Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Mar 21, 2012

Jadikan syaitan sebesar lalat!

Assalamualaikum wbt.





Kita tahu syaitan musuh kita selamanya. Kadang-kadang bila marah, kita tersasar menyebut “syaitan betul”, “jahanam kau syaitan”, “celaka syaitan ni!”. Konon nak marah syaitan yang menyebabkan kecelakaan yang menimpa kita. 

Tapi tahukah kita situasi itu amatlah tidak digalakkan di dalam Islam? Walaupun kita tengah mengeji syaitan, makhluk yang kita rasa layak untuk kita berkata demikian. Kan?kan? Rasa macam layak je dikutuk2. Ehem, betul ke tindakan ni?

Woahhh benarkah tak boleh mengutuk syaitan? Ehm! [Lalat bersuara!]
Diriwayatkan dari Abu Malih. Ada seseorang bercerita kepada Abu Malih. Ia berkata: "Saya pernah naik Unta bersama Rasulullah s.a.w. Kemudian Unta beliau terpeleset, tanpa sedar saya berkata, تَعِسَ الشَّيْطَانُ "Celakalah syaitan." Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
 لَا تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولُ بِقُوَّتِي وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ "Jangan kamu katakan "celaka Syaitan", sebab jika kamu katakan itu badan syaitan akan semakin membesar sehingga sebesar rumah seraya berkata, ‘dengan kekuatanku (aku menggelincirkan dia.’ Tetapi katakanlah, ‘Dengan menyebut nama Allah’ (Bismillah). Bila kamu berkata demikian, maka badan syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat." (HR. Ahmad, Abu Dawud, al-Nasai, al-Thabrani, al-Baihaqi, dan al-Hakim. Dishahihkan oleh Syekh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, beliau berkata, "Shahihul Isnad", no.3128, 3129.)

Sewaktu kita berkata celaka syaitan, seolah-olah kita mengiktiraf dengan kuasa syaitanlah sesuatu musibah tu terjadi. Padahal siapakan yang benar-benar berkuasa yang mengawal segalanya? Allah, bukan? Maka kembalilah semula kepada Allah dengan menyebut nama Allah. Ingat kembali kepadaNya yang menurunkan setiap sesuatu kejadian kepada kita dengan hikmah yang tersembunyi.

Rasulullah s.a.w.  juga pernah berpesan secara khusus agar tidak mencaci syaitan ketika terjadi musibah, لاَ تَسُبُّوْا الشَّيْطَانَ وَ تَعَوَّذُوْا بِاللهِ مِنْ شَرِّهِ "Janganlah kalian mencaci maki syaitan, sebaliknya berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya." (HR. al-Dailami, Tammaam dalam Fawa'idnya dan yang lainnya, sebagaimana yang terdapat dalam Shahihah milik Al-Albani no. 2422)

So, lepas ni nak kalau geram ke, nak marah ke, sila kawal. Jangan ingat dengan memarahi, mengutuk atau mengeji syaitan adalah perbuatan terbaik untuk melampiaskan perasaan. Istigfar banyak-banyak dan jangan bagi peluang untuk syaitan jadi sebesar rumah! Silap-silap jadi banglo 3 tingkat dengan kolam renang bagai. Dah besar-besar lagi senang syaitan nak mencurahkan api kemarahan kepada kita. So bila rasa hati lain macam nak marah, cepat-cepat padamkan. Mohon pada Allah. Biar jadi sekecil lalat dan akhirnya kita hempap dengan setimpal kesabaran yang menggunung! InsyaAllah.







Jan 17, 2011

Layakkah Kita Nak Bersedih?

Assalamualaikum wbt.

Kali ni nak tulis lebih kepada renungan untuk diri sendiri, tapi tak salah kalau nak kongsi sesama manusia sebagai peringatan.

Hari ni pergi pasar malam, si anak dah fikir dah nak minta dengan si ibu nak beli baju, tudung, air kelapa, itu ini dan macam-macam. Masa kat pasar, si ibu marah tak bagi beli. Terus tarik muka masam.

Si suami nak ajak si isteri pergi dating hari ni. Si isteri pula banyak urusan kat rumah (ingat kerja kat rumah sikit ke nak urus?), bersiap lambat sikit, si suami pula marah dan herdik si isteri.

