Showing posts with label seksi. Show all posts
Showing posts with label seksi. Show all posts

Jan 26, 2012

T-shirt muslimah itu seksi

Assalamualaikum wbt

Bertemu sekali lagi membincangkan soal aurat perempuan. Aiseh, aurat perempuan ni susah betul nak jaga kan? Kenapa??..

Err cantik juga design gini 0_o


Ini kerana kita golongan yang sentiasa menjadi tumpuan dan kita juga golongan yang sangat istimewa dan berharga, jadi kalau dah benda bernilai takkan nak kena tayang suka hati kan? Nanti dah tak ada value. Tak special, jadi biasa-biasa saja. Sedangkan batu permata beribu-riban pun ditayangkan dalam bekas kaca, inikan kita sebagai seorang wanita/gadis/remaja/kanak-kanak yang membawa nama Islam. Itulah mengapa muslimah yang sejati, pemakaiannya tidak menimbulkan fitnah, bahkan menenangkan sesiapa yang melihatnya.

[credit]

T-shirt muslimah semakin banyak!

Kini, lambakan pelbagai jenis t-shirt muslimah memudahkan lagi misi untuk membentuk peribadi muslimah. Ya, memang pakaian bukan segalanya. Tetapi pakaian yang sopan dapat mengawal kita dari melakukan perbuatan yang tidak sopan. Malulah nak buat perkara bukan-bukan, kecualilah memang dah niat berpakaian sopan kerana nak mengaburi mata orang sekeliling.

Tetapi...seksi??

Baju muslimah kadang-kala belum cukup menutup badan dengan sempurna. Labuhnya sudah memadai tetapi potongannya yang straight cut juga perlu diambil kira. Ini boleh menampakkan bentuk badan terutamanya di bahagian pinggul, dan apa yang kita nak pakaian itu bukan sahaja labuh tetapi tidak jarang dan tidak menampakkan bentuk badan. 

Bagi golongan yang agak berisi, situasi ini lebih ketara dan apabila si pemakainya berjalan, lenggok pinggulnya boleh dikatakan jelas kelihatan dan ini yang dikhuatiri boleh menghilangkan nilai pakaian itu sebagai t-shirt muslimah. Potongan baju yang sedikit kembang di bahagian pinggul lebih elok untuk dipakai kerana ianya lebih longgar. Tetapi bukan bermaksud yang kurus jika memakai pakaian ketat itu dibenarkan.

Ukurlah baju di badan sendiri, tetapi ukurlah dengan neraca Allah, bukan mengikut kesedapan pandangan kita. Kerana boleh jadi pandangan kita dikaburi oleh tusukan iblis.

T-shirt muslimah straight cut bukannya tak boleh pakai terus, tetapi belilah saiznya yang lebih besar sedikit supaya di bahagian pinggul menjadi besar. Selesa untuk dipakai dan orang yang terlihat pun selesa. Tak mengundang dosa dan fitnah.

Nanti orang tahu saya pakai saiz XXXL. Malu.

Inikah yang dirisaukan?Tidak risau jika memakai sesuatu yang ketat boleh mengundang dosa dan fitnah kepada agama ISLAM? Malu itu tersalah letak. Pakai ketat-ketat lagi memalukan. Nampak segala bahagian yang tak patut nampak. Sepatutnya rasa berbesar hati beli baju besar-besar sebab kita sanggup beli baju besar demi memelihara sesempurna mungkin aurat kita. Pelihara aurat maknanya kita menjaga nama baik Islam. Wahh, hebat bukan? Pula tu, yang tahu hanyalah si penjual baju dan kita sendiri. Size tag bukannya nampak pun bila kita pakai!

Bukankah ini hal kecil saja? Atleast baju dah labuh!

