelum ni pack dengan test, assessments, report dan presentation. Terlepas peluang nak pergi Malaysian Carnival lagi tahun ni, jadi duk stalk FB orang je tengok video dan gambar. Mungkin ada hikmahnya kot tak dapat pergi lagi tahun ni. Apa-apa pun sekarang dah cuti dan aku sangatlah happy. Hehe. Oh tahun ni tak buat open house sebab dah terlalu banyak yang buat. Haha aci tak alasan ni? Ok dah malas nak tulis panjang lebar lagi (cis ni tak cukup panjang ke?),aku berhenti sampai sini. Wassalam.

Cuba kira berapa banyak kali aku type 'open house' untuk entri ni. Punya excitedkan pergi makan free ^_^

Ps 1: rupa-rupanya sticker aku keluar dekat printer kat dlm lab lagi satu. Kesian kan? Haha.
Ps 2 : Selamat Hari Raya Aidilfitri & semoga kita sempat berjumpa lagi Ramadhan akan datang! 



Mar 25, 2011

RINDU yang membuak-buak!!

Assalamualaikum wbt.


Semakin lama semakin teringat-ingat keluarga. Walaupun chat, berskyping hampir setiap minggu tapi biasanya lepas skype tu lah rasa membuak-buak rindunya. Nak balik (T.T)

Tadi lepas makan berborak pula dengan housemates pasal keluarga masing-masing. Aku ni mestilah teringat kat adik-adik aku semua. Mak dan ayah. Parents yang berusaha supaya anak-anaknya dapat apa yang terbaik. Kesportingan ayah aku dalam mengurus dan mengusik anak-anaknya. Mak yang memahami jiwa remaja anak gadisnya (cerita je apa pun sure layan). Adik-adik aku yang tak reti duduk diam sibuk nak ikut aku pergi merata. "Along, bila nak tidur dalam bilik kitorangnya?", "Along jomlah main badminton petang ni!", "Along, jom pergi taman petang ni."

Kadang-kadang selagi tak ikut apa mereka nak selagi tu duk cakap juga benda sama. Tapi pada saat ni lah buat aku teringat suasana itu.

Saat dimana juga aku selalu usik adik-adik aku (part time job aku masa kat rumah). Bergurau dapat merapatkan silaturahim. Huhu.

p/s : kepada adikku yang baru dapat results SPM tu, jangan sedih-sedih sangat ye. Result tu dah cantik dah tu. Yang penting, ini bukannya pengakhiran tetapi permulaan untuk masa akan datang yang lebih mencabar kelak! Kuatkan semangat, ingatlah pada Allah :)

I MISS MY FAMILY 


Mar 22, 2011

Makanan ruji yang 'sihat'

Assalamulaikum wbt.

Syukur kepada Allah kerana aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas di atas bumi yang indah ini. Dah lama berzaman tak update blog ni. Setakat ni, kali ini (banyaknya ni,ni,ni) yang paling lama aku biarkan blog aku beristirehat sejak pembukaannya tahun lepas. 

Sebelum ni terlampau sibuk dengan kelas dan test yang baru habis hari ni. Walaupun kelas sebenarnya hari Rabu je full, aku tak tahulah apa aku buat pada hari lain tu. Hurmm pelik jugak.

Semenjak kembali semula ke Adelaide, aku dapati ada perubahan pada perut aku. Aku asyik lapar je walaupun baru je makan nasi 2 pinggan, tak sampai 2 jam kemudian dah lapar krukk..krakk.. bunyi perut aku. Ke mana hilang nasi aku tu? Sekarang kadang-kadang waktu malam nak tidur tu perut aku dah bunyi krukk..krakk..kruuuukk..kraaaakk..laaamaaa pula tu.

Sehinggakan ada je aku terjaga dari tidur sebab bunyi perut yang macam apa je ni. Kadang-kadang dengar macam ngeri pun ada. Apa benda ada dalam perut ni???!!

Sebab dah selalu senang sangat lapar, supermarket sebelah rumah ni selalu jadi mangsa. Asal balik kelas je aku singgah Woolworth. Benda biasa yang aku boleh beli dan boleh makan hanyalah benda yang goreng-goreng tu. Alaa macam nugget, fries, fish fillet etc etc. Takpun buah-buah & air. Takpun chips.

Peneman setia 
Aku rasa memang hari-hari makan benda ni dan berGORENG! Aku pernah try guna oven sekali, tapi rasa dia kurang umpphh la kalau nak banding dengan goreng. Haha. Jadi aku goreng untuk kesenangan hati dan mulut aku. (Weh kalau kena high kolesterol macam mana?) 