Plan nak pergi shopping hari ni last day sale kat butik. Tup-tup kereta tak boleh nak start enjin. Keesokkan harinya sedih melampau dan nyampah kat kawan sebab kawan kata sale murah sampai hampir 99% diskaun.

Kita ni kalau ada benda yang kita dah rancang dengan sempurna kononnya, tiba-tiba tak jadi seperti yang dirancang kita akan terus rasa down, marah, sedih, nyampah, benci dan sebagainya. “Aku rancang macam tu, macam tu juga aku nak!”. Sedarkah kita sebenarnya seolah-olah menyalahkan Allah bila keadaan macam tu terjadi?

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.



Semua dah tahu ungkapan ni. Siap boleh guna nak bagi nasihat kat orang lain. Tapi bila jadi kat diri sendiri, lupa pula kita ada Tuhan yang tentukan apa yang terbaik untuk diri kita. Memang kita ada kehendak dan keinginan kita sendiri. Tapi belum tentu apa yang kita impikan itu terbaik untuk diri kita. Allah itu maha mengetahui. Dan jika benda baik itu bukan milik kita sekarang, InsyaAllah kita akan merasainya suatu hari nanti. Kebahagiaan dan kejayaan itu bersama orang-orang yang sabar.

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah : 216)

Tak salah nak rasa sedih, marah ke apa. Tapi jangan lah melampau-lampau. Memang Allah kurniakan kita dengan perasaan yang bermacam jenis tapi tu pun salah satu bentuk ujian. Kita kena kawal perasaan kita terutamanya semasa marah. Jangan biarkan api kemarahan tu menutup kebaikan di hati kita kerana marah itu adalah hasutan syaitan.

Dan janganlah sedih melampau sebab kalau nak difikirkan, layakkah kita nak bersedih? Kalau diikutkan, Allah lagi sedih dengan perangai manusia sekarang yang dah tak tahu apa tujuan dia hidup di bumi ni. Solat ikut suka kau jak. Benda wajib buat tak buat, benda haram buat, seronok pula buat. Buat kerja sia-sia. Buat dosa tak rasa takut tapi seronok. Fikir-fikirkanlah.

Jadi janganlah kalau benda tu tak ikut apa yang kita nak, kita bermasam muka, mengamuk tak tentu pasal. Bersabar itu kan bagus J

p/s : Sampai bila nak sabar? Sampai kau tetap tersenyum saat ujian paling besar menghampirimu.




Jan 5, 2011

Sakit Itu Penghapus Dosa

Ni kenapa tiba-tiba pasal sakit ni? Haa bukan aku yang sakit tapi mak aku yang tersayang. Sakitnya nantilah aku kabo ye. Sebab tu lah tak on pon 2-3 hari ni duk jaga mak kat hospital. Tak sempat nak update blog ni. Padahal selama ni macam ni la jugaknya. Haha. Ni biasalah dugaan dalam hidup, sebab tu masa kita senang janganlah sia-siakan, nanti dah sakit baru rasa susah. Kan? Kan? Siapalah suka sakit kan.

Sakit ni dapat uji kita punya keimanan dan kesabaran kita. Ada setengah orang tu, masa sakit la baru nak ingat Tuhan, sebelum ni lupa kot ada tuhan? Ada setengah orang tu, masa sakit marahkan Tuhan sebab bagi dia sakit. Walau macam mana pun keadaan kita, susah senang kita patutnya sentiasa ingat kat Allah dan ingat kita ni hambanya sahaja, Allah suruh buat kita buatlah. 

Sabarlah bila kita sakit sebab sakit itu penghapus dosa. Ni kalau duk marah-marah tak ada jadahnya, jadi terima lah ujian yang Allah berikan tu dengan redha. Hati pun tenang, jiwa pun sihat, nanti cepatlah baik. InsyaAllah.

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya seorang yang beriman ketika ditimpa musibah sakit, kemudian Allah menyembuhkannya, maka itu adalah kaffarah (penghapus) bagi dosa-dosa yang dia lakukan sebelumnya, sekali gus menjadi peringatan berharga untuk menghadapi masa akan datang.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Kalau ada orang sakit tu, rajin-rajinlah melawat sebabnya :

Daripada Thauban, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang." (Hadis riwayat Muslim)

       Mak cepatlah sembuh! Kami sentiasa doakan mak :)      








Dec 25, 2010

Aku ‘dihasut’ syaitan

Assalamualaikum wbt & Haluu..

