Showing posts with label tomato. Show all posts
Showing posts with label tomato. Show all posts

Dec 8, 2011

Tomato & ukhwah sesama insan

Assalamualaikum wbt


Kali ni nak ajak pembaca semua tengok short film ni kalau belum tengok. Maklumlah ramai sangat orang duk share ni kat FB. Jalan ceritanya simple tapi kalau betul-betul mejiwainya, ia sarat dengan pengajaran. Pengajaran yang boleh kita ceduk untuk di praktikkan dalam kehidupan seharian kita.







Nak tengok reviewnya meh sini baca. (pinjam entri eh, malas nak tulis entri panjang lebar punya pasal. Hehe. TQ)

Tapi sayangnya ada pula yang merasakan perbuatan yang di tonjolkan dalam filem ni, perbuatan gay. Salah ke kalau lelaki suap lelaki makan? Bukan sengaja menggedik, tapi kan nampak jarinya sakit. Tapi kalau menggedik apa salahnya sesama lelaki pun? Ingat perempuan je ke boleh main suap-suap ni?

Peliknya manusia sekarang, perbuatan macam ni di anggap salah, dianggap gay dan sebagainya. Tetapi kalau couple muda mudi yang tanpa segan silu menyuap makanan kepada pasangan yang tidak halal baginya tidak pula dicemuh? Minuman bertukar milik, berkongsi penyedut (straw laa) tidak pula dikeji? Kalau nampak yang macam ni bukan main lagi puji SWEETnya, ROMANTIKnya.

Dosa diagung-agungkan, sunnah diperolok-olokkan.

Sedarlah kita yang mana sepatutnya kita agungkan dan yang mana sepatutnya kita jauhi.

Bersahabatlah dengan seseorang kerana Allah, sesungguhnya itu lebih manis dan berkekalan hendakNya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia ialah sahabat yang membawa kita ke jalan Allah.

Sweet-sweet antara kawan tu bukannya sesama perempuan je boleh terjadi. Tak ada pun dalam ajaran Islam perbezaan cara berkawan mengikut jantina. Kalau sesama lelaki tak payah jaga perasaan orang? Barulah otai? Barulah macho? Tang mana macho pun aku tak tahu. Yang Islam bataskan adalah hubungan antara lelaki dan wanita.

Bila bersahabat dengan seseorang kerana Allah, susah senang kita rasa bersama. Persahabatan itu dirasakan sangat akrab, seperti saudara kandung sendiri. Malah dalam Islam juga mengajak kita untuk menyayangi saudara kita seperti kita menyayangi diri sendiri.


Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)


So, sesama lelaki pun jika ukhwah itu kerana Allah, memang boleh jadi lebih sweet lagi dari perempuan. Kalau GAY tu, bukannya SWEET tapi SEWEL tau tak. Geli. Dan orang boleh membezakan antara keGAYan dan keUKHWAHan yang kukuh.

Bukalah minda dan bukalah hati, terimalah ISLAM yang ternyata INDAH jika engkau memahami.