Buah pun peneman setia, tu pun epal makan dengan kicap & tembikai bersama garam (kawan aku la ajar ni). Sekarang anggur seedless murah. Makan apa yang murah je ye.

Blueberry Pancake with ice-cream

Chocolate pancake with strawberry and ice cream


Russian Blitz - Crepe pancake with creamcheese - sedap gila!

Pancake with choc sauce
Ni pancake-pancake semua sempena meraikan birthday aku dan housemate aku yg lahir bulan Februari. Hari Jumaat (11 Mac) kami semua setuju nak gi makan di Pancake House, rupa-rupanya diorang nak belanja makan. Kalau aku tahu, aku order banyak-banyak. Haha. Jangan membazir, yang 4 ni pun mau kembung perut nak habiskan. Heee. Terima kasih daun keladi, lain kali paham-paham sendiri yee~

Aku rindulah nak makan ni dengan family. Wuuu satay dah la sedap! Tensen.

Kasi close up itu satay! Waaaa!



Ehhh apa burung pun makanan aku ke? Haha. Haaa tudia seekor burung mata bulat hasil kerja En Ferry sempena tanda terima kasihnya kerana aku tolong buat banner & header untuknya. Hehe terima kasihlah ye susah-susah je lukiskan.

Kesimpulannya aku sangat kena elak makan makanan yang bawa masuk angin dalam badan. Nak makan halia untuk buang angin macam tak sanggup. Hoho. Tak suka. Makanan berangin tu lah yang aku gemarkan contohnya tembikai, kacang, kobis, kentang, kangkung & daging (biar betul? I'm a meatlover!!) dan macam-macam lagi lah.

p/s : kepada adikku & rakan-rakan seperjuangannya yang bakal mengambil result SPM pada 23hb nanti, jangan risau-risau dan takut-takut. Tawakal lah kepada Allah kerana kamu telah berusaha. Tawakal supaya kamu redha dengan segala ketentuanNya.

Berjaya sekarang bukan bermakna berjaya selamanya
Gagal sekarang bukan bermakna gagal selamaya.
Ingatlah yang kita cari adalah kejayaan di dunia & kebahagiaan di akhirat.

Feb 26, 2011

Aku dah balik!

Assalamualaikum wbt.

Wahh ni lenguh-lenguh dan sakit tangan tak hilang lagi selepas lebih 24 jam perjalanan untuk sampai ke rumah terCINTA. Dah 2 hari. Hurrmmm dah rindu Malaysia, dah rindu orang dan makanan di Malaysia. Haha.

Dalam tangan yang masih lenguh ni sibuk pula nak shopping barang rumah. Kebetulan Harris Scarfe buat sale besar-besaran punya sebab nak pindah kedai. Habis semua periuk belanga kami nak angkat. Angkut lah naik bas penuh barang di tangan. Survival gila duk sini.

Sehari lagi tinggal untuk cuti. Lepas ni kelas dah start. Barang pun tak habis simpan lagi. Apa nak jadi ni?

p/s : asyik lapar je duduk sini. hurm.
p/s : lepas ni tak boleh dah nak berblogging sangat!


Feb 22, 2011

Aku tak reti ikat reben

Assalamualaikum wbt.

Hari ni aku dah start megemas sedikit demi sedikit. Walaupun berat je tangan nak buat semua benda. Oleh sebab terlalu tak nak balik, baju pun aku main letak jek dalam beg. Tengok lah nanti mesti kena susun balik, maklumlah sebenarnya beribu-riban barang aku nak angkut pergi sana.

Ya, semuanya PERLU!hehe :)

Tengah pilih-pilih baju nak bawa balik tu, teringatlah aku pada gloves yang aku bawa balik sini. Saja lah bawa balik, walaupun aku tahu tak de orang pakai gloves kat Malaysia ni, kecuali pi main ice skating (wuuu bila entah lagi boleh gi ice skating). Aku cari-cari lah gloves tu dalam lambakan baju aku. Ditindih-tindihnya mereka sepasang di situ. Kat gloves tu ada seketul reben yang comel. Tapi yang sebelah tu, reben dia dah tercabut sikit ikatannya tapi masih terlekat di glove. Tu yang susah tu.

Aku pun cuba lah membaikinya. Simpul sana, tak jadi, simpul sini tak juga jadi. Benda ni lagi susah sebab sepatutnya kalau dah siap simpul, ada seketul berlian plastik kat atas reben tu. Puaslah tangan aku nak menyimpulnya. TAK JADI JUGA!



Aku pun saja minta ayah aku cuba buat. Manalah tahu kut-kut jadi kan. Lama sikit pastu, ayah aku baling glove tu ke aku. Waaahhhhh!!! Rupanya tak jadi juga. Aku ingatkan dah boleh dah ikat reben tu. TAK JUGA. Hehehe. Like daughter like father.