Siapa yang merasakan hal ini kecil, rasanya dia belum mencuba untuk menjaga batasan aurat dengan sebaiknya. Bukan nak berkata sayalah yang paling menutup aurat! Tidak! Saya terpanggil untuk menulis mengenai ini kerana rasa tanggungjawab sesama manusia, sesama perempuan dan sesama Islam untuk mengingatkan satu sama lain. Bagi pandangan orang lain mungkin ini bukan perkara yang perlu diungkit, tetapi jika niat hanya untuk melabuhkan pakaian tanpa pertimbangkan kelonggaran pakaian tersebut, ianya tidak berguna. 

Ketat itu juga jenayah yang menyumbang kepada keseksian dan seksi bukanlah kata adjektif yang baik untuk kita wanita muslimah.

Wallahualam.



Dec 20, 2011

Kau ni seksilah, perempuan!





Assalamualaikum wbt

Wahai wanita dan gadis di luar sana, apa makna seksi pada korang eh? Ececeh tanya macamlah aku ni lelaki.

Kadang-kadang aku rasa sedih bila tengok gambar atau orang Islam tu sendiri yang seksinya mengalahkan nonmuslim. Bahkan mereka lebih sopan dan tidak tergedik-gedik nak berposing tunjuk ‘benda’ yang bukan-bukan. Malah lebih sedih lagi bila orang komen "wah sexynye you" @ "pehh HOT nya you" dan yang dibalas adalah "terima kasih" @ "thank you", senyum bangga, konon malu-malu kucing. Apakah?

Seriously, THANK YOU?
Seriously, BANGGA?
Seriously, KAU SUKA KE???!!


Apa kau ingat dia tengah puji ke? Macam puji ‘cantiknya kau’, ‘baiknya awak’ dan ‘sopannya unnie’. Tu semua kata-kata yang menunjukkan aura-aura positif, manakan sama untuk perkataan ‘seksi’ yang pada aku lebih kepada aura negatif ataupun jika positif ia adalah aura positif yang nakal dan jahat!

Adakah aku yang keliru? Atau penilaian aku yang silap? Sebenarnya SEKSI itu tergolong dalam kata PUJIAN? Bila aku sebut pujian, ia adalah kata-kata yang baik dari segi tersurat mahupun tersirat.

[...]

Bila seseorang tu kata seseorang tu seksi, maknanya nak cakap secara indirect yang orang tu tak cukup kain, terdedah duk buat DOSA free. Kalau tak terdedah pun, baju/kain ketat sampai kulit tu tak boleh bernafas. Tak ada guna kalau niat nak labuhkan baju, tapi ketatnya sehingga menampakkan bentuk pinggul. Ketat tu pun sejenis jenayah yang menyumbang kepada keseksian. Labuh tu, pakejnya adalah longgar, baru molek sepadan tenang mata memandang J

Bab aurat tak yah cakap la eh, sebab tu dah terang-terang tak cuba untuk menutup aurat, kalau betul cuba tapi memang tak cukup kain tak perlulah excited sangat nak upload masuk FB. Cukuplah sekadar gambar itu menetap sahaja di dalam handset ataupun laptop.  

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Jadi, bila seseorang tu kata kita ni SEKSI ke, HOT ke, atau seksa mata dia memandang, maknanya ada something WRONG dengan penampilan kita. Lagi-lagi kalau lelaki yang bersuara, kerana mata mereka lebih peka dan sensitif. Chewahh, dah suka kan tengok perempuan.

So, sedarlah yang mereka tengah menegur, takkan nak kata “Hoi tak senonohnya pakaian kau macam perempuan …….”. Takkan macam ni baru nak sedar?

Ingatlah, SEKSI itu bukan kata pujian, ia seolah-olah menghina kesucian sebagai wanita yang sepatutnya terjaga rapi terutama dari pandangan lelaki bermata gatal.


Ps : pada aku, seksi tu hanya kata pujian bila dituturkan oleh suami yang sah kepada isteri yang sah ataupun sebaliknya. Eh? Hehe. Bukan untuk pasangan yang belum bernikah tapi panggil each other hubby & mummy okay! Ni tak menyabar namanya J