Ketika keseorangan
Melihat dunia indah berpasangan
Gembira tak terkata ketika berduaan
Terdetik di hati inginkan teman
Teman untuk berkongsi suka dan duka
Teman untuk menyemai kasih dan cinta
Teman untuk dibawa ke akhirat sana
Dengan harapan setia selamanya
Gembira di riak muka terserlah indah
Tersenyum meleret memanjang tak sudah
Kau leka dalam cinta penuh madah
Tanpa kau sedar kau semakin parah
Makin kau leka dalam cinta ciptaan manusia
Makin kau jauh dari peringatan Tuhan yang Esa
Tetapi bagai disihir rasa bahagia sementara
Kau tidak ingin tersedar dan kembali kepadaNya
Namun tiba-tiba..
Kau menangis membasahi pipi
Kerana bagimu semua lelaki tak jujur!
Kau menjerit melaung amarah
Kerana bagimu semua lelaki tak jujur!
Kau bertukar ragam dan cara
Kerana bagimu semua lelaki tak jujur!
Kau kecewa, geram dan benci
Kau rasa teraniaya dengan hubungan ini
Kerna kau sangka ia cinta dari Ilahi
Namun kau lupa ia permainan duniawi
Kau lupa kepada siapa yang harus kau cari
Ketika kau keseorangan membawa diri
Kepada si Dia yang sentiasa menanti
Untuk kita sematkan kemas di dalam hati
Jika kejujuran yang kau cari
Jujurlah dahulu kepada diri sendiri
Jangan terkena tipu helah duniawi
Dan laksanakan tanggungjawab sesungguh hati
Jangan terkena tipu helah duniawi
Dan laksanakan tanggungjawab sesungguh hati
Jika kejujuran yang kau cari
Jujurlah dahulu mencintai Allah sepenuh hati
Sehingga detik terakhir menemui mati
Kau masih tersenyum bahagia menanti cinta yang hakiki
Jujurlah dahulu mencintai Allah sepenuh hati
Sehingga detik terakhir menemui mati
Kau masih tersenyum bahagia menanti cinta yang hakiki