Tetiba adik aku, WANI ambil glove tu dari aku. Aku masa tu malas dah nak mencuba. Memang tak dapat dengan jayanya. Tapi tup-tup adik aku tu dapat ikat dengan cunnya. Wahaha excited kejap aku. Pastu dia dengan selamba badaknya kata, "haa tulah Wani belajar ERT (ekonomi rumah tangga)". Ok Fine. Nak buat macam mana, kami yang lain ambil PK dan KT untuk KH. Tak reti nak ikat reben. HAHAHA. 

comel kan? kan???!!

Mak aku kata baguslah ada kepelbagaian dalam rumah ni. Syukur alhamdulillah. Sorang tak reti atles yang lain reti, ye dak? Huhu. Walaupun sebenarnya dalam ERT tak ada pun belajar cara ikat reben. Haha.

p/s 1 : Wehh eja diikat tuh dekat ye kanak-kanak. Nanti kang cikgu BM marah aku. Aku malas nak baiki.
p/s 2 : Pelik sebenarnya sebut reben banyak-banyak kali. REBEN.



Feb 19, 2011

3 hari yang berharga

Assalamualaikum wbt.

Apa benda lah nya yang tinggal 3 hari lagi ni ya. 3 hari yang amat berharga untuk aku. Tapiiiiiii...membuatkan aku rasa tak keruan dan kalut semacam je. Rasa macam semua benda tak siap dan tak settle. Serabut. Serabut tapi malas nak buat pape. Pasni aku dah tak ada dah kat rumah ni. Ohh sedih sebenarnya. Berdebar-debar pun ada. Cehhh gaya cakap macam next week nak kawen je. Haha.


Sebenarnya aku dah nak kena sambung balik study next week. Dah kena balik semula ke Australia. Ohh sungguh rasa berat hati nak pergi. Perasaannya lagi dasyat dari mula-mula nak fly tahun lepas. Masa nak fly tu tak ada lah pula perasaan macam ni. Releks je gaya. Masa orang sedih-sedih menangis nak fly pun aku muka tak ada perasaan je. Sekarang ni pula rasa tak nak pergi. Ntah pape.

Barang tak start packing pun lagi. Boleh tak aku balik sana tanpa packing? Haha. Rupa-rupanya dah habis cuti aku selama 3 bulan di sini. Sekejap je rasa macam semalam baru balik. Segala plan untuk cuti ni pun tak tertunai lagi semuanya. Buat benda baru yang tak dirancang adalah, contohnya blog ni. Mana ada aku terfikir dulu nak habiskan masa aku dengan berblog ni. Hehe. Perancangan lain yang aku buat,benda lain juga yang jadi. Tapi melalui blog ni aku rasa ada juga faedahnya yang aku dapat. Tak adalah sia-sia je masa aku.

Kita merangcang, tetapi Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah swt.

Dah masuk second year dah aku belajar Farmasi. Memang cepat masa berlalu. Agaknya lepas ni lagi banyaklah nama ubat nak kena hafal. Ohhhhhh  (-.-) Bersyukur sangat result 1st year lepas dan tak tersangkut. Kalau tak susah juga nak kena duduki exam semula atau paling menyedihkan kalau terus gagal tak boleh repeat dah. Ohh minta-minta dijauhkan. Harap-harap tahun berikutnya pun lepas lah. Aku tak target tinggi, asal lepas sudah, sebab nak lepas pun dah payah. Haha.

Ok sudah. Terimalah kenyataan yang cuti kau dah habis ye.



Jan 24, 2011

Akhirnya kena cucuk!

Assalamualaikum wbt.

Hari Sabtu yang Menggatal

Badan aku rasa gatal semacam dan aku dah jadi macam monyet duk menggaru-garu. Lepas dah garu tu dia jadi merah dan timbul-timbul sikit. Rasa pun pedih dan panas je. Kalau sikit-sikit tape lagi tapi ni satu badan aku gatal. Aku pun google lah nak tahu penyakit apa aku ni. Melalui pencarian tak bertauliah aku, aku mungkin kena allergic kot. Dan nama keadaan ini adalah urticaria. Tapi masalahnya, aku rasa aku tak ada pun nak allergic apa-apa. Adalah kot salah makan apa benda yang aku sendiri tak tahu. 

Malam tu, pukul 9 aku gi makan ubat cecair (batuk+selsema) dan kegatalan aku beransur hilang sebab dalam ubat tu ada antihistamine untuk merawat selsema. Benda ni juga dapat menghilangkan gatal kerana dia dapat block histamine yang membuatkan badan aku gatal dan merah-merah.