Semalam aku, mak dan adik-adik aku pergi lah pasar malam dengan bahagianya mengenangkan akan berjumpa dengan makanan berbagai jenis. Tapi pergi pun dah agak lewat dalam pukul 6 lebih, jadi berasak-asak la kat sana. Tak nampak dah sangat makanan asyik nampak orang macam-macam jenis. Kami pun belilah macam-macam jenis makanan. Aku beli sate, laksa & coconut shake. Nyum. Nyum.

Pastu nak pergi lah beli nasi minyak ni, Angah, mak & adik aku nak makan nasi minyak ni. Aku sampai kedai dia tu penuh orang. Aku pun tanyalah Angah aku tu, “Sedap sangat ke nasi minyak dia?”. Aku tengok macam biasa. Ntahlah biarlah. Tengah ramai-ramai nak beli nasi minyak tu, nasi dia kena ambil sendiri, lauk pauk je orang jual tu isikan. Punya ramai aku serabut. Nasi minyak ni dijual oleh sepasang laki bini.

Masa tunggu tu, si bini tanyalah kami, “dik nak apa?lauk apa?” Pastu tiba laki dia gi cakap, “ni ha saya nampak orang laki ni datang dulu. Mata saya ni boleh nampak..bla.bla.bla”(sambil tangan pusing tunjuk pelanggan-pelanggannya. Si bini balas, “Tapi saya nampak adik-adik datang dulu. Sebab adik-adik ni duduk sebelah sana tadi”. Pastu adik aku kata, “tape isi je orang tu dulu”. Aku tak tahu lah kenapa aku rasa cam menyampah gila kat orang kedai ni. Dah lah tunggu lama. Kau laki bini nak gaduh plak. Fuhhh secara automatiknya terkeluar jelingan ‘manja’ aku. Haha. Nasib baiklah adik aku tu sabar je. Aku ni pun tunggu jek lah situ. Dalam hati tu dah geram gila. Slow betul. Teruknya la aku. Wuwuwu~

Kerana kau nasi minyak laki bini tu gaduh. Tak ada lah gaduh, bertikam lidah jek sekejap. Agaknya sebagai tanda terima kasih kerana bertolak ansur bini dia cedok lebih seketul ayam yang kecil ukurannya.

Ni ha aku nak kongsi, aku rasa masa tu aku dah kena hasutan syaitan, sebab tu lah hati aku jadi marah tak tentu pasal. Padahal menunggu sekejap je pun (agak lama la sebenarnya weh). Ke mana lah kesabaran ku selama ini. Haha. Aku sedar la masa tu pun dah nak maghrib, mesti banyak syaitan duk berkeliaran. Kan aku dah jadi mangsa, Istighfar la banyak-banyak dalam hati dan terus balik rumah. Waktu maghrib jangan berkeliaran, nanti kang kau nampak benda tak patut baru kau tahu. Baik duk dalam rumah, siap-siap untuk solat. Bagi lelaki, pergi la masjid ye. Jangan malas lah.

thanks to Mr. Google

Marah ni sebenarnya, hasutan syaitan. Tak baik cepat-cepat marah. Syaitan senang nak cucuk jarum. Marah ni pun boleh berjangkit, contohnya bos marah kau. Kau tension, balik rumah marah bini plak. Bini geram, marah anak plak. Last-last kesian anak tu kan. Syaitan duk buat party, plan mereka berjaya.

Thanks to Mr. Google AGAIN.


Semua tahu sifat mazmumah kan? Marah ni salah satu sifat terkutuk itu. Marah ni sifatnya berasaskan api, dan api itu ialah syaitan. Kalau rasa tiba-tiba tengah angin satu badan, nak meletup da tu, pergilah ambil wudhu’.

Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

Ni lagi satu cara nak meredakan marah:

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)




Tapi aku kan dekat tengah-tengah pasar malam tu, jadi  tak boleh la nak duduk ke, berbaring ke, ambil wudhu’ ke. Maka dengan itu, istighfar je la dalam hati. Banyak-banyakkan lah bersabar ye. Marah selalu pun tak ada guna, boleh menyumbang kepada sakit jantung je. Nak ke muda-muda dah ada sakit jantung? Jadi, sayangilah jantung anda dengan tidak suka marah J


p/s: harap-haraplah takda orang perasan muka ‘cun’ aku masa tarik muka kat kedai nasi minyak tuu. Haha. Ohhh sedapnya sate semalam >.< miss you!