Aku ingat gatal ni dah hilang teruslah. Rupa-rupanya makin menggila dia lepas ubat tu mungkin dah nak habis kesan. Dalam pukul 3 pagi aku terjaga tak boleh nak tidur sebab duk tergaru sana sini. Tensen weh sikit-sikit gatal macam gigit nyamuk tu. Aku pun ke dapur dan pekena lagi ubat tadi tu. Aku dengan suka hatinya menaikkan dos ubat tu kepada 7.5 ml (sebelum ni 5 ml) sebab dah tak tahan gatal dan kebetulan masa tu pun selsema dan batuk aku pun tak elok juga lagi. Tapi sebenarnya aksi ni jangan ditiru tau. Haha. Aku wat ni pun sebab aku tengok dos untuk orang dewasa patutnya 10 ml tapi dia bagi aku separuh je kenapa? Wuuu.

Pagi Ahad yang 'Indah'

Sepatutnya hari ni nak pergi Pasar Tani saja nak jalan-jalan tengok barang kat sana. Tapi akhirnya pergi klinik sebab nak cek pasal kegatalan aku ni lah. Bangun tidur tu dah start balik gatal dia sikit-sikit. Jadi mak dan ayah suruh juga pergi cek doktor. Wuu.

Di Klinik

Doc : Haa sakit apa ni?
Aku : Ni badan ni naik gatal-gatal, merah-merah.
Doc : Sejak bila kena ni?
Aku : Semalam lagi. Tapi bila makan ubat batuk+selsema, dia hilang la sekejap gatal tu.
Doc : Tengok sikit camne merah tu?
Aku : (tunjuk kat lengan kesan merah)
Doc : Haa ni allergic ni. Ada allergic apa-apa ke? Makanan tak boleh makan?
Aku : Rasanya tak ada allergic apa-apa pun. Selama ni makan ok je.
Doc : Ada tukar sabun baru tak?
Aku : Ada. Tapi dah nak dekat 2 minggu dah. Ok je sebelum ni.
Doc : Oh ok. Tapi ni kena cucuk sikit. Tape ye??
Aku : Haa? Kena cucuk ke doc? Tak ada cara lain ke?
Doc : Kalau cucuk ni cepat sikit tindak balas dia.
Aku : Errr perluu kee (nada perlahan)
Doc : Tape tak sakit pun ni, sikit je.

Ayah dan adik aku duk gelak-gelak pula. Syok la duk usik aku. Mereka ada sekali dalam bilik tu. Maka dengan itu doktor tu pun terus pi ambik jarum & ubat nak cucuk. Aku pusing tengok doktor tengah buat apa, ternampaklah jarumnya yang panjang itu. (T.T)



Si doktor pun datanglah dengan jarumnya yang aku tak sanggup nak tengok. Haha. Maka tercucuklah dibahu aku. Memanglah tak sakit mana, tapi tak tahu kenapa aku naik seriau bila kena dengan jarum suntikan ni.

Doc : Haa dah siap. Nanti saya bagi ubat makan, makan lepas 8 jam kena cucuk ni ye. Ubat ni mengantuk sikit.
Aku : Haa terima kasih doktor.

Kat luar sementara nak tunggu dapat ubat, tiba-tiba aku rasa pusing, pening, tak bermaya dan mengantuk sangat. Mata pun kuyu stim semacam. Huhu. Ayah aku kata bibir siap pucat lagi, terus ayah hantar aku balik rumah. Sepatutnya nak pergi beli barang-barang sekolah adik aku, tapi terpaksa tersadai kat rumah. 2-3 jam lepas tu baru ok sikit, tu pun masih rasa tak bermaya semacam. 


Yang penting, dah tak gatal. Haha. Tapi tetap makan ubat yang dia beri tu sebab masih ada sisa kegatalan. Ubat dia bagi tu pun tak kurang mengantuknya, jadi asyik tidurlah aku sehari dua ni. Harap-harap gatal tu tak kembali dah. 

Jan 15, 2011

Murahnya harga setitis itu.



Pernahkah kau mengerti?
Pernahkah kau memahami?
Pernahkah kau menghargai?
Nilai setitis ini?

Ya, kau tidak memintanya!
Ya, kau tidak menginginkannya!
Ya, kau tidak perlukannya!
Aku tahu ini hanya sia-sia.

Apakah aku selama ini penghalang kau?
Apakah aku selama ini beban kau?
Apakah aku selama ini masalah saja untuk kau!

Ya, aku tahu siapa aku.
Tiada siapa perlukan aku.
Akan aku bawa diriku jauh dari kau.
Kerana aku tidak mampu mengikut rentak kau.

Semoga kau berjaya di dunia & di akhirat.



.